Showing posts with label Tadika. Show all posts
Showing posts with label Tadika. Show all posts
0

Message bOOk!

Apr 8, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Dah tiga hari buku ni teacher Ain letakkan dalam beg sekolah Amin. Maybe, supaya parents tak lupa akan "perkara" di bawah...(ehmm..padan muka Abg Long kena sekolah ari sabtu serius betul tadika ni bab pendidikan anak-anak...bagus²..mama LIKE!!)

Dah post kat sini..hopefully, saya dan suami tak lah tetiba hilang ingatan yer...hehe. Deepavali tahun ni, Abg Long kena beli baju raya banyaklah sebab nak rayer sakan..yer tak?

Adik...kita nak ke mana eh esok sementara Abg Long sekolah esok??  /(^_^)\

Wassalam
Full Stop!
0

Buku² Abg Long

Jan 11, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Saya nak tunjuk buku sekolah Abg Long. Maklumlah, 1st time anak ke tadika. Saya excited nak cerita semua perkara. Agaknya, time Adik sekolah nanti maybe no more stories like this. Ya ka??  

No..No..No..InsyaAllah saya akan ceritakan semua mengenai anak-anak saya, "untuk kenangan hari tua mereka"..Haha InsyaAllah. Selagi ada hayat dikandung badan. Selagi ada kemudahan, kenikmatan yang Allah bekalkan ini. Syukur.
~ Happy Colouring (Fruits & Vegetables) | My Fisrt Writing Book (2 types) | Write 1 - 10 With Bibi Bear | My Fisrt ABC Activity Book 1 & 2 | Mathematics For Nursery 1 | Mathematics For Nursery Activity Book 1 ~

Semuanya, ada 8 unit buku untuk Abg Long belajar seawal usianya 3 tahun 2 bulan 25 hari. Buku Jawi takde pula. InsyaAllah. Biarlah saya sendiri yang mengajarnya nanti. Kalau tidak nanti berat sebelah. Kepada Abg Long, belajarlah bagus-bagus ya. Jadilah orang yang berilmu...
~ Buah hati pengarang jantung ~

Gambar anak-anak ni fresh lagi. Petang tadi balik dari menjemput mereka, sampai saja di rumah terus ambil gambar. Ntah apa-apa saya ni. Ikut ja mana yang sempat. Kedua-duanya happy hari ini (mood bagus). Main sama-sama. Gaduh pun sama-sama. 

Ok lah. Itu sahaja untuk hari ini. Saya nak sambung tidur. Wassalam.
2

Abg Long Excited!

Jan 3, 2011

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Saya teruja nak cerita pasal Abg Long. Ye lah. Abg Long tu terlalu 'excited' nak ke sekolah. Alhamdulillah, Abg Long bangun awal pagi tadi, mandi dan bersiap nak ke sekolah. Cumanya, adik pula yang merengek pagi tadi. Semua serba tak kena. Nasib lah dah masuk dalam kereta adik ok.

~ Malam sebelum ke Tadika, Abg Long call Nenek n Auntie Dayen. Picture bersama adik tu baru snap tadi. Nampakkan gigi adik? ~

~ Pagi, 6.30 am Abg Long dah siap ~

Hari ini aku saya ambil cuti. Anak sulung nak ke tadika la katakan. Jam 6.30 pagi Abg Long dah siap semua. Bila Babahnya pergi kerja, dia nak naik kereta Babah nak ke sekolah. Aishh..merengek juga tapi berjaya ditenangkan. Saya kata padanya, awal lagi..kita menonton kartun dulu ya. Baru senyap.

Masa dibekalkan roti, saya minta dia breakfast dulu. Tapi Abg Long tak nak dan menjerit "Amin nak makan kat sekolahhhh!!" Padan muka lah saya kan. Jadi, semua Abg Long tak nak buat pagi tu melainkan suruh mamanya lekas-lekas pakai tudung.

Dalam kereta, Abg Long berbual macam biasa. Saya hantar Adik ke rumah Atuk dulu. Masa tu awal lagi, jam 7.35 macam tu. Atuk dan Opah, pujuk Abg Long masuk dulu tapi tak nak juga. Bibirnya siap muncung-muncung lagi tu. Tak habis-habis dia mengomel nak ke sekolah...nak ke sekolah. 

Saya pujuklah, bagi tahu salam dulu Opah dan Atuk baru ke sekolah. Barulah dia keluar dari kereta. Ehmm, anak-anak sekarang ya. Bijak semunya. Masa di tadika tadi, saya tengok semua main sama-sama. Tak ada pun yang menangis. 
~ Masa ni, Abg Long tak sedar pun mama dia dah sampai ~

 ~ Masa ni Abg Long cakap "heyy..tengok sana" sambil tuding jari ke arah mama dia yang tengah snap pic. Malangnya, kawan-kawan tak layan...haha tak faham apa yang Amin cakap ~

Untuk hari-hari yang akan datang, tak tahulah macam mana pula perangai Abg Long. Yang penting, semuanya akan saya ceritakan di sini. Sekian dulu laporan daripada saya. Wassalam.