Joli Sakan!

Mar 22, 2010

Salam uols..malam ini ada kesempatan untuk mengadap dan mencoret entri blog aku. Ok, untuk pengetahuan semua laling duty semalam so aku minta izin untuk membawa diri ke rumah mak dan abah. Yes! Laling just pesan supaya aku drive elok² memandangkan itulah 1st time nak drive lepas berpantang. Alhamdulillah..Perjalanan ke rumah mak dan abah selamat. Kami anak beranak, menyanyi riang ria suka hati atau senang kata kami joli sakan!

Yang paling teruja apabila diajak ke rumah Opah adalah Abg Long. Mana taknya, Abg Long memang boring kat rumah sebab main sorang², nyanyi sorang², melompat sorang²..semua sorang²...punya tak sabar nak ke rumah Opah, siap paksa aku lagi suruh mamanya pakai tudung..bijak kan? Anak sapa la ni..


Macam-macam ragam Abg Long dan Ecah. Part yang aku paling suka masa dengar diorang bercakap. Ye la, bahasa kanak-kanak ribena kan. Faham-faham aje lah. Sangatlah seronok. Siang tadi dah macam kembar, tak seiras, lain mak lain bapak...berak pun serentak plan baik punya!


Aku rasa la kan, Abg Long dan Ecah boleh jadi sangat 'close' bila dah besar nanti..Itu pun kalau diorang tak bercerai berpisah..Tapi kan, aku rasa tidak mungkin juga sebab hero aku tu kalau dah bujang nanti jadi teruna yang shy shy cat macam zali.


Nak story juga, start kerja nanti Adik akan diasuh oleh Opahnya. Samada sementara waktu aje atau untuk selamanya aku pun tak pasti. Biarlah masa dan keadaan itu menentukan. Aku juga akan meneruskan bf Adik..insyaAllah. Terima kasih pada laling dan semua keliling pinggang aku yang bagi semangat untuk aku terus berjuang membesarkan Adik...hehehe~

Kepada Abg Long dan Adik..mama dan babah perlu bekerja untuk mencari rezeki..Bertuahnya mama rasa kalau dapat menjaga kamu adik beradik 24 jam sehari..7 kali seminggu.. Tapi apalah daya mama..korang tunggu aje mama pencen ya..tapi waktu tu maybe mama yang akan pegang tangan korang..sebab mama dah tua dan nyanyuk..

Lastly, nak story pasal anak miow ni..yang telah dibuang oleh seseorang. Masih kecil dan masih menyusu. Mak aku tak sampai hati nak letak di luar malam-malam sebab takut dimakan anjing. Jadi mak buat keputusan sendiri untuk bela meow itu sementara (di kasi susu lagi) sampai boleh cari makan sendiri dan barulah dibuang. Aku pun kesian. Tapi aku bengang pada orang yang buang anak meow. ni Macam dah takde tempat lain nak buang..ingat rumah mak aku tu penternak kucing ke apa? Kalau aku jumpa la orang  tu, aku katuk-katuk tangan dia sampai dia terpaksa makan guna kaki!!! Stupid!!!!

2 kOmEn:

pawaka19 said...

macam shy2 cat zali..mesti kak wati nak anak macam zali..hahahaha

Mr.Z said...

asal lak ada nama zali tu?haha
sapa la gerangan orgnye ea..mesti kacak kan :D

Post a Comment