Showing posts with label Give Away. Show all posts
Showing posts with label Give Away. Show all posts
2

1st Giveaway(2)

Dec 9, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Ini adalah STICKY MODE
Seperti yang dijanjikan..alhamdulillah malam ni seperti dipermudahkan semua urusan saya untuk menunaikan janji dalam entri sebelum ini iaitu 1st Giveaway. Sebenarnya, tak sempat pun nak berbincang dengan Mr.M mengenai soalan-soalan untuk 1st GA saya ni. Soalan memang dah disediakan cuma saya nak beliau semak je dulu sebelum saya postkan. Makanya, saya rasa elok jika saya letakkan syarat-syaratnya terlebih dahulu. (Sila baca dan fahami dengan teliti kerana mungkin agak berbelit sebab saya sedang menahan sakit gigi yang agak ketara tika ini jadi tidak dapat menaip dan berfikir dengan tenang...)

1. Penyertaan dibuka kepada semua kecuali rakan-rakan di tempat saya cari makan (mpm lah tu) Sorry ye korang ;
2. Sila follow blog saya seikhlas hati anda. Tiada paksaan dalam bercinta... ;
3. Bagi penyertaan daripada Facebook boleh add saya itawalis1@yahoo.com.au dan ; 
4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31.12.2010 jam 10.00 malam.

Untuk makluman, hadiah bagi penyertaan daripada rakan blogger dan facebook akan diasingkan..insyaAllah.

Emm mudah ja kan nak sertai..dan saya akan bagi 1 hingga 10 soalan yang sangat simple untuk anda jawab. That's way why saya tak benarkan rakan sepejabat join sebab mereka tahu pasal saya...hehehe :D. TAPI, sebelum tu...saya nak anda buat entri pasal GA(1 & 2) saya bertajuk '1st Giveaway from Tulisankuchantique' dan mestilah ada link saya dalam entri tersebut. Sila maklumkan entri anda dalam shoutmix saya..Tarikh tutup untuk anda sediakan entri tersebut adalah pada 24.12.2010. Ok itu ja...

Bagi penyertaan di FB sila letakkan something mengenai GA ini di wall anda dan mestilah link dengan FB saya. Faham ke tak?? Takper kalau tak faham boleh pm yer...hehehe...

Soalan-soalan tersebut akan dikemukakan bila-bila masa sahaja. Jadi sebagai klunya, rajin-rajinlah baca semua entri saya dari dulu hingga sekarang kerana siapa cepat..dia yang dapat!!!

Hadiahnya...?? Tunggu entri Jumaat yang akan datang pula..saya rasa berbaloi dengan segala usaha anda dengan hanya menyertai GA saya. InsyaAllah...

Sekian...Wassalam.
3

Chocolate Giveaway

Dec 2, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah...buat pertama kalinya, telah dibukakan pintu hati untuk join giveway. Mulanya, ternampak entri  Chocolate Giveway ni di blog jieda . Mula-mula tu tengok-tengok ja la..2 3 hari dok fikir-fikir melangut sesorang kat kaunter..why not kan? 1st time nih...mana tahu rezeki anak-anak???

Kawan-kawan yang berminat..marilah beramai-ramai kita memeriahkan giveaway daripada blog CT Jom klik (Naufal N Nureen). Tarikh tutup 25/12/2010..

Syarat-syarat untuk join Chocolate Giveaway ni sangat mudah ye tawan-tawan..this is my checklist...
1. Follow Blog beliau...(Done!)
2. Buat entri bertajuk Chocolate Giveaway...(Done!)
3. Ada link ke entry GA beliau...((Done!)
4. Letak banner pada entri dan sidebar...(Done!)
5. Tinggalkan link entry pasal GA ni di komen box beliau...(Done!)

Mungkin juga pantang dengar ja 'chocolate' terus teruja. Agaknya lah. Sudah la 2 hari berturut asik makan ais krim chocolate walls yang sangatlah sodaaaaapppppp...wassalam.

*Ya Allah...semoga penyertaan ini mendapat keredhaanmu....amin :)
0

1st Give Away(1)

Nov 26, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Hai. Hoi. Sekejap ja dah sampai ke hati hari Jumaat. Masih berbaki 4 hari sebelum masuk ke bulan Disember. Ehm. Disember ni ada Hamba Allah yang bakal menyambut hari tua mereka. 1st of course lah suamiku 27hb, 2nd teman lama ku Cima dan yang seorang lagi ni officemate si nurul fiza. Dua-dua ni sambut hari tua pada 26hb. Ulangtahun perkahwinan kami pun hujung tahun ni juga..insyaAllah.

Entri melalut dah ni. Sebenarnya, beberapa hari ni bercadang-cadang nak buat Give Away sempena anniversary kami..Ops..ini masih diperingkat cadangan ya sebab tak tahu lagi nak buat macam mana, konsep apa, syaratnya apa, hadiah apa...rasa macam best pula! *Gedik jap!

InsyaAllah...akan dilaksanakan. Masih diperingkat perbincangan bersama Mr.M. Harap-harap dia boleh membantu..kalau boleh nak bagi semua kawan-kawan blog dan fb turut serta..haha..giler sudah aku!

Teruskan mengikuti blog ini supaya anda-anda semua tidak ketinggalan...wassalam.

* nantikan entri 1st Give Away(2) pada hari Jumaat yang akan datang... :D