Tangan Cabokk..!

Oct 26, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
btw, ini bukan tangan aku
Ehm..tangan aku memang cabok! Haaahaha..mesti abah marah lagi kat aku. Ini bukan kali pertama tapi dah TIGA kali aku lingkupkan pili air dia..Abah..maafkan org ek..tak sengaja..

Macam biasa balik rehat tadi masing-masing semua bizi. Mak memasak, anak-anak yang baru bangun tido seronok bermain, abah mengantuk (katanya lah). So, sebagai seorang anak yang solehah aku offer abah masuk bilik n tidurkan dirinya sendiri. Apa lagi..abah terus g mandi n gedebummm tido!

Ok..kebetulan si Abg Long poo..pooo..nak tak nak (x sanggup aku mnghidu gas beracun) kena la basuh kan? Alang-alang mandilah terus..bukan Abg Long ja..tapi si Ecah pun sama numpang mandi. Kesian la tinggalkan kembor x siam tu melangut ja tgk Abg Long mandi..mereka kan selalu berdua..teman cari gaduh)..

Masa mandi tu..hehe..macam biasa aku buka la pili air hujan..diorang mmg suka mandi air hujan (dari kecik aku mmg panggil air ujan ek) Bila selesai semua..masa nak tutup tu..aku sudah pusing arah yg salah ma (arah yang sama untuk buka pili) makanya pili itu pun loose lah benda dalamnya..aku cepat-cepat pusing ke arah bertentangan tapi malangnya..air masih keluar..bukan sikit tapi banyak..kiranya aku tadah ngan baldi tadi pun x sampai 10 minit dah penuh...uwaaaaaaaaa! Takut le aku..aku ngadu kat mak ja la tadi..sebab abah tengah tido...huhuhu. Tak de niat pun..tapi nak wat cam mane..masuk yg tadi tu dah 3 kali le aku kasi lingkup itu balang...huhuhu. Ni skang ni...terus rasa cam x dak mood.. :(

On the way ke opis aku wat beberapa kesimpulan :-
1. Abah sepatutnya ganti ja pili baru sebab yg sedia ada tu mmg dah patut lupus..sebelum ni pun bila loose abah just buka n pasang semula jaa....
2. Kejadian berpunca kerana aku agak kelam kabut..menguruskan 2 org kanak-kanak rebina dan seorang bayi ekstrim.
3. Tangan aku dah terbiasa dengan pili kat umah sendiri..(pusingan buka pili kan x sama..betol tak?)
4. Gas beracun dr Abg Long sangat tepu..maybe aku dibawah paras normal ketika itu..(?)
5. Maybe lepas ni aku x akan sentuh lagi pili tersebut..

Kecik sampai besor..aku ni asik nyusahkan orang tua ja kan? I'm sorry dad....!
Wassalam.

0 kOmEn:

Post a Comment