No Tajuk...

Jan 23, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

(Upadate entri 24.01.2011 --> font merah)
Saya nak menaip laju-laju. Kalau boleh nak tido awal, badan pun rasa macam tak berapa nak sihat. Tadi makan panadol extand bersama 100 plus. Alhamdulillah, berpeluh sikit selepas basuh pinggan tadi. Kerja rumah untuk hari ini semua tak dapat nak diselesaikan. Walau bagaimanapun, dalam sakit-sakit macam ni sempat lagi ronda-ronda dari Sitiawan ke Seri Manjung, masuk Tesco sekadar cuci mata menambah kesesakan orang ramai petang tadi.

Abg Long dah pengsan, yang tinggal cuma kami bertiga. Babah melayan movie 'Red Alert' menerusi DNA (NBox) beliau...kami anak beranak pun selalunya memang terpaksa menonton movie-movie yang beliau download. Macam-macam, cerita hantu, lawak, chinese, hindustan, semuanyalah.

~ Nbox N32 ~

Fungsi alat ni adalah untuk memudahkan sebarang movie, gambar dll dalam format apa pun untuk ditayangkan ke tv. Biasanya, kalau kita download movie ada macam-macam bentuk formatnya kan? Ada sesetengah tu  tak boleh di detect oleh TV or Video Player. Dengan adanya alat ini, just cucuk ja pendrive or ext hdd .. then  dah boleh menonton. Sangat mudah. Nak tau lebih lanjut boleh klik sini.

Malam ni, oleh kerana Abg Long sudah tidur maka, si Adik mulalah mengacau sana mengacau sini. Saya ke dapur, dia pun sibuk nak ke dapur. Itulah kesudahannya saya ke ruang tamu, duduk di sofa sambil meng-update blog yang dah lama saya tak jenguk. Rindu sangat. 

Owh ya...adik sedang mengganggu babahnya. Kasihan. Saya memang malas nak masuk campur.  Bukannya apa, Adik tu bukannya mahu dipegang. Memang dah perangainya begitu 'lebih aktif' dari Abg Long. 

Oklah, nak berhenti dulu di sini. Nak ajak anakanda saya tu masuk tidur (itupun kalau dia mahu). Selamat malam tawan-tawan. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Rajin-rajin la follow saya di twitter pula. Saya sedang melebarkan sayap burung twit-twit saya. InsyaAllah.

Wassalam.

0 kOmEn:

Post a Comment