Selamat Hari Lahir Aminsmart....

Oct 15, 2011

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt....


Hari lahir anak sulung saya..Muhammad Al-Amin diraikan ala kadar sekadar nak hiburkan hati seorang kanak-kanak yang nakal sepertinya. Majlis diraikan di rumah Atuknya dengan hidangan yang simple ja. Terima kasih buat suami, mak, abah, kakak, abg ipar, kak ipar, adik, adik ipar, adik dan semua anak sedara Uda kerana sudi menyambut birthday Aminsmart....a.k.a Cucu Sulong Atok...


Ini adalah pesanan berguna daripada Luqmanul Hakim buat anak mama sebagai pedoman hidupmu kelak...inshaAllah..

Wahai Anakku yang ku sayangi....
Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.

Wahai anakku yang ku sayangi…
Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.

Wahai anakku yang ku sayangi…
Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.

Wahai anakku yang ku sayangi…
Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.

Wahai anakku yang ku sayangi…
Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT

Wahai anakku yang ku sayangi…
Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.


Wassalam...

0 kOmEn:

Post a Comment