....

Nov 18, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Salam Aidiladha buat semua umat Islam di bumi Allah...

Hari raya disambut biasa-biasa ja kerana aku tak sihat. Malam hari raya, pulang dari tempat kerja aku berselubung dan tidur. Demam dan seram sejuk..merengek bagaikan anak kecil meminta ubat. Abg Long jadi tukang pengantara. Berlari ke dapur dapatkan babah minta itu ini. Dalam masa yang sama..bermain dengan adik di kamar..bermakna mengganggu mamanya yang dalam kesakitan. 

Sekadar menjamah roti dan kentang putar (dimasak oleh chef M). Terbau ayam goreng dari dapur..enak. Tapi tekak tak berselera. Sedar-sedar ja Mr. M kejutkan minta aku susukan adik yang dah siap wangi-wangi berbaju tidur. Hu hu..kasihan. Tidur lagi bersama adik. Sedar ja jam dah pun 1 pagi dan lampu di ruang tamu terang benderang..ntah rancangan apa yang ditonton dua beranak itu. Bila aku tengok rupanya dua beranak tu dah lena...kesian. Terabai sudah.

Esoknya di pagi raya..badan masih lemah. Babah siapkan anak-anak dan pergi solat sunat Aidiladha. Selesai semua kami ke rumah Opah. Kebetulan memang M cakap tak payah masak dan akan ke rumah Opah ja. Jadi, memang dah pesan awal-awal kat Opah n Atuk nak makan sesama. Sempat juga order lemang lebih skit..jadilah merasa.

Pagi raya, Opah masak menu special..nasi lemak :| Makan ja la..rezeki Allah bukan? Apa perlu merungut? Tak berjalan kemana pun..tak berbaju kurung....di rumah mak sempat tidur..huhu badan sangat letihh....

Owh..sebelum tu, adik yang sangat extrim jatuh di kereta sampai lebam dahi nya..sudah dituam ya..Alhamdulillah..ndak apa-apa juga. Biasalah extrim...

Tekak lidah tak berapa enak. Tetiba, teringin nak makan laksa..tapi semua malas nak keluar. Petang jam 6 kakak sampai, bawa laksa. Tuhan itu Maha Mendengar..Alhamdulillah. Terus makan tanpa menoleh kiri kanan...

Selepas itu..? Aku cirit birit..sampai la malam tadi. Ntah la berapa kali ulang ke toilet..ha ha....perut masuk angin, kembung, segala macam rasa semua ada. Ya Allah. 

Alhamdulillah, hari ini masih mampu bekerja walaupun badan rasa agak lemah..tak sabar nak pulang n beradu di kamar...ha ha ha..Tidak ikhlas rupanya aku ya? 

Masih bodoh dalam segala erti Perngorbanan! Wasalam...

0 kOmEn:

Post a Comment