Assalamualaikum wbt...
Jujurnya, hari ini bermalas-malas mahu ke pejabat. Ya lah, memandangkan esok cuti umum (Maal Hijrah) dan terasa alang-alang mahu bekerja :D Hujan awal pagi. Sejuk dan dingin..ehmm nak tarik selimut lagi. Hahaha...tak pe lah..tunaikan juga ibadah utk hari ni..insyaAllah.
Bersyukur kepada suami yang memasak untukku malam ini
Kerana ertinya…suamiku di rumah malam ini, bersamaku dan anak-anak..tidak bersama orang lain
Kerana ertinya…suamiku di rumah malam ini, bersamaku dan anak-anak..tidak bersama orang lain
Bersyukur kepada suami yang sedang bermalas-malasan di atas sofa sambil melayan internet.
Kerana ertinya…dia tidak melepak di kedai kopi bersama kawan-kawan
Bersyukur untuk anak-anakku yang selalu bising di rumah
Kerana ertinya…dia tidak melepak di luar bersama kawan-kawannya yang ntah sapa-sapa.
Bersyukur untuk baju aku yang mula rasa sempit
Kerana ertinya…aku lebih dari cukup makan
Bersyukur kerana bayang-bayang yang mengikuti aku
Kerana ertinya… aku masih merasakan kehangatan mentari…
Bersyukur kerana rumahku yang berselerak dan ada yang perlu diperbetulkan
Kerana ertinya…aku mempunyai rumah!
Bersyukur kerana mendapat tempat parking kereta yang paling jauh
Kerana ertinya…aku masih boleh berjalan dan aku mempunyai kereta!
Bersyukur kerana budak lelaki yang memekak bermain gitar dan menyanyi dengan sumbang
Kerana ertinya…aku masih mampu mendengar!
Bersyukur kerana perlu membasuh baju
Kerana ertinya…kita mempunyai baju untuk dipakai
Bersyukur kerana kepenatan kerja setiap hari
Kerana ertinya…aku mampu bekerja keras setiap hari..
Bersyukur kerana mendengar bunyi jam yang menggangu tidurku setiap pagi
Kerana ertinya…aku masih hidup!
Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam di bumi Allah..wassalam.
*banyak lagi perkara yang perlu aku bersyukur...bersyukurkah aku (?)
1 kOmEn:
Salam atie,
Bersyukur kita kerana masih berupaya ingat mengingati sesama kita melalui alam maya... hihi... salam maal hijrah buat atie sekeluarga... selamat cuti... hehe...
bila la laki kak Ros nak masak kat kak Ros nih... addehhh...
Post a Comment