Salam..hari ni adalah kali pertama kami melihat Adik menangis 'tanpa henti'. Macam biasa pagi ni kami anak beranak breakfast kat kedai mamak mkn roti canai. Adik ok-ok sahaja, kadang-kadang tido kadang-kadang celik matanya. Adik memang tak banyak ragam, kecuali kalau lapar saja. Habis makan, singgah kedai NIPPON, laling beli cat. Amin ikut sekali. Lepas tu, singgah pasar tani, aku saja keluar just nak beli ikan n sayur. Aku tak bawa Abg Long..malas. Huhu. Tinggal la mereka betiga dalam kereta..
-Pic terkini Adik xdak-
Masa tengah pilih sayur, aku sempat pandang ke arah kete n nampak laling bagi signal muka kat aku supaya cepat skit! Sesampai aja kat kereta..bergema la suara tangisan si Adik. Rupa-rupanya, Abg Long teriak sakan nak ikut aku..biasa la Abg Long sejak ada Adik kalau menangis mmg menjerit-jerit. Kebetulan, jeritan Abg Long telah memeranjatkan Adik! Laling aku sampai dah hilang sabar ngan Abg Long..nasib la tak kena babab..ndak di marah pun dah mmg tak berakal lagi...huhu. Tapi, mmg dasyat la Adik menangis...aku pun failed pujuk dia..bagi nenen pun tak mau. Kelopak mata merah, sedu sedan, suara dah lain macam..fuhhh!
Sebelum ni, aku penah cakap kat laling, si Adik ni agaknya kalau dapat menangis mesti teruk..sebab Adik jenis yang jarang nangis..huhu tepat kan sangkaan aku? Pagi tu, laling hentikan kereta sebelah kedai hardware n suruh aku keluar bawa Adik..alhamdulillah lama-lama tangisan Adik reda. Aku masuk balik dalam kete..Adik teriak balik..hehe. Keluar balik..pujuk punya pujuk..baru Adik diam n cuma tinggal sedu-sedan aja..kesian sgt. Abg Long pun berair jugak matanya..dua-dua aku kesian..haishhh...
Dalam perjalanan balik, aku dakap Adik (kepalanya di bahu). Aku sempat bagitau Adik supaya beralah ngan Abg Long..Abg Long x sengaja buat Adik terkejut..huhu. Adik macam biase dalam sedu sedan tetap berbual dgn nada yang sedih..Adik kata...ooo...oo..ooo..itu ajalah ayat-ayat Adik seolah-olah mengadu. Tapi petang tadi, Adik bsembang macam biasa dengan kami...hehehehe..serik aku tengok Adik menangis!
0 kOmEn:
Post a Comment