Assalamualaikum wbt...
Muhammad Al-Amin akan ke Tadika Anakku Ria next year. Kami dah pun daftarkan nama Abg Long petang Isnin yang lalu dan Abg Long sempat berjumpa dengan Madam Kanti (she's punjabi) merangkap Guru Tadika beliau.
Gambar lama Abg Long..Gambat kindergarten tak sempat nak snap..lain kali InsyaAllah...
Sedikit Latar Belakang Madam Kanti
Beliau berusia 50an and still in good health. Beliau mempunyai seorang suami dan dua orang anak perempuan (seorang lawyer n seorang lagi nurse). Meliau menetap di Fasa 1E (belakang MPM) dan sering berjoging di stadium MPM seawal jam 6.30 pagi. Beliau merupakan bekas guru besar di salah sebuah sekolah area Sitiawan (tapi lupa nama sekolahnya). Dulu, tadika yang diusahakan adalah di belakang The Store Sitiawan dan kemudian berpindah ke Fasa 3B Seri Manjung kerana di sana kerap berlaku masalah banjir.
Semalam aku ke tadika semula selesaikan beberapa dokumen. Sempat lagi berbual dengan Mdm Kanti. Di Tadika nanti semua kanak-kanak akan diasuh oleh guru masing-masing mengikut peringkat umur. Bagi kanak-kanak 3 dan 4 tahun akan berada di bawah jagaan Cikgu Ain (tak sempat kenal lagi..tunggu 3hb nanti). Seronok berbual dengan Madam Kanti dan rasanya tak puas bersembang dengan beliau.
Sebabnya...ntahlah. Maybe sebab 1st time Abg Long nak ke sekolah..so perasaan tu macam-macam. Excited ada, risau pun ada, macam mana nak cakap ntah. So, seboleh-bolehnya macam-macam nak tanya pada Mdm Kanti. Agaknya sebab itulah, beliau cerita panjang lebar. Mungkin beliau sendiri dah faham perasaan ibu bapa yang baru 1st time nak hantar anak ke tadika. Baru je niat dalam hati nak tanya itu ini...dah madam explain..hahaha (terror kan?)
Masa persekolahan : 8.00 pg - 12.00 t/hari.
Subjek : BI, BM, Mats, Sains, History, Fizik, Moral, Jawi dll..
Lokasi : Dekat dengan rumah Atok (supaya senang Atok nak jemput cucu..)
Next entri..tunggu sajalah 3hb nanti..(9 hari ja lagi)..I hope everything will go smoothly..InsyaAllah.
*Buat anak mama n babah Al-Amin..belajar elok-elok ya nak...
*Buat anak mama n babah Al-Amin..belajar elok-elok ya nak...
0 kOmEn:
Post a Comment