0

Tiga Bulan Sudah!

Apr 29, 2010

Salam..pejam celik pejam celik..cepatnya masa berlalu. Untuk makluman sume Ainul Mardhiah sudah pun berusia 3 bulan smlm..Kat bawah ni pic Adik semalam. Aku snap lepas dpt adiah besday..hehehehe

Adik dah berubah sikap skit skang ni. Lebih banyak berbual, lebih kuat menyusu, slalu minta di gendung, ndak suka baring dll yg sewaktu dengannya. Pic Abg Long xda..len kali  la aku tempek pic Abg Long..ok lah. Aku dah mengantok sgt²...c U later²....Wassalam.
2

Hari Lahirku

Salam..Aku mo cerita pasal smlm nih. Kan smlm is my besday, rupa²nya Laling ada buatkan seprise untuk aku. Hahaha...lawak sebenarnya. Ok camni d story, aku balik ngan anak² mcm biasa la sampai umah around 5.30 ptg mcm tu. Buka ja pintu, aku cuma hairan tilam (tempat kami landing anak beranak) takde kat depan tv. (Kalau korang nak gelak..gelak la..umah aku mmg bersepah skang ni..tilam, lori mainan amin, dll sume berterabur) Selain itu, buaian Adik juga berubah sudut..aku ke bilik no-2 n nampak tilam ada kat dalam. So x pe la kan..pastu aku terus angkat barang² dr keta bawa masuk umah.

Tiba-tiba dengar la suara Abg Long mcm jumpa sesuatu atas meja makan. Siap main lagi garfu n sudu yg ada kat atas tu..rupa-rupanya ada adiah untuk aku...waaaaa mmg seprise la kan..aku pun x jangka..cuma bila dah dpt mcm tu, dlm hati ni cakap 'laling tiru cara aku la tu'...sila klik enrti aku sblm ni kat sini. 

Gambar ni aku snap guna hp cabok aku..hikhik....Pada kad tu tertulis "Selamat Hari Lahir Sayang, Semoga panjang umur dan murah rezeki..Love U..Hadiah biasa je..He..He..He..(gelak lelaki boya). So to my Laling, time kasih le kasi jam ek..I like! 

Opss..x meriah la kan kalo ndak ada kek besday. Ekceli, kewujudan kek ni dlm peti ais pun aku tak tau. Memandangkan aku x sempat pun bukak peti ais. Masa Laling dah sampai umah petang tu, dia la ajak Abg Long kasi mama tiup kek..padahal sumenya Abg Long yg konker..mcm la dia punya besday..hehehe..Pic kek pun kabor sbb hpku cabok! Atas kek "Happy Birthday..wife & mom From : Hubby & 2 Adorable Children...wahh! Dah la kek pebret..mekasih ya Laling. Kek ni tinggal 2 keping je dlm peti ais. Yang lain kami dah edarkan kepada family n friends..

p/s : mak..yati syg mak! Abah pun org syg..hehehe
0

Tangisan Adik Bergema

Apr 24, 2010

Salam..hari ni adalah kali pertama kami melihat Adik menangis 'tanpa henti'. Macam biasa pagi ni kami anak beranak breakfast kat kedai mamak mkn roti canai. Adik ok-ok sahaja, kadang-kadang tido kadang-kadang celik matanya. Adik memang tak banyak ragam, kecuali kalau lapar saja. Habis makan, singgah kedai NIPPON, laling beli cat. Amin ikut sekali. Lepas tu, singgah pasar tani, aku saja keluar just nak beli ikan n sayur. Aku tak bawa Abg Long..malas. Huhu. Tinggal la mereka betiga dalam kereta..

-Pic terkini Adik xdak-

Masa tengah pilih sayur, aku sempat pandang ke arah kete n nampak laling bagi signal muka kat aku supaya cepat skit! Sesampai aja kat kereta..bergema la suara tangisan si Adik. Rupa-rupanya, Abg Long teriak sakan nak ikut aku..biasa la Abg Long sejak ada Adik kalau menangis mmg menjerit-jerit. Kebetulan, jeritan Abg Long telah memeranjatkan Adik! Laling aku sampai dah hilang sabar ngan Abg Long..nasib la tak kena babab..ndak di marah pun dah mmg tak berakal lagi...huhu. Tapi, mmg dasyat la Adik menangis...aku pun failed pujuk dia..bagi nenen pun tak mau. Kelopak mata merah, sedu sedan, suara dah lain macam..fuhhh! 

Sebelum ni, aku penah cakap kat laling, si Adik ni agaknya kalau dapat menangis mesti teruk..sebab Adik jenis yang jarang nangis..huhu tepat kan sangkaan aku? Pagi tu, laling hentikan kereta sebelah kedai hardware n suruh aku keluar bawa Adik..alhamdulillah lama-lama tangisan Adik reda. Aku masuk balik dalam kete..Adik teriak balik..hehe. Keluar balik..pujuk punya pujuk..baru Adik diam n cuma tinggal sedu-sedan aja..kesian sgt. Abg Long pun berair jugak matanya..dua-dua aku kesian..haishhh...

Dalam perjalanan balik, aku dakap Adik (kepalanya di bahu). Aku sempat bagitau Adik supaya beralah ngan Abg Long..Abg Long x sengaja buat Adik terkejut..huhu. Adik macam biase dalam sedu sedan tetap berbual dgn nada yang sedih..Adik kata...ooo...oo..ooo..itu ajalah ayat-ayat Adik seolah-olah mengadu. Tapi petang tadi, Adik bsembang macam biasa dengan kami...hehehehe..serik aku tengok Adik menangis!
1

CD

Apr 20, 2010

Salam. Ok. Ini lagi satu entri tertundaku. Hehe, pasal CD (cloth diaper). Aku order kat sini masa pertengahan bulan Mac lepas. Parcel sampai ari Rabu lepas kalau tak silap. Aku beli 10 helai saja..test la dulu kat anak² ni. Lagipun 10 helai ni pun dah kira banyak la. Ikutkan Laling, dia suh aku beli 2-3 helai cd saja. Kesian kan? Dengan 10 helai ni, Abg Long n Adik ,masing-masing akan dapat 5 CD...nanti kalau sesuai mama beli lagi ye anak-anak...
So..inilah rupanya. Masa ni dah siap aku masukkan insert n nappy liner. Packing terus untuk dibawa ke rumah Opah. Beli pun sebab kebetulan dapat rege yang murah. Apa tunggu lagi kan? Dah memang spesis kaki beli n belah..So kengkawan, ini le rupanya CD ek. Yang aku beli ni jenama Coolababy yang mana kaler plain aje. Ade banyak lagi jenama kat luar sana dan bermacam corak n lebih ceria..Ok..untuk sesiapa yang nak tau cara-cara menggunakan CD bleh la baca kat sini atau untuk maklumat lanjut boleh juga baca kat sini. Sebenarnya, ada banyak lagi info-info pasal CD ni kat tenet...cuma perlu bantuan pakcik google aje. Ok..nak tengok Abg model menggayakan CD? Hensem bah anak mama!

Ya..Abg Long telah merasmikan CD malam semalam manakala Adik mula pakai CD pagi tadi. Hehehe..Harap-harap kedua-dua anak mama n babah ni boleh sesuaikan diri memakai CD mulai hari ini, esok dan selamanya. Untuk permulaan, Abg Long n Adik akan pakai CD dan juga Disposable Diapers (DD). Di samping boleh berjimat cermat, boleh juga menjaga alam sekitar ciptaan Allah ni..insyaAllah!
0

Legging

Apr 17, 2010

Salam. Dengan rajinnya mengupdate blog kerana sume kerja² di rumah beres! Laling x dak. P kuar merendek ngan Abg Long..

Aku menerai legging ni pada Adik. Ehm, x sesuai..kena tunggu Adik besar skit ek

Nak story, semalam legging yg aku beli kat sini dah selamat smpai...Ekceli, Syuhadah bakal menyambut hari lahir yang pertama 25hb nnti..mmg tak tau nak kasi hadiah ape tp teringat plak masa ibunya (my beloved sis) bertanya pasal legging ni..so belilah. Itu je yg mampu aku kasi ketika ini...Tak syok plak kalau beli utk Syuhadah ja, maka aku beli 6 helai  so my baby Mardhiah, Ecah n Syuhadah..masing² dapat 2 helai..adilkan? Untuk Abg Long n Haziq..next time plak..InsyaAllah..
2

Untitled

Salam uolls. Malam nie I duty, so kena berjaga la hikhik..Boring je dah lama x update blog. Sepanjang bulan April, baru 2 ja entriku. Sabar ja kan. Ok lah, malam ni aku nak tempek pic² yang ada kisah disebaliknya..Cewah!

Siap sudah rumah kami anak beranak. Alhamdulillah. Sehingga kini, masih dalam proses penambahbaikan. Boleh dikatakan, hari-hari kami jenguk rumah ni tanpa bosan. Alhamdulillah,  kami juga dah berkenalan dengan jiran di kiri kanan rumah. Jangkanya, bulan enam nnti baru kami masuk rumah baru..(x sabar rasenya) ..hehe

Dalam masa yang sama jugak, kami anak beranak asik keluar masuk kedai mencara barang-barang umah. 2 pic kedai ni antara yang sempat aku snap masa aku stay dalam kete...hehehe..ni baru 2 bijik kedai..kalo betul-betulnya, berpuluh² kedai dah kami masuk..itu aja la keja kami ketika ini..itu la yg bizi² tu..

Kadang-kadang Laling aja yg uruskan hal-hal kuar masuk kedai ni dan kami lak stay dlm keereta ja. .So, ini antara pic yg sempat aku snap masa kami tunggu dalam kereta...Tak cukup dengan survey ke kedai² sekitar Manjung n Sitiawan, balik rumah Laling survey lak  kat tenet nih..haishh!

Itu aja la pic yg ada. Ok la kan? Banyak lagi aku kena update entri tertunda sebenarnya ..Tapi, x de masa..len kali lah..lagipun aku sgt² mengantok right now! Wassalam... z z Z~
0

Jibril AS, Kerbau, Kelawar & Cacing

Apr 15, 2010

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

p/s : ehmm...aku ni, hari-hari ade ja buat dosa...
0

Entri Sepanjang Minggu

Apr 4, 2010

Salam siaran..Owh..sejak dah bekerja, aku tak sempat pun nak mengupdate blog ya. Haha...minggu pertama keja agak kelam kabut menguruskan umahtangga. Ye lah, banyak tu nak kena buat, iron uniform aku dan laling, bekalan susu utk Adik bawa ke umah Opah, memasak, basuh baju lagi dan macam-macam. Alah..keje org pompuan kan..rutin biasa mmg tak akan habis..hehehe

Minggu pertama kerja agak kelam kabut. Aku masih nak belajar menulis semula haha (dah lama tak pegang pen) Dalam masa yg sama, aku juga cuba untuk mengepam susu Adik. Pada hari pertama ke tiga, hasil mengepam sangatlah bagus 3 oz - 6 oz. Tapi, pada hari ke empat aku cuma dapat 2oz aje. Jenuh aku pam tapi susah sangat nak keluar susu. Mungkin sbb aku kelam kabut nak siapkan keje yang menanti. Aku siap bayangkan si adik tgh menyusu pun failed jugak..langsung tak membantu..hehehe. Ntah la, harap-harap next week aku boleh membiasakan diri dengan keadaan yang agak huru hara ini. 

Banyak sebenarnya nak cerita, tapi tak sempat la nak tulis semua..hehehe. Lagipun aku malas la nak menaip pepanjang..Jom tengok koleksi pic hero dan heroin aku..

Abg Long kalau dah mandi mmg susah nak sikat rambut...Yang cacak-cacak ni Laling punye keje la ni..overall ok la..hahaha..smart pe? 

Adik baru selesai mandi, berkemban atas katil hehehe..malu lak tu..Masa ni bersiap nak gi ronda-ronda naik basikal keta babahnya...gi pasar malam kalau tak silap..Nak amik kesempatan ni, nak ucapkan time kasih banyak-banyak pada kawan-kawan aku n laling dan juga mak sedara n pak sedara Adik yang memberi hadiah untuk adik yang kebanyakannya baju-baju pink...hehe..kebetulan aku cuma beli tujuh pasang je masa nak sambut kelahiran adik. So..banyak la sudah baju adik untuk hari ini dan masa depan!

Ini lah aktibiti Abg Long, kalau boleh dia nak ajak adik main sama..Adik lak tengok saja Abg dia. Dah la bunyi pistol tu bising..tapi sekarang aku dah sorok dah..Abg Long tak kan jumpa sampai bila-bila...

OMG! Abg Long dan anak patung Ecah!!! What ashamed!!!  Seperti tidak percaya...kata Opah, amin suruh Opah buka baju anak patung tu. Ehm..masa kat rumah aku pun dia ada cuba nak tidokan robot dalam buaian Adik. Agaknya, dia saja nak tiru gaya mamanya jaga Adik kot..hehehe

Ops..nak cerita juga. Kami dah dapat kunci rumah baru kami..Kalau lupa, sila baca kat entri aku yang lalu di sini. Dapatnya hari Rabu lepas dan kami terus buat pemeriksaan untuk melapor kerosakan...Kisah lanjut..lain kali aku story ek..Sekian dari saya..wasalam.
0

Masuk Bakul Angkat Sendiri

Mar 27, 2010

Sedang aku membasuh pinggan mangkuk plastik di dapur, tetiba aku terkenang perbualan aku bersama abah tempohari..Masa tu kami baru selesai bekpes dan kedengaran riuh rendah suara kanak-kanak rebina di ruang tamu...

Grandpa : Ish..amin ni x duduk diam..
Mama Gorgeous : Ehm..macam tu lah dia dad kalo di rumah..mcm mane ati x tension..
Grandpa : Alah..korang kecik² dulu, mcm tu la jugak..Biase la budak²...

Lalu Grandpa pun berlalu ke ruang tamu...dan aku cepat-cepat ckp...

Mama Gorgeous : Tapi kan bah...ati sorang je kan yang baik masa kecik (niat suci)
Grandpa : Ahh..masuk bakul angkat sendiri...! Hehe
Mama Gorgeous : Betul pe..dulu slalu kena buli ngan diorang..

Salahkah jika sekali sekala aku cuba memuji diri sendiri (?) Aku mmg slalu dibuli...dan sering dikatakan 'lembik'...Hahahaha.....
0

Mama Sayang Amin

Mar 26, 2010

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pambantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan disaat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang penggangguran,orang-orang yang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!!!

p/s : mama sayang amin...
3

Eee..Geli!!

Mar 23, 2010


Salam...sila ambil perhatian ya. Aku nak maklumkan yang aku memang GELI dengan minatang ni..ntah lah waktu aku edit pic tadi pun meremang tengkuk aku..haishhh...Opss lupa, entri ini dipublishkan sempena 3 (tiga) kali kunjungan ulat gonggok ke dalam rumah aku. Eeeee...GELI!!!!
2

Joli Sakan!

Mar 22, 2010

Salam uols..malam ini ada kesempatan untuk mengadap dan mencoret entri blog aku. Ok, untuk pengetahuan semua laling duty semalam so aku minta izin untuk membawa diri ke rumah mak dan abah. Yes! Laling just pesan supaya aku drive elok² memandangkan itulah 1st time nak drive lepas berpantang. Alhamdulillah..Perjalanan ke rumah mak dan abah selamat. Kami anak beranak, menyanyi riang ria suka hati atau senang kata kami joli sakan!

Yang paling teruja apabila diajak ke rumah Opah adalah Abg Long. Mana taknya, Abg Long memang boring kat rumah sebab main sorang², nyanyi sorang², melompat sorang²..semua sorang²...punya tak sabar nak ke rumah Opah, siap paksa aku lagi suruh mamanya pakai tudung..bijak kan? Anak sapa la ni..


Macam-macam ragam Abg Long dan Ecah. Part yang aku paling suka masa dengar diorang bercakap. Ye la, bahasa kanak-kanak ribena kan. Faham-faham aje lah. Sangatlah seronok. Siang tadi dah macam kembar, tak seiras, lain mak lain bapak...berak pun serentak plan baik punya!


Aku rasa la kan, Abg Long dan Ecah boleh jadi sangat 'close' bila dah besar nanti..Itu pun kalau diorang tak bercerai berpisah..Tapi kan, aku rasa tidak mungkin juga sebab hero aku tu kalau dah bujang nanti jadi teruna yang shy shy cat macam zali.


Nak story juga, start kerja nanti Adik akan diasuh oleh Opahnya. Samada sementara waktu aje atau untuk selamanya aku pun tak pasti. Biarlah masa dan keadaan itu menentukan. Aku juga akan meneruskan bf Adik..insyaAllah. Terima kasih pada laling dan semua keliling pinggang aku yang bagi semangat untuk aku terus berjuang membesarkan Adik...hehehe~

Kepada Abg Long dan Adik..mama dan babah perlu bekerja untuk mencari rezeki..Bertuahnya mama rasa kalau dapat menjaga kamu adik beradik 24 jam sehari..7 kali seminggu.. Tapi apalah daya mama..korang tunggu aje mama pencen ya..tapi waktu tu maybe mama yang akan pegang tangan korang..sebab mama dah tua dan nyanyuk..

Lastly, nak story pasal anak miow ni..yang telah dibuang oleh seseorang. Masih kecil dan masih menyusu. Mak aku tak sampai hati nak letak di luar malam-malam sebab takut dimakan anjing. Jadi mak buat keputusan sendiri untuk bela meow itu sementara (di kasi susu lagi) sampai boleh cari makan sendiri dan barulah dibuang. Aku pun kesian. Tapi aku bengang pada orang yang buang anak meow. ni Macam dah takde tempat lain nak buang..ingat rumah mak aku tu penternak kucing ke apa? Kalau aku jumpa la orang  tu, aku katuk-katuk tangan dia sampai dia terpaksa makan guna kaki!!! Stupid!!!!
0

BF - Panduan Untuk Bapa (Lalingku)

Mar 18, 2010

Salam siaran...Semalam aku mengisi masa lapang dengan membaca info-info mengenai breastfeeding (bf). Sambil menyelam minum air, aku sempat juga ber-ym sama member opis yang sangat-sangat dirindui itu. Salah satu laman web yang aku terjah semalam mengenai Susuan Ibu adalah melalui Persatuan Penasihat Dan Pakar Laktasi Malaysia (PPPLM). Boleh jenguk laman web di sini. Info yang sangat bermanfaat khusus untuk ibu dan bakal ibu di dunia. Di sini, aku nak tempek sikit Panduan Untuk Bapa mengenai bf ni...

Sebagai Ketua Keluarga, anda perlu pastikan ahli-ahli keluarga yang lain turut memberi dorongan dan sokongan kepada isteri anda yang baru bersalin. Nenek, datuk dan ahli keluarga yang lain juga dapat membantu dengan cara begini :
  • Belajar mengenai bf dengan cara berbincang dengan ibubapa yang pernah melaluinya.
  • peringatkan ibu bahawa bulan pertama selepas kelahiran adalah masa untuk belajar mengenai penyusuan.
  • Galakkan ibu untuk berehat. Ibu yang menyusu perlukan keseimbangan di antara aktiviti dan rehat.
  • Cuba berikan bantuan dalam kerja-kerja seharian di rumah dan juga dalam penjagaan bayi.
Lindungi ibu daripada mereka yang tidak bersetuju dengan bf. Perkara yang biasa didengar dan membuatkan para ibu rasa serba salah dalam usaha bf bayi mereka adalah seperti :
  • Adakah anda pasti susu anda mencukupi?
  • Kenapa bayi anda seringkali lapar
  • Mungkin anda perlu memberinya susu formula
Bapa perlu memberi perhatian kepada anak-anak yang lain agar mereka tidak merasa tersisih. Manakala, perubahan emosi yang dialami oleh wanita selepas kelahiran juga perlu diberi perhatian. Luahkan kata-kata perangsang untuk isteri seperti :
  • "Saya rasa lega awak dapat menyusukan anak kita"
  • "Hari ini biar saya saja yang masak"
  • "Tak sangka awak seorang ibu yang baik"
  • "Pergilah berehat. Biar saya saja yang mandikan Abg Long"
Bagi menjamin kejayaan menyusu, ibu bapa perlu mendapatkan seberapa maklumat mengenai bf sebelum kelahiran bayi anda. Selain itu, pasangan turut digalakkan supaya berbincang perkara-perkara yang membolehkan anda bekerjasama dalam menguruskan rumahtangga.
    Info Untuk Bapa / Suami
    Bayi yang menyusu susu ibu, biasanya kurang mengalami masalah seperti alahan, sakit telinga (otitis media), kerap sakit teruk dan dimasukkan ke hospital, cirit birit/sembelit dan kerosakan gigi. Ini bererti anda tidak perlu kerap berjumpa doktor, menjimatkan wang perbelanjaan keluarga, mempunyai masa yang terluang untuk diri sendiri dan keluarga, adalah lebih mudah dan tenang untuk menjaga bayi yang sihat. Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik untuk anak kerana : 
    • Susu ibu mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh bayi
    • Susu ibu berubah mengikut umur dan keperluan bayi.
    • Susu ibu lebih mudah dihadam.
    • Najis bayi menyusu susu ibu lebih lembut dan kurang berbau.
    • Susu ibu melindungi bayi daripada bakteria dan jangkitan lain.
    p/s : Aku belum buat keputusan lagi samada teruskan bf atau tidak selepas mula keje nnti..masih blur!
    0

    Cakap Tak Serupa Bikin

    Mar 15, 2010

    Salam Uolls...

    I memang macam ini. Suka cakap tak serupa bikin. Konon..tak mau tukar template..sekarang apa dah jadi? Tukar juga..!  Suka hati aku la kan? Aku punya blog merangkap aku punya rumah..semuanya ditangan aku. Lagipun, saje nak mengisi masa lapang yang ada ni..

    Owh..bercakap pasal rumah ni kan..teringat pula pada status fb aida..dia bagitau rumah kami dah siap..aku pun "yahuuuuuu" jugak la...
    Tapi, aku tak dapat surat lagi. So, wait and see aje dulu. Lagipun, laling kata nak touch up rumah tu dulu. Baru boleh pindah. Jangkaan laling mungkin bulan Jun kot. InsyaAllah..harap-harap semuanya berjalan lancar.

    Hari ni, aku tinggal berdua aje dengan Adik. Abg Long ikut Pakcu balik umah Opah. Tak sampai hati plak dibiarkan kalo dah beringus asik menangis aje. Makanya, rumah ini sunyi sepi tanpa suara Abg Long. Rasa rindu pula kat budak encem tu..Ok lah..nak tulis entri pendek aje sebenarnya..Wasalam.
    0

    25 Template Baru (?)

    Mar 13, 2010

    Salam..

    Owh..Nak story juga. Hajat dihati aku nak tukar template baru blog ini tapi apakan daya semuanya aku tak berkenan langsung! Dah try tempek rasa semacam aje. Template yang aku download adalah sebanyak 25 tau..banyakkan? 
    Pencarianku selama 1 hari 2 malam, adalah sia-sia belaka. Semua dah try..tapi eeee..menci tau!Semua sudah aku delete. Semua tak serasi denganku... Rasa sayang pula kat template yang sedia ada ni..putih lagi bersih. Suci sesuci hati tuan rumah  Ehm..ok lah..nak melayan AFlapan pas nih. Wasalam...
    3

    Buah Hatiku

    Mar 11, 2010

    Salam n good morning...

    Hari ni dah hari Khamis, cepat betul rasanya. 29hb ni aku akan start kerja, InsyaAllah. Hak penjagaan Pengasuh Ainul Mardhiah masa diperingkat pencarian. Buntu. Ehm, masih ada waktu kan? Susah-susah sangat aku  resign aje. Bolehkah?  Ok..soal itu letak tepi dulu. Jom layan picture  buah hatiku... 

    Picture semalam, kebetulan masa aku sibuk melayan Adik, Abg Long bermain dalam baby bed sesorang sehingga tertidur..Kasihan, cuaca panas sampai berkeringat Abg Long. Aku buka semua tongkap tingkap dalam bilik tapi tiada maknanya. Bila terjaga, Abg Long panggil aku macam ni "maa...maa...cucu..". Owh, kasihan sungguh. Selepas menikmati kelazatan susu yang aku bancuh, baru Abg Long bangun.

    Picture pagi tadi sebelum Adik mandi..Adik yang kehausan minta disusukan. Setelah itu, bila aku nak sedawa (betul ke tak ejaan tu) Adik mula melayukan biji matanya dan membuat memek muka sehingga aku ketawa. Kemudian berlakulah pembaziran susu ibu di situ..see?  Kadang-kadang senang nak bagi Adik sedawa tapi kadang-kadang susah sebab Adik akan terus tidur. Adik juga suka simpan lebihan susu dalam mulut..tu yang sampai meleleh dan membazir. Adik owh Adik...

    Ok..last sekali gambar selepas Adik mandi. Masa ni Adik dah merengek nak tidur. Cepat-cepat aku suruh Abg Long baring tepi Adik dan terus snap pic mereka..walaupun kedua-duanya tak mahu duduk diam...bersyukur sangat aku dapat jugak aksi mereka berdua..

    Sedang asyik menaip nih ada plak terima es em es. Opss..from my Bos! Apa katanya? "Salam. Kami nak dtg melawat ptg ni blh x? Dlm kul 3." Oklah...gtg now..! Wasalam....
    0

    Majlis Berendoi Dan Cukur Jambul

    Mar 9, 2010

    Salam 1Malaysia..Today, aku nk citer pasal Majlis Berendoi & Cukur Jambul anakandaku, Ainul Mardhiah..Majlis diadakan di rumah bonda pada 28.02.2010 yang lalu. Genap sebulan umur Adik..alhamdulillah

    Aku bermalam di rumah bonda pada hari Jumaat. Maksudnya di sini, Abg Long n Adik turut serta memeriahkan rumah Opah. Malam itu, tiada apa aktiviti yang boleh dibuat memandangkan cucu-cucu Opah enggan tidur dan asik sahaja bermain. Aku, Kak Nani, SIL n Bonda hanya mula membungkus gula-gula pada lewat malam untuk elakkan gangguan daripada kanak-kanak ribena. Oh, lupa nak maklumkan yang Kak Nani dan anaknya turut serta tidur dirumah Opah atas godaanku..haha!

    Esoknya, aku dan adikku (Bob) mula buat decoration pada buaian. Ketika ini, Lalingku tiada kerana beliau ditugaskan untuk merebus telur di rumah dan akan datang selepas semua tugasan beliau selesai. Turut bertungkus-lumus mengindahkan buaian anakandaku adalah SILku..Ya, thanks sayang! Yang turut mengacau pun ada jugak, tak lain tak bukan Abg Long dan Ecah. Hasilnya, sangat-sangat memuaskan hati ke semua pihak termasuklah, jiran sebelah rumahku yang bongok itu! Itulah buaian yang paling indah pernah aku tengok (aku yang riak seketika) 

    Sebelah malamnya pula tanpa kakakku, aku, Bonda dan SILku menyiapkan goodies untuk tetamu. Di dalam handbag paperbag ada bunga telur, cupcake dan gula-gula sahaja. Yang istimewa adalah cc dari ANR Delights. Sangat-sangat comel, siap ada nama Adik pula tu..confirm orang sebelah rumah jelous tahap gila babi.

    Owh, sebelum itu nak story juga. Dalam tengah buzy buat buaian si Adik, Pakcu yang ketandusan idea mula curi tulang. Untuk mencari semula ilham, beliau main kereta control yang bernama Champion (betul ke eja mcm ni?) di halaman rumah. Mungkin waktu ni (kalau tak silap) Abg Long dan Ecah mengikut Abangku dan SIL ronda-ronda naik kereta. Dengan rasa tidak malu, Pakcu suruh aku ambil gambar dia main kereta dan mencadangkan supaya aku sebarkan dalam blog aku. 

    Kasihan Pakcu, setelah bersuka ria di siang hari memang wajarlah kena mop lantai kan? Haha..tengah malam pula tu. Tanpa bantuan sesiapa, Pakcu bertungkus lumus mengemop lantai kerana yang lain sudah dibuai mimpi-mimpi indah...sabar ye Pakcu, nanti kenduri Pakcu kami akan kasi yang terbaik punya!

    Majlis esoknya bermula jam 9.25 pagi. Kumpulan marhaban seramai 29 orang mengelilingi buaian Adik yang dihias indah di halaman rumah. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa terlebih dahulu. Setelah marhaban dimulakan aku membawa pengantin keluar untuk dibuaikan. Aku duduk di tepi buaian sambil buai si Adik yang sangat lena tidur. Sangat-sangat syahdu mendengar setiap alunan lagu-lagu berendoi..lirik-lirik yang menyentuh perasaan memuji kebesaran Allah SWT dan junjungan Nabi Muhammad SAW. Juga menceritakan keperitan dan kepayahan si ibu mengandung dan melahirkan anak-anak. Kesemuanya membuatkan air mata aku bergenang..dan nasihat-nasihat yang diberikan sangatlah bermakna..

    Ok..di atas ini pula, aku membawa Adik mengelilingi makcik-makcik marhaban untuk digunting rambutnya sambil berselawat..Adik masih lagi tidur waktu ini walaupun ada sesetengah makcik kiss-kiss pipinya, adik tetap buat 'dek' aje. Alhamdulillah..majlis selesai jam 12 lebih kalau tak silap..selesai semua Makcik Jihan, merangkap Leader kumpulan tersebut bagi peluang kepada aku untuk berucap. Masa tu, aku memang tak standby dan agak terkejut beruk. Ntah apa yang aku cakap ntah la..tapi yang aku tau suara aku menggeletar sebab secara automatik nak menangis, terharu dan sebak bila mengenangkan susah payah mak abah besarkan aku dan sekarang aku pula kena pegang tanggungjawab itu...harapan aku supaya keluarga kami sentiasa di bawah bimbingan-Nya..Amin

    Tak lengkap majlis tanpa keletah mereka. Abg n SILku sponser burger dan hotdog pada malam sebelum kenduri. Abg Long dan Ecah yang macam beluncas belangkas..ke mana sahaja berdua..teman tapi mesra walaupun sekali sekala bergaduh..Pakcu kepenatan sempat melelapkan mata beberapa saat sahaja. Kerana kedua-dua anak sedara mahu menunggang kuda..hahaha

    Setiap seorang memang tiada kesempatan untuk mencuri tulang..selesai majlis Lalingku pula mencuci, menggulung, melipat dan yang sewaktu dengannya sambil dibantu oleh Ecah. Sesudah semuanya selesai pagar rumah ditutup dan dua orang kanak-kanak ini dipenjarakan selama-lamanya. Mereka akan dibebaskan mengikut budi bicara Atok dan Opah sahaja..

    Dalam banyak-banyak gambar, terlupa pula nak tempek gambar Syuhada anak kakakku. Ini gambar sewaktu mereka bermalam bersama kami. Aku seronok sangat sebab bukan senang nak jumpa ngan Syuhada. Mana tidak, cucu Opah ini dijaga oleh Mak Yang ku jadi secara automatik Syuhada kurang rapat dengan kami. Malam itu, seronok tengok keletah Syuhada bila diusik..ehmm cuma sorang aje lagi cucu Opah yang tiada iaitu anak Yob 'si Haziq'..Aku rindu kat dia dan juga anak BILku iaitu Rozi dan Ewan...bilakah masanya kita bisa ketemu semula...??? Wassalam....