Assalamualaikum wbt...
Lama sudah saya simpan dan pendam kisah mereka. Abg Long dan adiknya.
Pertamanya, alhamdulillah. Menganjak ke usia tiga tahun abg long berjaya juga tinggalkan pampers. Allah turunkan penyakit dan juga berikan hikmah. Betul. Selepas kena jangkitan kuman hari tu, senang sikit nak explain kat abg long dengan syarat kena kaitkan dengan 'doktor'. Kalau tidak sebelum ni, pandai ja menjawab. Opah dan atok pun sama-sama sepakat bantu anak sulung kami ni supaya lebih independent.
Satu ja lagi yang belum success...poo..pooo.. :D (Kami akan ikhtiar lagi..)
Klik lah picture ni... |
Nak tahu tak? Abg Long cuma akan memakai pampers waktu malam ja iaitu waktu dia nak tidur. Kami ni nak ajar dia poo poo di toilet. Tapi abg long tak poo poo sepanjang hari kecuali selepas dipakaikan pampers. So, purata abg long pakai pampers sehari adalah 2 kali. Selepas pakai pamper pertama dia poo poo. Selepas ditukar dan memakai pampers kali ke 2 baru abg long tidur. Bijak kan?
Kami sedang carikan abg long tadika bagi kemasukkan usia 4 tahun. Ntah la ada lagi atau tidak ruang kosong untuk abg long. Lokasi yang dicari sebolehnya yang berhampiran dengan rumah atuk. InsyaAllah...itupun kalau ada rezeki abg long nak bertadika... :)
Baru-baru ni, abg long ada tabiat baru yang sangat-sangat dia suka buat dengan kerap...gigit kuku! Tak kira la kuku kaki ke kuku tangan ke...haishhh sampai tumpul dibuatnya.
Yang ini pula. Dah pandai berdiri sendiri. Kalau kerusi dirumah opahnya memang dah PAS adik panjat. Nak melangkah masih gayat. Menjerit itu biasa bagi adik selagi tidak digendung. Pernah babab muka mama dia jam 4.00 pagi ketika sedang menyusu tanpa rasa bersalah. Apa lagi ye..? Owh..sudah tumbuh giginya. Rambut pula macam itu ja. Pernah cuba nak tocang satu tapi x sempat sebab ekstrim sangat. Adik juga dah pandai nak bergaduh dengan abg long. Sekarang ni abg long cuma mengadu ja..akan datang ntah la..Banyak lagi gelagat adik ni cuma gambar ja tak ada. Kasihan.
Ok lah..sekian sahaja laporan saya mengenai mereka. Semoga mereka dapat membesar dengan sihat dan bersabar dengan kerenah mama mereka yang kadang kala emosinya tak berapa stabil. :D
Sudah 13 kali saya menguap. Wassalam.
0 kOmEn:
Post a Comment