Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
2

BF + CD

May 11, 2010

Salam rindu...Skrg ni, aku sedang bertugas di kaunter. Utk makluman, semalam sampai aku tertido kat kaunter ni sbb xde public nak dilayan..huhu. Hari ni pun same..sunyi aje so buka blog nak update perkara penting skit..(penting la sgt)

06hb yg lalu, kami anak beranak ke Klinik Desa Kg. Koh bagi pemeriksaan n suntikan Ainul Mardhiah. Ok..Ainul Mardhiah sihat beratnya naik skit aje iaitu 5.6kg aje di usia 3 bln berbanding bulan lepas 5.2kg (just naik 400g je..hehe).

Ok yg nak dikongsi cerita ni, selepas sesi timbangan berat Ainul Mardhiah, Misi (MC) tegur aku berkenaan pemakaian Cloth Diapers (CD) pada Ainul Mardhiah. Bak kata MC tersebut begini ya "Dik..ni adik pakaikan dia lampin yg skrg tu kan? Ehm..x elok dik, lagipun dia kecik lagi, sok dia dah besar nanti jalan mengengkang..sian dia..Bape harga dik beli ni...dan bla bla bla.."

Ehm..perbualan lanjutnya aku yg terpaksa promote CD kan 2 org MC di situ..siap minta url lagi sbb nak beli katanya (Akak MC tu mmg sgt² teruja waktu tu.. Ehm, aku sempat juga tegaskan pada MC tu.."pemakaian Cd ni kak bukan saja jimatkan wang ringgit tapi boleh menjaga alam sekitar..." Owh..bab bayi kengkang kalau pakai CD aku rasa mmg tak logik. Sbb bayi mmg tido mcm tu walopun aku pakaikan DD..Muhammad Al-Amin pun aku pakaikan CD buat masa ni xde plak aku tgk Muhammad Al-Amin susah nak berjalan atau jalan kengkang...ehmm..walau apapun jua..harap² Muhammad Al-Amin dan Ainul Mardhiah selesa dgn CD² tersebut....hehehehe.

Keduanya, semasa pemeriksaan bayi, MC tersebut bagi pendapat kat aku untuk memberi Ainul Mardhiah susu formula (FM). Sebabnya dia kata macam ni "Memandangkan adik bekerja n pam susu, susu badan akan berkurang..anak menghisap dan kamu mengepam lain dik..memang lama kelaman susu akan berkurang. Secara tidak langsung, berat anak kamu juga biasa ja maknanya dlm graf beratnya akan mendatar ja. Macam akak..anak akak pun dah bagi susu formula sejak umur dia 5 bulan sbb susu badan akak berkurang..bla bla bla dan bla...." Perkara ini dalam tindakan aku sekarang..aku masih membuat research pasal BF dan aku sedang BERUSAHA untuk bagi Ainul Mardhiah BF..tawan-tawan, doa kalian amat² aku perlukan!

Sekian, terima kasih. Wasalam.
0

BF - Panduan Untuk Bapa (Lalingku)

Mar 18, 2010

Salam siaran...Semalam aku mengisi masa lapang dengan membaca info-info mengenai breastfeeding (bf). Sambil menyelam minum air, aku sempat juga ber-ym sama member opis yang sangat-sangat dirindui itu. Salah satu laman web yang aku terjah semalam mengenai Susuan Ibu adalah melalui Persatuan Penasihat Dan Pakar Laktasi Malaysia (PPPLM). Boleh jenguk laman web di sini. Info yang sangat bermanfaat khusus untuk ibu dan bakal ibu di dunia. Di sini, aku nak tempek sikit Panduan Untuk Bapa mengenai bf ni...

Sebagai Ketua Keluarga, anda perlu pastikan ahli-ahli keluarga yang lain turut memberi dorongan dan sokongan kepada isteri anda yang baru bersalin. Nenek, datuk dan ahli keluarga yang lain juga dapat membantu dengan cara begini :
  • Belajar mengenai bf dengan cara berbincang dengan ibubapa yang pernah melaluinya.
  • peringatkan ibu bahawa bulan pertama selepas kelahiran adalah masa untuk belajar mengenai penyusuan.
  • Galakkan ibu untuk berehat. Ibu yang menyusu perlukan keseimbangan di antara aktiviti dan rehat.
  • Cuba berikan bantuan dalam kerja-kerja seharian di rumah dan juga dalam penjagaan bayi.
Lindungi ibu daripada mereka yang tidak bersetuju dengan bf. Perkara yang biasa didengar dan membuatkan para ibu rasa serba salah dalam usaha bf bayi mereka adalah seperti :
  • Adakah anda pasti susu anda mencukupi?
  • Kenapa bayi anda seringkali lapar
  • Mungkin anda perlu memberinya susu formula
Bapa perlu memberi perhatian kepada anak-anak yang lain agar mereka tidak merasa tersisih. Manakala, perubahan emosi yang dialami oleh wanita selepas kelahiran juga perlu diberi perhatian. Luahkan kata-kata perangsang untuk isteri seperti :
  • "Saya rasa lega awak dapat menyusukan anak kita"
  • "Hari ini biar saya saja yang masak"
  • "Tak sangka awak seorang ibu yang baik"
  • "Pergilah berehat. Biar saya saja yang mandikan Abg Long"
Bagi menjamin kejayaan menyusu, ibu bapa perlu mendapatkan seberapa maklumat mengenai bf sebelum kelahiran bayi anda. Selain itu, pasangan turut digalakkan supaya berbincang perkara-perkara yang membolehkan anda bekerjasama dalam menguruskan rumahtangga.
    Info Untuk Bapa / Suami
    Bayi yang menyusu susu ibu, biasanya kurang mengalami masalah seperti alahan, sakit telinga (otitis media), kerap sakit teruk dan dimasukkan ke hospital, cirit birit/sembelit dan kerosakan gigi. Ini bererti anda tidak perlu kerap berjumpa doktor, menjimatkan wang perbelanjaan keluarga, mempunyai masa yang terluang untuk diri sendiri dan keluarga, adalah lebih mudah dan tenang untuk menjaga bayi yang sihat. Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik untuk anak kerana : 
    • Susu ibu mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh bayi
    • Susu ibu berubah mengikut umur dan keperluan bayi.
    • Susu ibu lebih mudah dihadam.
    • Najis bayi menyusu susu ibu lebih lembut dan kurang berbau.
    • Susu ibu melindungi bayi daripada bakteria dan jangkitan lain.
    p/s : Aku belum buat keputusan lagi samada teruskan bf atau tidak selepas mula keje nnti..masih blur!