Salam. Ini bukan gambar baru amin yer. Gambar ini diambil pada 24.06.2010 jam 8.17 (pg ke ptg x pasti..) Apa yang penting sangat dengan gambar ni. Tu..nampak tak amin pegang 'pontel' (org sini panggil puting..org sabah pggl pontel bohong). Sejak bayi, amin dah dibiasakan dengan pontel. Ke mana saja pergi tak pernah tinggal. Boring.
Dulu sebelum aku melahirkan adik amin..kalau nak keluar berjalan-jalan amin boleh lagi tinggalkan pontel selepas dicakap secara 'elok-elok'. Tapi, sejak aku dalam pantang hari tu, susah sangat amin nak lepaskan pontel malah, dia lebih suka berpontel tak kira la dia tengah buat apa sekali pun. Tercabut aja, dipakai balik. Pernah disorok..bermati-matian dia mencari. Nak jugak sampai dapat. Sakit hati. Nak pula bila orang tua kami tegur..uihh leceh ler dah ada 2 orang anak tapi kena bebel. Tak mau pisang berbuah dua kali konon...hehe rileks ar..buruk baik bukan pada paras rupa..hehehe
Bulan 6 ke 7 ntah, atok ada minta air penawar daripada tok moh (ntahla dia bomoh ke apa..tp yg aku tau dia tukang urut orang..suami isteri pandai mengurut..jauh di kayan nun..) Masa amin dalam tempoh berubat, memang kurang dia berpontel..kalau pakai pun sekejap saja then, dia sendiri yang akan campak pontel tu. Malangnya, bertahan selama lebih kurang seminggu ja.
Tak lama lepas tu, suatu pagi nak ke rumah opah. Amin lupa bawa pontel. Dalam kereta dia tanya aku. Aku siap patah balik belakang semata-mata nak cari pontel. Malangnya, aju tak jumpa. Oleh kerana takut lambat ke opis. Aku membebel dalam keta..muka amin masam ja..si adik melayan perasaan sesorang. Sejak hari itulah, amin dah lupa pada pontel..yeaaa...
Tapi..uishh ada tapi lagi. Amin ada jumpa pontel dia hari tu..hehe..excited tunjuk kat aku masa aku tgh masak..aku jual mahal-bolayan la. Amin pegi kat babah citer kat babah dia dah jumpa..pun babah tak layan. Dia pakai kejap sambil main lori-lori dia tu. Pastu, bila aku sedar..hilang balik pontelnya. Kat mana dia letak ntah la..2 3 hari lepas tu aku baru perasan pontel tu ada kat atas peti ais..hehe pastu aku dah sorok dah..alhamdulillah amin pun memang dah lupakan pontelnya itu..
Eh..panjang plak kisahnya eh.. :D
Thanks kerana sudi membaca..wasalam.
p/s : masih wujudkah blog ini tika anak-anakku sudah dewasa kelak (?) aku? ntah hidup..ntah mati..(?)

2 kOmEn:
teringat aku pd kenangan dlu..smpaikan puting dh berlubang pun still nk jugak... :$
Em..pontel amin tu dah berkeladak tau..itu pun nak jgk...sib baik skrg tdk lagi...hehe..kak t nak simpan wat replika..dah besor t kasi adiah arijadi..ok tak? ;)
Post a Comment