Assalamualaikum wbt...
- Adik aku (boboy @ bob @ pakcu) bersama Abg Long - |
Dia adik aku. Anak bongsu. Aku dan famili panggil dia Boboy. Manja? Ya, semestinya. Masa dia kecil apa ja yang dia mahu pasti dapat. Sehingga skrg dah boleh jadi 'bapak orang'..apa yang dia nak confirm dapat tapi hasil dari titik peluh sendiri. Betul. Kalau dia ada duit tak pernah kedekut. Tetap dihulur walaupun sikit.
Allah..sentiasa menguji hamba-hambaNya.
Dipendekkan ceritalah ya. Adik aku telah diTIPU oleh rakannya sendiri (Anip). Anip ni adalah sharepartner dalam kerja kontrak mereka. Sebelum ni famili aku memang perasan Anip ni nampak macam lurus bendul ja. Banyak kerja kontrak yang mereka buat tak dapat payment. Puncanya kerana tiada hitam putih. Tapi sekarang ni tak sangka pula si Anip tu sanggup bawa lari semua wang hasil kerja mereka (ribuan ringgit). Siapa yang tak kecewa!
Kejadian berlaku dua minggu yang lalu. Di peringkat awal, adik aku nampak macam cool + bengang. Tapi dua tiga hari ini, aku nampak perubahan yg amat ketara pada adik aku. Dia lebih banyak diam. Disoal baru dijawab. Dengan anak-anak saudaranya pun dia kurang bergurau.
Aku faham..dia tengah kumpul duit untuk berkahwin. Sedangkan sebelum ni dia pernah yakinkan aku yang duit kerja yang bakal diperolehi nanti, cukup untuk kahwin. Tapi sekarang tetiba si Anip lari bersama-sama duit dan dia seolah-olah dah hilang akal sampaikan sanggup nak jumpa bomoh nak santau kawannya. Aku larang. Sebabnya kesian pada isteri dan anak Anip (masih bayi).
"Ya Allah..kuatkanlah semangat Adikku dalam menghadapi semua dugaanMu..Ya Allah, tetapkan hati kami sekeluarga supaya sentiasa memberi sokongan padanya, supaya dia tidak rasa tersisih dan gundah gulana. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..hanya kepadaMu tempat kami mengadu dan kami redha dengan setiap ujian dariMu..Amin."
Kakak mana yang sanggup tengok adiknya macam tu :( Aku merindui perangai gila-gila n sikap loyar buruknya. Wassalam.
0 kOmEn:
Post a Comment