Showing posts with label Anakku. Show all posts
Showing posts with label Anakku. Show all posts
0

al-hubb haqq al-hubb

Dec 11, 2012

Salam 27 Muharam 1434H

Sedar atau tidak, tak lama lagi tahun 2012 akan melabuhkan tirainya. Sekejap ja kan? Terasa macam ada banyak lagi perkara yang nak dibuat tapi tak kesampaian. Apa yang pasti, tahun ini (2012) adalah tahun yang banyak memberi kesan dalam hidup saya. Banyak perkara saya lalui dan yang paling pasti semuanya masih fresh dalam ingatan saya dan tidak mungkin boleh dilupakan dengan begitu mudah melainkan saya telah disahkan oleh doktor telah 'hilang ingatan!'.


Salah satunya, tahun 2012 saya hampir-hampir kehilangan orang yang saya sayang..mak! Beliau hampir mendapat serangan strok dan telah 5 kali di tahan wad. Sehingga ke hari ini, beliau masih memerlukan pemantauan dari Hosp. Seri Manjung.

Alhamdulillah hari ini beliau sihat dan masih membantu saya untuk mengasuh anak-anak. Kejamkan saya? Pernah saya suarakan hajat untuk mencari pengasuh anak-anak, alih-alihnya saya pula yang kena marah. Hehehe...Walau apa pun..saya sentiasa mendoakan semoga mak sihat sentiasa dan ceria disamping abah dan cucu-cucunya. Amin Ya Rabbal'alamin.

Alhamdulillah. Tak lama lagi pastinya sesi persekolahan bermula. Anak saya Al-Amin belum masuk darjah 1 pun. Mesti semua ibu-ibu excited kan yang mana ada anak-anak nak start sekolah rendah. Tahun ni InsyaAllah saya akan hantar beliau di tadika yang sama manakala, sebelah petang pula Al-Amin akan ke pra-agama di Sek. Agama Rakyat Abadiyah. InsyaAllah.

Ok. Sampai disini. Masa cemburu. Mohon undur diri dan bakal menulis kembali. InsyaAllah.

Wassalam.
0

Selamat Hari Lahir Aminsmart....

Oct 15, 2011

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt....


Hari lahir anak sulung saya..Muhammad Al-Amin diraikan ala kadar sekadar nak hiburkan hati seorang kanak-kanak yang nakal sepertinya. Majlis diraikan di rumah Atuknya dengan hidangan yang simple ja. Terima kasih buat suami, mak, abah, kakak, abg ipar, kak ipar, adik, adik ipar, adik dan semua anak sedara Uda kerana sudi menyambut birthday Aminsmart....a.k.a Cucu Sulong Atok...


Ini adalah pesanan berguna daripada Luqmanul Hakim buat anak mama sebagai pedoman hidupmu kelak...inshaAllah..

Wahai Anakku yang ku sayangi....
Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.

Wahai anakku yang ku sayangi…
Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.

Wahai anakku yang ku sayangi…
Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.

Wahai anakku yang ku sayangi…
Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.

Wahai anakku yang ku sayangi…
Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT

Wahai anakku yang ku sayangi…
Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.


Wassalam...
1

Aiskrim

May 22, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

~ Abg Long suapkan Adik makan ice cream ~

Hari ini ada orang mengidam makan askrim. Tu la dibelikan. Kalau tak dapat karang menangis tak ingat dunia. Nasib baik jadi orang baik hari ini. Alhamdulillah. Dua-dua ikut perintah ja hari ini. Makan sama-sama. Bermain sama-sama. Senang kerja saya hari ini.  Time mereka makan aiskrim tadi, terfikir pula dah lama tak snap gambar mereka. Itulah saya ambil tu. Jadilah kenangan buat hari tua mereka kelak. InshaAllah.

Story pasal Abg Long pula ya. Tak banyak nak story. Nak bagi tau.Esok Amin ada exam. Tiga hari ja. Mulai esok alphabet. Lusa Numbers. Tulat Colouring. Memang dalam minggu ni pun Amin banyak study (Cewah!) Semoga Amin tenang semasa exam esok. Hehehe..fikir dulu sebelum jawab soalan ye nak. Fikir dengan baik. Hehehe...Anda pula, doa-doakan anak saya lulus dengan cemerlang ya... (^-^)

Ok. Adik pula. Macam-macam sudah perangainya. Apa yang orang buat semua dia tiru. Tengah explore la katakan. Biarkan ja la..aksinya kadang-kadang menggelikan hati. Tapi kan adik ni, garang lah. Mengalahkan saya. Cengih orangnya. Hahaha. Kadang-kadang tu, suka hati dia ja babab Abg Long. Eeee...geram jugak dibuatnya. Tapi ada masanya disayang-sayang Abg Long dia... Budak-budak kan. Memang macam tu. Macam manalah bila mereka dah besar nanti..rindulah nanti zaman-zaman kecil mereka...

Sekian dahulu perkembangan anak-anak saya. Ketemu di lain hari dan waktu. InshaAllah. Wassalam.
0

Anak-anak

May 16, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Huawhhh..lama saya bertapa eh! Sebulan? Ke mana? Menuntut ilmu? Mencari ilham? Heee... Tidak semudah itu. Tidak sama sekali. 

Tenggelamnya saya adalah dek kerana hal-hal rumahtangga yang tak menentu. Kebiasaannya tersusun mengikut jadual, kini tunggang langgang bagaikan apa ntah. Haha. Belum lagi lihat keadaan di rumah. Mujur suami dan anak-anak sporting walaupun rumah macam tongkang pecah! Benar!

Rindunya pada blog nih. Tuhan ja tahu. Huhu. Tiap kali nak mula menulis pasti tak kesampaian. Maklumlah, saya kan wanita bekerjaya yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Syukur! *Izinkan saya puji diri sendiri di blog sendiri ;-)

~ Dialah, tunggak masa depan saya. InshaAllah. ~

Eh..eh..kenapa gambar lama Al-Amin yang saya post di sini. Tembam kan Amin masa ni? Dalam setahun agaknya umurnya masa ni. Bukan apa. Awal pagi sampai di office saya melihat satu ke satu satu folder yang ada dalam pc nih. Haha..Jumpa gambar dia masa kecil. Rindunya masa kecil dia. Sekarang dah nakal. Dah pandai marah orang tua. Bodoh! Gila! keluar dari mulut dia lepas pulang dari tadika. Ehm..kalau kata-kata macam ni keluar dari mulut saya dan adik beradik ketika zaman kecil kami, maunya dah kena makan cili padi..kah...kah!!! Ya ampun!

Anak-anak. Saya dah nampak dah perubahan mereka bila mereka membesar. Hehe..adik yang baru setahun pun macam-macam ragamnya mengalahkan abgnya. Allah. Besar sudah kamu semua ya. Semoga kalian temui kebahgiaan hidup dunia dan akhirat. InshaAllah.

Salam sayang buat anda yang sudi membaca. Take care n jumpa lagi. Wassalam.

*Kami anak beranak baru ja sembuh dari demam, selsema, batuk dll. Kini giliran mak, abah n bob..kasihannya mereka :-(
0

Saya Tahulah....

Apr 15, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah..adiksmart sudah beradu di kamar. Lega sikit. Tinggal aminsmart ja sedang menonton channel disneynya. Silih berganti. Rasanya saya dah boleh hafal siaran cartoon yang ditayangkan. Layan ja la. Ini ja caranya nak bagi anak bujang saya berada dalam posisi yang terhad. Kalau tidak...ntah la. Mungkin lagi bersepah rumah ada la. Anak saya. Saya tahu lah. ^_^

Saya ambil gambar ni petang tadi. Macam-macam gaya muka..sudahnya adik lari ke lain. Malas agaknya nak layan mommy dia. Adik dah pandai buat apa ya? Owh..sudah mau berlari gayanya. Ikut saja abg n kak ecah berlari dan bermain. Lagaknya bagai anak berusia 2 3 tahun. Sudah pandai bersalam dan cium tangan (walaupun agak lambat berbanding abgnya dulu). Kebolehan dan pencapaian anak-anak berbeza bukan? Heee..

Kalau bercakap pula, adik boleh mengikut bunyi yang mudah contohnya, satu, bye bye, nak, miaw miaw..bolehlah seakan-akan ja bunyinya (yang ni lebih cepat berbanding abgnya). Adik paling suka mandi. Serius. Saya pun geram jadinya.. Pantang ja tengok orang mandi semuanya dia nak join. Kalau tak dapat..nangislah. tapi yang bagusnya adik ni bab nangis nangis sekejap ja. Tak lama. Gimik ja lebih. So tak hairan lah..Bukan macam abg long. Fuhh! Dia lah juara bab menangis ni. Ish..malaslah nak cakap. Sakit hati tau! Heee..anak saya. Saya tahulah..
Ni ha. Gambar pagi tadi. Setiap pagi, setiap hari..wajiblah darah saya naik ke kepala. Bukan apa, pagi-pagi memang liat. Liat dalam segala-galanya. Liat nak bangun. Liat nak mandi. Liat nak pakai spender..sampailah nak pakai kasut. Memang pagi-pagi lagi saya dah diuji dengan kesabaran. Rasa nak nangis pun ada. Hahaha. Betul tau. Memang ada masanya rasa nak nangis. Saya tahulah. Saya kan sensitip!

Tapi itu lah kan. Walau macam mana susah pun mereka..itulah anak-anak saya. Amanah dariNya. Fikir baliklah, macam tu lah susahnya mak abah besarkan saya. Bagi makan, bagi pakaian, bagi ilmu dll. Macam-macam kan. Sesungguhnya masa membuatkan saya lupa. Betapa besarnya pengorbanan mereka. Allah. Lalainya saya. Huhu...
Hoo..hoo..inilah dia manusia yang lalai itu! Ntahla apa nak jadi dengan dia. Sempat lagi nak tayang pic pakai shawl rania beli kat Ika. Huhu. Dah bersuami dah ada anak tapi tak sedar-sedar lagi nak bertaubat. Ingat dunia ja! Betulkan syg?? Am I right??? Saya tahulah.. DIA juga pastinya setuju dengan kata-kata saya ini...

Owh..Saya sayang awak. Hanya awak ja yang boleh ingatkan saya!

Oklah. Saya minta diri dulu. Nak selesaikan kerja-kerja mendobi. Thanks sudi singgah! Wassalam.

*Panas betul malam ni kan? (Opss! See...?)
0

sampai hati DIA menDUAkan saya!!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Saya ada masalah. Masalah peribadi. Tak tahu nak luah kat mana, pada siapa. Sedih. Hanya Allah yang tahu.....ehmm...anda nak tahu ke?? Dah 2 minggu saya pendam hal ni...

"Sampai hati dia buat saya macam ni. Apa kurangnya saya?? Saya betul-betul terkilan dan sangat-sangat sedih bila semua ni jadi pada saya. Sekarang...Biar la semua orang tau..saya tak kisah...saya tak kisahhh....!!!!! Huhuuhu... Menangis air mata darah sekalipun DIA tetap buat tak tahu.... apakah yg patut saya lakukan...?? Uwaaaaa!!"

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

sampai hati adik 'mengopek' dengan Opahnya!!! 

Opah kan dah monopous dik!! (ni atok yg cakap yer...bukan I). Sebenarnya tak kisah pun. Adik ngopek pun suka-suka ja. Tapi yang kelakar tu sampai tertidur pun ada. Dasat lar tu.. Tapi tak kisahlah, maybe kalau cerita pada MIL pun dia akan buat perkara yang sama. Kan mama kan? Hehehe...

Petang tadi sebelum saya ke pejabat semula Adik mengopek dengan Opah sambil menonton wOnderpets..kusyuk! Saya intai dia..dia ketawa..nampak sangatlah dia main-main ja..siap tepuk² dada Opahnya..adoyai!! Jangan nakal-nakal ya anak mama..

Alhamdulillah...Sekarang ni nak tinggal lama sikit pun senang mama..lalala~

Sekian gOsip dari saya hari ini..wassalam.
0

Eksiden!

Apr 7, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Malam ni, saya ditinggalkan oleh suami bersama anak-anak. Suami pergi main badminton. Dah biasa dah ditinggalkan begini. Takper..bukan apa pun. 

Lepas makan malam dengan anak-anak, saya sempat mendobi baju untuk pusingan pertama. Sambil Abg Long menonton cartoon, Adik kelihatan mundar mandir dengan mata yang luyu macam mengantuk. Saya ajak Adik masuk tidur terus dia pegang tangan saya dan kami sama-sama masuk bilik..

~ Lebih kurang macam ni la mata ngantuk adik tadi ~

Yang bestnya, boleh pula Adik bangun dan bermain atas katil selepas menyusu. Melompat. Mengutip bantal. Buang bantal. Berpaut ke dinding. Saya masih berbaring dan layan ja lah sebab tau mesti dia tidur lepas main sekejap. Last-last adik macam nak jatuh ke arah saya dan saya nak sambut lah tapi malangnya ibu jari saya dengan tepatnya masuk ke mulut Adik dan terkena lelangitnya...wah..meraunglah Adik tidak terkata...

~ Gigi Gambar lama...sekarang 6 batang sudah giginya ~

Tiba-tiba masa nangis tu Adik terbatuk dan terus keluarkan darah yang banyak..kenalah pada baju saya dan dia. Ee..takutnya. Panic juga. Call suami tak berjawab (ishhh..tak kan tengah main dalam court nak bawa hp..ye tak?) Takpe..Pujuk punya pujuk nak tengok mulutnya tak dibagi. So, dah takde cara lain dah..terus saya kasi dia menyusu..lama sikit tu..Adik dah ok...boleh senyum senyum sudah...huhuhu...sori my dear...

Alhamdulillah...lepas 'eksiden' tadi Adik dah pun tidur sekarang..senang sikit saya nak ngadap lappy sambung mendobi...lalala~

Oklah..terima kasih sudi membaca aduan rakyat saya malam ni...wassalam.
0

01.04.2011

Apr 1, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

~ Syaitan Dassim ~

~ wajah kesayangan hamba ~

Pernah tak rasa geram, tension, stress dan yang sewaktu dengannya. Saya kerap berubah mood. Kat Office bukan mainlah riang ria..tapi dah sampai rumah terus jadi isteri tiri mak tiri... (kejam bukan?) Saya percaya puncanya daripada "Syaitan Dassim." (Info daripada ceramah Ilmu Keluarga pada 22.03.2011)

Syaitan Dassim berada didalam rumah. Jika seseorang tidak mengucapkan salam sewaktu memasuki rumahnya dan tidak pernah menyebut nama Allah di dalamnya, maka syaitan tersebut akan menimbulkan perselisihan di dalam keluarga tersebut. Kesimpulannya, syaitan ini selalu ingin menciptakan ketidakharmonian dalam rumah tangga.

Jahat syaitan ni. So, kawan-kawan semua..apabila anda adalah orang pertama yang memasuki rumah mak sure langkah anda bermula dengan kaki kanan dan berilah salam..."Assalamualaina.. wa'alaibadillahhissolihin..." 

Semoga kita semua dilindungi ya...

*   *   *   *   *   *   *   *   *   *

~ Adik ~

~ my little angel ~

Usianya kini mencecah 1 tahun 2 bulan 3 hari..alhamdulillah. Kami dikurniakan sepasang cahaya mata yang nakal..hehehe. Ramai kawan-kawan yang kata.."seronoklah dah sepasang.." "senang lah dah sepasang anak ko..." "Owhh..sepasang ke...?boleh lah stop dah..." dan macam-macam lagilah. Pada saya dan suami...tak cukuplah dua orang... Maksud saya tak cukup nakal lagi ni..hehehe haruslah ditambah pada masa-masa akan datang..dan anak lelaki ke anak perempuan ke tak kisah lah kan. Tuhan dah bagi amik ja la. Semua manusia dah ditentukan bahagian masing-masing. InsyaAllah kalau ada rezekia dariNya...So...to my little angel "adik"..u bakal ada adik lagi pada masa akan datang..insyaAllah *wink wink (^_*) 

Banyak lagi menaip..tapi nanti-nantilah..
Terima kasih sudi membaca...wassalam. 
0

...

Mar 17, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Buat anak-anak mama yang di sayangi..
Maaf ya mama asik moody dan cepat marah lately..
Abg Long..maaf ya..kamu lah yang selalu mama marah...
Adik tak tau apa-apa..
Tolong ya bagi kerjasama...

Ntahla...
Hormon mama tidak stabil agaknya...
Malam ni, mama muhasabah diri sorang-sorang...

Tidur lena ya sayang..
Luv u so much!

Wassalam...
0

Jatuh!

Feb 4, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..
Bukan anak-anak saya yang jatuh. Tapi mak budak-budak ni yang jatuk gedebuk depan pintu bilik air. Owh..mestilah sakit. Kenanya petang tadi, sekarang ni masih rasa lagi sengal-sengal di tapak tangan kiri n punggung. Kasihan saya. Huhu..Suami saya tolong bangunkan saya. Bilangnya, kalaulah sekarang ni saya sedang pregnant pastinya sudah gugur (owh suamiku...masih lagi kau bercita-cita mahukan anak kecil..sedangkan yang dok ada ni belum lagi terjamin kasih sayang mereka...hahaha)

Itu sahaja mau saya ceritakan. Esok kami semua mahu ke rumah bakal adik ipar di Sik, Kedah. InsyaAllah. 

Wassalam.
0

Berita Terkini

Feb 3, 2011

Bismilahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Mengenai berita kebakaran di kg suami saya semalam, anda boleh lihat gambar kejadian di sini. Sebelum itu, dalam entri saya sebelum ini, ada saya khabarkan rumah nenek wariya turut terbakar. Alhamdulillah. Tersalah info semalam. Dengan kata lainnya, rumah nenek wariya selamat. Alhamdulillah. Saya nak ucapkan takziah kepada semua mangsa yang telah kehilangan rumah dan harta benda. Semoga mereka dapat bersabar dengan musibah ini. Allah. Dimana-mana saja Tuhan akan menguji hamba-Nya. Syabas juga kepada pasukan bomba. Kata mama awal pagi tadi masa suami saya call, dua orang bomba cedera kerana terjatuh. Kasihan.

Rupa-rupanya, hari sebelumnya juga ada kejadian kebakaran di Esbok, Tawau sehingga mengorbankan 50 buah rumah. Boleh tengok gambarnya di sini. Mungkin ahli bomba juga sudah kepenatan kan. Kasihan. Saya tarik balik kata-kata bengang saya kepada bomba semalam. Maaflah, kami sudah salah faham. 

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Selepas Zohor, seperti yang dijanjikan saya, suami dan anak-anak bersama-sama mak, SIL, ecah dan Mak Andaknya ke Sutera Perdana mencari kain. Kain ni untuk tema kami di hari perkahwinan Adik Bongsu kami BOB. Ok..InsyaAllah kami sekeluarga akan memakai tema Purple. semuanya Dark Purple. Hopefully, bila  dah siap baju melayu dan baju kurungnya...lebih lawo lah ya. 

Stop pasal baju tema. Nak cerita pula kejadian petang tadi. Petang tadi mak, abah, dan keluarga kakak datang ke rumah. (* semakin laju saya menaip, semakin laju pula cecair sebelah kanan hidung saya mengelir keluar..hehehe) Abah macam biasa busy melihat kawasan kebun sebelah rumah. Amin pun samalah dengan atuknya. Yang lain di dalam sedang disajikan oleh suami dengan menonton filem Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah. Memang lawak, gelak terbahak-bahak sampai tak sedar anak saya (Adik) dah merangkak ke luar pagar rumah. Hahahahaha....

Sejak saya berpindah ke rumah tetap saya ni, saya akan memakai tudung setiap kali melangkah kaki ke luar. Alhamdulillah saya berubah berbanding dulu sekadar berseluar pendek. Huhu...Ok ok..oleh kerana tiba-tiba tersedar Adik hilang saya dengan sepantas kilat berlari ke luar..huhu malunya!!! Adik digendong oleh jiran sebelah yang sedang bermain badminton. Suami saya yang ikut berlari yang ambilkan adik dari tangan jiran tadi. Wahhh...malunya aku!! Satunya, malu sebab anak tetiba hilang macam tak reti jaga anak..yang satunya lagi dah tentu lah tak pakai tudung serkup kepala...huhu!

Adik..can not..can not. Ingat pesan Abg Long mu ini..Malam ni, suami dan si Adik awal tidur. Letih agaknya, jadi Abg Long boring main sorang-sorang. Nampak ja kamera, Abg Long minta ambilkan gambarnya. Allah. Yang seorang ni pun, dah persis model tetap saya ni. Kalau la masih pakai kamera lama..agaknya jenuhlah saya nak beli kodak...hehe

Ok lah. Saya pun nak masuk tidur with Abg Long sayang. Selamat malam ya. Wassalam.
0

Berita Hari Ini dan Sebelumnya...

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt...

Lama saya tak jenguk blog. Lately, saya sering selalu tido awal bersama anak-anak menyebabkan saya jarang update blog. Kehendak untuk menulis, sentiasa ja ada. Anytime. Anywhere. Masa ja yang tidak mengizinkan.
Untuk pengetahuan semua, anak kecil saya 'Ainul Mardhiah' sudah pun masuk 1 tahun usianya pada 28hb. Januari yang lalu. Alhamdulillah. Dua hari sebelum itu, saya telah membawanya ke klinik dan telah menerima suntikan umur 1 tahun. Jururawat maklumkan pada saya, biasanya bayi akan demam selepas seminggu.

Tapi pada 28hb Januari (Jumaat) Abg Long pula yang kena demam. Melihat keadaannya yang dah macam tak berdaya, selepas ja solat Jumaat saya dan suami membawa Abg Long ke klinik. Panas sangat-sangat badannya sehingga Dr masukkan ubat melalui bontotnya. Hehe..alhamdulillah. Sekarang Abg Long sihat sudah!

Sebenarnya, nak belanja diorang makan kek tapi oleh kerana dah demam hari itu terus batal program. Sampai hari ini, tak celebrate pun Birthday Adik. Kasihan. Sabar ya Adik..

Di atas ni, gambar Abg Long sedang menyiapkan homework pertama beliau pada 24hb yang lalu. Nak tau tak apa perasaan saya bila cek beg sekolah Abg Long dan mendapati ada homework?? Owh...saya yang risau! Boleh ke anak saya buat ni..alhamdulillah yang pertama ni, memang rajin Abg Long buat. Esoknya, ada lagi homework tapi sangatlah liat beliau nak buat homework. Asyik nak main ja. Terpaksalah saya standby rotan di sebelah. Hahaha..

Yang paling lawaknya, macam-macam alasan yang beliau bagi untuk mengelak dari membuat homework. Katanya, tangan sakitlah, banyaklah, macam-macamlah. Tak padan dengan orangnya yang kecil tapi akalnya panjang. Cikgu Mala ada bagi tahu saya, Abg Long ni tak padan dengan kecil tapi suaranya boleh tahan di tadika. Cikgu Ganthi pula cakap...i likes him, very friendly. Ye lah tu, memang pun, masuk ja pagar tadika Abg Long bukan pandai nak babai mama dia, blah ja. Itu pun kalau tak diingatkan suruh salam dan cium tangan mama dulu, confirm tak buat..hahaha....

CNY ni Abg Long dan kami semua bercuti panjang termasuklah Opan dan Atuk. Alhamdulillah.

Ok, yang ini pula gambar mereka semalam. Sedang bermain bersama. Sebenarnya, saya nak fokuskan pada Adik. Kelakar sangat sedang berusaha menarik binatang biru tu bersama keretanya. Tak padan dengan kecil tp daya imaginasinya macam-macam. setiap kali nak fokus, Abg Long menyibuk. Asyik muka dia ja. Nak marah karang, susah pula sebab Abg Long ni dah pandai merajuk. Sampai tak mahu bercakap dengan saya. Hahaha...

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Hari ini juga, saya ada mendapat dua berita. Good n bad news.

Yang pertamanya, saya menerima panggilan daripada sahabat lama yang saya kenali sejak bekerja di mpm. Beliau adalah Nurul yang dahulunya adalah salah seorang pekerja di sebuah syarikat yang sering berurusan dengan pejabat saya. Sekarang beliau tinggal di Kuala Kangsar bersama suami. Adalah beberapa perkara dibualkan dan sempat juga tinggalkan no. hp masing-masing. Cumanya, saya mendoakan semoga beliau dan suami dikurniakan cahaya mata dan mudah-mudahan persahabat kerana Allah ini sentiasa kukuh selama-lamanya. Amin.

Yang keduanya, saya dan suami terima berita di mana beberapa buah rumah di kampung suami sedang terbakar. Allah. Pertama sekali mendengar suara Diana di talian tiba-tiba lain saja. Sedangkan, petang itu (waktu tu hampir jam 7 rasanya) kami call mama sebab nak tanya tarikh perkahwinan sepupu mereka di Balik  Papan, Indonesia. Sedang berbual, panggilan terputus. Suami saya contact semula tapi tidak berjawab. 

Rupa-rupanya, di sana keadaannya sudah kelam kabut kerana beberapa rumah sedang terbakar. Hati saya mula berdebar-debar tatkala menerima khabaran begitu. Apatah lagi hati suami saya. Sempatlah suami tanya pada adiknya rumah yang mana terbakar, api ke arah mana, dan macam-macam lagi. Kami di sini cuma berdoa semoga rumah mama terkecuali kerana jaraknya kata suami mustahil untuk terkena disebabkan arah angin menolak ke atas bukit. 

Bomba lambat sampai. Kami disini sampai bengang-bengang. Khabar terakhir kami terima, rumah nenek Waria juga terbakar. Allah. Terus saya terbayang wajah nenek Waria. Kasihannya nenek. Dia sangat baik. Saya ingat lagi masa pertama kali jumpa dia, terus dia peluk dan cium saya membuatkan saya rasa selesa ketika tinggal di sana. Huhu..Khabarnya banyak rumah yang terbakar. Bekalan elektrik juga terputus. Ehm..ntahla. Ini pun kami tunggu ja berita dari mama n diana di kampung.

Owh ya..hari ini juga adalah birthday si diana. Nampaknya, inilah kenangan hari lahir yang paling tidak dapat beliau lupakan. Mana taknya, sempat juga beliau mengangkat mesin basuh semasa kejadian...hehehe. Lega hati saya bila dengar dia ketawa...huhu

Ok lah, saya pun dan sangat-sangat mengantuk. Good night semua. Wassalam.
0

Down...

Jan 14, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
~ huk...huk...huk.... ~

Hari ini saya rasa 'down' sangat. Anak saya (Abg Long) enggan ke tadika hari ini. Kalau dari rumah beliau kata tak nak, tak apalah juga. Ini tidak, sampai ja depan tadika boleh menangis terjerit-jerit. Owhh...why amin..? why?

Saya call teacher Abg Long. Katanya, susah nanti kalau awal-awal Amin buat hal macam ni. Sebabnya, lain kali dia akan buat lagi. Katanya lagi, ini semua alasan bagi seorang kanak-kanak untuk 'malas' nak belajar. Saya risau sangat-sangat pasal ini. Isnin depan ni..kalau Abg Long tak nak juga macam mana? Untuk masa yang akan datang nanti...ntah macam mana pula??? 

 

Saya rasa, saya telah gagal hari ini. Wassalam.
0

Buku² Abg Long

Jan 11, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Saya nak tunjuk buku sekolah Abg Long. Maklumlah, 1st time anak ke tadika. Saya excited nak cerita semua perkara. Agaknya, time Adik sekolah nanti maybe no more stories like this. Ya ka??  

No..No..No..InsyaAllah saya akan ceritakan semua mengenai anak-anak saya, "untuk kenangan hari tua mereka"..Haha InsyaAllah. Selagi ada hayat dikandung badan. Selagi ada kemudahan, kenikmatan yang Allah bekalkan ini. Syukur.
~ Happy Colouring (Fruits & Vegetables) | My Fisrt Writing Book (2 types) | Write 1 - 10 With Bibi Bear | My Fisrt ABC Activity Book 1 & 2 | Mathematics For Nursery 1 | Mathematics For Nursery Activity Book 1 ~

Semuanya, ada 8 unit buku untuk Abg Long belajar seawal usianya 3 tahun 2 bulan 25 hari. Buku Jawi takde pula. InsyaAllah. Biarlah saya sendiri yang mengajarnya nanti. Kalau tidak nanti berat sebelah. Kepada Abg Long, belajarlah bagus-bagus ya. Jadilah orang yang berilmu...
~ Buah hati pengarang jantung ~

Gambar anak-anak ni fresh lagi. Petang tadi balik dari menjemput mereka, sampai saja di rumah terus ambil gambar. Ntah apa-apa saya ni. Ikut ja mana yang sempat. Kedua-duanya happy hari ini (mood bagus). Main sama-sama. Gaduh pun sama-sama. 

Ok lah. Itu sahaja untuk hari ini. Saya nak sambung tidur. Wassalam.
0

Selamat Malam

Jan 10, 2011

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt...

Just nak ucapkan selamat malam kepada semua makcik-makcik, pakcik-pakcik, abang, kakak di luar sana yang suka baca blog mama saya...saya dan mama sayang kalian semua...

Wassalam...
0

Ragam Anak-Anakku

Jan 8, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
~ Abg Long kusyuk siapkan tugasan yang diarahkan oleh Babahnya ~

Anak sulung saya yang baru 5 hari ke tadika ini, rasanya banyak betul perangai beliau yang berubah. Benar. Agaknya, bila kanak-kanak sudah mula bersosial macam ini lah ya. Dua tiga hari ni, suka melawan cakap saya. Nak pula kalau depan orang lain. Eee..lagi mengada-ngada. Geram saya dibuatnya.

Sebelum dinner tadi, Abg Long ulang semula kejadian di rumah Opah hari Jumaat yang lalu. Katanya, ''mama cubit Amin..Amin amik buku, amin kijak-kijak (pijak-pijak) buku''. Bila ditanya nak buat lagi ke tidak. Boleh pula beliau tukar topik. Kadang-kadang sakit jiwa dibuatnya. 

Kesimpulannya, saya perlu banyak bersabar. Nasib baiklah suami tak cepat naik angin macam saya. Kalaulah suami saya pun macam saya, alamatnya... (Abg Long fikir la sendiri...)
~ Adik yang demam, ini selepas jelum dengan air asam jawa ~

Adiknya pula demam sejal sejak malam Jumaat yang lalu. Saya tak kerja dan ambil EL untuk menjaga Adik. Alhamdulillah, petang tadi sembuh sudah. Adik dah bermain semula dengan Abg Longnya sampai berpeluh-peluh. Panjat sana panjat sini. Merangkak ke sana merangkak ke sini. Macam-macamlah ragamnya.

Allah. DIA sajalah yang tahu risaunya saya bila Adik demam. Mana taknya, sebelah malam panasnya badan Adik. Merengek-rengek nak tidur. Bila dah lega sikit sampai keletihan dan terlena sendiri. Inilah situasi demam Adik yang paling teruk bagi saya.   Ndak pula bila Adik memerap dengan saya. Tak mahu langsung pada orang lain. 

Owh. Baru dua orang anak saya kan? Tapi keluhannya bermacam-macam. Allah. Semoga hambaMu kuatkan semangat dan lebih banyak bersabar dalam menjaga dan mendidik anak-anak..amin. 

Anak yang semakin membesar ini, mengingatkan yang saya semakin tua. Allah. 

Selamat malam.Wassalam.
2

Abg Long Excited!

Jan 3, 2011

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Saya teruja nak cerita pasal Abg Long. Ye lah. Abg Long tu terlalu 'excited' nak ke sekolah. Alhamdulillah, Abg Long bangun awal pagi tadi, mandi dan bersiap nak ke sekolah. Cumanya, adik pula yang merengek pagi tadi. Semua serba tak kena. Nasib lah dah masuk dalam kereta adik ok.

~ Malam sebelum ke Tadika, Abg Long call Nenek n Auntie Dayen. Picture bersama adik tu baru snap tadi. Nampakkan gigi adik? ~

~ Pagi, 6.30 am Abg Long dah siap ~

Hari ini aku saya ambil cuti. Anak sulung nak ke tadika la katakan. Jam 6.30 pagi Abg Long dah siap semua. Bila Babahnya pergi kerja, dia nak naik kereta Babah nak ke sekolah. Aishh..merengek juga tapi berjaya ditenangkan. Saya kata padanya, awal lagi..kita menonton kartun dulu ya. Baru senyap.

Masa dibekalkan roti, saya minta dia breakfast dulu. Tapi Abg Long tak nak dan menjerit "Amin nak makan kat sekolahhhh!!" Padan muka lah saya kan. Jadi, semua Abg Long tak nak buat pagi tu melainkan suruh mamanya lekas-lekas pakai tudung.

Dalam kereta, Abg Long berbual macam biasa. Saya hantar Adik ke rumah Atuk dulu. Masa tu awal lagi, jam 7.35 macam tu. Atuk dan Opah, pujuk Abg Long masuk dulu tapi tak nak juga. Bibirnya siap muncung-muncung lagi tu. Tak habis-habis dia mengomel nak ke sekolah...nak ke sekolah. 

Saya pujuklah, bagi tahu salam dulu Opah dan Atuk baru ke sekolah. Barulah dia keluar dari kereta. Ehmm, anak-anak sekarang ya. Bijak semunya. Masa di tadika tadi, saya tengok semua main sama-sama. Tak ada pun yang menangis. 
~ Masa ni, Abg Long tak sedar pun mama dia dah sampai ~

 ~ Masa ni Abg Long cakap "heyy..tengok sana" sambil tuding jari ke arah mama dia yang tengah snap pic. Malangnya, kawan-kawan tak layan...haha tak faham apa yang Amin cakap ~

Untuk hari-hari yang akan datang, tak tahulah macam mana pula perangai Abg Long. Yang penting, semuanya akan saya ceritakan di sini. Sekian dulu laporan daripada saya. Wassalam.

2

1st Entri 2011

Jan 1, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Entri pertama saya untuk tahun 2011. Sekejap ja kan? Rasanya macam baru semalam saya berkahwin (Hahaha..macam dah takde contoh lain nak kasi..). Ok..ok serius. Hari ni, kami pergi kenduri naik buai dan akikah di rumah bos saya. Rasanya, dekat jam 1 kami sampai sebab tunggu hubby balik dari masjid.

Di bawah ni, semua gambar anak-anak selepas pulang dari kenduri.

~ Prince n princess sedang beradu ~
~ Adik dah jaga, gunakan masa sebaik mungkin main pistol Abg Long ~
~ Cobaan Adik ajak Abg Long main sekali ~

Aishh. Tengah best-best menaip ni saya tersedu-sedu, kuat pula sedunya. Saya nak besar lagi nih. *Alhamdulillah...Lega skit selepas minum air masak.

Tak sabar nak tengok gambar yang bos saya snap masa kenduri. Kenapa? Sebab Adik n Abg Long naik buai juga untuk kali keduanya. Haha.. Paling best Adiklah sebab baik ja dalam ayunan. Ehmm cantik pula tu ayunannya...best sangat. Dan kami semua melihat karenah anak masing-masing. Kelakar tak ingat! 

Murah rezeki hari ini, bos tapau lauk pauk untuk dibawa balik..alhamdulillah. Memang makan sampai kenyang dan senang hati. Rezeki jangan ditolak. Wassalam.
0

Lets gO To Kindergarten!

Dec 22, 2010

Bismillahirrahmnirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Muhammad Al-Amin akan ke Tadika Anakku Ria next year. Kami dah pun daftarkan nama Abg Long petang Isnin yang lalu dan Abg Long sempat berjumpa dengan Madam Kanti (she's punjabi) merangkap Guru Tadika beliau.
Gambar lama Abg Long..Gambat kindergarten tak sempat nak snap..lain kali InsyaAllah...

Sedikit Latar Belakang Madam Kanti
Beliau berusia 50an and still in good health. Beliau mempunyai seorang suami dan dua orang anak perempuan (seorang lawyer n seorang lagi nurse). Meliau menetap di Fasa 1E (belakang MPM) dan sering berjoging di stadium MPM seawal jam 6.30 pagi. Beliau merupakan bekas guru besar di salah sebuah sekolah area Sitiawan (tapi lupa nama sekolahnya). Dulu, tadika yang diusahakan adalah di belakang The Store Sitiawan dan kemudian berpindah ke Fasa 3B Seri Manjung kerana di sana kerap berlaku masalah banjir.

Semalam aku ke tadika semula selesaikan beberapa dokumen. Sempat lagi berbual dengan Mdm Kanti. Di Tadika nanti semua kanak-kanak akan diasuh oleh guru masing-masing mengikut peringkat umur. Bagi kanak-kanak 3 dan 4 tahun akan berada di bawah jagaan Cikgu Ain (tak sempat kenal lagi..tunggu 3hb nanti). Seronok berbual dengan Madam Kanti dan rasanya tak puas bersembang dengan beliau.

Sebabnya...ntahlah. Maybe sebab 1st time Abg Long nak ke sekolah..so perasaan tu macam-macam. Excited ada, risau pun ada, macam mana nak cakap ntah. So, seboleh-bolehnya macam-macam nak tanya pada Mdm Kanti. Agaknya sebab itulah, beliau cerita panjang lebar. Mungkin beliau sendiri dah faham perasaan ibu bapa yang baru 1st time nak hantar anak ke tadika. Baru je niat dalam hati nak tanya itu ini...dah madam explain..hahaha (terror kan?)

Masa persekolahan : 8.00 pg - 12.00 t/hari.
Subjek : BI, BM, Mats, Sains, History, Fizik, Moral, Jawi dll..
Lokasi : Dekat dengan rumah Atok (supaya senang Atok nak jemput cucu..)

Next entri..tunggu sajalah 3hb nanti..(9 hari ja lagi)..I hope everything will go smoothly..InsyaAllah.

*Buat anak mama n babah Al-Amin..belajar elok-elok ya nak...
0

Beloved Sweat Heart...

Dec 8, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
Lama sudah saya simpan dan pendam kisah mereka. Abg Long dan adiknya.
Pertamanya, alhamdulillah. Menganjak ke usia tiga tahun abg long berjaya juga tinggalkan pampers. Allah turunkan penyakit dan juga berikan hikmah. Betul. Selepas kena jangkitan kuman hari tu, senang sikit nak explain kat abg long dengan syarat kena kaitkan dengan 'doktor'. Kalau tidak sebelum ni, pandai ja menjawab. Opah dan atok pun sama-sama sepakat bantu anak sulung kami ni supaya lebih independent. 

Satu ja lagi yang belum success...poo..pooo.. :D (Kami akan ikhtiar lagi..)
Klik lah picture ni...
Nak tahu tak? Abg Long cuma akan memakai pampers waktu malam ja iaitu waktu dia nak tidur. Kami ni nak ajar dia poo poo di toilet. Tapi abg long tak poo poo sepanjang hari kecuali selepas dipakaikan pampers. So, purata abg long pakai pampers sehari adalah 2 kali. Selepas pakai pamper pertama dia poo poo. Selepas ditukar dan memakai pampers kali ke 2 baru abg long tidur. Bijak kan?
Kami sedang carikan abg long tadika bagi kemasukkan usia 4 tahun. Ntah la ada lagi atau tidak ruang kosong untuk abg long. Lokasi yang dicari sebolehnya yang berhampiran dengan rumah atuk. InsyaAllah...itupun  kalau ada rezeki abg long nak bertadika... :)

Baru-baru ni, abg long ada tabiat baru yang sangat-sangat dia suka buat dengan kerap...gigit kuku! Tak kira la kuku kaki ke kuku tangan ke...haishhh sampai tumpul dibuatnya.
Yang ini pula. Dah pandai berdiri sendiri. Kalau kerusi dirumah opahnya memang dah PAS adik panjat. Nak melangkah masih gayat. Menjerit itu biasa bagi adik selagi tidak digendung. Pernah babab muka mama dia jam 4.00 pagi ketika sedang menyusu tanpa rasa bersalah. Apa lagi ye..? Owh..sudah tumbuh giginya. Rambut pula macam itu ja. Pernah cuba nak tocang satu tapi x sempat sebab ekstrim sangat. Adik juga dah pandai nak bergaduh dengan abg long. Sekarang ni abg long cuma mengadu ja..akan datang ntah la..Banyak lagi gelagat adik ni cuma gambar ja tak ada. Kasihan.

Ok lah..sekian sahaja laporan saya mengenai mereka. Semoga mereka dapat membesar dengan sihat dan bersabar dengan kerenah mama mereka yang kadang kala emosinya tak berapa stabil. :D

Sudah 13 kali saya menguap. Wassalam.