1

Aiskrim

May 22, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

~ Abg Long suapkan Adik makan ice cream ~

Hari ini ada orang mengidam makan askrim. Tu la dibelikan. Kalau tak dapat karang menangis tak ingat dunia. Nasib baik jadi orang baik hari ini. Alhamdulillah. Dua-dua ikut perintah ja hari ini. Makan sama-sama. Bermain sama-sama. Senang kerja saya hari ini.  Time mereka makan aiskrim tadi, terfikir pula dah lama tak snap gambar mereka. Itulah saya ambil tu. Jadilah kenangan buat hari tua mereka kelak. InshaAllah.

Story pasal Abg Long pula ya. Tak banyak nak story. Nak bagi tau.Esok Amin ada exam. Tiga hari ja. Mulai esok alphabet. Lusa Numbers. Tulat Colouring. Memang dalam minggu ni pun Amin banyak study (Cewah!) Semoga Amin tenang semasa exam esok. Hehehe..fikir dulu sebelum jawab soalan ye nak. Fikir dengan baik. Hehehe...Anda pula, doa-doakan anak saya lulus dengan cemerlang ya... (^-^)

Ok. Adik pula. Macam-macam sudah perangainya. Apa yang orang buat semua dia tiru. Tengah explore la katakan. Biarkan ja la..aksinya kadang-kadang menggelikan hati. Tapi kan adik ni, garang lah. Mengalahkan saya. Cengih orangnya. Hahaha. Kadang-kadang tu, suka hati dia ja babab Abg Long. Eeee...geram jugak dibuatnya. Tapi ada masanya disayang-sayang Abg Long dia... Budak-budak kan. Memang macam tu. Macam manalah bila mereka dah besar nanti..rindulah nanti zaman-zaman kecil mereka...

Sekian dahulu perkembangan anak-anak saya. Ketemu di lain hari dan waktu. InshaAllah. Wassalam.
0

Segan / Pemalu

May 20, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah. Bahagia rasanya hari ini. Kenapa ya. Ntahlah. Perasaan saya ja tu. Atau mungkinkah kerana Pn. Hajar pegang dagu saya pagi tadi ketika berbual..erkk! Tergamam dibuatnya. Ada guna-guna ke? Ngeee~ (melawak ja ya puan hajar...)

~ subhanallah ~

Hari ini, tak pasal-pasal diminta mengajar kakitangan office guna sistem kehadiran. Huhu..saya paling tak suka bila kena mengajar. Bukan kedekut ilmu ya. Tapi memang segan! Walaupun, yang terlibat kebanyakannya perempuan yang sememang kenal antara satu sama lain.

Inilah salah satu kelemahan saya. Berhadapan dengan semua orang dan menjadi perhatian semua orang..! Walaupun, saya memakai klip bunga di kepala sebagai penghias hijab saya hari ini (2 3 orang dok puji..) tapi still segan sewaktu memberi tunjuk ajar..hahaha. Tapi setiap yang bermula pasti berakhirkan bukan? Tak la lama pun bercakap..tapi bila dah tamat tu...fuhh! Leganya..Mohon maaf pada semua jika ada terkurang ya...(dengan harapan semua orang baca blog saya..hehehe)

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Last year, dalam bulan April kalau tak silaplah..saya dan officemate (termasuklah bos saya) menghadiri kursus berkaitan 5S yang turut melibatkan semua jabatan lain. Masa tu, kami diminta untuk membuat presentation setiap jabatan. Haa..bab ni yang saya suka kalau bab-bab menulis atas kertas mahjong (betul ke spealling nih?) Suka la kan..tulisankuchantique! (Allah..riaknya kamu!)

Malas nak cakap banyak..korang tak caya nanti. Sila lihat picture di bawah... :-)

 ~ Chantique tak?? ~

~ Dr kiri my bos, saya, kak liza (skrg dh slim tau!) dan mr.B ~

~ Masa kena present..saya tak berani nak pandang audience ~

~ Segannye Tuhan ja tahu...hahaha ~

Kelemahan saya lah ni. Nasib lah dah kahwin dah bersanding..kahkah. Ampun. Memang pemalu saya nih. Tak boleh dinafikan. So kepada sesiapa yang tidak mengenali diri ini sepenuhnya..kadang-kadang mungkin saya nampak sombong. Sebolehnya, cubalah fahami saya memang begini. Hehehe....

Saya tak cuba untuk berubah dan tak mungkin berubah sebab sifat segan/pemalu ni memang bagus bagi wanita..hehehe...

Allah. Terima kasih di atas kurniaanmu (bertulisan cantik dan pemalu). 

Wassalam.
2

Kandungan Luar Rahim

May 19, 2011

Apa itu Kandungan Luar Rahim?

Kandungan Luar Rahim atau "Ectopic Pregnancy". Ia membawa maksud, embrio yang telah dipersenyawakan membesar bukan pada tempatnya iaitu di luar daripada rahim. 98% daripada kandungan luar rahim ini ialah pada kawasan tiub fallopia dan ia dipanggil "Tubal Pregnancy". Yang lain-lain ialah di serviks, di dalam kawasan abdomen (omentum atau peritoneum) dan ovari.


Kenapa Mengandung di Luar Rahim?

Di dalam tiub fallopia mengandungi rerambut halus yang dipanggil CILIA. Ia bergerak seperti penyapu dan akan menolak perlahan-lahan embrio dari kawasan persenyawaan ke arah rahim. Apabila CILIA ini telah rosak maka pemindahan embrio ke dalam rahim secara normal akan terganggu.

Antara risiko dan penyebab mengandung luar rahim ialah :-
1. Jangkitan di sekitar pelvis oleh kuman-kuman seperti gonorrheoa atau Chlamydia. Kuman ini akan menyebabkan kerosakan pada dinding tiub fallopia yang menyebabkan parut. Ini juga menyebabkan dinding fallopia menghadapi kerosakan dan kehilangan CILIA.

2. Pembedahan sebelum ini pada kawasan tiub fallopia seperti pembedahan rekonstruktif tiub atau "ikat tiub" boleh merosakkan struktur tiub fallopia.

3. Pernah mengalami mengandung luar rahim sebelum ini. Terdapat kajian yang menyatakan risiko mengandung luar rahim semula adalah 15% sekiranya berulang kali pertama dan 30% untuk kali kedua.

4. Pemakaian Alat Dalam Rahim atau IUD mempunyai risiko untuk mengandung luar rahim. Walaupun begitu jumlah kes keseluruhannya adalah sangat rendah, kerana fungsi alat ini yang menghalang kehamilan.

5. Kecacatan tiub fallopia sejak lahir.

6. Kajian juga menunjukkan, MEROKOK ketika persenyawaan berlaku mempunyai kaitan utama untuk mengandung di luar rahim.

7. Ketumbuhan dan penyakit seperti tumor atau endometriosis boleh mengganggu pergerakan embrio dan menyebabkan masalah ini berlaku.


Gejala Mengandung Luar Rahim

Apabila seorang wanita di dalam jangka umur subur datang dengan sakit perut yang teruk, di sebelah kiri atau kanan bahagian bawah, maka mengandung luar rahim perlu diketepikan. Ini adalah kerana mengandung luar rahim boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut dan boleh menyebabkan kematian.

Selain daripada sakit perut, pendarahan pada vagina yang seolah-olah datang period boleh mengkaburi pesakit kononnya mana mungkin mengandung kalau datang period. Sedangkan ia bukan lah period tetapi pendarahan akibat mengandung luar rahim.

Beliau juga mungkin boleh mengalami tanda2 awal mengandung seperti terasa ngilu pada buah dada dan puting, pening dan loya atau muntah-muntah beberapa hari sebelum itu.

Sekiranya pendarahan terlalu banyak di dalam perut, pesakit akan mengalami pening-pening, rasa lemah badan, perut menjadi keras, sakit pinggang dan belakang dan boleh pengsan.

Bagaimana Diagnosis Dibuat?

1. Selain daripada sejarah pesakit, Pemeriksaan dengan memasukkan dua jari ke dalam vagina menunjukkan kesakitan pada serviks, dan bengkakan pada sekitar dinding vagina berhampiran serviks
2. Kehadiran hormon HCG pada air kencing ataupun darah boleh diperiksa.
3. Ultrasound abdomen menunjukkan tiada kantung kandungan di dalam rahim
4. Transvaginal Ultrasound adalah kaedah paling berguna - boleh menunjukkan pembengkakan di dalam tiub fallopia, kandungan rahim yang kosong dan pendarahan.

Apakah Perawatan Mengandung Luar Rahim
Buat masa ini dua cara utama perawatan di Malaysia ialah melalui pembedahan samada Laparoskopi atau Laparotomi. Laparoskopi lebih banyak digunakan sekarang kerana ia tidak memerlukan pembedahan besar. Ia cuma menebuk tiga lubang kecil di perut di mana 3 alat dimasukkan melalui lubang. Pakar boleh melihat masalah yang berlaku melalui alat ini dan pembedahan kecil boleh dilakukan tanpa membuka perut pesakit.

Walaupun begitu, had nampak laparoskopi adalah terbatas. Sekiranya pendarahan terlalu banyak sehingga menghalang penglihatan atau pendarahan tidak boleh dikawal, maka option untuk menukar ke pembedahan terbuka dilakukan. Pada kebiasaanya, tiub yang rosak akan diikat dan dibuang. Proses ini dipanggil salphingectomy.

Kenapa saya tiba-tiba post berkenaan perkara ini. Ehm..kawan (dah macam adik) saya tina, baru sahaja selesai menjalani pembedahan kes di atas semalam (18.05.2011). Story lanjut dari beliau masih belum diketahui. Sewaktu kunjungan saya dan kak liza semalam di Wad 1, beliau baru sahaja keluar dari bilik pembedahan dan masih lagi tidak sedar kerana kesan dibius. 

Walau bagaimanapun, beliau sempat juga celik mata..sekali, dua kali, tiga kali..melihat kehadiran kami. Menitis  air mata beliau..namun sempat juga beliau ukir senyuman buat kami...huhu..semoga beliau cepat sembuh dan tabah dalam menghadapi apa jua dugaan dariNya. Amin..

Sumber dipetik dari 
0

Mak Abah..

May 17, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Seronoknya cuti ya. Alhamdulillah. Kebetulan pula tu mak dan abah tak sihat. Dapatlah mereka rehat. Adik saya pun sama. Kesian. Sibuk-sibuk nak mendirikan masjid tak lama lagi ni..tak sihat pula dia. Dah la kekasih hati jauh. Lagi kesian. Huhuhu...

Esok tak tau lagi macam mana. Kalau mak abah masih tak sembuh, ingat-ingat nak amik cuti ja lah. Tak sampai hati. Sedangkan masa saya sakit minggu lepas pun saya ke sana. Mereka la kena tengok anak dan cucu sementara suami pergi kerja. Huhu..tak habis-habis bukan nak susahkan mereka. Allah. Besarnya perngorbanan mereka tak terbalas dengan wang ringgit saya yang ciput. Huhu...

Ini masa kami sambut birthday mom n cucunya 'syuhada' (anak kakak) hujung bulan yg lepas. Alhamdulillah. Walaupun disambut lambat tapi semua berjalan dengan lancar. Menunya, kek birthday, bihun ke mee goreng ntah saya pun lupa, sate, mini cheestart yg sgt sedap dan jajan. Kami celebrate waktu malam.

Tengok ada..suka betul dia makan sate. Dialah kanak-kanak yang paling baik malam tu. Tak macam amin dan ecah..fuhh macam-macam aksi. Sekejap gaduh..sekejap baik...hahaha..seronok sekali sekala buat makan-makan macam nih. Yang paling seronok kalau semua dapat berkumpul. Best. Tapi jadilah kalau dua tiga kerat ja pun..tak semua duduk dekat dengan mak abah..

Owh..saya nak menaip panjang-panjang tapi masa tak mengizinkan. Saya nak baring-baring jap...hahahaha. Nanti saya menaip panjang-panjang. At least ada juga bahan untuk tina, fiza, elly, puan zailan n semua semua di luarnak baca n kongsi cerita...tak gitu... :-)

Mak abah..moga cepat sembuh ya!!

Wassalam.
0

Anak-anak

May 16, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Huawhhh..lama saya bertapa eh! Sebulan? Ke mana? Menuntut ilmu? Mencari ilham? Heee... Tidak semudah itu. Tidak sama sekali. 

Tenggelamnya saya adalah dek kerana hal-hal rumahtangga yang tak menentu. Kebiasaannya tersusun mengikut jadual, kini tunggang langgang bagaikan apa ntah. Haha. Belum lagi lihat keadaan di rumah. Mujur suami dan anak-anak sporting walaupun rumah macam tongkang pecah! Benar!

Rindunya pada blog nih. Tuhan ja tahu. Huhu. Tiap kali nak mula menulis pasti tak kesampaian. Maklumlah, saya kan wanita bekerjaya yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Syukur! *Izinkan saya puji diri sendiri di blog sendiri ;-)

~ Dialah, tunggak masa depan saya. InshaAllah. ~

Eh..eh..kenapa gambar lama Al-Amin yang saya post di sini. Tembam kan Amin masa ni? Dalam setahun agaknya umurnya masa ni. Bukan apa. Awal pagi sampai di office saya melihat satu ke satu satu folder yang ada dalam pc nih. Haha..Jumpa gambar dia masa kecil. Rindunya masa kecil dia. Sekarang dah nakal. Dah pandai marah orang tua. Bodoh! Gila! keluar dari mulut dia lepas pulang dari tadika. Ehm..kalau kata-kata macam ni keluar dari mulut saya dan adik beradik ketika zaman kecil kami, maunya dah kena makan cili padi..kah...kah!!! Ya ampun!

Anak-anak. Saya dah nampak dah perubahan mereka bila mereka membesar. Hehe..adik yang baru setahun pun macam-macam ragamnya mengalahkan abgnya. Allah. Besar sudah kamu semua ya. Semoga kalian temui kebahgiaan hidup dunia dan akhirat. InshaAllah.

Salam sayang buat anda yang sudi membaca. Take care n jumpa lagi. Wassalam.

*Kami anak beranak baru ja sembuh dari demam, selsema, batuk dll. Kini giliran mak, abah n bob..kasihannya mereka :-(