Showing posts with label About My Feeling. Show all posts
Showing posts with label About My Feeling. Show all posts
0

Segan / Pemalu

May 20, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah. Bahagia rasanya hari ini. Kenapa ya. Ntahlah. Perasaan saya ja tu. Atau mungkinkah kerana Pn. Hajar pegang dagu saya pagi tadi ketika berbual..erkk! Tergamam dibuatnya. Ada guna-guna ke? Ngeee~ (melawak ja ya puan hajar...)

~ subhanallah ~

Hari ini, tak pasal-pasal diminta mengajar kakitangan office guna sistem kehadiran. Huhu..saya paling tak suka bila kena mengajar. Bukan kedekut ilmu ya. Tapi memang segan! Walaupun, yang terlibat kebanyakannya perempuan yang sememang kenal antara satu sama lain.

Inilah salah satu kelemahan saya. Berhadapan dengan semua orang dan menjadi perhatian semua orang..! Walaupun, saya memakai klip bunga di kepala sebagai penghias hijab saya hari ini (2 3 orang dok puji..) tapi still segan sewaktu memberi tunjuk ajar..hahaha. Tapi setiap yang bermula pasti berakhirkan bukan? Tak la lama pun bercakap..tapi bila dah tamat tu...fuhh! Leganya..Mohon maaf pada semua jika ada terkurang ya...(dengan harapan semua orang baca blog saya..hehehe)

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Last year, dalam bulan April kalau tak silaplah..saya dan officemate (termasuklah bos saya) menghadiri kursus berkaitan 5S yang turut melibatkan semua jabatan lain. Masa tu, kami diminta untuk membuat presentation setiap jabatan. Haa..bab ni yang saya suka kalau bab-bab menulis atas kertas mahjong (betul ke spealling nih?) Suka la kan..tulisankuchantique! (Allah..riaknya kamu!)

Malas nak cakap banyak..korang tak caya nanti. Sila lihat picture di bawah... :-)

 ~ Chantique tak?? ~

~ Dr kiri my bos, saya, kak liza (skrg dh slim tau!) dan mr.B ~

~ Masa kena present..saya tak berani nak pandang audience ~

~ Segannye Tuhan ja tahu...hahaha ~

Kelemahan saya lah ni. Nasib lah dah kahwin dah bersanding..kahkah. Ampun. Memang pemalu saya nih. Tak boleh dinafikan. So kepada sesiapa yang tidak mengenali diri ini sepenuhnya..kadang-kadang mungkin saya nampak sombong. Sebolehnya, cubalah fahami saya memang begini. Hehehe....

Saya tak cuba untuk berubah dan tak mungkin berubah sebab sifat segan/pemalu ni memang bagus bagi wanita..hehehe...

Allah. Terima kasih di atas kurniaanmu (bertulisan cantik dan pemalu). 

Wassalam.
0

Jahat

Apr 7, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Jahat. Siapa? Ntah..saya kot. Korang jahat tak?

Saya masih berusaha untuk menjadi penulis tegar..wassalam.
0

Sayang

Mar 23, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt....

~ Program Cute Yang Saya Sertai ~

Kalau dulu, hari-hari pasti saya update blog. Sekarang, susah betul. Walaupun dah ada lappy sendiri..tapi masih tak punya kesempatan nak menaip. Kenapa ya?

Eh..tak boleh juga nak salahkan anak-anak. Biasalah budak-budak. Perangai sukar diduga..dua-dua sama ja. Yang besar makin banyak akalnya...yang kecil nak tunjuk kebolehannya. Tapi kesimpulannya setelah berhari-hari saya membuat eksperimen..puncanya bukan dari anak-anak saya. Tapi datangnya dari saya sendiri *wink wink  ^_*

Masa tido bertambah, jumlah makan pun sama..haha macam mana nak cute?? Jogging la  47 round tiap-tiap petang pun kat mini stadium..ndak maunya turun berat badan..sama ja..gi mana sih?

Ya..kembali ke pangkal jalan ya sayang...
Gunakan masamu sebaiknya sayangku...
Anak-anakmu itu amanah Allah buat kamu dan suami... ;-)
wassalam...

~ nak letak ni kat url....huhu ~

*yang di sayang-sayang itu...sayalah...
0

Pengorbanan...

Jan 17, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...


Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan....Agak tersirat luahan saya malam ini. Luahan ini adalah sebagai peringatan untuk diri saya sendiri sebenarnya. (Awak...sila ingat sampai mati ya!)

Alhamdulillah..semuanya baik-baik belaka. Suami saya, anak-anak saya, mak mertua saya malah, mak abah saya pun sama...

Semua yang saya lakukan semata-mata untuk menyenangi hati mereka. Allah. Biarlah sekecil-kecil zarah pun, janji hati saya puas jika dapat buat yang satu itu..

Tinggal lagi, memanjangkan doa saya kepada-Nya. Moga dijaukan dari segala hasutan syaitan yang bisa merosakkan segala-galanya. Moga hati saya yang bisa goyah pada bila-bila masa ini, akan terus kebal. InshaAllah. Amin.

Pengorbanan itu manis bagi orang yang benar-benar sabar dan ikhlas bukan?

Wassalam.
0

Down...

Jan 14, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
~ huk...huk...huk.... ~

Hari ini saya rasa 'down' sangat. Anak saya (Abg Long) enggan ke tadika hari ini. Kalau dari rumah beliau kata tak nak, tak apalah juga. Ini tidak, sampai ja depan tadika boleh menangis terjerit-jerit. Owhh...why amin..? why?

Saya call teacher Abg Long. Katanya, susah nanti kalau awal-awal Amin buat hal macam ni. Sebabnya, lain kali dia akan buat lagi. Katanya lagi, ini semua alasan bagi seorang kanak-kanak untuk 'malas' nak belajar. Saya risau sangat-sangat pasal ini. Isnin depan ni..kalau Abg Long tak nak juga macam mana? Untuk masa yang akan datang nanti...ntah macam mana pula??? 

 

Saya rasa, saya telah gagal hari ini. Wassalam.
2

Ops..i did it again!

Nov 24, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...


Sedang menaip entri, aku disapa oleh kak fiza "Tahniah..ptk hari tu wati sorg ja dpt aras III yg lain semua II". Alhamdulillah..semua tu rezeki. Next year cuba lagi..itu pun kalau ptk masih ada. Buat masa sekarang ni isi ja form apa yang patut...

Owh..kena sangatlah dgn cerita yg nak ditulis. Pasal kerja. Skrg ni asik salah buat keja ja..semua tak kena. Itu x lengkap, ini x pos, key in salah, piagam langgar..macam-macamlah..Semalam, bagitau kat Mr.M, dia cuma tanya "ati ada fikir apa-apa ka?". Huhu...erti kata lainnya...mesti aku x fokus masa keja. Betul lah tu.

Allah. Sekarang ni, aku rasa kerja x banyak. Ada lah juga. Setimpal dengan habuan yg diterima. Cumanya, cara nak selesaikan, dengan siapa perlu berurusan, kaedahnya, dan yang sewaktu dengannya..mungkin x berapa kena dgn aku. Huh! Aku pun kurang jelas ayat aku ni..hehehe..Cumanya, banyak kerja aku yang kena tangguh..tak boleh nak siap terus. Ntah kenapa. Mungkin ada keja lain kena buat..atau aku sendiri yang tak guna masa sebaiknya. Pasti.

Herm..enggan menulis panjang lebar. Sebab entri ni bukan untuk menerima simpati siapa-siapa (termasuk bos). Tiada niat langsung. Ikhlas. Sekadar muhasabah diri. Imbas kembali. Berbalik kepada jalanNya. Allah. Mungkin hamba-Nya yang sesat. Alhamdulillah dan insyaAllah. Jatuh bangunku keranaMu....

Today..I've learn something new. Wasalam.
0

Dot...dot...dot...

Nov 23, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Apa ye nak stori? Biasa-biasa ja minggu ni..cumanya Mak aku yang masih x sihat. Masih dalam mood meng'order' itu dan ini. Tapi nak tak nak..kami ni anak-anak turutkan aja...Sehingga jam 1.00 petang tadi, Mak dah menunjukkan perkembangan yang sangat-sangat positif. Agak-agak korang apa? :D

Semenjak Mak x sihat ni (dari hari Jumaat lepas) macam-macam Mak 'minta'. Masakkan bihun sup, belikan asam, laksam, kuah ini, kuah itu dan lain-lain yg sewaktu dengannya.

(Pernah terdetik dihati..penat dan malas! Sebab aku pun baru sembuh...rumah tak terusus. Rasa macam nak rileks ja. Jahat bukan???)

Masa kami kecil dulu, semua Mak yang sediakan. Siap buat kuih lagi petang-petang. Yang paling aku minati kuih donut dan karipap. Tunggu Mak uli tepung sampai lah Mak siap menggoreng. Tak sabar nak makan walaupun masih panas. Jadi, apa yang Mak buat. Mak koyakkan sedikit akhbar dan lapikkan pada kuih untuk aku pegang..huhu..suka pula macam tu...pastu nak makan tiup-tiup dulu...

Masa kami tinggal di kuarters tentera di Ipoh, depan rumah kami ada orang berniaga keropok, gula-gula atau lebih senang orang sebut jajan. Pernah la menangis gila-gila minta mak duit nak beli jajan. Mak cakap tak de tapi aku nak juga...huhu :|

Boleh plak sekarang ni..merungut macam-macam. Astagfirullahh..minta dijauhkan dari segala hasutan syaitan.

Alhamdulillah, sejak dua menjak ni dapat berfikir dengan lebih mendalam dan matang. Allah. Syukur. Dan semalam tanggal 22hb merupakan peristiwa yang penting buat kami. Alhamdulillah.

*to my beloved Abah...orang doakan supaya niat abah dimakbulkan..amin.
0

...

Nov 15, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah..bersyukur dgn rahmat Allah.

Tiba-tiba, hati meruntun nak menaip di blog. Masih ada 2 ke 3 lagi draft entri yg tertunda. Ntah bila mau ditebus. Mungkin ceritanya pun basi sudah.. :). Skrg ni pun..mencuri masa di kaunter..

Hari ni, pagi-pagi lagi adik merengek minta digendung. Aduh! Susahla mama nak bersiap ke Office. Nasib baik la mama ni simple..jenis sapu bedak baby ja di muka...nasib..nasib..

Malam tadi, sempat bacakan Al-Fatihah dan Surah 4-Qul utk Abg Long sebelum dia tidur..sempat juga aku minta Abg Long menadah tangan dan berdoa sebelum tidur..yang peliknya Abg Long asik ketawa dan tersengih macam kerang bucuk..agaknya geli hati kot dengan bacaan doa yg aku bacakan utk dia..Lagipun, mama dia sendiri jarang-jarang praktikkan utk dia..Ye lah..mamanya malas kan...ha..ha...

Memandangkan adik pun dah lena juga..teruslah aku bangun nak mengemas. Rutin biasalah ni. Tapi terhalang sebab leka pula menonton drama tv3 Miah O Miah..cerita lawak. Tengah leka menonton adik terjaga. Aku baring sekejap tapi adik macam serba tak kena. Aku tukarkan pampers. Masih tak boleh tido. Babah periksa perut..tak kembung pun. Lastly, babah buaikan adik. Baru la nak tutup mata..

Sambil menonton dapat siap melipat baju. Habis drama sambung pula cerita hindustan Billu channel 108 lakonan SRK..dapat la tonton 45minit sebelum tamat..best juga. Nak dekat jam 12 terus ja tutup tv then barulah boleh siapkan apa yg patut di rumah. Aku memang camtu, kalau dah kusyuk menonton memang dah tak leh nak bergerak.. :D


Wajah Kesayangan Hamba
Actually, semalam sepanjang hari aku bad mood. Marahkan Abg Long yang pagi-pagi buta tumpah 1 balang biskut..(marah giler² aku) Kesian Amin...Sejak akhir-akhir ni aku memang cepat marah...

Muhasabah diri....muhasabah diri...
Wassalam....
0

diTIPU!

Oct 27, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
- Adik aku (boboy @ bob @ pakcu) bersama Abg Long -
Dia adik aku. Anak bongsu. Aku dan famili panggil dia Boboy. Manja? Ya, semestinya. Masa dia kecil apa ja yang dia mahu pasti dapat. Sehingga skrg dah boleh jadi 'bapak orang'..apa yang dia nak confirm dapat tapi hasil dari titik peluh sendiri. Betul. Kalau dia ada duit tak pernah kedekut. Tetap dihulur walaupun sikit.

Allah..sentiasa menguji hamba-hambaNya.

Dipendekkan ceritalah ya. Adik aku telah diTIPU oleh rakannya sendiri (Anip). Anip  ni adalah sharepartner dalam kerja kontrak mereka. Sebelum ni famili aku memang perasan Anip ni nampak macam lurus bendul ja. Banyak kerja kontrak yang mereka buat tak dapat payment. Puncanya kerana tiada hitam putih. Tapi sekarang ni tak sangka pula si Anip tu sanggup bawa lari semua wang hasil kerja mereka (ribuan ringgit). Siapa yang tak kecewa!

Kejadian berlaku dua minggu yang lalu. Di peringkat awal, adik aku nampak macam cool + bengang. Tapi dua tiga hari ini, aku nampak perubahan yg amat ketara pada adik aku. Dia lebih banyak diam. Disoal baru dijawab. Dengan anak-anak saudaranya pun dia kurang bergurau.

Aku faham..dia tengah kumpul duit untuk berkahwin. Sedangkan sebelum ni dia pernah yakinkan aku yang duit kerja yang bakal diperolehi nanti, cukup untuk kahwin. Tapi sekarang tetiba si Anip lari bersama-sama duit dan dia seolah-olah dah hilang akal sampaikan sanggup nak jumpa bomoh nak santau kawannya.  Aku larang. Sebabnya kesian pada isteri dan anak Anip (masih bayi).

"Ya Allah..kuatkanlah semangat Adikku dalam menghadapi semua dugaanMu..Ya Allah, tetapkan hati kami sekeluarga supaya sentiasa memberi sokongan padanya, supaya dia tidak rasa tersisih dan gundah gulana. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..hanya kepadaMu tempat kami mengadu dan kami redha dengan setiap ujian dariMu..Amin."

Kakak mana yang sanggup tengok adiknya macam tu :( Aku merindui perangai gila-gila n sikap loyar buruknya. Wassalam.
1

today i'm SAD!

Sep 28, 2010

Tak seronok hari ni..Ya Allah...Tabahkan hatiku..*menangis :(

Nak explain macam mane eh..dalam hati ni ada marah, sedih, cemburu, sebak...dah bercampur..sebati...gerammm jangan kata la..memang geram sangat²!!!

Ya Allah, buangkan perasaan jahat ini jauh-jauh dari hambaMu yang lemahh...amin...

hukhukhuk~
0

Anak Kite..!!

Sep 20, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Hari ni, aku dah mula bekerja..tak la bz sangat. Biasa ja. Tak nak cerita pasal kerja. Nak cerita pasal keluarga. Semalam, Mr.M bawa kami semua ronda-ronda tengok laut. Perkara yang sangat disukai Abg Long. Sangat teruja sampai tergedik-gedik excited. 
~ kenangan yang terINDAH ~
Kami semua gilir-gilir amik gambar..si Abg Long susah betul nak bergambar. Panggil la apa pun dia wat tak tau ja selain mengadap laut..bila nampak bot dia jerit-jerit bilang sama aku 'mama..bot..! mama...bot...!'. Excited! Macam-macam lah.

Owh..Ainul pula, dr semalam asik meragam mo dipegang ja. Aku pun cuak..(suungguh!) Tak boleh nak buat kerja rumah langsung. Nak kata sakit..tidak..apa pun tidak...ntah la. Bagi sama babahnya, x sampai 10 minit...ada ja tak kena. Macam mana nak buat eh? 

Hari ni pun sama..dan dari pagi lagi aku bersiap-siap dgn pantas sebab adik menangis sampai suara serak-serak..ibarat bayi kena dera pepagi buta...susah sgt..memang la anak kite..tapi kite pun GERAM bila sesekali tu buat perangai macam tu...huhu..mana taknya bukan Ainul ja meragam..tapi abangnya pun sama..nangis x tentu masa...pastu hyperaktif la aku rasa...1 saat x boleh diam!

Tadi aku tidurkan Ainul..sebelum tu mandikan dan pakaikan baju..kasi bedak wangi-wangi..itupun merengek juga x sabar nak menyusu..hehehe. Masa kasi dia mamam tu..rasa sebak pula aku...huhu..ye lah kan..kalau anak-anak meragam macam ni..bukan salah anak-anak ni..tapi salah kite jugak..hehehe

Anggap saja aku membebel depan anak-anak. Sebab hari ni aku memang GERAM sangat-sangat..terpaksa  la berdiam diri ja..itu lebih baik dari membebel bukan? Wassalam.
3

Tetiba..Aku Teruja Nak...

Aug 6, 2010

Salam. Dari malam tadi sebelum tidur, perasaan teruja yang amat sangat untuk menjahit baju kurung sendiri(macamlah pandai sangat!) Aku memang selalu macam ini. Excited terlebih! Kalau mesin jahit memang ada kat umah..maybe malam tadi dah siap sepasang baju kurung aku...Caiiitttt! Hehehehe...Nasib baik tak bawa ke mimpi..kalau mimpi confirm tak jadi..iye ke?

Beberapa hari sebelum ini,, ada aku bagitau pada budak office yang berdua itu (siapa lagi kalau bukan tina dan tini fiza). Reaksi diorang nampaknya positif. Alhamdulillah. Dalam hati aku tak taulah kan. Si Fiza siap tanya lagi berapa upah aku nak ambil nanti. Lagi satu dia tanya, boleh siap cepat ke tak. Huhu...Positif lah tu kan...

Balik lunch tadi, jumpa kakak kandung aku yang dah lama tak jumpa itu. Kami sembang dengan mak pasal persediaan raya dan macam-macamlah. Akak cakap, kali ni dia banyak buat OT sebab nak cari duit belanja lebih sikit nak bayar duit tempahan baju, biskut raya dll. Kesian sangat. Mak pula,  minta aku belikan tudung untuk dia pakai masa hari raya nanti. InsyaAllah.
Ehm..aku yang sering menjadi pendengar setia ni tak boleh nak menjanjikan apa-apa. Tapi sebelum solat Zuhur aku sempat cakap kat akak...hehehe. Aku cakap macam ni "Ni...nanti kalau orang dah boleh mejahit nanti, tak yah la tempah baju dah..hantar kat orang ja, nanti orang jahitkan..."

Confident Level Tinggi...wassalam.
0

Rindu Dulu-dulu...

Aug 5, 2010

Salam. Waktu lunch tadi, macam biasa aku mesti balik ke rumah. Tapi, balik tadi semua cucu opah dan atuk sedang tidur dengan nyenyaknya. Aku just berbual dengan orang tuaku. Sebelum itu, abah suruh aku makan dulu..tapi aku tak mau sebab masih terasa kenyang (sebenarnya, seganlah tiap-tiap hari lunch kat rumah..huhu) Kami bertiga berbual kosong. Yang banyak buka cerita abahlah..isteri dia dengar saja sambil mengait projeknya yang ntah bila nak siap sejak menjaga tiga orang cucu.

Abah cerita pasal zaman bujang dia sebagai askar. Dia cerita pasal kawan dia yang mempunyai kelebihan berkawan dengan orang bunian. Dia cerita pasal kawannya, seorang mamak yang pandai membuat roti canai. Dia cerita pasal kawannya yang bermulut celupar masa masuk ke hutan. Macam-macamlah..seronok bila dengar. Sesekali abah ketawa...mungkin lucu dan rindu pada zaman itu. Dia ada terkenangkan kawan-kawannya yang ketika itu sering memanggilnya 'Abg Sahak'. Panggilan hormat. Teringat nama pada uniform abah yang kebanyakannya dieja I.S.H.A.K bukan S.A.H.A.K. Ntah kenapa dari dulu aku nak query tapi sampai sekarang tak teringat pun nak query. Maybe sebab aku seorang anak yang sopan lagi berbudi bahasa. Ngeee~

On d way balik office..sempat mengelamun. Kalau terkenangkan zaman abah jadi askar dulu mesti tak boleh lari ingatan aku masa kami menetap di Kem Lapangan Terbang, Sg. Petani, Kedah. Memori yang paling best! Rindu tengok wajah muda mak. Rindu pada 'adik Azri' yang mak asuh masa di Kedah. Rindu tengok abah segak dengan uniform askar. Rindu nak jual kerepek pedas pada abg-abg bujang. Rindu pada haiwan-haiwan di Tmn Jubli Perak, Sg. Petani (ada lagi ke ntah?) Semua-semuanya aku rindu...expecially pada Shida Mitsu..Rindu semua-semua!

Give me some sunshine, give me some rain, give me another chance, i wanna grow up once again...(sesiapa ingat lagu ini sila angkat kaki dan mari kita nyanyi sama-sama...lalalala~) sesiapa tak tau...rugi! Hehehehe...
wassalam.

p/s : mak....mana eh album gambar lama-lama? nak selongkar bleh?
2

Mengapa Setiap Hari Aku Didampinginya...

Aug 3, 2010




Salam. Hari ini, mula bekerja. Terasa seperti hari Isnin..Hampir jam 5 dah ni. Hati ingat nak balik saja. Hari ni terus terang nak cakap..aku tak buat kerja pun. Cuma buat sekadar yang ada. Tapi ada satu perkara yang hari-hari aku buat. Ntahlah..benda ni dari dulu lagi tak pernah tinggal. Mesti ada..sentiasa ada sebab dia selalu berdamping dengan aku...huhu..Bosan? Taklah..tak pernah bosan..huhuhu....Pergilah..jangan ikut ya..Balik..balik orang itu juga yang dapat pahala...aku?? Dosa lagi bertambah? Aku tak mahu jadi pengikut kamu...BODOH!!!!

Orang lain..hari-hari bertambah baik..aku?

Remind Me Of Myself...wassalam... :(
3

My Feeling...

May 22, 2010

Salam

Mood nak menaip hadir tiba-tiba. Ekceli dr ptg semalam lagi. Ehm, ntah nak mulakan ayat macam mana. Perasaan skrg ni tgh x best..x best sebab apa? Ehm..tina tau kot..(tau ke tina?) Laling? Tak sempat nak story kat laling..lagipun malas nak bebankan kepala otak laling..huhu. Cuma nak bagitau perasaan skang ni tengah fikir "macam mana nak membahagiakan dan menyenangkan hati mereka sedangkan aku sendiri tidak mampu untuk melakukannya melainkan doa untuk mereka....." 

Aku xleh strees sbb..kalau aku strees maka susu utk Ainul Mardhiah akan kurang..huhu. So..apa nak buat ek..ehmm..aku nak masak then makan byk² spy Ainul Mardhiah dpt susu ibu yg berkahsiat!!! Ok nak ke dapur...wassalam

p/s : tawan-tawan..tolong doakan aku & mereka...