CD

Apr 20, 2010

Salam. Ok. Ini lagi satu entri tertundaku. Hehe, pasal CD (cloth diaper). Aku order kat sini masa pertengahan bulan Mac lepas. Parcel sampai ari Rabu lepas kalau tak silap. Aku beli 10 helai saja..test la dulu kat anak² ni. Lagipun 10 helai ni pun dah kira banyak la. Ikutkan Laling, dia suh aku beli 2-3 helai cd saja. Kesian kan? Dengan 10 helai ni, Abg Long n Adik ,masing-masing akan dapat 5 CD...nanti kalau sesuai mama beli lagi ye anak-anak...
So..inilah rupanya. Masa ni dah siap aku masukkan insert n nappy liner. Packing terus untuk dibawa ke rumah Opah. Beli pun sebab kebetulan dapat rege yang murah. Apa tunggu lagi kan? Dah memang spesis kaki beli n belah..So kengkawan, ini le rupanya CD ek. Yang aku beli ni jenama Coolababy yang mana kaler plain aje. Ade banyak lagi jenama kat luar sana dan bermacam corak n lebih ceria..Ok..untuk sesiapa yang nak tau cara-cara menggunakan CD bleh la baca kat sini atau untuk maklumat lanjut boleh juga baca kat sini. Sebenarnya, ada banyak lagi info-info pasal CD ni kat tenet...cuma perlu bantuan pakcik google aje. Ok..nak tengok Abg model menggayakan CD? Hensem bah anak mama!

Ya..Abg Long telah merasmikan CD malam semalam manakala Adik mula pakai CD pagi tadi. Hehehe..Harap-harap kedua-dua anak mama n babah ni boleh sesuaikan diri memakai CD mulai hari ini, esok dan selamanya. Untuk permulaan, Abg Long n Adik akan pakai CD dan juga Disposable Diapers (DD). Di samping boleh berjimat cermat, boleh juga menjaga alam sekitar ciptaan Allah ni..insyaAllah!

1 kOmEn:

Naura's Villa said...

naura pun baru berjinak2 nak bagi damia ngan adriana pakai cd..naura pun starting ngan 1o cd dulu

Post a Comment