Majlis Berendoi Dan Cukur Jambul

Mar 9, 2010

Salam 1Malaysia..Today, aku nk citer pasal Majlis Berendoi & Cukur Jambul anakandaku, Ainul Mardhiah..Majlis diadakan di rumah bonda pada 28.02.2010 yang lalu. Genap sebulan umur Adik..alhamdulillah

Aku bermalam di rumah bonda pada hari Jumaat. Maksudnya di sini, Abg Long n Adik turut serta memeriahkan rumah Opah. Malam itu, tiada apa aktiviti yang boleh dibuat memandangkan cucu-cucu Opah enggan tidur dan asik sahaja bermain. Aku, Kak Nani, SIL n Bonda hanya mula membungkus gula-gula pada lewat malam untuk elakkan gangguan daripada kanak-kanak ribena. Oh, lupa nak maklumkan yang Kak Nani dan anaknya turut serta tidur dirumah Opah atas godaanku..haha!

Esoknya, aku dan adikku (Bob) mula buat decoration pada buaian. Ketika ini, Lalingku tiada kerana beliau ditugaskan untuk merebus telur di rumah dan akan datang selepas semua tugasan beliau selesai. Turut bertungkus-lumus mengindahkan buaian anakandaku adalah SILku..Ya, thanks sayang! Yang turut mengacau pun ada jugak, tak lain tak bukan Abg Long dan Ecah. Hasilnya, sangat-sangat memuaskan hati ke semua pihak termasuklah, jiran sebelah rumahku yang bongok itu! Itulah buaian yang paling indah pernah aku tengok (aku yang riak seketika) 

Sebelah malamnya pula tanpa kakakku, aku, Bonda dan SILku menyiapkan goodies untuk tetamu. Di dalam handbag paperbag ada bunga telur, cupcake dan gula-gula sahaja. Yang istimewa adalah cc dari ANR Delights. Sangat-sangat comel, siap ada nama Adik pula tu..confirm orang sebelah rumah jelous tahap gila babi.

Owh, sebelum itu nak story juga. Dalam tengah buzy buat buaian si Adik, Pakcu yang ketandusan idea mula curi tulang. Untuk mencari semula ilham, beliau main kereta control yang bernama Champion (betul ke eja mcm ni?) di halaman rumah. Mungkin waktu ni (kalau tak silap) Abg Long dan Ecah mengikut Abangku dan SIL ronda-ronda naik kereta. Dengan rasa tidak malu, Pakcu suruh aku ambil gambar dia main kereta dan mencadangkan supaya aku sebarkan dalam blog aku. 

Kasihan Pakcu, setelah bersuka ria di siang hari memang wajarlah kena mop lantai kan? Haha..tengah malam pula tu. Tanpa bantuan sesiapa, Pakcu bertungkus lumus mengemop lantai kerana yang lain sudah dibuai mimpi-mimpi indah...sabar ye Pakcu, nanti kenduri Pakcu kami akan kasi yang terbaik punya!

Majlis esoknya bermula jam 9.25 pagi. Kumpulan marhaban seramai 29 orang mengelilingi buaian Adik yang dihias indah di halaman rumah. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa terlebih dahulu. Setelah marhaban dimulakan aku membawa pengantin keluar untuk dibuaikan. Aku duduk di tepi buaian sambil buai si Adik yang sangat lena tidur. Sangat-sangat syahdu mendengar setiap alunan lagu-lagu berendoi..lirik-lirik yang menyentuh perasaan memuji kebesaran Allah SWT dan junjungan Nabi Muhammad SAW. Juga menceritakan keperitan dan kepayahan si ibu mengandung dan melahirkan anak-anak. Kesemuanya membuatkan air mata aku bergenang..dan nasihat-nasihat yang diberikan sangatlah bermakna..

Ok..di atas ini pula, aku membawa Adik mengelilingi makcik-makcik marhaban untuk digunting rambutnya sambil berselawat..Adik masih lagi tidur waktu ini walaupun ada sesetengah makcik kiss-kiss pipinya, adik tetap buat 'dek' aje. Alhamdulillah..majlis selesai jam 12 lebih kalau tak silap..selesai semua Makcik Jihan, merangkap Leader kumpulan tersebut bagi peluang kepada aku untuk berucap. Masa tu, aku memang tak standby dan agak terkejut beruk. Ntah apa yang aku cakap ntah la..tapi yang aku tau suara aku menggeletar sebab secara automatik nak menangis, terharu dan sebak bila mengenangkan susah payah mak abah besarkan aku dan sekarang aku pula kena pegang tanggungjawab itu...harapan aku supaya keluarga kami sentiasa di bawah bimbingan-Nya..Amin

Tak lengkap majlis tanpa keletah mereka. Abg n SILku sponser burger dan hotdog pada malam sebelum kenduri. Abg Long dan Ecah yang macam beluncas belangkas..ke mana sahaja berdua..teman tapi mesra walaupun sekali sekala bergaduh..Pakcu kepenatan sempat melelapkan mata beberapa saat sahaja. Kerana kedua-dua anak sedara mahu menunggang kuda..hahaha

Setiap seorang memang tiada kesempatan untuk mencuri tulang..selesai majlis Lalingku pula mencuci, menggulung, melipat dan yang sewaktu dengannya sambil dibantu oleh Ecah. Sesudah semuanya selesai pagar rumah ditutup dan dua orang kanak-kanak ini dipenjarakan selama-lamanya. Mereka akan dibebaskan mengikut budi bicara Atok dan Opah sahaja..

Dalam banyak-banyak gambar, terlupa pula nak tempek gambar Syuhada anak kakakku. Ini gambar sewaktu mereka bermalam bersama kami. Aku seronok sangat sebab bukan senang nak jumpa ngan Syuhada. Mana tidak, cucu Opah ini dijaga oleh Mak Yang ku jadi secara automatik Syuhada kurang rapat dengan kami. Malam itu, seronok tengok keletah Syuhada bila diusik..ehmm cuma sorang aje lagi cucu Opah yang tiada iaitu anak Yob 'si Haziq'..Aku rindu kat dia dan juga anak BILku iaitu Rozi dan Ewan...bilakah masanya kita bisa ketemu semula...??? Wassalam....

0 kOmEn:

Post a Comment