Petua & Tips Rumahtangga

Jun 9, 2009

Jom kita kongsi sesame petua bawah nie..yg mmg aku amalkan (kalo aku yg masak)

Ketika membasuh beras, letakkan tangan di atas beras yang mengandungi air dan berselawat ke atas Rasul junjungan. Kemudian berdoalah,

”Ya Allah dengan berkat selawat kepada junjungan besar kekasih-Mu ya Allah, lembutkanlah hati anakku dan suamiku sepertimana lembutnya beras menjadi nasi.”

InsyaAllah sekiranya diamalkan secara Istiqamah, seisi keluarga akan lembut hatinya dan mudah mendengar kata..semoga keluarga lebih harmoni..

Petua ni bukan la utk control² suami n anak² ye..kalo aku la..biasenye aku tambah lagi doa tu..spy hati aku pun lembut (nk plak skang ni asik nak naik angin jekk..hehehe)..Selain tu..aku doakan jgk spy Tuhan permudahkan anak aku (si amin) spy cpt dia berckp..alhamdulillah..walo tak pandai menyebut..at least amin slalu mmbebel ikot bhs dia..ntah apa² je tutur katanya..Selain tu, masak benda lain pun leh jugak amalkan..mee goreng ke, kuah kari kpale ikan ke..mcm²..lg pun mmg berkat sambil² masak tu kita berselawat n doa pdNYA...btui x kawan²...Ok meh baca tips² yg kat bawah ni plak ek...

Bila kita dah lama kawin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Apakata cuba kaedah² kat bawah nie...

  1. Cuit-cuit. Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.
  2. Kenyit-kenyit. Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggembirakan hati anda.
  3. Ops, maaf terpegang. Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘ops, maaf terpegang, tak sengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.
  4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air. Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’.
  5. Tersentuh tangan. Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini. Ataupun masa nak masukkan gear…ops, terpegang tangan. Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta
  6. Urut mengurut. Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.
  7. Usik melalui telefon. Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.
  8. Suapkan makanan. Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.
  9. Betul-betulkan rambut. Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya.
  10. Jalan macam itik pulang petang. Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.
  11. Ops… tuala terlepas Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….
  12. Jeling-jeling. Kalu tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula pada anda.
  13. Gesel-gesel.Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…
  14. Cubit-cubit. Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya.
  15. Hembusan lembut pada telinga. Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi.
  16. Ciuman di dahi Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.
  17. Sembur wangian pada bilik. Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.
  18. Tolong betulkan baju Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.
  19. Bisikkan kata romantik pada telinganya. Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si dia.

Ok tak..? Kpd yg dah berumahtangga..meh la same² kita m'harmonikan family kita..ye la kan, masing² keje penat oo..kang tersilap ckp kang blh mmbawa padah...hehehehehe..so elok le korang sebarkan pd mak, akak, abah, atok , adik, mak cik tiri spy rumahtangga kita sume aman damai..meriah..dan yg sewaktu dgnnya...amin! Bagi yg bujang..bleh je baca dah awen nnti leh amalkan..lagi bertambah² bahgia..!!

10 kOmEn:

haruan tasek said...

first lagi..... ha..ha...

aku suka tips no 11 tu. bila le mau jadi.... susah tu

miss ahjumma said...

oo..ye ke..kalo bini aruan x buat..ape kata aruan je yg buat...wakakakaka..!!!

Anonymous said...

Atie Luv Luv,
Tips-tips ni takde tapisan ek.. hahaha.. aku setuju je..

Amboi haruan, suka bebenor dgn yang no 11 tu... oppsss.. hahahaha

miss ahjumma said...

kalo bertapis..yg bujang pun x minat nk bace..hihihi

Abang said...

Hehe sebenarnya byk tips2 tu mmg aku sentiasa buat... bahkan ada tambahan lain lagi :) jgn jealous ek hihi...

INTAN said...

tip2 tu bleh d torai...x rugi cuba kan...macih

miss ahjumma said...

abg terror : patut le kak sab asik minta dipeluk je..hehehe

intan : sama2 le kite torai ek..

Kapten Luffy said...

bertuah aku punya abang

lalala

izansalleh® said...

ehem2...
nak kene copy ni,simpan wat kegunaan masa depannn...
hik3~
(gelak gatal sket)

Anonymous said...

aku xkawen lagi

Post a Comment