Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts
0

Nota Hari Ini...

Oct 27, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Tiba-tiba nak update blog. Tiba-tiba ja. Rupa-rupanya blogspot dah berwajah skit. Tak perasan pun. Hari ni baru nak try...kalau rasa tak best, nak switch back. Huhu....

~ mama kepada kanak-kanak rebina di bawah ~

~ buah hati saya ~

Malam tadi...sebelum tido ada seorang nenek datang menghampiri saya..dekat sangat dengan saya dan minta saya bacakan al-fatihah...huhu...3 kali terjaga...setiap kali nak tido..saya ulang semula al-fatihah....

Dah masuk trimester ke 3 ni..tido dah tak lena dan suka mimpi macam-macam...yang suka, yang sedih, yang takut...macam-macam..

Dan...setiap kali terjaga mesti baby turut bergerak-gerak...nasiblah ada yang sudi teman mama...terima kasih ya...semoga kamu sihat di dalam sana...inshaAllah....

Wassalam.
0

Salam Ramadhan

Aug 8, 2011

Salam Ramadhan buat semua..

Lamanya saya tinggalkan dunia blog. Kenapa ye. Rakan-rakan keliling pinggang saya tentu dah memahami. Jadi sempena bulan yang mulia ini, kepada yang masih belum tahu...saya nak bagitau....saya sedang hamil anak yang ke tiga (maybe bukan bongsu! ecehh...!) Antara simptom-simptom yang saya alami ...

Lilypie Maternity tickers

Semasa trimester pertama...saya dilanda 'malas' yang amat sangat! Serius. Sekarang masih begitu. Kain yang diampaian kadang-kadang 3 hari tak diangkat. Kalau diangkat pun, paling tidak 2 - 3 minggu tak berlipat. Kesian pada ahli rumah yang lain...tetapi alhamdulillah mereka memahami. Hehehe....malas ni termasuklah malas nak mengadap blog. Tapi saya rajin berbaring dan tidur..ehmm suka sangat!

Alhamdulillah...kali ke tiga hamil saya tak alami muntah-muntah awal pagi seperti semasa hamilkan yang sulong. Semasa hamilkan Ainul Mardhiah pun tak muntah cuma saya alah pada minyak rambut suami sehingga beliau terpaksa memakainya ketika berada di luar rumah sebelum nak bertolak ke office. Kali ini pula, saya betul-betul alah pada bau minyak wangi..mungkin ade sesetengah tu saya boleh terima tetapi percayalah...banyak yang saya tak boleh bau. Akibatnya bukan saya muntah..tapi akan mengakibatkan pening yang amat sangat-sangat. * takpe baby..mama bersabar kerana adanya kamu...

Hari ini usia kandungan saya sudah 17 minggu..alhamdulillah. Saya hanya doakan yang terbaik buat kami. Anda pun tolonglah doakan sama ya untuk kami...owh lupa nak cerita, semasa usia kandungan 13 minggu HB saya rendah...dan perlu check up semula ke klinik selepas 2 minggu. Akibatnya, hari-hari saya masak bayam, kerang, ikan tongkol..itu sahaja saya ulang-ulang selama 2 minggu. Alhamdulillah HB pun dah ok dari 10.1 kepada 15! Excellent!

Di bulan puasa ni saya harap takde apa-apalah..walaupun pengambilan makan dah tak sebanyak seperti hari biasa. Air pun kurang minum. InshaAllah...saya akan cuba yang terbaik untuk diri sendiri dan juga zuriat ini...

Ok lah..semoga entri hari ini akan menjadi semangat untuk saya mengupdate entri-entri seterusnya...inshaAllah. Kepada sesiapa yang mahu mendekati saya..silalah jangan wangi-wangi sangat yer...Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum & selamat berpuasa...
0

Anak-anak

May 16, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Huawhhh..lama saya bertapa eh! Sebulan? Ke mana? Menuntut ilmu? Mencari ilham? Heee... Tidak semudah itu. Tidak sama sekali. 

Tenggelamnya saya adalah dek kerana hal-hal rumahtangga yang tak menentu. Kebiasaannya tersusun mengikut jadual, kini tunggang langgang bagaikan apa ntah. Haha. Belum lagi lihat keadaan di rumah. Mujur suami dan anak-anak sporting walaupun rumah macam tongkang pecah! Benar!

Rindunya pada blog nih. Tuhan ja tahu. Huhu. Tiap kali nak mula menulis pasti tak kesampaian. Maklumlah, saya kan wanita bekerjaya yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Syukur! *Izinkan saya puji diri sendiri di blog sendiri ;-)

~ Dialah, tunggak masa depan saya. InshaAllah. ~

Eh..eh..kenapa gambar lama Al-Amin yang saya post di sini. Tembam kan Amin masa ni? Dalam setahun agaknya umurnya masa ni. Bukan apa. Awal pagi sampai di office saya melihat satu ke satu satu folder yang ada dalam pc nih. Haha..Jumpa gambar dia masa kecil. Rindunya masa kecil dia. Sekarang dah nakal. Dah pandai marah orang tua. Bodoh! Gila! keluar dari mulut dia lepas pulang dari tadika. Ehm..kalau kata-kata macam ni keluar dari mulut saya dan adik beradik ketika zaman kecil kami, maunya dah kena makan cili padi..kah...kah!!! Ya ampun!

Anak-anak. Saya dah nampak dah perubahan mereka bila mereka membesar. Hehe..adik yang baru setahun pun macam-macam ragamnya mengalahkan abgnya. Allah. Besar sudah kamu semua ya. Semoga kalian temui kebahgiaan hidup dunia dan akhirat. InshaAllah.

Salam sayang buat anda yang sudi membaca. Take care n jumpa lagi. Wassalam.

*Kami anak beranak baru ja sembuh dari demam, selsema, batuk dll. Kini giliran mak, abah n bob..kasihannya mereka :-(
0

Saya Tahulah....

Apr 15, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah..adiksmart sudah beradu di kamar. Lega sikit. Tinggal aminsmart ja sedang menonton channel disneynya. Silih berganti. Rasanya saya dah boleh hafal siaran cartoon yang ditayangkan. Layan ja la. Ini ja caranya nak bagi anak bujang saya berada dalam posisi yang terhad. Kalau tidak...ntah la. Mungkin lagi bersepah rumah ada la. Anak saya. Saya tahu lah. ^_^

Saya ambil gambar ni petang tadi. Macam-macam gaya muka..sudahnya adik lari ke lain. Malas agaknya nak layan mommy dia. Adik dah pandai buat apa ya? Owh..sudah mau berlari gayanya. Ikut saja abg n kak ecah berlari dan bermain. Lagaknya bagai anak berusia 2 3 tahun. Sudah pandai bersalam dan cium tangan (walaupun agak lambat berbanding abgnya dulu). Kebolehan dan pencapaian anak-anak berbeza bukan? Heee..

Kalau bercakap pula, adik boleh mengikut bunyi yang mudah contohnya, satu, bye bye, nak, miaw miaw..bolehlah seakan-akan ja bunyinya (yang ni lebih cepat berbanding abgnya). Adik paling suka mandi. Serius. Saya pun geram jadinya.. Pantang ja tengok orang mandi semuanya dia nak join. Kalau tak dapat..nangislah. tapi yang bagusnya adik ni bab nangis nangis sekejap ja. Tak lama. Gimik ja lebih. So tak hairan lah..Bukan macam abg long. Fuhh! Dia lah juara bab menangis ni. Ish..malaslah nak cakap. Sakit hati tau! Heee..anak saya. Saya tahulah..
Ni ha. Gambar pagi tadi. Setiap pagi, setiap hari..wajiblah darah saya naik ke kepala. Bukan apa, pagi-pagi memang liat. Liat dalam segala-galanya. Liat nak bangun. Liat nak mandi. Liat nak pakai spender..sampailah nak pakai kasut. Memang pagi-pagi lagi saya dah diuji dengan kesabaran. Rasa nak nangis pun ada. Hahaha. Betul tau. Memang ada masanya rasa nak nangis. Saya tahulah. Saya kan sensitip!

Tapi itu lah kan. Walau macam mana susah pun mereka..itulah anak-anak saya. Amanah dariNya. Fikir baliklah, macam tu lah susahnya mak abah besarkan saya. Bagi makan, bagi pakaian, bagi ilmu dll. Macam-macam kan. Sesungguhnya masa membuatkan saya lupa. Betapa besarnya pengorbanan mereka. Allah. Lalainya saya. Huhu...
Hoo..hoo..inilah dia manusia yang lalai itu! Ntahla apa nak jadi dengan dia. Sempat lagi nak tayang pic pakai shawl rania beli kat Ika. Huhu. Dah bersuami dah ada anak tapi tak sedar-sedar lagi nak bertaubat. Ingat dunia ja! Betulkan syg?? Am I right??? Saya tahulah.. DIA juga pastinya setuju dengan kata-kata saya ini...

Owh..Saya sayang awak. Hanya awak ja yang boleh ingatkan saya!

Oklah. Saya minta diri dulu. Nak selesaikan kerja-kerja mendobi. Thanks sudi singgah! Wassalam.

*Panas betul malam ni kan? (Opss! See...?)
0

Entri Rindu...(?)

Mar 9, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Hari ini, hati saya teruja untuk menaip khabar di blog. Ntahkan apa, sekadar menurut sahaja jari jemari mengetuk lembut keyboard. (Benarnya, baru pulang dari kedai membeli kudapan office..hehe). Dan secara tiba-tiba hati ini begitu rindu pada blog saya yang sudah lama suram...

Sejak bulan lepas (pertengahan Februari) suami, adik dan sahabat-sahabat mereka aktif  bermain badminton. Secara tidak langsung, saya turut serta tetapi bergantung pada waktu dan masa. Kadang-kadang mereka bermain waktu malam (hari bekerja) so, saya tak joinlah sebab Abg Long harus tidur awal untuk ke sekolah. 

Tapi kalau hari sabtu atau ahad..seronoklah dapat ikut sama bawa anak-anak. (Kalau tak nak ikut pun, terpaksa juga ikut sebab suami ajak dan ajak juga..paksalah tu). Untuk menyibuk semestinya..itu wajib! Aminlah. Saya penat bukan sebab bermain sama tapi, penat melayan dan mengejar anak-anak. 

Dah lama dah..setiap malam saya kepenatan. Hahaha..mesti dan wajib tidur awal atau biasanya saya tertidur awal tanpa sedarkan diri. Mungkin sejak saya mula berjoging (*eceh..eceh!). Mungkin juga kepenatan  kerana dah join program CUTE..(*eceh..eceh...ecehhhh!). Buat masa ni, keadaan di rumah semua terkawal kecuali bab melipat baju. Sebakul sedang menanti...wah...Tunggu ya...insyaAllah saya akan usahakan malam ini pula...

Itulah maksud saya. Motifnya, nak bagi tahu di sini saya dah tiada masa jarang-jarang berkesempatan nak menulis di blog. Dan ada masanya saya rasa blog saya ini membosankan. (*maaf ya tulisankuchantique) Kalau ada yang perasan saya juga cuba tukar template tapi sudahnya, semua kembali kepada asal sebab boring sangat! Hahaha...poyokan?
Isi dan kandungan sudah diluahkan. Saya mohon untuk mengundur diri. Jika ada kelapangan saya akan masukkan gambar anak-anak untuk menceriakan entri saya petang ini. Itu pun, kalau ada masa lah ya..(maksudnya jika saya tidak ketiduran...) Terima kasih kerana memahami. 

Saya sayang awak. Wassalam.
0

Jatuh!

Feb 4, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..
Bukan anak-anak saya yang jatuh. Tapi mak budak-budak ni yang jatuk gedebuk depan pintu bilik air. Owh..mestilah sakit. Kenanya petang tadi, sekarang ni masih rasa lagi sengal-sengal di tapak tangan kiri n punggung. Kasihan saya. Huhu..Suami saya tolong bangunkan saya. Bilangnya, kalaulah sekarang ni saya sedang pregnant pastinya sudah gugur (owh suamiku...masih lagi kau bercita-cita mahukan anak kecil..sedangkan yang dok ada ni belum lagi terjamin kasih sayang mereka...hahaha)

Itu sahaja mau saya ceritakan. Esok kami semua mahu ke rumah bakal adik ipar di Sik, Kedah. InsyaAllah. 

Wassalam.
0

Anniversary...

Dec 29, 2010

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt...
Ya Allah…
Hari ini ( tanggal 29 Disember 2010 ) adalah ulangtahun ke-4 perkahwinan kami.
Hamba-Mu yang dhaif ini, mematri janji di hadapan kebesaran-Mu.
Kami tahu tidak mudah untuk memelihara ikatan suci ini dalam naungan redha dan maghfirah-Mu.
Kami tahu, amat berat bagi kami untuk mengayuh perahu rumah tangga kami menghadapi taufan godaan di hadapan kami. 
Karena itulah, kami datang memohon rahman dan rahim-Mu...

Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. 

Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. 
Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai. 
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, 
dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. 
Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya..
Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi...
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, suami/isteri kami, 
keturunan kami dan ampunilah kami...
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...
Amin Ya Rabbal'alamin...

Wasalam...
1

Bersyukur kerna...

Dec 6, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Jujurnya, hari ini bermalas-malas mahu ke pejabat. Ya lah, memandangkan esok cuti umum (Maal Hijrah) dan terasa alang-alang mahu bekerja :D Hujan awal pagi. Sejuk dan dingin..ehmm nak tarik selimut lagi. Hahaha...tak pe lah..tunaikan juga ibadah utk hari ni..insyaAllah.

Bersyukur kepada suami yang memasak untukku malam ini
Kerana ertinya…suamiku di rumah malam ini, bersamaku dan anak-anak..tidak bersama orang lain

Bersyukur kepada suami yang sedang bermalas-malasan di atas sofa sambil melayan internet.
Kerana ertinya…dia tidak melepak di kedai kopi bersama kawan-kawan

Bersyukur untuk anak-anakku yang selalu bising di rumah
Kerana ertinya…dia tidak melepak di luar bersama kawan-kawannya yang ntah sapa-sapa.

Bersyukur untuk baju aku yang mula rasa sempit
Kerana ertinya…aku lebih dari cukup makan

Bersyukur kerana bayang-bayang yang mengikuti aku
Kerana ertinya… aku masih merasakan kehangatan mentari…

Bersyukur kerana rumahku yang berselerak dan ada yang perlu diperbetulkan
Kerana ertinya…aku mempunyai rumah!

Bersyukur kerana mendapat tempat parking kereta yang paling jauh
Kerana ertinya…aku masih boleh berjalan dan aku mempunyai kereta!

Bersyukur kerana budak lelaki yang memekak bermain gitar dan menyanyi dengan sumbang
Kerana ertinya…aku masih mampu mendengar!

Bersyukur kerana perlu membasuh baju
Kerana ertinya…kita mempunyai baju untuk dipakai

Bersyukur kerana kepenatan kerja setiap hari
Kerana ertinya…aku mampu bekerja keras setiap hari..

Bersyukur kerana mendengar bunyi jam yang menggangu tidurku setiap pagi
Kerana ertinya…aku masih hidup!

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam di bumi Allah..wassalam.

*banyak lagi perkara yang perlu aku bersyukur...bersyukurkah aku (?)
0

Dot...dot...dot...

Nov 23, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Apa ye nak stori? Biasa-biasa ja minggu ni..cumanya Mak aku yang masih x sihat. Masih dalam mood meng'order' itu dan ini. Tapi nak tak nak..kami ni anak-anak turutkan aja...Sehingga jam 1.00 petang tadi, Mak dah menunjukkan perkembangan yang sangat-sangat positif. Agak-agak korang apa? :D

Semenjak Mak x sihat ni (dari hari Jumaat lepas) macam-macam Mak 'minta'. Masakkan bihun sup, belikan asam, laksam, kuah ini, kuah itu dan lain-lain yg sewaktu dengannya.

(Pernah terdetik dihati..penat dan malas! Sebab aku pun baru sembuh...rumah tak terusus. Rasa macam nak rileks ja. Jahat bukan???)

Masa kami kecil dulu, semua Mak yang sediakan. Siap buat kuih lagi petang-petang. Yang paling aku minati kuih donut dan karipap. Tunggu Mak uli tepung sampai lah Mak siap menggoreng. Tak sabar nak makan walaupun masih panas. Jadi, apa yang Mak buat. Mak koyakkan sedikit akhbar dan lapikkan pada kuih untuk aku pegang..huhu..suka pula macam tu...pastu nak makan tiup-tiup dulu...

Masa kami tinggal di kuarters tentera di Ipoh, depan rumah kami ada orang berniaga keropok, gula-gula atau lebih senang orang sebut jajan. Pernah la menangis gila-gila minta mak duit nak beli jajan. Mak cakap tak de tapi aku nak juga...huhu :|

Boleh plak sekarang ni..merungut macam-macam. Astagfirullahh..minta dijauhkan dari segala hasutan syaitan.

Alhamdulillah, sejak dua menjak ni dapat berfikir dengan lebih mendalam dan matang. Allah. Syukur. Dan semalam tanggal 22hb merupakan peristiwa yang penting buat kami. Alhamdulillah.

*to my beloved Abah...orang doakan supaya niat abah dimakbulkan..amin.
0

....

Nov 18, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Salam Aidiladha buat semua umat Islam di bumi Allah...

Hari raya disambut biasa-biasa ja kerana aku tak sihat. Malam hari raya, pulang dari tempat kerja aku berselubung dan tidur. Demam dan seram sejuk..merengek bagaikan anak kecil meminta ubat. Abg Long jadi tukang pengantara. Berlari ke dapur dapatkan babah minta itu ini. Dalam masa yang sama..bermain dengan adik di kamar..bermakna mengganggu mamanya yang dalam kesakitan. 

Sekadar menjamah roti dan kentang putar (dimasak oleh chef M). Terbau ayam goreng dari dapur..enak. Tapi tekak tak berselera. Sedar-sedar ja Mr. M kejutkan minta aku susukan adik yang dah siap wangi-wangi berbaju tidur. Hu hu..kasihan. Tidur lagi bersama adik. Sedar ja jam dah pun 1 pagi dan lampu di ruang tamu terang benderang..ntah rancangan apa yang ditonton dua beranak itu. Bila aku tengok rupanya dua beranak tu dah lena...kesian. Terabai sudah.

Esoknya di pagi raya..badan masih lemah. Babah siapkan anak-anak dan pergi solat sunat Aidiladha. Selesai semua kami ke rumah Opah. Kebetulan memang M cakap tak payah masak dan akan ke rumah Opah ja. Jadi, memang dah pesan awal-awal kat Opah n Atuk nak makan sesama. Sempat juga order lemang lebih skit..jadilah merasa.

Pagi raya, Opah masak menu special..nasi lemak :| Makan ja la..rezeki Allah bukan? Apa perlu merungut? Tak berjalan kemana pun..tak berbaju kurung....di rumah mak sempat tidur..huhu badan sangat letihh....

Owh..sebelum tu, adik yang sangat extrim jatuh di kereta sampai lebam dahi nya..sudah dituam ya..Alhamdulillah..ndak apa-apa juga. Biasalah extrim...

Tekak lidah tak berapa enak. Tetiba, teringin nak makan laksa..tapi semua malas nak keluar. Petang jam 6 kakak sampai, bawa laksa. Tuhan itu Maha Mendengar..Alhamdulillah. Terus makan tanpa menoleh kiri kanan...

Selepas itu..? Aku cirit birit..sampai la malam tadi. Ntah la berapa kali ulang ke toilet..ha ha....perut masuk angin, kembung, segala macam rasa semua ada. Ya Allah. 

Alhamdulillah, hari ini masih mampu bekerja walaupun badan rasa agak lemah..tak sabar nak pulang n beradu di kamar...ha ha ha..Tidak ikhlas rupanya aku ya? 

Masih bodoh dalam segala erti Perngorbanan! Wasalam...
0

...

Nov 15, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah..bersyukur dgn rahmat Allah.

Tiba-tiba, hati meruntun nak menaip di blog. Masih ada 2 ke 3 lagi draft entri yg tertunda. Ntah bila mau ditebus. Mungkin ceritanya pun basi sudah.. :). Skrg ni pun..mencuri masa di kaunter..

Hari ni, pagi-pagi lagi adik merengek minta digendung. Aduh! Susahla mama nak bersiap ke Office. Nasib baik la mama ni simple..jenis sapu bedak baby ja di muka...nasib..nasib..

Malam tadi, sempat bacakan Al-Fatihah dan Surah 4-Qul utk Abg Long sebelum dia tidur..sempat juga aku minta Abg Long menadah tangan dan berdoa sebelum tidur..yang peliknya Abg Long asik ketawa dan tersengih macam kerang bucuk..agaknya geli hati kot dengan bacaan doa yg aku bacakan utk dia..Lagipun, mama dia sendiri jarang-jarang praktikkan utk dia..Ye lah..mamanya malas kan...ha..ha...

Memandangkan adik pun dah lena juga..teruslah aku bangun nak mengemas. Rutin biasalah ni. Tapi terhalang sebab leka pula menonton drama tv3 Miah O Miah..cerita lawak. Tengah leka menonton adik terjaga. Aku baring sekejap tapi adik macam serba tak kena. Aku tukarkan pampers. Masih tak boleh tido. Babah periksa perut..tak kembung pun. Lastly, babah buaikan adik. Baru la nak tutup mata..

Sambil menonton dapat siap melipat baju. Habis drama sambung pula cerita hindustan Billu channel 108 lakonan SRK..dapat la tonton 45minit sebelum tamat..best juga. Nak dekat jam 12 terus ja tutup tv then barulah boleh siapkan apa yg patut di rumah. Aku memang camtu, kalau dah kusyuk menonton memang dah tak leh nak bergerak.. :D


Wajah Kesayangan Hamba
Actually, semalam sepanjang hari aku bad mood. Marahkan Abg Long yang pagi-pagi buta tumpah 1 balang biskut..(marah giler² aku) Kesian Amin...Sejak akhir-akhir ni aku memang cepat marah...

Muhasabah diri....muhasabah diri...
Wassalam....
0

diTIPU!

Oct 27, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
- Adik aku (boboy @ bob @ pakcu) bersama Abg Long -
Dia adik aku. Anak bongsu. Aku dan famili panggil dia Boboy. Manja? Ya, semestinya. Masa dia kecil apa ja yang dia mahu pasti dapat. Sehingga skrg dah boleh jadi 'bapak orang'..apa yang dia nak confirm dapat tapi hasil dari titik peluh sendiri. Betul. Kalau dia ada duit tak pernah kedekut. Tetap dihulur walaupun sikit.

Allah..sentiasa menguji hamba-hambaNya.

Dipendekkan ceritalah ya. Adik aku telah diTIPU oleh rakannya sendiri (Anip). Anip  ni adalah sharepartner dalam kerja kontrak mereka. Sebelum ni famili aku memang perasan Anip ni nampak macam lurus bendul ja. Banyak kerja kontrak yang mereka buat tak dapat payment. Puncanya kerana tiada hitam putih. Tapi sekarang ni tak sangka pula si Anip tu sanggup bawa lari semua wang hasil kerja mereka (ribuan ringgit). Siapa yang tak kecewa!

Kejadian berlaku dua minggu yang lalu. Di peringkat awal, adik aku nampak macam cool + bengang. Tapi dua tiga hari ini, aku nampak perubahan yg amat ketara pada adik aku. Dia lebih banyak diam. Disoal baru dijawab. Dengan anak-anak saudaranya pun dia kurang bergurau.

Aku faham..dia tengah kumpul duit untuk berkahwin. Sedangkan sebelum ni dia pernah yakinkan aku yang duit kerja yang bakal diperolehi nanti, cukup untuk kahwin. Tapi sekarang tetiba si Anip lari bersama-sama duit dan dia seolah-olah dah hilang akal sampaikan sanggup nak jumpa bomoh nak santau kawannya.  Aku larang. Sebabnya kesian pada isteri dan anak Anip (masih bayi).

"Ya Allah..kuatkanlah semangat Adikku dalam menghadapi semua dugaanMu..Ya Allah, tetapkan hati kami sekeluarga supaya sentiasa memberi sokongan padanya, supaya dia tidak rasa tersisih dan gundah gulana. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..hanya kepadaMu tempat kami mengadu dan kami redha dengan setiap ujian dariMu..Amin."

Kakak mana yang sanggup tengok adiknya macam tu :( Aku merindui perangai gila-gila n sikap loyar buruknya. Wassalam.
0

Tangan Cabokk..!

Oct 26, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
btw, ini bukan tangan aku
Ehm..tangan aku memang cabok! Haaahaha..mesti abah marah lagi kat aku. Ini bukan kali pertama tapi dah TIGA kali aku lingkupkan pili air dia..Abah..maafkan org ek..tak sengaja..

Macam biasa balik rehat tadi masing-masing semua bizi. Mak memasak, anak-anak yang baru bangun tido seronok bermain, abah mengantuk (katanya lah). So, sebagai seorang anak yang solehah aku offer abah masuk bilik n tidurkan dirinya sendiri. Apa lagi..abah terus g mandi n gedebummm tido!

Ok..kebetulan si Abg Long poo..pooo..nak tak nak (x sanggup aku mnghidu gas beracun) kena la basuh kan? Alang-alang mandilah terus..bukan Abg Long ja..tapi si Ecah pun sama numpang mandi. Kesian la tinggalkan kembor x siam tu melangut ja tgk Abg Long mandi..mereka kan selalu berdua..teman cari gaduh)..

Masa mandi tu..hehe..macam biasa aku buka la pili air hujan..diorang mmg suka mandi air hujan (dari kecik aku mmg panggil air ujan ek) Bila selesai semua..masa nak tutup tu..aku sudah pusing arah yg salah ma (arah yang sama untuk buka pili) makanya pili itu pun loose lah benda dalamnya..aku cepat-cepat pusing ke arah bertentangan tapi malangnya..air masih keluar..bukan sikit tapi banyak..kiranya aku tadah ngan baldi tadi pun x sampai 10 minit dah penuh...uwaaaaaaaaa! Takut le aku..aku ngadu kat mak ja la tadi..sebab abah tengah tido...huhuhu. Tak de niat pun..tapi nak wat cam mane..masuk yg tadi tu dah 3 kali le aku kasi lingkup itu balang...huhuhu. Ni skang ni...terus rasa cam x dak mood.. :(

On the way ke opis aku wat beberapa kesimpulan :-
1. Abah sepatutnya ganti ja pili baru sebab yg sedia ada tu mmg dah patut lupus..sebelum ni pun bila loose abah just buka n pasang semula jaa....
2. Kejadian berpunca kerana aku agak kelam kabut..menguruskan 2 org kanak-kanak rebina dan seorang bayi ekstrim.
3. Tangan aku dah terbiasa dengan pili kat umah sendiri..(pusingan buka pili kan x sama..betol tak?)
4. Gas beracun dr Abg Long sangat tepu..maybe aku dibawah paras normal ketika itu..(?)
5. Maybe lepas ni aku x akan sentuh lagi pili tersebut..

Kecik sampai besor..aku ni asik nyusahkan orang tua ja kan? I'm sorry dad....!
Wassalam.
0

Drama

Oct 25, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Sejak dua menjak nih, aku dah jarang menulis menaip blog. Idea nak bercerita memang banyak tapi tiada masa. Maklumlah, bizi ja memanjang..hehe :D Satu hari tak mereport di sini aku rasakan rugi..rugi kenapa? Ye lah..blog ni nak kasi anak-anak juga baca. Itupun, kalau mereka sudi..

Cuti minggu lepas..berehat ja di rumah. Sabtu, sekadar menghadiri kenduri kawin di rumah jiran (anak dia yg kawin tu rupaya kawan sekolah aku...hahaha!). Balik kenduri tido. Petang baru keluar pergi pasar malam tapi semacamnya menyesal ja pergi..biasalah aku kalau crowded sangat mulalah rimas. Nak pula jalan jammed (sebab dah ubah lokasi psr mlm..x best!). Ahadnya, Mr. M buat breakfast lempeng cecah coklat, aku pulak masak nasi goreng (terlebih rempah) utk lunch dan pastu apa lagi...tidolah. Petang keluar sekejap pergi cari biskut miskut utk bekal anak-anak..

Malamnya..kebetulan anak-anak dah tido. Aku menonton drama TV3 'Taubat Nasuha'. Mr. M pun tengok sama sambil-sambil siapkan keje sekolah kursus beliau. Korang ada tengok tak? Sedih endingnya..aku nangis wei..huhuhu. Nak pulak bila part anak keduanya kena tikam..n maknya dipukul di bhgn belakang..sebak rasa rasa hati..air mata dah bergenang..huhu! Ok..sinopsis Taubat Nasuha n pelakonnya ada kat sini ye..

''Kita akan lebih menghargai mereka...bila kita telah kehilangan mereka..."Wassalam.
0

Alhamdulillah...selesai

Oct 8, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah..setelah sekian lama (lama ke?) berhajat nak update blog, malam ni baru dapat peluang dan mood yg bagus lagi ceria..tidak harus dipersia-siakan...

1stly, nak bagitau...anak-anak dah beransur sihat..masih berbaki skit ja lagi flu n batuk..tapi x lah seteruk yg sebelum ni sampai anak-anak muntah selepas batuk terutama Adik...huhu..sgt kesian. Korang bayangkan, hampir 2 minggu aku hadir lewat ke ofis. Terima kasih kepada semua member ofis yg memahami. Ada ja ragam anak-anak waktu pagi time musim demam ari tu..adik lah yg paling kuat merengek dlm kereta..yg plg x dpt dilupakan, aku terpaksa berhentikan kereta di hadapan pagar sekolah utk memujuk adik..huhu. Dua org pengawas sekolah yg sedang menutup pagar dok usha-usha gak..tapi aku senyum ja la kat diorang..x kan nak minta tolong kot..huhu..xper lah..sepanjang hampir 2 minggu jugak la anak-anak merengek, meragam, murung, letih, lemah semua bagai...alhamdulillah semua sudah berlalu dan menjadi kenanganku...

2ndnya, nak berterimakasihsyg..kepada semua warga JTM dan Pelajar Praktikalnya yang baru sahaja selesai menjayakan Jamuan Hari Raya 2010 /1431H petang tadi. Gambarnya akan diupload kemudian. InsyaAllah... Semua akan diupload di blog JTM...tunggu...!

Lastly, nak bagitau..aku pregnantt nak tido sbb ngantuk sgt nih. Ni pun just nak teman anak bujang aku ni menonton kartun..ntah bila nak tido ntah mamat nih..aku rasa letih semacam dan..dan...idung aku macam dah ada cecair yg kerap turun temurun dan aku bersin berkali kali...omg!

Ok..nak tido skrg. Penjaga anak bujangku sudah bangun nak take over teman nonton kartun :D Selamat malam kawan² n sweet dream... :)

p/s 1 : time kasih gak pada Mr. M n my parents melayan karenah anak-anak masa domam ri tu...ngeee~
p/s 2 : tina..sori x reply..kredit abis...lalalala~
0

Anak Kite..!!

Sep 20, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Hari ni, aku dah mula bekerja..tak la bz sangat. Biasa ja. Tak nak cerita pasal kerja. Nak cerita pasal keluarga. Semalam, Mr.M bawa kami semua ronda-ronda tengok laut. Perkara yang sangat disukai Abg Long. Sangat teruja sampai tergedik-gedik excited. 
~ kenangan yang terINDAH ~
Kami semua gilir-gilir amik gambar..si Abg Long susah betul nak bergambar. Panggil la apa pun dia wat tak tau ja selain mengadap laut..bila nampak bot dia jerit-jerit bilang sama aku 'mama..bot..! mama...bot...!'. Excited! Macam-macam lah.

Owh..Ainul pula, dr semalam asik meragam mo dipegang ja. Aku pun cuak..(suungguh!) Tak boleh nak buat kerja rumah langsung. Nak kata sakit..tidak..apa pun tidak...ntah la. Bagi sama babahnya, x sampai 10 minit...ada ja tak kena. Macam mana nak buat eh? 

Hari ni pun sama..dan dari pagi lagi aku bersiap-siap dgn pantas sebab adik menangis sampai suara serak-serak..ibarat bayi kena dera pepagi buta...susah sgt..memang la anak kite..tapi kite pun GERAM bila sesekali tu buat perangai macam tu...huhu..mana taknya bukan Ainul ja meragam..tapi abangnya pun sama..nangis x tentu masa...pastu hyperaktif la aku rasa...1 saat x boleh diam!

Tadi aku tidurkan Ainul..sebelum tu mandikan dan pakaikan baju..kasi bedak wangi-wangi..itupun merengek juga x sabar nak menyusu..hehehe. Masa kasi dia mamam tu..rasa sebak pula aku...huhu..ye lah kan..kalau anak-anak meragam macam ni..bukan salah anak-anak ni..tapi salah kite jugak..hehehe

Anggap saja aku membebel depan anak-anak. Sebab hari ni aku memang GERAM sangat-sangat..terpaksa  la berdiam diri ja..itu lebih baik dari membebel bukan? Wassalam.
4

Kenangan Aidilfitri 1431H

Sep 19, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Update entri (font merah) ---> 20.09.2010 jam 10.12 mlm.
Cepatnya masa berlalu yer..lusa aku akan ke opis..huhu..bermula rutin macam biasa. Ini antara kenangan raya aku n family...
Tahun ni kami dah berempat..thn dpn..Tuhan ja yg tahu..hehehe. Ini gambar kami di hari raya pertama..sebelum ke rumah orang tuaku...Susah nak amik gambar nih..banyak sgt halangan..ini yg ke5 baru berjaya..raya sebelum-sebelum  ni gambar caca merba..hehehe...

Raya pertama, tak kemana just di rumah orang tua..membantu melayan tamu yg hadir..ada lah 2 3 kerat yang datang..hehe..Nak dijadikan cerita, pagi raya tu opah moody sikit. Kesian opah dan tempiasnya adalah sikit-sikit kena kat  atok. Opah moody maybe sebab anak-anak x jenguk kot..di samping keadaan kesihatan yg tidak mengizinkan. Katanya, macam nak demam..lemah aja..mungkin sebab hari sebelumnya penat memasak kan. Kesian opah. Alhamdulillah, kedatangan kami dapatlah membantu melayan tamu yang hadir..lama-lama mood opah tu dah ok sikit-sikit....hehehe...

Esoknya..aku mengalami masalah perut memulas sehingga menyebabkan aku berulang ke toilet ja..Makan apa eh? Aku makan lemang segera dgn rendang daging, nasi lemak, nasi impit, rendang ayam dan biskut-biskut raya. Agaknya, perut aku masih lagi dlm keadaan berpuasa dan hanya menerima makanan ketika sahur dan waktu berbuka...terkejut la tu kot..jammed le!

Raya ke3 ikut mak abah ke Bt.20 Bagan Datoh, Tlk Intan (hometown atok). Masih mengalami masalah sakit perut...huhu...ulang ke toilet ja masa kat umah mak uda...hehehe..apa daaaa! Hari ke2 sakit perut lagi teruk dan sangat x selesa sebab tengah berjalan kan paham-paham ja lah...

Hari raya ke4, ke rumah MakUda, kemudian MakNgah. Rumah MakYang x pegi sebab MakYang berjalan sakan raya tahun sampai ke JB..Ok, masa kat rumah MakUda of course lah jumpa MakUda kan..tapi anak-anak dia yang lain semua dah balik. Yang ada sepupu aku Ody dan family dia dan anak lelaki MakUda yg masih bujang O-Z (lama x jumpa dia..dulu kecik ja skrg dan besarrr). Kami berbual-bual sambil makan kuih. Pastu kami minta diri sebab nak ke rumah MakNgah lak. Di rumah MakNgah aku berkesempatan berjumpa  dgn Kak Dayah, Kak Ana n Kak Yang..semua dah kahwin dan mempunyai sepasang cahaya mata. Kak Yang ja menetap kat sini yang lain duk kat kat area Selangor nun. ramai lagi anak MakNgah tapi semua dah pulang ke destinasi masing-masing. 

Esoknya, sebelah petang beraya di rumah kakak pula dengan hajat untuk mengambil daun pisang sekali..hehe bukan datang nak beraye eh? Poyo..ada hajat lain rupanya..daun pisang tu diperlukan untuk membuat pulut tekan (salah satu juadah hari raya di Sabah - entri pasal ni akan diupdate kemudian). Ok, dirumah kakak of course ada mak mertuanya dan lalingnya dan anaknya si Syuhadah yang jelita. 

Hari raya ke-6 kami duduk diam-diam dalam rumah...Hehehe dan esoknya hari Khamis (malam)  makan-makan kat umah abg aku (bapak si ecah)..dia punya wife masak mee kari, ada lemang, rendang daging n bikut-biskut raya. Pastu we all together-gether nonton sama-sama..menonton tv n menonton Amin n Ecah bergusti. Syuhadah diam ja sbb demam.

Jumaat, buat open house di rumahku...alhamdulillah..semua berjalan lancar sehingga aku sbg tn umah begitu selekeh skali..hahhaa..that's me! Suka simple ja..takpe..I mmg cenggitu...
Ini antara juadah yg aku dan suami sediakan. Rendang daging, kari ayam, kuah kacang, ns impit, pulut tekan (sabah), bihun sup, air oren..that's all...Opss...ada satay (sblh malam-bob blanja) Semua masak dari jam 7.30 pg sampai 2.45 ptg siap kesemuanya. Kecuali pulut dimasak sehari sebelumnya dan ns impit masak malam sebelumnya. Faham kan? Ok..yg datang tu..tetamu pertama jiran sebelah rumah..pastu..semua kawan opis aku..terima kasih kpd mereka dan keluarga mereka..kemudian diikuti pula kawan Mr.M. Masing-masing juga bawa family..pastu sebelah malam semua adik beradik ipar duai semua dan family mak uda bertandang..terima kasih banyak-banyak...Yg tolong-tolong tu (bob n fifi) terima kasih le eh..hehehe. Gambar kat atas tu je sempat amik..yg lain..sgt lah bizi..Petang tu habis sup 1 periuk sup so masak lagi utk sebelah malam..bukan sebab sedap kot tapi sebab tak reti nak budget...hahaha

2 thn lepas aku ada jugak buat open house di rumah lama kami. Masa tu masak mee kari..periuk besar punya. Ok ja cukup untuk tamu. Kat rumah baru ni, tak dapat guna periuk yg sema sbb kami pakai Induction Cooker so paham-paham la..semua periuk mesti nak yg stainless steel gate. Sebelum raya ni pun banyak beno pakai wang ringgit beli itu ini untuk memasak..huhu. Pasni tak mo dah..cukup-cukuplah tu. Periuk lama tu 3kali ganda besar dgn yg baru beli..patutlah x cukup..huhu

Sebelah malam rumah aku penuh dengan saudara mara..terima kasih semua. Jangan ada lagi yang kata aku tak menngajak ke rumah baru..heehehe..memang meriah malam tu tapi akan lebih meriah kalau ada Abg Long..Hahaha..Abg Long tido awal dan sangatlah nyenyak sampaikan Ecah kejutkan pun dia x sedar..Hampir jam 11 semua dah balik..baru lah Abg Long terjaga..dan Abg Long bergelak ketawa sorang-sorang di ruang tamu menonton kartun. Aku, Mr. M dan Adik..pengsan tido!!

Hari Sabtu..aku mengalami sakit perut jugak. Agaknya perut aku ni tak leh sebarang makan..campur-campur kot..huhu..takper lah sabor je lah...nasib baik melepak di rumah ja xde wat ape..tp sebelah malam kami semua sekali lagi kumpul di rumah mak abah. Ada satay, ns impit, burger, ais krim n air nescafe ais..hehehe..utk makan-makan ja kami anak beranak...besh beshh! Abg Long diam ja..sebab Abg Long tido...wakakakaka :D Di bawah ni serba sedikit pic malam tu...




Ok ok...ntah apa ntah lagi..nanti aku kemaskini kalo teringat kot kot ade story yg tertinggal..aku dah ngantukkkkk nak tido...daaaa..

Selamat malam tawan-tawan...wassalam

p/s : sayang betul sebab x amik gambar masa beraya :(
1

Cuti Raye..Horayy!

Sep 6, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...


Untuk makluman semua...hari ni last aku keja sebab start esok aku mula bercuti. InsyaAllah aku akan kembali bertugas pada 20hb bersamaan 11 Syawal..huhu..lama eh..tapi tak ke mana pun..di sini ja rasanya. Ada jugak plan plan nak ke JB lah, Genting lah, Cameron lah..tapi ntah la tengok ja la nanti..mengharap tidak apa pun tidak..ada rezeki ada lah tu.. :)
Dikesempatan yang ada ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga JTM Kak Ina, Isa, Fizal, Kak Liza, Baha, Tina, Fiza dan semua pelajar praktikal (maleh tulih nama korang :p)...Minta Maap la kalau ada selah salah silap, terkasar budi bicara expecially to Isa..Semoga kita semua hapi di hari raya expecially Tina (maybe bersama bby baru..hehe) Berhati-hati di jalan raya ok? Ingat org tersayang...ape lagi eh..Owh tak lupa..nanti bawa saki baki kuih raya kat opis..kita beraya kat JTM lak..sian kat praktikal mesti diorang nak makan time boring² kat lab...ok thats all...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin pada semua kawan-kawan blog ..yang lama mahupun yang baru..time kasih kerana rajin berkunjung ke blog aku yg ntah apa-apa ntah..poyos je lebih..cuti ni termasuk jugaklah cuti dari mengupdate blog..tak mo rindu² eh (ade ke yg nak rindu..caitt!) Walopun aku cuti berblog..mybe aku akn jadi silent reader..hehe..beboring xde wat per..insyaAllah...

Owh..tak lupa juga Selamat Hari Raya buat semua warga MPM yang mane ade baca blog tulisankuchantique ni..(korang le yg puji lelebih tulisan aku chantique..tu la dpt idea buh url cenggini tuh...thanks anyway...) Yg pulang ke kg hati-hati la eh..owhh aku x balik sabah yer..x mo le tanye lagi..malas nak jawab..kalau mr.M dengar..lagi dia keciwa....huhuhu... :(

Yang jauh di mata..Ibu Mertua, Abg Ipar sekeluarga, Zali n Dayen...semoga Hari Raya tahun ni memberi 1000 makna pd kita semua..walaupun x jumpa tapi insyaAllah panjang umo kita jumpa lagi..gunakan kemudahan tenet ni sebaik-baiknya...walopun kami jarang sgt hello hello org sana..tp kami selalu ingat org sana..(serius) ada ja yg kami bualkan...huhu..(semalam buat biskut makmur..terkenang kat mak mertua..ingat lagi aku n kak ros kena wat kuih raya 2 thn lepas secara tetiba....hehehee..panjang kisahnya..kan m kan?) Selamat Hari Raya..Maafkan kesalahan kami dr hujung rambut smpai hjg kaki..halal makan minum dan segala-galanya...

Pada Mak, Abah n famili semua nti kita salam-salam kat umah la eh..to my Partner,  mr.M..alah kat umah jugaklah ehh..hehehe. Ok ada yang tertinggal ke? Ehm..kalau ada..minta maaf la eh..Lastly....Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam di dunia..Pohon kemaafan di Aidilfitri..semoga ukhuwah kekal abadi...amin. 

Wassalam...
3

Biskut Rayer...

Sep 2, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
Gambar Hiasan - Ikhsan Pokcik Gogle
Hai hai semua..Isunya..biskut raya. Ya..bape hari lagi nak raya? Bape balang dah kuih raye korang? Aku? Balang kosong ada lah..Cuti panjang baru-baru ni..berangan ja nak buat..huhu tapi hampeh! Sib baik halangan tu darang datang kerana anak-anak..kalau kerana diri sendiri..pastinya aku keciwa.. :|

Usaha jugak la minggu ni plak dah plan ngan akak nak buat kat umah mak..boleh mak jaga anak dara aku sorang ni. Kat rumah ni bukan dia x mo ngan babah dia..tapi kejap kejap ja..pantang nampak muka mama dia..udah tak keruan..hehe..takpe la eh..anak kecik..

Mr.M nanti kita borong sikit kuih raye yer..buat sikit..beli sikit..banyak le jadinya..kata nak wat open horse house... ;)

Wassalam...
0

Shy..shy...Cat...

Aug 20, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum WBT....
Ok..ok..ini picture masa shooting tadi (shooting la konon). Actually, sesi amik gambar ni kat opis tadi..sebab nak wat kad rayer utk jabatan..cewahhh! Tukang buat kad tu..dak praktikal opis nih..wahh..x sabar nak tgk hasilnya nanti...Tina..ko dah letak jawatan ke wat kad rayer it?? :D

Aku ni memang pemalu..kalau boleh masa nak amik gambor ni..jangan le ada yg nengok...masalahnye tadi..semua dak praktikal it tgk (8 orang termasuk kamerawoman kamreman)..huhuhu semua ke?? Ntah le..semua le kot..ramai je tadi tu..Kalo aku ni lawo tahap model tak pe gak...aku bukan siapa-siapa... :P

Meminjam kata-kata Mr.M Mr.Z..shy shy cat..ehmm..lebih kurang mcm tu lah aku...hikhik...Ha..jangan salah faham plak..idak le pemalu beno..ala kadar ja la...

Ok..thats all nak citer..xde menda pun..hahaha. Saja nak konker pc malam nih..:e. Pas nih nak update pasal menu lak..daaa...Wassalam...