Selamat Hari Tua Kanda!

Dec 28, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah. Semalam buat suprise party menyambut birthday beliau yang ke33 di rumah mak mertua beliau (mak sayalah tu). Gambar tak banyak sebab bateri cam habis. Jadilah 2 3 gambar kenangan untuk beliau. Hehehe...
Saya doakan semoga Allah merahmati sepanjang usia beliau..wish him a happy and successful life and the hereafter..InsyaAllah (kata-kata ini merangkumi semua doa-doa saya untuk beliau...). Tak lupa juga kepada seseorang..."mama...terima kasih kerana telah melahirkan n membesarkan anakmu ini...."
*  *  *  *  *  *  *  *  *
Nak dijadikan cerita, hari Sabtu dan Ahad saya dilanda penyakit malas. Ya Allah. Benar. Saya asyik nak tidur dan makan ja. Nasib baiklah, awal-awal lagi saya sudah sediakan hadiah kecil untuk beliau. (Kecil sangat..tak dapat nak dibandingkan dengan pengorbanan beliau sebagai seorang wira...hahaha)

Gelabahlah saya semalam. Mujur, keknya saya dah tempah..(memang dah tau birthday boy nak kek apa). Tinggal lagi tak tau nak celebrate macam mana. Takde idea langsung. Fikir punya fikir dan minta izin orang tua. So, buat di rumah mak. Jemput adik beradik :) Mak masakkan bihun goreng dan order pizza. Alhamdulillah. Terima kasih pada semua yang sudi meraikan. Syukran.

Saya teringat kata-kata kakak saya semasa nak menjemput beliau ke rumah untuk menyambut hari lahir suami saya. Katanya, (dalam nada ketawa dan suara sedikit menjerit) "Eeee...dah tua-tua pun nak sambut hari jadi lagiiiiii...."

* Pada sayalah..Semakin kita tua, semakin kita sensitif dan manja. Betulkan? ;)

0 kOmEn:

Post a Comment