Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts
0

Keluarga Kecil Kita

Apr 15, 2017

Bismillahirrahmanirahim...

Tiba-tiba (selepas 4 tahun), tergerak hati nak tengok blog ni. Aduh! Lamanya ya. Ok, rasanya mama kena teruskan usaha mama menulis di blog supaya kelak anak-anak mama boleh menjenguk bila mama dah tiada...

Keluarga kecil kita sudah ada 6 orang ahli iaitu Babah, Mama, Abg Amin, Kak Ya, Kak Mimi dan Izzu. Ada lagikah tambahannya hanya Allah yang tahu..


Keluarga kita biasa-biasa saja. Usia keluarga kita akan mencecah 11 tahun hujung tahun nanti jika diizikan Allah. 

Ok. Stop sini dulu. Nanti mama update lagi. InsyaAllah.



0

5 Tahun Sudah!

Nov 6, 2011

Salam Aidiladha semua...

Saya dan anak-anak beraya di rumah Opah dan Atok kerana suami bertugas di medan perang. Kebetulan adik beradik yang lain semuanya pulang beraya di rumah mertua masing-masing..jadi ada bilik kosong untuk kami anak beranak menemani Opah dan Atok...

Menu kami simple sahaja rendang daging, lemang, nasi impit dan lontong. Alhamdulillah..dapat juga makan lontong air tangan mak sebab memang teringin nak makan....

Dari malam raya lagi..saya teringat..tarikh perkahwinan saya hampir-hampir dengan hari raya qurban.. Jadi, tadi saya sms suami tanya tarikhnya...owh betullah...8 Zulhijjah 1427H..maknanya sudah 5 tahun usia perkahwinan kami..Alhamdulillah. Tak lama lagi bakal menambah seorang lagi zuriat..inshaAllah....

"Ya Allah..kami mohon kebahagiaan di dunia dan di akhirat..menjadi pasangan yang saling menyayangi antara satu sama lain..semoga kami dapat mendidik anak-anak kami ke jalan Mu...amin.."

Mereka berdua, yang asyik bergadung bergaduh...Ntahlah macam mana bila bby dah keluar nanti, mesti lagi riuh dan kecoh dibuatnya. Dan saya pula, akan lebih aktif membebel mewarisi Opah mereka...huhuhu...Ok lah...berhenti di sini dahulu. Ada peluang saya menaip lagi..inshaAllah...Wassalam...

p/s : teringat kata-kata mak mertua saya...anak-anak itulah harta sebenar!
0

Mak Abah..

May 17, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Seronoknya cuti ya. Alhamdulillah. Kebetulan pula tu mak dan abah tak sihat. Dapatlah mereka rehat. Adik saya pun sama. Kesian. Sibuk-sibuk nak mendirikan masjid tak lama lagi ni..tak sihat pula dia. Dah la kekasih hati jauh. Lagi kesian. Huhuhu...

Esok tak tau lagi macam mana. Kalau mak abah masih tak sembuh, ingat-ingat nak amik cuti ja lah. Tak sampai hati. Sedangkan masa saya sakit minggu lepas pun saya ke sana. Mereka la kena tengok anak dan cucu sementara suami pergi kerja. Huhu..tak habis-habis bukan nak susahkan mereka. Allah. Besarnya perngorbanan mereka tak terbalas dengan wang ringgit saya yang ciput. Huhu...

Ini masa kami sambut birthday mom n cucunya 'syuhada' (anak kakak) hujung bulan yg lepas. Alhamdulillah. Walaupun disambut lambat tapi semua berjalan dengan lancar. Menunya, kek birthday, bihun ke mee goreng ntah saya pun lupa, sate, mini cheestart yg sgt sedap dan jajan. Kami celebrate waktu malam.

Tengok ada..suka betul dia makan sate. Dialah kanak-kanak yang paling baik malam tu. Tak macam amin dan ecah..fuhh macam-macam aksi. Sekejap gaduh..sekejap baik...hahaha..seronok sekali sekala buat makan-makan macam nih. Yang paling seronok kalau semua dapat berkumpul. Best. Tapi jadilah kalau dua tiga kerat ja pun..tak semua duduk dekat dengan mak abah..

Owh..saya nak menaip panjang-panjang tapi masa tak mengizinkan. Saya nak baring-baring jap...hahahaha. Nanti saya menaip panjang-panjang. At least ada juga bahan untuk tina, fiza, elly, puan zailan n semua semua di luarnak baca n kongsi cerita...tak gitu... :-)

Mak abah..moga cepat sembuh ya!!

Wassalam.
0

01.04.2011

Apr 1, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

~ Syaitan Dassim ~

~ wajah kesayangan hamba ~

Pernah tak rasa geram, tension, stress dan yang sewaktu dengannya. Saya kerap berubah mood. Kat Office bukan mainlah riang ria..tapi dah sampai rumah terus jadi isteri tiri mak tiri... (kejam bukan?) Saya percaya puncanya daripada "Syaitan Dassim." (Info daripada ceramah Ilmu Keluarga pada 22.03.2011)

Syaitan Dassim berada didalam rumah. Jika seseorang tidak mengucapkan salam sewaktu memasuki rumahnya dan tidak pernah menyebut nama Allah di dalamnya, maka syaitan tersebut akan menimbulkan perselisihan di dalam keluarga tersebut. Kesimpulannya, syaitan ini selalu ingin menciptakan ketidakharmonian dalam rumah tangga.

Jahat syaitan ni. So, kawan-kawan semua..apabila anda adalah orang pertama yang memasuki rumah mak sure langkah anda bermula dengan kaki kanan dan berilah salam..."Assalamualaina.. wa'alaibadillahhissolihin..." 

Semoga kita semua dilindungi ya...

*   *   *   *   *   *   *   *   *   *

~ Adik ~

~ my little angel ~

Usianya kini mencecah 1 tahun 2 bulan 3 hari..alhamdulillah. Kami dikurniakan sepasang cahaya mata yang nakal..hehehe. Ramai kawan-kawan yang kata.."seronoklah dah sepasang.." "senang lah dah sepasang anak ko..." "Owhh..sepasang ke...?boleh lah stop dah..." dan macam-macam lagilah. Pada saya dan suami...tak cukuplah dua orang... Maksud saya tak cukup nakal lagi ni..hehehe haruslah ditambah pada masa-masa akan datang..dan anak lelaki ke anak perempuan ke tak kisah lah kan. Tuhan dah bagi amik ja la. Semua manusia dah ditentukan bahagian masing-masing. InsyaAllah kalau ada rezekia dariNya...So...to my little angel "adik"..u bakal ada adik lagi pada masa akan datang..insyaAllah *wink wink (^_*) 

Banyak lagi menaip..tapi nanti-nantilah..
Terima kasih sudi membaca...wassalam. 
0

From Manjung With Love

Feb 6, 2011

Bismilahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Ini cerita semalam. Kami semua (Abah, Mak, saya, suami saya dan anak-anak saya) pergi ke Kg. Paya Terendam, Sik, Kedah. Menziarahi keluarga bakal adik ipar saya (Fie) sekaligus menetapkan tarikh sebenar perkahwinan mereka ( Bob & Fie)...from manjung with Luv...
Berhenti untuk sarapan dan membuang apa yg patut sblm meneruskan perjalanan...
Di luar cermin kereta...ada cicak..kasihan...

Perjalanan ke sana sangat lancar cuma sewaktu balik ja lebuhraya sesak di Juru. Memang penat berlama-lama dalam kereta bersama karenah Abg Long yang tak reti nak dudk diam walau sesaat. Hahaha...Adik pula, tetiba demam. So, Adik banyak diam dan tidur. Kasihan Adik. Hari ini pun Adik demam lagi tapi masih aktif bermain walaupun badannya panas. Siap bergaduh-gaduh dengan Abg Long rebut mainan. Nampak jelas perangai Adik berubah bila dah masuk umur satu tahun..
Anak-anak saya memang pandai membawa diri bila di tempat orang. Huhu..selamba badak mereka berlari, memanjat, melompat macam-macamlah. Yang sempat ambil gambar sedikit ja, ada lagi masa Abg Long siap bergusti dengan anak sedara / sepupu Fie di sana. Alahai..nasib baik jenis tahan lasak. Kami saksikan aja lah. Nama pun budak-budak..

Kami tiba di rumah Fie dalam jam 12 lebih (tak ingat jam berapa sebenarnya)..bersembang-sembang, bincang, makan-makan, segarkan badan semua...then baru bertolak balik ke Manjung. Kami hanya bawak sate dari Lumut untuk orang sana. Orang sana pula siap bagi kek coklat untuk orang sini. Ada juga sedikit lauk pauk untuk (Bob) di bawa pulang...Kek ada lagi belum dirasmikan. Huhu..nyum..nyum...

Ok lah..nanti saya update lagi entri..Ainul nak memerap dengan saya lagi. Jumpa lagi ya. Wassalam.

**Lupa pula saya ambil gambar fie untuk tatapan bob..huhu. Kasihannya, lama sudah mereka tak berjumpa..huhu...
0

Berita Terkini

Feb 3, 2011

Bismilahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Mengenai berita kebakaran di kg suami saya semalam, anda boleh lihat gambar kejadian di sini. Sebelum itu, dalam entri saya sebelum ini, ada saya khabarkan rumah nenek wariya turut terbakar. Alhamdulillah. Tersalah info semalam. Dengan kata lainnya, rumah nenek wariya selamat. Alhamdulillah. Saya nak ucapkan takziah kepada semua mangsa yang telah kehilangan rumah dan harta benda. Semoga mereka dapat bersabar dengan musibah ini. Allah. Dimana-mana saja Tuhan akan menguji hamba-Nya. Syabas juga kepada pasukan bomba. Kata mama awal pagi tadi masa suami saya call, dua orang bomba cedera kerana terjatuh. Kasihan.

Rupa-rupanya, hari sebelumnya juga ada kejadian kebakaran di Esbok, Tawau sehingga mengorbankan 50 buah rumah. Boleh tengok gambarnya di sini. Mungkin ahli bomba juga sudah kepenatan kan. Kasihan. Saya tarik balik kata-kata bengang saya kepada bomba semalam. Maaflah, kami sudah salah faham. 

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Selepas Zohor, seperti yang dijanjikan saya, suami dan anak-anak bersama-sama mak, SIL, ecah dan Mak Andaknya ke Sutera Perdana mencari kain. Kain ni untuk tema kami di hari perkahwinan Adik Bongsu kami BOB. Ok..InsyaAllah kami sekeluarga akan memakai tema Purple. semuanya Dark Purple. Hopefully, bila  dah siap baju melayu dan baju kurungnya...lebih lawo lah ya. 

Stop pasal baju tema. Nak cerita pula kejadian petang tadi. Petang tadi mak, abah, dan keluarga kakak datang ke rumah. (* semakin laju saya menaip, semakin laju pula cecair sebelah kanan hidung saya mengelir keluar..hehehe) Abah macam biasa busy melihat kawasan kebun sebelah rumah. Amin pun samalah dengan atuknya. Yang lain di dalam sedang disajikan oleh suami dengan menonton filem Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah. Memang lawak, gelak terbahak-bahak sampai tak sedar anak saya (Adik) dah merangkak ke luar pagar rumah. Hahahahaha....

Sejak saya berpindah ke rumah tetap saya ni, saya akan memakai tudung setiap kali melangkah kaki ke luar. Alhamdulillah saya berubah berbanding dulu sekadar berseluar pendek. Huhu...Ok ok..oleh kerana tiba-tiba tersedar Adik hilang saya dengan sepantas kilat berlari ke luar..huhu malunya!!! Adik digendong oleh jiran sebelah yang sedang bermain badminton. Suami saya yang ikut berlari yang ambilkan adik dari tangan jiran tadi. Wahhh...malunya aku!! Satunya, malu sebab anak tetiba hilang macam tak reti jaga anak..yang satunya lagi dah tentu lah tak pakai tudung serkup kepala...huhu!

Adik..can not..can not. Ingat pesan Abg Long mu ini..Malam ni, suami dan si Adik awal tidur. Letih agaknya, jadi Abg Long boring main sorang-sorang. Nampak ja kamera, Abg Long minta ambilkan gambarnya. Allah. Yang seorang ni pun, dah persis model tetap saya ni. Kalau la masih pakai kamera lama..agaknya jenuhlah saya nak beli kodak...hehe

Ok lah. Saya pun nak masuk tidur with Abg Long sayang. Selamat malam ya. Wassalam.
0

Berita Hari Ini dan Sebelumnya...

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt...

Lama saya tak jenguk blog. Lately, saya sering selalu tido awal bersama anak-anak menyebabkan saya jarang update blog. Kehendak untuk menulis, sentiasa ja ada. Anytime. Anywhere. Masa ja yang tidak mengizinkan.
Untuk pengetahuan semua, anak kecil saya 'Ainul Mardhiah' sudah pun masuk 1 tahun usianya pada 28hb. Januari yang lalu. Alhamdulillah. Dua hari sebelum itu, saya telah membawanya ke klinik dan telah menerima suntikan umur 1 tahun. Jururawat maklumkan pada saya, biasanya bayi akan demam selepas seminggu.

Tapi pada 28hb Januari (Jumaat) Abg Long pula yang kena demam. Melihat keadaannya yang dah macam tak berdaya, selepas ja solat Jumaat saya dan suami membawa Abg Long ke klinik. Panas sangat-sangat badannya sehingga Dr masukkan ubat melalui bontotnya. Hehe..alhamdulillah. Sekarang Abg Long sihat sudah!

Sebenarnya, nak belanja diorang makan kek tapi oleh kerana dah demam hari itu terus batal program. Sampai hari ini, tak celebrate pun Birthday Adik. Kasihan. Sabar ya Adik..

Di atas ni, gambar Abg Long sedang menyiapkan homework pertama beliau pada 24hb yang lalu. Nak tau tak apa perasaan saya bila cek beg sekolah Abg Long dan mendapati ada homework?? Owh...saya yang risau! Boleh ke anak saya buat ni..alhamdulillah yang pertama ni, memang rajin Abg Long buat. Esoknya, ada lagi homework tapi sangatlah liat beliau nak buat homework. Asyik nak main ja. Terpaksalah saya standby rotan di sebelah. Hahaha..

Yang paling lawaknya, macam-macam alasan yang beliau bagi untuk mengelak dari membuat homework. Katanya, tangan sakitlah, banyaklah, macam-macamlah. Tak padan dengan orangnya yang kecil tapi akalnya panjang. Cikgu Mala ada bagi tahu saya, Abg Long ni tak padan dengan kecil tapi suaranya boleh tahan di tadika. Cikgu Ganthi pula cakap...i likes him, very friendly. Ye lah tu, memang pun, masuk ja pagar tadika Abg Long bukan pandai nak babai mama dia, blah ja. Itu pun kalau tak diingatkan suruh salam dan cium tangan mama dulu, confirm tak buat..hahaha....

CNY ni Abg Long dan kami semua bercuti panjang termasuklah Opan dan Atuk. Alhamdulillah.

Ok, yang ini pula gambar mereka semalam. Sedang bermain bersama. Sebenarnya, saya nak fokuskan pada Adik. Kelakar sangat sedang berusaha menarik binatang biru tu bersama keretanya. Tak padan dengan kecil tp daya imaginasinya macam-macam. setiap kali nak fokus, Abg Long menyibuk. Asyik muka dia ja. Nak marah karang, susah pula sebab Abg Long ni dah pandai merajuk. Sampai tak mahu bercakap dengan saya. Hahaha...

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Hari ini juga, saya ada mendapat dua berita. Good n bad news.

Yang pertamanya, saya menerima panggilan daripada sahabat lama yang saya kenali sejak bekerja di mpm. Beliau adalah Nurul yang dahulunya adalah salah seorang pekerja di sebuah syarikat yang sering berurusan dengan pejabat saya. Sekarang beliau tinggal di Kuala Kangsar bersama suami. Adalah beberapa perkara dibualkan dan sempat juga tinggalkan no. hp masing-masing. Cumanya, saya mendoakan semoga beliau dan suami dikurniakan cahaya mata dan mudah-mudahan persahabat kerana Allah ini sentiasa kukuh selama-lamanya. Amin.

Yang keduanya, saya dan suami terima berita di mana beberapa buah rumah di kampung suami sedang terbakar. Allah. Pertama sekali mendengar suara Diana di talian tiba-tiba lain saja. Sedangkan, petang itu (waktu tu hampir jam 7 rasanya) kami call mama sebab nak tanya tarikh perkahwinan sepupu mereka di Balik  Papan, Indonesia. Sedang berbual, panggilan terputus. Suami saya contact semula tapi tidak berjawab. 

Rupa-rupanya, di sana keadaannya sudah kelam kabut kerana beberapa rumah sedang terbakar. Hati saya mula berdebar-debar tatkala menerima khabaran begitu. Apatah lagi hati suami saya. Sempatlah suami tanya pada adiknya rumah yang mana terbakar, api ke arah mana, dan macam-macam lagi. Kami di sini cuma berdoa semoga rumah mama terkecuali kerana jaraknya kata suami mustahil untuk terkena disebabkan arah angin menolak ke atas bukit. 

Bomba lambat sampai. Kami disini sampai bengang-bengang. Khabar terakhir kami terima, rumah nenek Waria juga terbakar. Allah. Terus saya terbayang wajah nenek Waria. Kasihannya nenek. Dia sangat baik. Saya ingat lagi masa pertama kali jumpa dia, terus dia peluk dan cium saya membuatkan saya rasa selesa ketika tinggal di sana. Huhu..Khabarnya banyak rumah yang terbakar. Bekalan elektrik juga terputus. Ehm..ntahla. Ini pun kami tunggu ja berita dari mama n diana di kampung.

Owh ya..hari ini juga adalah birthday si diana. Nampaknya, inilah kenangan hari lahir yang paling tidak dapat beliau lupakan. Mana taknya, sempat juga beliau mengangkat mesin basuh semasa kejadian...hehehe. Lega hati saya bila dengar dia ketawa...huhu

Ok lah, saya pun dan sangat-sangat mengantuk. Good night semua. Wassalam.
0

No Tajuk...

Jan 23, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

(Upadate entri 24.01.2011 --> font merah)
Saya nak menaip laju-laju. Kalau boleh nak tido awal, badan pun rasa macam tak berapa nak sihat. Tadi makan panadol extand bersama 100 plus. Alhamdulillah, berpeluh sikit selepas basuh pinggan tadi. Kerja rumah untuk hari ini semua tak dapat nak diselesaikan. Walau bagaimanapun, dalam sakit-sakit macam ni sempat lagi ronda-ronda dari Sitiawan ke Seri Manjung, masuk Tesco sekadar cuci mata menambah kesesakan orang ramai petang tadi.

Abg Long dah pengsan, yang tinggal cuma kami bertiga. Babah melayan movie 'Red Alert' menerusi DNA (NBox) beliau...kami anak beranak pun selalunya memang terpaksa menonton movie-movie yang beliau download. Macam-macam, cerita hantu, lawak, chinese, hindustan, semuanyalah.

~ Nbox N32 ~

Fungsi alat ni adalah untuk memudahkan sebarang movie, gambar dll dalam format apa pun untuk ditayangkan ke tv. Biasanya, kalau kita download movie ada macam-macam bentuk formatnya kan? Ada sesetengah tu  tak boleh di detect oleh TV or Video Player. Dengan adanya alat ini, just cucuk ja pendrive or ext hdd .. then  dah boleh menonton. Sangat mudah. Nak tau lebih lanjut boleh klik sini.

Malam ni, oleh kerana Abg Long sudah tidur maka, si Adik mulalah mengacau sana mengacau sini. Saya ke dapur, dia pun sibuk nak ke dapur. Itulah kesudahannya saya ke ruang tamu, duduk di sofa sambil meng-update blog yang dah lama saya tak jenguk. Rindu sangat. 

Owh ya...adik sedang mengganggu babahnya. Kasihan. Saya memang malas nak masuk campur.  Bukannya apa, Adik tu bukannya mahu dipegang. Memang dah perangainya begitu 'lebih aktif' dari Abg Long. 

Oklah, nak berhenti dulu di sini. Nak ajak anakanda saya tu masuk tidur (itupun kalau dia mahu). Selamat malam tawan-tawan. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Rajin-rajin la follow saya di twitter pula. Saya sedang melebarkan sayap burung twit-twit saya. InsyaAllah.

Wassalam.
2

1st Entri 2011

Jan 1, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Entri pertama saya untuk tahun 2011. Sekejap ja kan? Rasanya macam baru semalam saya berkahwin (Hahaha..macam dah takde contoh lain nak kasi..). Ok..ok serius. Hari ni, kami pergi kenduri naik buai dan akikah di rumah bos saya. Rasanya, dekat jam 1 kami sampai sebab tunggu hubby balik dari masjid.

Di bawah ni, semua gambar anak-anak selepas pulang dari kenduri.

~ Prince n princess sedang beradu ~
~ Adik dah jaga, gunakan masa sebaik mungkin main pistol Abg Long ~
~ Cobaan Adik ajak Abg Long main sekali ~

Aishh. Tengah best-best menaip ni saya tersedu-sedu, kuat pula sedunya. Saya nak besar lagi nih. *Alhamdulillah...Lega skit selepas minum air masak.

Tak sabar nak tengok gambar yang bos saya snap masa kenduri. Kenapa? Sebab Adik n Abg Long naik buai juga untuk kali keduanya. Haha.. Paling best Adiklah sebab baik ja dalam ayunan. Ehmm cantik pula tu ayunannya...best sangat. Dan kami semua melihat karenah anak masing-masing. Kelakar tak ingat! 

Murah rezeki hari ini, bos tapau lauk pauk untuk dibawa balik..alhamdulillah. Memang makan sampai kenyang dan senang hati. Rezeki jangan ditolak. Wassalam.
0

Anniversary...

Dec 29, 2010

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt...
Ya Allah…
Hari ini ( tanggal 29 Disember 2010 ) adalah ulangtahun ke-4 perkahwinan kami.
Hamba-Mu yang dhaif ini, mematri janji di hadapan kebesaran-Mu.
Kami tahu tidak mudah untuk memelihara ikatan suci ini dalam naungan redha dan maghfirah-Mu.
Kami tahu, amat berat bagi kami untuk mengayuh perahu rumah tangga kami menghadapi taufan godaan di hadapan kami. 
Karena itulah, kami datang memohon rahman dan rahim-Mu...

Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. 

Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. 
Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai. 
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, 
dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. 
Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya..
Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi...
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, suami/isteri kami, 
keturunan kami dan ampunilah kami...
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...
Amin Ya Rabbal'alamin...

Wasalam...
0

Selamat Hari Tua Kanda!

Dec 28, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah. Semalam buat suprise party menyambut birthday beliau yang ke33 di rumah mak mertua beliau (mak sayalah tu). Gambar tak banyak sebab bateri cam habis. Jadilah 2 3 gambar kenangan untuk beliau. Hehehe...
Saya doakan semoga Allah merahmati sepanjang usia beliau..wish him a happy and successful life and the hereafter..InsyaAllah (kata-kata ini merangkumi semua doa-doa saya untuk beliau...). Tak lupa juga kepada seseorang..."mama...terima kasih kerana telah melahirkan n membesarkan anakmu ini...."
*  *  *  *  *  *  *  *  *
Nak dijadikan cerita, hari Sabtu dan Ahad saya dilanda penyakit malas. Ya Allah. Benar. Saya asyik nak tidur dan makan ja. Nasib baiklah, awal-awal lagi saya sudah sediakan hadiah kecil untuk beliau. (Kecil sangat..tak dapat nak dibandingkan dengan pengorbanan beliau sebagai seorang wira...hahaha)

Gelabahlah saya semalam. Mujur, keknya saya dah tempah..(memang dah tau birthday boy nak kek apa). Tinggal lagi tak tau nak celebrate macam mana. Takde idea langsung. Fikir punya fikir dan minta izin orang tua. So, buat di rumah mak. Jemput adik beradik :) Mak masakkan bihun goreng dan order pizza. Alhamdulillah. Terima kasih pada semua yang sudi meraikan. Syukran.

Saya teringat kata-kata kakak saya semasa nak menjemput beliau ke rumah untuk menyambut hari lahir suami saya. Katanya, (dalam nada ketawa dan suara sedikit menjerit) "Eeee...dah tua-tua pun nak sambut hari jadi lagiiiiii...."

* Pada sayalah..Semakin kita tua, semakin kita sensitif dan manja. Betulkan? ;)
2

zOO Taiping..

Dec 17, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Kami bercadang membawa anak-anak ke Zoo Taiping (hadiah untuk Abg Long sebelum menjejakkan kaki ke alam tadika next year). Alhamdulillah, semalam sampai juga. Ini adalah kunjungan kami yang kedua. Hehe..bosan? Pada Abg Long tidak..Biasalah, anak-anak lebih seronok bila dapat ke zoo melihat pelbagai jenis binatang..ada 1300 jenis spesis haiwan di Zoo Taiping (kalau saya tak silap lah) sangat seronok!
Sehari sebelum ke zOO, kami tanya Abg Long binatang apa yang dia nak lihat di sana. Abg Long jawab..badak..ular...zirafah....gajah...gajahhh...gajjjahhh...
Ada gaya macam tak mau balikkan?
Kesian, sampai berpeluh-peluh. Bukan Abg Long ja Adik pun sama berkeringat. Ye lah..jauhnya tu kami berjalan..34 ekar you all...! Naik train x adventure..tapi kesian pula bila melihat riaksi Abg Long macam berminat tengok org lain naik train..tapi alang-alang dah berjalan tu maka teruskan aja lah...
Alah babah...ayam kat umah Tok Ngah pun banyak...huhu.
Beaver
Waahhhh....!
Masa ni Abg Long mengeras masa nak ambil gambar...katanya "mama..mama..amin takut. Nanti beruang ambik Amin..." Poyo ja...
Lupa pula nak suruh Abg Long kira berapa ekor flamingo yang ada...
Masa ni kami pun tak ingat ntah apa yang dia sembang ngan binatang tu..agaknya, dia ajak datang ke Sri Manjung tak...hehehe :D
Ok yang ni semasa hujan....payung tak bawa..baguslah sangat. Nasiblah ada pondok bertuduh. Mujur hujan tak lama...perjalanan diteruskan kerana Abg Long nak gajahhhh...
Ini buaya sakit gigi. Tu pasal la dia nganga ja..kami lihat gigi depannya dah patah. Kesian. Banyak lagi buaya tapi yang sekor ni ja kebetulan dok dekat ngan pagar..moody ngan kawan-kawan dia agaknya...
Sang kura-kura sedang berjemur...
Yang ini..1st time ke zOO. Kadang-kadang kita tunjuk binatang dia tengok ke arah lain. Kalau binatang tu bergerak baru dia perasan dan terpesona...takper..nanti Adik dah besar skit kita jalan-jalan lagi ye bucukkk...! (Nampak tak gigi adik?)
Cobaan menggoda...
Peace nO waR!!
Owh..yang ni lagi sekor beruang..kawannya dah bangun tapi dia masih tidur....
Marmoset Telinga Hitam
Oyang Utan
Mama n pooh
Babah bongek n Adik
Nasib baik kami sampai...kesian rusa ni semua tengah lapar. Tiga beranak ni kasi belanja semua rusa tu makan daun-daunan..rakyat prihatin...
Tata!
Ada banyak sangat gambar..banyakkk..sampai bateri cam habis. Last sekali snap gambar gajjahhhh dgn hp babah..jadilah kenangan untuk Abg Long. Tapi tak upload pun ke pc lagi. Masa kami balik..Abg Long n Adik pengsan dalam kereta..betul-betul pengsan..masuk ja dalam kereta terus booommm....! Wakaka...

Selamat malam. Wassalam.
0

Sabtu & Ahad yang berlalu...

Nov 29, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Hari Sabtu yang lalu, kami sekeluarga termasuk mak, abah n bob mengikuti rombongan pengantin. Adik kak iparku (isteri yob) melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya di Pdg Rengas Kuala Kangsar. Gambar? Haha...takde. Sayang sekali. Pada family SIL maybe ada..tapi dah dibawa ke JB.

Perkahwinan diorang ni agak mengejut...hahaha. Tapi jangan salah erti pula. Ini bukan sebab kena cekup ke apa ye..tapi si pengantin lelaki ni memang jenis gamble gile..Alah, apa nak kesah..duit sudah ada, jalanlah. Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan baik sekali. Selamat pengantin baru kepada mereka...aku lupa nama kedua-dua pengantin....hahaha....

Semalam, bawa anakanda kesanyangan Abg Long ke klinik. Sebab, sakit kat saluran kencing. Rupanya,ada bengkak. Aduhh...kesiannya. Jangkitan kuman kerana terlalu lama pakai pampers. Ya..silalah marah saya. Saya akui kecuaian saya sebagai seorang ibu sehingga anak terima sakit sebegitu. Kalau tengok Abg Long menahan kencing, menangis, terbaring...owhh kasihan sgt. Maafkan mama ye sayang..selepas ni kita dua-dua kena bagi kerjasama dengan lebih baik lagi.

Kelakarnya, part amin jumpa Doktor..hahaha. Depan Dr pandai bercakap itu ini bila ditanya. Siap berjanji nak makan ubat..dah balik umah..cam hampeh. Nasib bila dah dipujuk rayu dibelai dimanja bagai...alhamdulillah..senang ja Abg Long makan ubat. :D. Mama n babah doakan semoga Abg Long cepat sembuh...insyaAllah.

Jenuh hari ni terima bebelan dari atokk..menanah telinga. Tapi aku rileks ja la x kan nak muncung, abah aku juga...the only one abah yg aku ada.. huhu. Mekasih bah..akan ku semat segala kata-katamu buat cucu-cucumu yg sedia ada mahupun yg akn dtg...wakaka...

Sekian laporan untuk hari ini. Wassalam.

* Menulis entri sambil sms ibu mertuaku nun jauh di sana..huk..huk....
4

Kenangan Aidilfitri 1431H

Sep 19, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Update entri (font merah) ---> 20.09.2010 jam 10.12 mlm.
Cepatnya masa berlalu yer..lusa aku akan ke opis..huhu..bermula rutin macam biasa. Ini antara kenangan raya aku n family...
Tahun ni kami dah berempat..thn dpn..Tuhan ja yg tahu..hehehe. Ini gambar kami di hari raya pertama..sebelum ke rumah orang tuaku...Susah nak amik gambar nih..banyak sgt halangan..ini yg ke5 baru berjaya..raya sebelum-sebelum  ni gambar caca merba..hehehe...

Raya pertama, tak kemana just di rumah orang tua..membantu melayan tamu yg hadir..ada lah 2 3 kerat yang datang..hehe..Nak dijadikan cerita, pagi raya tu opah moody sikit. Kesian opah dan tempiasnya adalah sikit-sikit kena kat  atok. Opah moody maybe sebab anak-anak x jenguk kot..di samping keadaan kesihatan yg tidak mengizinkan. Katanya, macam nak demam..lemah aja..mungkin sebab hari sebelumnya penat memasak kan. Kesian opah. Alhamdulillah, kedatangan kami dapatlah membantu melayan tamu yang hadir..lama-lama mood opah tu dah ok sikit-sikit....hehehe...

Esoknya..aku mengalami masalah perut memulas sehingga menyebabkan aku berulang ke toilet ja..Makan apa eh? Aku makan lemang segera dgn rendang daging, nasi lemak, nasi impit, rendang ayam dan biskut-biskut raya. Agaknya, perut aku masih lagi dlm keadaan berpuasa dan hanya menerima makanan ketika sahur dan waktu berbuka...terkejut la tu kot..jammed le!

Raya ke3 ikut mak abah ke Bt.20 Bagan Datoh, Tlk Intan (hometown atok). Masih mengalami masalah sakit perut...huhu...ulang ke toilet ja masa kat umah mak uda...hehehe..apa daaaa! Hari ke2 sakit perut lagi teruk dan sangat x selesa sebab tengah berjalan kan paham-paham ja lah...

Hari raya ke4, ke rumah MakUda, kemudian MakNgah. Rumah MakYang x pegi sebab MakYang berjalan sakan raya tahun sampai ke JB..Ok, masa kat rumah MakUda of course lah jumpa MakUda kan..tapi anak-anak dia yang lain semua dah balik. Yang ada sepupu aku Ody dan family dia dan anak lelaki MakUda yg masih bujang O-Z (lama x jumpa dia..dulu kecik ja skrg dan besarrr). Kami berbual-bual sambil makan kuih. Pastu kami minta diri sebab nak ke rumah MakNgah lak. Di rumah MakNgah aku berkesempatan berjumpa  dgn Kak Dayah, Kak Ana n Kak Yang..semua dah kahwin dan mempunyai sepasang cahaya mata. Kak Yang ja menetap kat sini yang lain duk kat kat area Selangor nun. ramai lagi anak MakNgah tapi semua dah pulang ke destinasi masing-masing. 

Esoknya, sebelah petang beraya di rumah kakak pula dengan hajat untuk mengambil daun pisang sekali..hehe bukan datang nak beraye eh? Poyo..ada hajat lain rupanya..daun pisang tu diperlukan untuk membuat pulut tekan (salah satu juadah hari raya di Sabah - entri pasal ni akan diupdate kemudian). Ok, dirumah kakak of course ada mak mertuanya dan lalingnya dan anaknya si Syuhadah yang jelita. 

Hari raya ke-6 kami duduk diam-diam dalam rumah...Hehehe dan esoknya hari Khamis (malam)  makan-makan kat umah abg aku (bapak si ecah)..dia punya wife masak mee kari, ada lemang, rendang daging n bikut-biskut raya. Pastu we all together-gether nonton sama-sama..menonton tv n menonton Amin n Ecah bergusti. Syuhadah diam ja sbb demam.

Jumaat, buat open house di rumahku...alhamdulillah..semua berjalan lancar sehingga aku sbg tn umah begitu selekeh skali..hahhaa..that's me! Suka simple ja..takpe..I mmg cenggitu...
Ini antara juadah yg aku dan suami sediakan. Rendang daging, kari ayam, kuah kacang, ns impit, pulut tekan (sabah), bihun sup, air oren..that's all...Opss...ada satay (sblh malam-bob blanja) Semua masak dari jam 7.30 pg sampai 2.45 ptg siap kesemuanya. Kecuali pulut dimasak sehari sebelumnya dan ns impit masak malam sebelumnya. Faham kan? Ok..yg datang tu..tetamu pertama jiran sebelah rumah..pastu..semua kawan opis aku..terima kasih kpd mereka dan keluarga mereka..kemudian diikuti pula kawan Mr.M. Masing-masing juga bawa family..pastu sebelah malam semua adik beradik ipar duai semua dan family mak uda bertandang..terima kasih banyak-banyak...Yg tolong-tolong tu (bob n fifi) terima kasih le eh..hehehe. Gambar kat atas tu je sempat amik..yg lain..sgt lah bizi..Petang tu habis sup 1 periuk sup so masak lagi utk sebelah malam..bukan sebab sedap kot tapi sebab tak reti nak budget...hahaha

2 thn lepas aku ada jugak buat open house di rumah lama kami. Masa tu masak mee kari..periuk besar punya. Ok ja cukup untuk tamu. Kat rumah baru ni, tak dapat guna periuk yg sema sbb kami pakai Induction Cooker so paham-paham la..semua periuk mesti nak yg stainless steel gate. Sebelum raya ni pun banyak beno pakai wang ringgit beli itu ini untuk memasak..huhu. Pasni tak mo dah..cukup-cukuplah tu. Periuk lama tu 3kali ganda besar dgn yg baru beli..patutlah x cukup..huhu

Sebelah malam rumah aku penuh dengan saudara mara..terima kasih semua. Jangan ada lagi yang kata aku tak menngajak ke rumah baru..heehehe..memang meriah malam tu tapi akan lebih meriah kalau ada Abg Long..Hahaha..Abg Long tido awal dan sangatlah nyenyak sampaikan Ecah kejutkan pun dia x sedar..Hampir jam 11 semua dah balik..baru lah Abg Long terjaga..dan Abg Long bergelak ketawa sorang-sorang di ruang tamu menonton kartun. Aku, Mr. M dan Adik..pengsan tido!!

Hari Sabtu..aku mengalami sakit perut jugak. Agaknya perut aku ni tak leh sebarang makan..campur-campur kot..huhu..takper lah sabor je lah...nasib baik melepak di rumah ja xde wat ape..tp sebelah malam kami semua sekali lagi kumpul di rumah mak abah. Ada satay, ns impit, burger, ais krim n air nescafe ais..hehehe..utk makan-makan ja kami anak beranak...besh beshh! Abg Long diam ja..sebab Abg Long tido...wakakakaka :D Di bawah ni serba sedikit pic malam tu...




Ok ok...ntah apa ntah lagi..nanti aku kemaskini kalo teringat kot kot ade story yg tertinggal..aku dah ngantukkkkk nak tido...daaaa..

Selamat malam tawan-tawan...wassalam

p/s : sayang betul sebab x amik gambar masa beraya :(
0

Berbuka Puasa Beramai²...

Aug 31, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Salam Merdeka uolls..berjaga aku malam ni. Bukan nak countdown. Tapi menunggu anak bujang aku ni tengok kartun cenel 613. Mr. M pun marah aku ni manjakan anak..huhu. Ok..ok dikesempatan yang ada ni nak story sikit pasal semalam. Majlis berbuka puasa sama atok, opah dan semua kakak abg ipar duai semua kecuali family kanda (yob) saja xde..ye lah..dia nun jauh di JB sana...hukhuk..I really miss him.. :(
Antara juadah yang terhidang. Kami masak nasi ayam hainan (terlembik), buah-buahan dan lasagna (kami x rasa pun..ntah sedap ke idak). My sis bawa air asam masin, air amra dan kuih muih. My mom bawa lepat pisang n tupperware kosong..hehe n my SIL bawa roti jala (nyum..nyum), ikan bakar, bubur nasi (x sempat nak rasa mom dah rembat) dan air sarsi..
Penantian yang sungguh bermakna..bergambar..bergambar..dan bergambar...orang pertama sampai of course kachu..pastu family abgku, pastu family kakak dan last sekali tetamu terhormat dato n datin seri..welcome..welcome...
Antara gambar sebelum dan selepas waktu berbuka..gambar time makan xde eh..sebab xde sorang pun sudi pegang kamera..Owh nak citer juga (supaya adik leh baca time dia besar nanti). Aku cuma minum 3 gelas air n makan buah-buahan skit..sebab adik dah merengek..Kasi la tido..lama atas katil..adik tido..tapi asal aku nak bangun ja dia merengek nangis..huhuhu..last² mak kata bawa lah dia ke dapur..huh elok ja dia main..aku makan sorang² ja ditemani oleh insan² tersayang...x marah adik pun...kata babahnya..adik tu meragam nak tumbuh gigi..so..tengok saja la nanti...
Semua sekali 4 orang cucu tok Sahak..Kalau Ajik ada cukup sudah 5 orang..huhu..xper la ajik..next time kita amik gambar lagi ek..xmo bagi ulasan banyak..tapi dlm reramai ni..amin le encem..aishah cute..syuhadah cantik..adik comeyy... ;)
Iyaa..teman ganteng! teman tapi mesra..mesra tapi selalu bergaduh..berbalas balas pukul..nangis..dendam..babab balik...huihh dasyat diorang nih..takper..xper..kita tengok ja dah besar nanti macam mana eh...:e

So..xde apa dah nak cerita. Terima kasih kepada semua familyku..next year nak berbuka dengan keluarga mertua pula..InsyaAllah. Sepatutnya, malam nih kami dah naik flight..balik ke Sabah..tapi semua rancangan percutian hari raya kami dibatalkan di saat² akhir kerana Mr.M terlibat dengan kursus selama 6 bulan. Cutinya agak terhad..huhu..So tahun ni beraya di Perak ya..

Salam Merdeka 1 Malaysia...wassalam...