0

diTIPU!

Oct 27, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
- Adik aku (boboy @ bob @ pakcu) bersama Abg Long -
Dia adik aku. Anak bongsu. Aku dan famili panggil dia Boboy. Manja? Ya, semestinya. Masa dia kecil apa ja yang dia mahu pasti dapat. Sehingga skrg dah boleh jadi 'bapak orang'..apa yang dia nak confirm dapat tapi hasil dari titik peluh sendiri. Betul. Kalau dia ada duit tak pernah kedekut. Tetap dihulur walaupun sikit.

Allah..sentiasa menguji hamba-hambaNya.

Dipendekkan ceritalah ya. Adik aku telah diTIPU oleh rakannya sendiri (Anip). Anip  ni adalah sharepartner dalam kerja kontrak mereka. Sebelum ni famili aku memang perasan Anip ni nampak macam lurus bendul ja. Banyak kerja kontrak yang mereka buat tak dapat payment. Puncanya kerana tiada hitam putih. Tapi sekarang ni tak sangka pula si Anip tu sanggup bawa lari semua wang hasil kerja mereka (ribuan ringgit). Siapa yang tak kecewa!

Kejadian berlaku dua minggu yang lalu. Di peringkat awal, adik aku nampak macam cool + bengang. Tapi dua tiga hari ini, aku nampak perubahan yg amat ketara pada adik aku. Dia lebih banyak diam. Disoal baru dijawab. Dengan anak-anak saudaranya pun dia kurang bergurau.

Aku faham..dia tengah kumpul duit untuk berkahwin. Sedangkan sebelum ni dia pernah yakinkan aku yang duit kerja yang bakal diperolehi nanti, cukup untuk kahwin. Tapi sekarang tetiba si Anip lari bersama-sama duit dan dia seolah-olah dah hilang akal sampaikan sanggup nak jumpa bomoh nak santau kawannya.  Aku larang. Sebabnya kesian pada isteri dan anak Anip (masih bayi).

"Ya Allah..kuatkanlah semangat Adikku dalam menghadapi semua dugaanMu..Ya Allah, tetapkan hati kami sekeluarga supaya sentiasa memberi sokongan padanya, supaya dia tidak rasa tersisih dan gundah gulana. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..hanya kepadaMu tempat kami mengadu dan kami redha dengan setiap ujian dariMu..Amin."

Kakak mana yang sanggup tengok adiknya macam tu :( Aku merindui perangai gila-gila n sikap loyar buruknya. Wassalam.
0

Tangan Cabokk..!

Oct 26, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
btw, ini bukan tangan aku
Ehm..tangan aku memang cabok! Haaahaha..mesti abah marah lagi kat aku. Ini bukan kali pertama tapi dah TIGA kali aku lingkupkan pili air dia..Abah..maafkan org ek..tak sengaja..

Macam biasa balik rehat tadi masing-masing semua bizi. Mak memasak, anak-anak yang baru bangun tido seronok bermain, abah mengantuk (katanya lah). So, sebagai seorang anak yang solehah aku offer abah masuk bilik n tidurkan dirinya sendiri. Apa lagi..abah terus g mandi n gedebummm tido!

Ok..kebetulan si Abg Long poo..pooo..nak tak nak (x sanggup aku mnghidu gas beracun) kena la basuh kan? Alang-alang mandilah terus..bukan Abg Long ja..tapi si Ecah pun sama numpang mandi. Kesian la tinggalkan kembor x siam tu melangut ja tgk Abg Long mandi..mereka kan selalu berdua..teman cari gaduh)..

Masa mandi tu..hehe..macam biasa aku buka la pili air hujan..diorang mmg suka mandi air hujan (dari kecik aku mmg panggil air ujan ek) Bila selesai semua..masa nak tutup tu..aku sudah pusing arah yg salah ma (arah yang sama untuk buka pili) makanya pili itu pun loose lah benda dalamnya..aku cepat-cepat pusing ke arah bertentangan tapi malangnya..air masih keluar..bukan sikit tapi banyak..kiranya aku tadah ngan baldi tadi pun x sampai 10 minit dah penuh...uwaaaaaaaaa! Takut le aku..aku ngadu kat mak ja la tadi..sebab abah tengah tido...huhuhu. Tak de niat pun..tapi nak wat cam mane..masuk yg tadi tu dah 3 kali le aku kasi lingkup itu balang...huhuhu. Ni skang ni...terus rasa cam x dak mood.. :(

On the way ke opis aku wat beberapa kesimpulan :-
1. Abah sepatutnya ganti ja pili baru sebab yg sedia ada tu mmg dah patut lupus..sebelum ni pun bila loose abah just buka n pasang semula jaa....
2. Kejadian berpunca kerana aku agak kelam kabut..menguruskan 2 org kanak-kanak rebina dan seorang bayi ekstrim.
3. Tangan aku dah terbiasa dengan pili kat umah sendiri..(pusingan buka pili kan x sama..betol tak?)
4. Gas beracun dr Abg Long sangat tepu..maybe aku dibawah paras normal ketika itu..(?)
5. Maybe lepas ni aku x akan sentuh lagi pili tersebut..

Kecik sampai besor..aku ni asik nyusahkan orang tua ja kan? I'm sorry dad....!
Wassalam.
0

Drama

Oct 25, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Sejak dua menjak nih, aku dah jarang menulis menaip blog. Idea nak bercerita memang banyak tapi tiada masa. Maklumlah, bizi ja memanjang..hehe :D Satu hari tak mereport di sini aku rasakan rugi..rugi kenapa? Ye lah..blog ni nak kasi anak-anak juga baca. Itupun, kalau mereka sudi..

Cuti minggu lepas..berehat ja di rumah. Sabtu, sekadar menghadiri kenduri kawin di rumah jiran (anak dia yg kawin tu rupaya kawan sekolah aku...hahaha!). Balik kenduri tido. Petang baru keluar pergi pasar malam tapi semacamnya menyesal ja pergi..biasalah aku kalau crowded sangat mulalah rimas. Nak pula jalan jammed (sebab dah ubah lokasi psr mlm..x best!). Ahadnya, Mr. M buat breakfast lempeng cecah coklat, aku pulak masak nasi goreng (terlebih rempah) utk lunch dan pastu apa lagi...tidolah. Petang keluar sekejap pergi cari biskut miskut utk bekal anak-anak..

Malamnya..kebetulan anak-anak dah tido. Aku menonton drama TV3 'Taubat Nasuha'. Mr. M pun tengok sama sambil-sambil siapkan keje sekolah kursus beliau. Korang ada tengok tak? Sedih endingnya..aku nangis wei..huhuhu. Nak pulak bila part anak keduanya kena tikam..n maknya dipukul di bhgn belakang..sebak rasa rasa hati..air mata dah bergenang..huhu! Ok..sinopsis Taubat Nasuha n pelakonnya ada kat sini ye..

''Kita akan lebih menghargai mereka...bila kita telah kehilangan mereka..."Wassalam.
0

Ulang Tahun Ke3 Muhammad Al-Amin

Oct 18, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Entri tertunda..hari lahir Abg Long 15 Oktober @ 3 Syawal...memang ada niat nak celebrate setiap 3 Syawal..tapi ntah macam mana boleh terlupa..so..Hepi Besday my son...
Selamat Ulang Tahun ke - 3 Abg Long..Mama doakan Abg Long semakin MATANG pada masa akan datang InsyaAllah..semoga Abg Long panjang umur dan menjadi anak yang SOLEH..menjadi CONTOH / PEMBIMBING kepada adik dan bakal adik-adik Abg Long yang lain..semoga Abg Long sihat sejahtera selalu dan senyum seperti selalu..tiada lain yang mama harapkan dari anak-anak mama melainkan KEJAYAAN HIDUP DUNIA dan AKHIRAT..amin
Mereka ini, selalu buat aku ketawa dengan tingkah laku masing-masing tapi cuti yang lepas ni Tuhan betul-betul menguji aku *nangis jap. Kedua-duanya meragam..ntah apa yang tak kena..aku yang masih pening sebab batuk-batuk yg menyiksakan..mmg hilang sabar..(Ya Allah..) Tak kiralah Abg Long ke Adik ke..dua-dua aku rasa macam nak campak keluar rumah *please..jgn jadi mcm aku..huhu...Sebab tu setiap malam masa anak-anak dah lena..aku akan kiss diorang..forgive me! :c
*mama..ketatlah.. :|
Abg Long, dari hari Jumaat (15/10/2010) dari rumah Opah ke rumah kami asik meragam. Ada ja tak kena..kenapa ntah. Semacam mencari pasal. Lepas tu, menangis..menangis dan menangis lagi sampai jam berapa pagi ntah..dah kena babab ngan babah baru dia diam..esoknya bangun lambat. Rosak program nak mandi laut kat teluk batik..huhu....sabtu tu plak ok la skit..ahad meragam balik..adik pun sama..huhu...
*mama..cedap kek ni..nyum..nyum....
Dah 3tahun Abg Long ni..tapi aku rasa macam kecik ja lagi..kecik la kan? Dah kurus..hehehe..X sabor-sabor dia nak potong kek..poyo ja. Tahun depan kami plan dan masukkan Abg Long ke sekolah menengah. Tapi x cari lagi nak antor kat area mana..sebelum tu aku ada masa lebih kurang 2 bulan ja untuk mengajar amin berdikari sendiri. Contohnya, sekarang Abg Long dah hampir pandai pakai baju sendiri (berkat tunjuk ajar daddy dia)..tapi nak bukak baju belum pas..lucutkan seluar n pampers success dah..Owh satu lagi yang aku tak gemarkan..nak mansuhkan penggunaan pampers..hihi..susah la nak ajar anak supaya x pakai pampers..sesiapa ada idea..help me pleasee... :( Utk makan sendiri, xde masalah..tp aku suka suap anak aku makan sendiri..haha. Amin pun suka aku suapkan..Adik ja yg over excited nak makan sendiri :p
and this little girl...ehmm comel mcm aku ni..hahaha mmg x sampai hati nak campak ke luar ngeeee~

Wajah kesayangan hamba...wassalam.
0

Alhamdulillah...selesai

Oct 8, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah..setelah sekian lama (lama ke?) berhajat nak update blog, malam ni baru dapat peluang dan mood yg bagus lagi ceria..tidak harus dipersia-siakan...

1stly, nak bagitau...anak-anak dah beransur sihat..masih berbaki skit ja lagi flu n batuk..tapi x lah seteruk yg sebelum ni sampai anak-anak muntah selepas batuk terutama Adik...huhu..sgt kesian. Korang bayangkan, hampir 2 minggu aku hadir lewat ke ofis. Terima kasih kepada semua member ofis yg memahami. Ada ja ragam anak-anak waktu pagi time musim demam ari tu..adik lah yg paling kuat merengek dlm kereta..yg plg x dpt dilupakan, aku terpaksa berhentikan kereta di hadapan pagar sekolah utk memujuk adik..huhu. Dua org pengawas sekolah yg sedang menutup pagar dok usha-usha gak..tapi aku senyum ja la kat diorang..x kan nak minta tolong kot..huhu..xper lah..sepanjang hampir 2 minggu jugak la anak-anak merengek, meragam, murung, letih, lemah semua bagai...alhamdulillah semua sudah berlalu dan menjadi kenanganku...

2ndnya, nak berterimakasihsyg..kepada semua warga JTM dan Pelajar Praktikalnya yang baru sahaja selesai menjayakan Jamuan Hari Raya 2010 /1431H petang tadi. Gambarnya akan diupload kemudian. InsyaAllah... Semua akan diupload di blog JTM...tunggu...!

Lastly, nak bagitau..aku pregnantt nak tido sbb ngantuk sgt nih. Ni pun just nak teman anak bujang aku ni menonton kartun..ntah bila nak tido ntah mamat nih..aku rasa letih semacam dan..dan...idung aku macam dah ada cecair yg kerap turun temurun dan aku bersin berkali kali...omg!

Ok..nak tido skrg. Penjaga anak bujangku sudah bangun nak take over teman nonton kartun :D Selamat malam kawan² n sweet dream... :)

p/s 1 : time kasih gak pada Mr. M n my parents melayan karenah anak-anak masa domam ri tu...ngeee~
p/s 2 : tina..sori x reply..kredit abis...lalalala~
0

Musim

Sep 29, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Hari ni adik demam dan batuk. Kesian. Batuk ja muntah. Balik kerja tadi dlm jam 5 lbh sampai rumah opah adik masih tidur di ayunan. Bila adik bangun, adik menyusu tp sekejap ja..terbantut seketika sbb adik poo poo. Bila dah kasi bersih wangi semua, terus ja kami balik. 

Sampai dirumah, reverse balik..m ajak g beli cool fever. Then p tapau nasi ayam. On d way balik, adik batuk-batuk n muntah. Sgt banyak. Habis baju mama dia depan blkg. Masa tu, kami dah masuk tmn perumahan ni. Terus m u-turn p klinik pakar bayi n kanak² ling..samting like dat la, uihh ramainya penyakit patient. Sempat aku berbual dgn salah seorang ibu bayi 9 bln  di klinik td. Musim katanya..anak dia  dah 2 ari ni demam smpai x tido malam la. Risau katanya. Emm ye lah kak ibu mana la yg x risau. Huhuhu. Lama nunggu sampai sakit muntut. Selesai dlm jam 7 lebih. Terus balik.

Sekarang adik tengah lena. Sesekali bila dengar dia batuk, cepat-cepat aku lari tengok dia..bukan aku ja tapi abg long pun sama. Alhamdulillah..dpt seorang anak @ abg long yg caring. Semoga kekal lah eh sampai mereka besar..amin. Haa? apa? Babah dia? Hehe..m dah dudu dah. Ntah la penat sangat kot sian..babah pun caring jugak bah. Kalau ndak..x makan nasi ayam la kami malam ni. :D

Nampak gayanya..x dak sapa la yg nak bantu mama di dapur...hukhuk!
Berbalik kepada adik tadi. Mama doakan adik cepat sembuh k..dan mama harap abg long x dijangkiti demam..huhu..harap-haraplah..Adik ni demam nak ringan badan kot. Cepat-cepatlah membesar anak-anak mama..semoga kalian menjadi muslimin dan muslimat yg soleh dan solehah..amin amin ya rabb...

Susu banyak sampai terbuang mungkin adik x bape selera tp byk memerap ja. Terima kasih Ya Allah di atas pemberianMu ini.
Wassalam.
1

today i'm SAD!

Sep 28, 2010

Tak seronok hari ni..Ya Allah...Tabahkan hatiku..*menangis :(

Nak explain macam mane eh..dalam hati ni ada marah, sedih, cemburu, sebak...dah bercampur..sebati...gerammm jangan kata la..memang geram sangat²!!!

Ya Allah, buangkan perasaan jahat ini jauh-jauh dari hambaMu yang lemahh...amin...

hukhukhuk~
2

75 : 25

Sep 27, 2010

Adik...owh adik sayang...pssttt...mama nak bg tau nih....Oit!
Sblm tu...comelnya adik..tapi nape masam serius ja..kembang lak tu idungnya..mama nak cakap skit ni..dengar eh..ni mama ni dpt pegi btn la sayang....bulan 11 nanti..adik rasa leh x mama tinggal kan adik dalam 5 hari..bukan lama..l.i.m.a. hari sahaja...huhuhu....adik..marah ke?
Mama dah minta pandangan babah...n babah izinkan pegi. Babah kata boleh ja..xde masalah..Babah kata, kalau minta tangguh ntah bila pula nak dptnyer...Huhu..Tapi itulah..mama pulak yg rasa x konfiden..huhu..ye lah kan dik, malam-malam kat adik kan tido ngan mama..bukan ngan babah..sesekali je mama lari p peluk babah..hihihi. So, macammana..adik rasa boleh tak..? Adik n abg long tinggal ngan babah waktu malam n siang dok umah opah n atok...tapi kalau adik rasa nak lebih selesa adik dok je terus umah opahh..hehe..mo serabut opah kan dik..?
Abg Long pun kena tinggal. Tapi abg long xper la..abg long dah besar..boleh fikir dah kan..kalau rindu bleh juga hello hello mama..kan amin kan? Ehm..tapi adik tu ja..macam mana eh...dah la adik xmo susu formula dah..susu pam lak..adik nak yg fresh ja..kalau pam pagi, adik minum...tp kalau sudah 1 hari jgn harap la...adik reject ja...owh adik..demand ya?
Mama ingat nak pam banyak² (seperti yg disyorkan oleh babah..) tapi itu lah..adik kan demand..x mo susu yg lama..mo yg freshh ja...kan? Hahaha..kelakar la adik ni..tapi bukan salah adik pun..Mama yg salah sebab x biasakan adik dgn stok susu mahupun susu formula...ya..mmg mama dah kena bebel sama opah..tapi semua tu masuk telinga kanan kuar telinga kiri...mama tak menyesal..sbb mama gembira dapat menyusukan anak mama sendiri...Alhamdulillah....rezeki Tuhan..
Adik pun dah besar kan? dah boleh mengagah skrg mcm dah nak berjalan...duduk pun dah tegak..ekshen ja. Comey ia..kata abg long..So..agak-agak adik, bleh ke nak berpisah selama 5 hari ni??
Wahh...Kawan-kawan adik pun ramai...yg kecik yg besar semua ada..yg berambut curly, yg rambut sikit..yg serabai..yg botak pun ada...ramai kan geng adik..so..mesti adik x boring masa xde mama nanti..hehehe...Adik kan dah pandai nak berkawan dan bermain...tapi janji la ngan mama...jgn nakal-nakal ya...?
OMG!! Ape hal plak adik buat macam ni?? Ok..ok....mama masih belum buat keputusan lagik. Adik jgn la memberontak lak..Buat masa skrg pun keputusannya antara 75 : 25 iaitu lebih berat kepada TIDAK PERGI. Takper...mama sanggup tunggu 3 tahun lagi ke btn...huhu. Walaupun btn tu pun penting untuk kerjaya mama ni...tapi mama rasa mungkin belum rezeki mama...dan mama rasa anak-anak mama yg skrg ni mahupun akan dtg...lebih memerlukan mama...

Dpt ja surat ke btn..x keruan..rasa nak teriak kat situ gak. Mama x sanggup..!!
0

Anak Kite..!!

Sep 20, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Hari ni, aku dah mula bekerja..tak la bz sangat. Biasa ja. Tak nak cerita pasal kerja. Nak cerita pasal keluarga. Semalam, Mr.M bawa kami semua ronda-ronda tengok laut. Perkara yang sangat disukai Abg Long. Sangat teruja sampai tergedik-gedik excited. 
~ kenangan yang terINDAH ~
Kami semua gilir-gilir amik gambar..si Abg Long susah betul nak bergambar. Panggil la apa pun dia wat tak tau ja selain mengadap laut..bila nampak bot dia jerit-jerit bilang sama aku 'mama..bot..! mama...bot...!'. Excited! Macam-macam lah.

Owh..Ainul pula, dr semalam asik meragam mo dipegang ja. Aku pun cuak..(suungguh!) Tak boleh nak buat kerja rumah langsung. Nak kata sakit..tidak..apa pun tidak...ntah la. Bagi sama babahnya, x sampai 10 minit...ada ja tak kena. Macam mana nak buat eh? 

Hari ni pun sama..dan dari pagi lagi aku bersiap-siap dgn pantas sebab adik menangis sampai suara serak-serak..ibarat bayi kena dera pepagi buta...susah sgt..memang la anak kite..tapi kite pun GERAM bila sesekali tu buat perangai macam tu...huhu..mana taknya bukan Ainul ja meragam..tapi abangnya pun sama..nangis x tentu masa...pastu hyperaktif la aku rasa...1 saat x boleh diam!

Tadi aku tidurkan Ainul..sebelum tu mandikan dan pakaikan baju..kasi bedak wangi-wangi..itupun merengek juga x sabar nak menyusu..hehehe. Masa kasi dia mamam tu..rasa sebak pula aku...huhu..ye lah kan..kalau anak-anak meragam macam ni..bukan salah anak-anak ni..tapi salah kite jugak..hehehe

Anggap saja aku membebel depan anak-anak. Sebab hari ni aku memang GERAM sangat-sangat..terpaksa  la berdiam diri ja..itu lebih baik dari membebel bukan? Wassalam.
4

Kenangan Aidilfitri 1431H

Sep 19, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Update entri (font merah) ---> 20.09.2010 jam 10.12 mlm.
Cepatnya masa berlalu yer..lusa aku akan ke opis..huhu..bermula rutin macam biasa. Ini antara kenangan raya aku n family...
Tahun ni kami dah berempat..thn dpn..Tuhan ja yg tahu..hehehe. Ini gambar kami di hari raya pertama..sebelum ke rumah orang tuaku...Susah nak amik gambar nih..banyak sgt halangan..ini yg ke5 baru berjaya..raya sebelum-sebelum  ni gambar caca merba..hehehe...

Raya pertama, tak kemana just di rumah orang tua..membantu melayan tamu yg hadir..ada lah 2 3 kerat yang datang..hehe..Nak dijadikan cerita, pagi raya tu opah moody sikit. Kesian opah dan tempiasnya adalah sikit-sikit kena kat  atok. Opah moody maybe sebab anak-anak x jenguk kot..di samping keadaan kesihatan yg tidak mengizinkan. Katanya, macam nak demam..lemah aja..mungkin sebab hari sebelumnya penat memasak kan. Kesian opah. Alhamdulillah, kedatangan kami dapatlah membantu melayan tamu yang hadir..lama-lama mood opah tu dah ok sikit-sikit....hehehe...

Esoknya..aku mengalami masalah perut memulas sehingga menyebabkan aku berulang ke toilet ja..Makan apa eh? Aku makan lemang segera dgn rendang daging, nasi lemak, nasi impit, rendang ayam dan biskut-biskut raya. Agaknya, perut aku masih lagi dlm keadaan berpuasa dan hanya menerima makanan ketika sahur dan waktu berbuka...terkejut la tu kot..jammed le!

Raya ke3 ikut mak abah ke Bt.20 Bagan Datoh, Tlk Intan (hometown atok). Masih mengalami masalah sakit perut...huhu...ulang ke toilet ja masa kat umah mak uda...hehehe..apa daaaa! Hari ke2 sakit perut lagi teruk dan sangat x selesa sebab tengah berjalan kan paham-paham ja lah...

Hari raya ke4, ke rumah MakUda, kemudian MakNgah. Rumah MakYang x pegi sebab MakYang berjalan sakan raya tahun sampai ke JB..Ok, masa kat rumah MakUda of course lah jumpa MakUda kan..tapi anak-anak dia yang lain semua dah balik. Yang ada sepupu aku Ody dan family dia dan anak lelaki MakUda yg masih bujang O-Z (lama x jumpa dia..dulu kecik ja skrg dan besarrr). Kami berbual-bual sambil makan kuih. Pastu kami minta diri sebab nak ke rumah MakNgah lak. Di rumah MakNgah aku berkesempatan berjumpa  dgn Kak Dayah, Kak Ana n Kak Yang..semua dah kahwin dan mempunyai sepasang cahaya mata. Kak Yang ja menetap kat sini yang lain duk kat kat area Selangor nun. ramai lagi anak MakNgah tapi semua dah pulang ke destinasi masing-masing. 

Esoknya, sebelah petang beraya di rumah kakak pula dengan hajat untuk mengambil daun pisang sekali..hehe bukan datang nak beraye eh? Poyo..ada hajat lain rupanya..daun pisang tu diperlukan untuk membuat pulut tekan (salah satu juadah hari raya di Sabah - entri pasal ni akan diupdate kemudian). Ok, dirumah kakak of course ada mak mertuanya dan lalingnya dan anaknya si Syuhadah yang jelita. 

Hari raya ke-6 kami duduk diam-diam dalam rumah...Hehehe dan esoknya hari Khamis (malam)  makan-makan kat umah abg aku (bapak si ecah)..dia punya wife masak mee kari, ada lemang, rendang daging n bikut-biskut raya. Pastu we all together-gether nonton sama-sama..menonton tv n menonton Amin n Ecah bergusti. Syuhadah diam ja sbb demam.

Jumaat, buat open house di rumahku...alhamdulillah..semua berjalan lancar sehingga aku sbg tn umah begitu selekeh skali..hahhaa..that's me! Suka simple ja..takpe..I mmg cenggitu...
Ini antara juadah yg aku dan suami sediakan. Rendang daging, kari ayam, kuah kacang, ns impit, pulut tekan (sabah), bihun sup, air oren..that's all...Opss...ada satay (sblh malam-bob blanja) Semua masak dari jam 7.30 pg sampai 2.45 ptg siap kesemuanya. Kecuali pulut dimasak sehari sebelumnya dan ns impit masak malam sebelumnya. Faham kan? Ok..yg datang tu..tetamu pertama jiran sebelah rumah..pastu..semua kawan opis aku..terima kasih kpd mereka dan keluarga mereka..kemudian diikuti pula kawan Mr.M. Masing-masing juga bawa family..pastu sebelah malam semua adik beradik ipar duai semua dan family mak uda bertandang..terima kasih banyak-banyak...Yg tolong-tolong tu (bob n fifi) terima kasih le eh..hehehe. Gambar kat atas tu je sempat amik..yg lain..sgt lah bizi..Petang tu habis sup 1 periuk sup so masak lagi utk sebelah malam..bukan sebab sedap kot tapi sebab tak reti nak budget...hahaha

2 thn lepas aku ada jugak buat open house di rumah lama kami. Masa tu masak mee kari..periuk besar punya. Ok ja cukup untuk tamu. Kat rumah baru ni, tak dapat guna periuk yg sema sbb kami pakai Induction Cooker so paham-paham la..semua periuk mesti nak yg stainless steel gate. Sebelum raya ni pun banyak beno pakai wang ringgit beli itu ini untuk memasak..huhu. Pasni tak mo dah..cukup-cukuplah tu. Periuk lama tu 3kali ganda besar dgn yg baru beli..patutlah x cukup..huhu

Sebelah malam rumah aku penuh dengan saudara mara..terima kasih semua. Jangan ada lagi yang kata aku tak menngajak ke rumah baru..heehehe..memang meriah malam tu tapi akan lebih meriah kalau ada Abg Long..Hahaha..Abg Long tido awal dan sangatlah nyenyak sampaikan Ecah kejutkan pun dia x sedar..Hampir jam 11 semua dah balik..baru lah Abg Long terjaga..dan Abg Long bergelak ketawa sorang-sorang di ruang tamu menonton kartun. Aku, Mr. M dan Adik..pengsan tido!!

Hari Sabtu..aku mengalami sakit perut jugak. Agaknya perut aku ni tak leh sebarang makan..campur-campur kot..huhu..takper lah sabor je lah...nasib baik melepak di rumah ja xde wat ape..tp sebelah malam kami semua sekali lagi kumpul di rumah mak abah. Ada satay, ns impit, burger, ais krim n air nescafe ais..hehehe..utk makan-makan ja kami anak beranak...besh beshh! Abg Long diam ja..sebab Abg Long tido...wakakakaka :D Di bawah ni serba sedikit pic malam tu...




Ok ok...ntah apa ntah lagi..nanti aku kemaskini kalo teringat kot kot ade story yg tertinggal..aku dah ngantukkkkk nak tido...daaaa..

Selamat malam tawan-tawan...wassalam

p/s : sayang betul sebab x amik gambar masa beraya :(
0

Anak Kite..!

Sep 18, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Bersawang dah blog..kesian. Ok ok..sebelum mereka ini semakin tua. Aku nak post gambar mereka.. ;)
Muhammad Al-Amin..sejak mama dia bercuti, waktu siang tak tido langsung..pastu bila malam, mulalah meragam, ada ja yang tak kena pada dia..tension aku dibuatnya..babab tetap babab..pastu demand lak skrg ni..time tido kena urut belakang dia dulu..aihh..

Bercakap semakin lancar..skrg ni dah macam-macam yang disoal. Petang tadi ja..kami ronda ke kg.koh balik ke s'wan..1st time dia perasan ada jejantas..dia tanya aku 'mama..apa ni tangga' ..aku bilang..'jejantas..bla..bla...' . 3 biji dia jumpa jejantas..taksub sekejap...Belum lagi jumpa lori..waduh..waduhhh!
Ni sorang lagi..dok dalam keta skrg ni x reti nak dok diam..gear pun nak dicapai..berusaha keras selagi x dpt...Babah gelarnya..gadis ekstrim! memang ekstrim..Amin pun x la macam ni masa umor cenggini..Adik dah pandai sebut..ma..ma..ma..ba..ba..ba...ta..ta...taa... Dan yang bestnya, adik rajin bantu mama di dapur.. Laci di dapur tu slalu dibuka dan kemudian dia tinggalkan..pastu bila dtg semula ke dapur kalau nampak tertutup..dia tarik balik..pastu dia blahh..mcm tu lah selagi mama di x bebel...hehehe
Apa nak dikata? Anak kite..nakal mcm mana pun...kuat nangis ke..kuat ngadu ke..mengamuk ke dan yang sewaktu dengannya...kite terima seadanya sbb dh anak kite, bukan anak org..hehehe ini ayat aku pd opah mereka tempoh hari...sabor je lah pah..

Anak-anakku...zuriatku... :)
Wassalam
1

Cuti Raye..Horayy!

Sep 6, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...


Untuk makluman semua...hari ni last aku keja sebab start esok aku mula bercuti. InsyaAllah aku akan kembali bertugas pada 20hb bersamaan 11 Syawal..huhu..lama eh..tapi tak ke mana pun..di sini ja rasanya. Ada jugak plan plan nak ke JB lah, Genting lah, Cameron lah..tapi ntah la tengok ja la nanti..mengharap tidak apa pun tidak..ada rezeki ada lah tu.. :)
Dikesempatan yang ada ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga JTM Kak Ina, Isa, Fizal, Kak Liza, Baha, Tina, Fiza dan semua pelajar praktikal (maleh tulih nama korang :p)...Minta Maap la kalau ada selah salah silap, terkasar budi bicara expecially to Isa..Semoga kita semua hapi di hari raya expecially Tina (maybe bersama bby baru..hehe) Berhati-hati di jalan raya ok? Ingat org tersayang...ape lagi eh..Owh tak lupa..nanti bawa saki baki kuih raya kat opis..kita beraya kat JTM lak..sian kat praktikal mesti diorang nak makan time boring² kat lab...ok thats all...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin pada semua kawan-kawan blog ..yang lama mahupun yang baru..time kasih kerana rajin berkunjung ke blog aku yg ntah apa-apa ntah..poyos je lebih..cuti ni termasuk jugaklah cuti dari mengupdate blog..tak mo rindu² eh (ade ke yg nak rindu..caitt!) Walopun aku cuti berblog..mybe aku akn jadi silent reader..hehe..beboring xde wat per..insyaAllah...

Owh..tak lupa juga Selamat Hari Raya buat semua warga MPM yang mane ade baca blog tulisankuchantique ni..(korang le yg puji lelebih tulisan aku chantique..tu la dpt idea buh url cenggini tuh...thanks anyway...) Yg pulang ke kg hati-hati la eh..owhh aku x balik sabah yer..x mo le tanye lagi..malas nak jawab..kalau mr.M dengar..lagi dia keciwa....huhuhu... :(

Yang jauh di mata..Ibu Mertua, Abg Ipar sekeluarga, Zali n Dayen...semoga Hari Raya tahun ni memberi 1000 makna pd kita semua..walaupun x jumpa tapi insyaAllah panjang umo kita jumpa lagi..gunakan kemudahan tenet ni sebaik-baiknya...walopun kami jarang sgt hello hello org sana..tp kami selalu ingat org sana..(serius) ada ja yg kami bualkan...huhu..(semalam buat biskut makmur..terkenang kat mak mertua..ingat lagi aku n kak ros kena wat kuih raya 2 thn lepas secara tetiba....hehehee..panjang kisahnya..kan m kan?) Selamat Hari Raya..Maafkan kesalahan kami dr hujung rambut smpai hjg kaki..halal makan minum dan segala-galanya...

Pada Mak, Abah n famili semua nti kita salam-salam kat umah la eh..to my Partner,  mr.M..alah kat umah jugaklah ehh..hehehe. Ok ada yang tertinggal ke? Ehm..kalau ada..minta maaf la eh..Lastly....Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam di dunia..Pohon kemaafan di Aidilfitri..semoga ukhuwah kekal abadi...amin. 

Wassalam...
3

Biskut Rayer...

Sep 2, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
Gambar Hiasan - Ikhsan Pokcik Gogle
Hai hai semua..Isunya..biskut raya. Ya..bape hari lagi nak raya? Bape balang dah kuih raye korang? Aku? Balang kosong ada lah..Cuti panjang baru-baru ni..berangan ja nak buat..huhu tapi hampeh! Sib baik halangan tu darang datang kerana anak-anak..kalau kerana diri sendiri..pastinya aku keciwa.. :|

Usaha jugak la minggu ni plak dah plan ngan akak nak buat kat umah mak..boleh mak jaga anak dara aku sorang ni. Kat rumah ni bukan dia x mo ngan babah dia..tapi kejap kejap ja..pantang nampak muka mama dia..udah tak keruan..hehe..takpe la eh..anak kecik..

Mr.M nanti kita borong sikit kuih raye yer..buat sikit..beli sikit..banyak le jadinya..kata nak wat open horse house... ;)

Wassalam...
0

Berbuka Puasa Beramai²...

Aug 31, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Salam Merdeka uolls..berjaga aku malam ni. Bukan nak countdown. Tapi menunggu anak bujang aku ni tengok kartun cenel 613. Mr. M pun marah aku ni manjakan anak..huhu. Ok..ok dikesempatan yang ada ni nak story sikit pasal semalam. Majlis berbuka puasa sama atok, opah dan semua kakak abg ipar duai semua kecuali family kanda (yob) saja xde..ye lah..dia nun jauh di JB sana...hukhuk..I really miss him.. :(
Antara juadah yang terhidang. Kami masak nasi ayam hainan (terlembik), buah-buahan dan lasagna (kami x rasa pun..ntah sedap ke idak). My sis bawa air asam masin, air amra dan kuih muih. My mom bawa lepat pisang n tupperware kosong..hehe n my SIL bawa roti jala (nyum..nyum), ikan bakar, bubur nasi (x sempat nak rasa mom dah rembat) dan air sarsi..
Penantian yang sungguh bermakna..bergambar..bergambar..dan bergambar...orang pertama sampai of course kachu..pastu family abgku, pastu family kakak dan last sekali tetamu terhormat dato n datin seri..welcome..welcome...
Antara gambar sebelum dan selepas waktu berbuka..gambar time makan xde eh..sebab xde sorang pun sudi pegang kamera..Owh nak citer juga (supaya adik leh baca time dia besar nanti). Aku cuma minum 3 gelas air n makan buah-buahan skit..sebab adik dah merengek..Kasi la tido..lama atas katil..adik tido..tapi asal aku nak bangun ja dia merengek nangis..huhuhu..last² mak kata bawa lah dia ke dapur..huh elok ja dia main..aku makan sorang² ja ditemani oleh insan² tersayang...x marah adik pun...kata babahnya..adik tu meragam nak tumbuh gigi..so..tengok saja la nanti...
Semua sekali 4 orang cucu tok Sahak..Kalau Ajik ada cukup sudah 5 orang..huhu..xper la ajik..next time kita amik gambar lagi ek..xmo bagi ulasan banyak..tapi dlm reramai ni..amin le encem..aishah cute..syuhadah cantik..adik comeyy... ;)
Iyaa..teman ganteng! teman tapi mesra..mesra tapi selalu bergaduh..berbalas balas pukul..nangis..dendam..babab balik...huihh dasyat diorang nih..takper..xper..kita tengok ja dah besar nanti macam mana eh...:e

So..xde apa dah nak cerita. Terima kasih kepada semua familyku..next year nak berbuka dengan keluarga mertua pula..InsyaAllah. Sepatutnya, malam nih kami dah naik flight..balik ke Sabah..tapi semua rancangan percutian hari raya kami dibatalkan di saat² akhir kerana Mr.M terlibat dengan kursus selama 6 bulan. Cutinya agak terhad..huhu..So tahun ni beraya di Perak ya..

Salam Merdeka 1 Malaysia...wassalam...
0

Juadah Berbuka...(xdak idea buh tajuk aper...)

Aug 27, 2010

Salam...Pejamm celik, pejam celik, hari ni masuk puasa ke 17..Alhamdulillah. Owh..rindu kat blog ini. Lama x update..huhu lama ke? Ntah la..walopun, baru je beberapa hari tapi rasa macam dah berbulan blog ni dibiarkan. Sian dia..maaf lah tn. umah agak bizi. Bukan bizi buat kuih raya..bizi tido ngan karenah family dan di opis..tu ja..xde apa pun...Ok..nak buh picture makan lagi..pada sesape yg dah boring citer pasal makan nih..silalah bersabar... ;)
Ini menu 21hb yang lalu..masih lagi dgn tekak western Mr.M..aku layankan aje tekak mat saleh sorang ni. Masa masak lasagna ni..Mr.M dah perturunkan ilmunya padaku..adakah ini bermakna lepas ini aku lak yg kena masak..insyaAllah. Tapi la kan, pada aku..aku x suka masak lasagna...sbb macam boring saja masaknya..spageti tu ok le lagi..owhhh sgt-sgt x minat...

Esoknya, kami ke rumah mak untuk meminta beberapa helai daun pandan..(apa la daun pandan pun xdak ka?). Peginya x lama..dlm 1 jam je kot melepak..dan kami bukan sahaja membawa balik daun pandan..tp dapat meminjam oven skali..wahhhh kesiannya..(oven pun xdak ka?) On da way balik, Mr.M cadangkn aku buat kek pisang..owh..meronda la kami sekejap nak mencari pisang..hasilnya...hidangan berbuka kami petang itu...
Kek pisang siap dibakar jam 3..yg merasmikannya of course anak bujang aku kan..jadi bakinya (3 baris) untuk hidangan kami berbuka..Mr.M request kopi janda skali...Masa ni amin x mo makan pun kek pisang..katanya 'manish!'...poyo jeee...padahal dia dah perabihkan setengah kek ... :i
Pastu makan nasi lemak sambal sotong pulak..Aku x minat sgt sotong tp dah Mr.M nak kan..masak ajer..habis jugak aku makan...:) Abaikanlah jari amin tu..masuk aja waktu berbuka ni..kira-kira 3 biji telur dia makan..yg kuning dibuang....huhu nasib baik anak aku eh...malam tu kentut amin berbau telur saja...

Hari selasa sampai Khamis...aku x masak pun utk berbuka..masak utk sahur je..Hari Isnin aku masak mee goreng utk berbuka..lupa amik gambar sebab lapor tahap gaban. Hari selasa makan umah mak sebb Mr.M berbuka dgn rakan opis. Hari rabu Mr.M belanja kfc dgn alasan..dia nak exam kena baca buku..(macam la dia yg masak) :| Hari khamis (semalam) pun berbuka kat umah mak sbb Mr.M duty..Hari ni ntah la nak masak aper...huhu :d

Skrang ni, kami tiga beranak tengah tunggu tn. besar pulang...yeahhhh. Selama berpuasa ye semua..wassalam. 
2

Juadah Berbuka...Lagi Lagi dan Lagi...

Aug 20, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum WBT....

Mula mula..menu semalam (puasa ke-9) Akhirnya, dapat juga aku buat tauhu sumbat poket. Masa balik ambil anak-anak, ada lah aku cerita kat mak n kachu (pakcu amin) yang aku nak buat tauhu poket..siap suh kachu datang amik lagi kalau nakk la...

Buat punye buat..terus masak siap..lain macam ja aku tengok..haishh..x jadi lagi ke..omg!! Muka dah cuak petang tu..nak plak bila si Mardhiah merengekk..huhu...last² Mr.M sambung menggoreng..katanya ok ja..Tapi aku siap sms kachu, bilang jgn dtg..mcm x jadi ja tauhu poket..Riso la kan..dah la aku tukar intinya. Asal resepi inti udang, tapi aku buh hotdog n isi ketam...nyum..nyum campur chees..karot..daun sup skit..ehmm..terliur lak.. :o

TIme berbuka..sediakan sos..makan jugak..fulammaakkk..mabeles wei..hehe..Nak gambor ke..alah takde la..ade amik satu je ari tu..guna hp camcung..tp kabur giler..tina ade la tgk..kan tina kan..hehe..ok InsyaAllah nanti leh buat lagi cuma perlukan kekemasan ja...Sekian citer semalam..

Hari ni masak apa..??? Tengok gambar dulu ehhh...Sedia...1...2....3....
Owwhh...adunan keju yang sangat menyelerakan..bergetahh weii..mcm pizza makan panas-panas...nyumm..nyummmm..
Masa potong..rasa terus nak masuk mulut..sib baik x masuk waktu lagi..baunya of course la enakkk...sangat enakk....rugi kachu x dtg malam nih...hehe
Haaa... Yang ni aku punye..aku makan ngan kuah spageti..Sedap hingga menjilat garpu..Adakah anda rasa terliur?? Nak resepi?? Hehehee...Aku bukan kedekut ilmu..masalahnye aku pun x dapat resepi..balik-balik tengok dah siap dah dibakar atas induction cooker..Means, Mr.M le masak kan..ishh korang buat x reti lak yer...

Aku buat apa..?? Aku tukang makan la..Mr. M ja yg pandai masakan western ni..aku bersyukur seadanya dapat Laling from oversea...hikhik...Orait, nak mendobi malam nih..esok nak buat biskut raye..(yor la tu..mengarut!) :r

Slmt berpuasa sok ehh...Wassalam....
0

Shy..shy...Cat...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum WBT....
Ok..ok..ini picture masa shooting tadi (shooting la konon). Actually, sesi amik gambar ni kat opis tadi..sebab nak wat kad rayer utk jabatan..cewahhh! Tukang buat kad tu..dak praktikal opis nih..wahh..x sabar nak tgk hasilnya nanti...Tina..ko dah letak jawatan ke wat kad rayer it?? :D

Aku ni memang pemalu..kalau boleh masa nak amik gambor ni..jangan le ada yg nengok...masalahnye tadi..semua dak praktikal it tgk (8 orang termasuk kamerawoman kamreman)..huhuhu semua ke?? Ntah le..semua le kot..ramai je tadi tu..Kalo aku ni lawo tahap model tak pe gak...aku bukan siapa-siapa... :P

Meminjam kata-kata Mr.M Mr.Z..shy shy cat..ehmm..lebih kurang mcm tu lah aku...hikhik...Ha..jangan salah faham plak..idak le pemalu beno..ala kadar ja la...

Ok..thats all nak citer..xde menda pun..hahaha. Saja nak konker pc malam nih..:e. Pas nih nak update pasal menu lak..daaa...Wassalam...
5

Juadah Berbuka...8

Aug 18, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum WBT....

Menu hari ke lapan, sangat la simple. Just Kari Daging..kuih semasa berbuka tadi Roti Sar-Nis (Sardin + Mayonis). Owh..kari tu memang aku yang masak..tp roti tu babah amin yang buat..x cayer? Klik pic kasi besar k....

Update Entri ---> 6.18am 19.08.2010 (Pembetulan..Mr.M masak Roti SarChees...hehehe Mrs.M pekak da...so intinya xde mayonis..tapi ade CHEES...patutlah sedap sgt..sahur tadi pun makan ni..mekasih le Mr.M eh..sok masak per plak???)
Asalnya, nak buat Tauhu Poket..tp sampai ja di rumah tengok Mr. M tengah membungkus roti..waahh...Amin cakap macam ni ptg td.."mama..babah masak.." Aku jawab la.."biarlah babah masak..babah kan babah mithali..." :D Tengok tu..anak-anak kami main sama-sama dalam bilik...:D
Sebelum digoreng..inti didalamnya, sardin yang dimasak sama bawang n perahan limau..juga ditambah  mayonis chees secukup rase didalamnya..ehmmm nyum...nyummm...:O
Maaflah...pic x berapa lawo..maklumlah pakai kamera hp cokia ja...jadilah no..kenang-kenangan dihari tua kami..Ok akhir sekali..
Ehhmm...kabur ek? Sian..takper lah janji rasa kari daging tu ada..sedap! Mo resepinya...sila amik kat sini...Ok..ok...sekian dulu dari saya...selamat malam tawan-tawan...jumpa lagi...wassalam..

p/s 1: Di Opis sangatlah mengantuk tapi yg bestnya aku dipanggil utk sign surat...taraf berpencen dr jpa...Alhamdulillah...

p/s 2 : rindu pada yob..huhu....
2

Juadah Berbuka...7

Salam..juadah berbuka puasa semalam..western la plak.. ;) Daripada berangan-rangan nak buat meggi goreng tup tup buat spageti..aishh selera Mr.M bulan puasa ni lain..tak boleh dijangka..ok tengok picture eh..:O
Start masak semalam jam 6.55 petang dengan bantuan Mr. M. Hasilnya..sgt Sedap..memang kenyang la semalam sampai tak makan nasi. Sahur tadi pepagi buta baru masak sayur n ikan goreng..nak resepi spageti ke? Ehm...x yah la..korang cari ja kat blog abg mat gebu eh..byk resepi pasta n mee yg lazat-lazat..

Ok..ni dah curi waktu keje ni. Minta diri dulu eh..t jumpa lagi.. :P
2

a.m.i.n.s.m.a.r.t

Aug 17, 2010

Salam. Ini bukan gambar baru amin yer. Gambar ini diambil pada 24.06.2010 jam 8.17 (pg ke ptg x pasti..) Apa yang penting sangat dengan gambar ni. Tu..nampak tak amin pegang 'pontel' (org sini panggil puting..org sabah pggl pontel bohong). Sejak bayi, amin dah dibiasakan dengan pontel. Ke mana saja pergi tak pernah tinggal. Boring. 
Dulu sebelum aku melahirkan adik amin..kalau nak keluar berjalan-jalan amin boleh lagi tinggalkan pontel selepas dicakap secara 'elok-elok'. Tapi, sejak aku dalam pantang hari tu, susah sangat amin nak lepaskan pontel malah, dia lebih suka berpontel tak kira la dia tengah buat apa sekali pun. Tercabut aja, dipakai balik. Pernah disorok..bermati-matian dia mencari. Nak jugak sampai dapat. Sakit hati. Nak pula bila orang tua kami tegur..uihh leceh ler dah ada 2 orang anak tapi kena bebel. Tak mau pisang berbuah dua kali konon...hehe rileks ar..buruk baik bukan pada paras rupa..hehehe

Bulan 6 ke 7 ntah, atok ada minta air penawar daripada tok moh (ntahla dia bomoh ke apa..tp yg aku tau dia tukang urut orang..suami isteri pandai mengurut..jauh di kayan nun..) Masa amin dalam tempoh berubat, memang kurang dia berpontel..kalau pakai pun sekejap saja then, dia sendiri yang akan campak pontel tu. Malangnya, bertahan selama lebih kurang seminggu ja.

Tak lama lepas tu, suatu pagi nak ke rumah opah. Amin lupa bawa pontel. Dalam kereta dia tanya aku. Aku siap patah balik belakang semata-mata nak cari pontel. Malangnya, aju tak jumpa. Oleh kerana takut lambat ke opis. Aku membebel dalam keta..muka amin masam ja..si adik melayan perasaan sesorang. Sejak hari itulah, amin dah lupa pada pontel..yeaaa...

Tapi..uishh ada tapi lagi. Amin ada jumpa pontel dia hari tu..hehe..excited tunjuk kat aku masa aku tgh masak..aku jual mahal-bolayan la. Amin pegi kat babah citer kat babah dia dah jumpa..pun babah tak layan. Dia pakai kejap sambil main lori-lori dia tu. Pastu, bila aku sedar..hilang balik pontelnya. Kat mana dia letak ntah la..2 3 hari lepas tu aku baru perasan pontel tu ada kat atas peti ais..hehe pastu aku dah sorok dah..alhamdulillah amin pun memang dah lupakan pontelnya itu..

Eh..panjang plak kisahnya eh.. :D
Thanks kerana sudi membaca..wasalam.

p/s : masih wujudkah blog ini tika anak-anakku sudah dewasa kelak (?) aku? ntah hidup..ntah mati..(?)