Salam siaran..Owh..sejak dah bekerja, aku tak sempat pun nak mengupdate blog ya. Haha...minggu pertama keja agak kelam kabut menguruskan umahtangga. Ye lah, banyak tu nak kena buat, iron uniform aku dan laling, bekalan susu utk Adik bawa ke umah Opah, memasak, basuh baju lagi dan macam-macam. Alah..keje org pompuan kan..rutin biasa mmg tak akan habis..hehehe
Minggu pertama kerja agak kelam kabut. Aku masih nak belajar menulis semula haha (dah lama tak pegang pen) Dalam masa yg sama, aku juga cuba untuk mengepam susu Adik. Pada hari pertama ke tiga, hasil mengepam sangatlah bagus 3 oz - 6 oz. Tapi, pada hari ke empat aku cuma dapat 2oz aje. Jenuh aku pam tapi susah sangat nak keluar susu. Mungkin sbb aku kelam kabut nak siapkan keje yang menanti. Aku siap bayangkan si adik tgh menyusu pun failed jugak..langsung tak membantu..hehehe. Ntah la, harap-harap next week aku boleh membiasakan diri dengan keadaan yang agak huru hara ini.
Banyak sebenarnya nak cerita, tapi tak sempat la nak tulis semua..hehehe. Lagipun aku malas la nak menaip pepanjang..Jom tengok koleksi pic hero dan heroin aku..
Abg Long kalau dah mandi mmg susah nak sikat rambut...Yang cacak-cacak ni Laling punye keje la ni..overall ok la..hahaha..smart pe?
Adik baru selesai mandi, berkemban atas katil hehehe..malu lak tu..Masa ni bersiap nak gi ronda-ronda naik basikal keta babahnya...gi pasar malam kalau tak silap..Nak amik kesempatan ni, nak ucapkan time kasih banyak-banyak pada kawan-kawan aku n laling dan juga mak sedara n pak sedara Adik yang memberi hadiah untuk adik yang kebanyakannya baju-baju pink...hehe..kebetulan aku cuma beli tujuh pasang je masa nak sambut kelahiran adik. So..banyak la sudah baju adik untuk hari ini dan masa depan!
Ini lah aktibiti Abg Long, kalau boleh dia nak ajak adik main sama..Adik lak tengok saja Abg dia. Dah la bunyi pistol tu bising..tapi sekarang aku dah sorok dah..Abg Long tak kan jumpa sampai bila-bila...
OMG! Abg Long dan anak patung Ecah!!! What ashamed!!! Seperti tidak percaya...kata Opah, amin suruh Opah buka baju anak patung tu. Ehm..masa kat rumah aku pun dia ada cuba nak tidokan robot dalam buaian Adik. Agaknya, dia saja nak tiru gaya mamanya jaga Adik kot..hehehe
Ops..nak cerita juga. Kami dah dapat kunci rumah baru kami..Kalau lupa, sila baca kat entri aku yang lalu di sini. Dapatnya hari Rabu lepas dan kami terus buat pemeriksaan untuk melapor kerosakan...Kisah lanjut..lain kali aku story ek..Sekian dari saya..wasalam.

0 kOmEn:
Post a Comment