Hari Jumaat 3/07/10 - Masa di office memang terasa sangat-sangat tidak selesa. Tengahari, seperti biasa balik rumah mak untuk menjenguk anak-anak terutama Mardhiah. Biasanya, aku akan bagi Mardhiah direct bf. Ingatkan dapat lah tidur sekejap rupanya tidak, Mardhiah asyik main saja. Memang aktif dia sekarang. Lagaknya seperti mahu belajar merangkak. Jam 2.35 petang ke office semula, cuaca sangatlah panas padahal sebelumnya redup macam hendak hujan. Kuasa Tuhan, tak siapa boleh menduga. Di office, hanya goyang kaki. Is panggil panggil minta tolong minitkan laporan dalam fail. Siap. Goyang kaki semula. Jam 4.30 petang, Alhamdulillah kami mulakan sesi Muhasabah Diri yang selama ini tertanggguh. Selesai majlis ilmu. Bersurai. Ambil anak dan pulang terus ke rumah. Sebelum Magrib, pening kepala yang amat sangat sampai menangis. Laling bawa ke klinik. Doktor bagi suntikan dan 5 jenis ubat. Makan ubat dan tidur.
Hari Sabtu 31/07/10 - Masih tidak sihat. Laling yang jaga anak-anak. Laling yang masak kari ayam. Laling kata teringin tapi kesian, sebab terpaksa masak sendiri. Aku banyak berehat saja. Susu badan pun rasanya berkurang sebab aku kurang makan. Huhu..kasihan Mardhiah. Laling bagi minum air badak dan air serbuk kaki tiga. Urghh..tak suka tapi terpaksa. 1 jam selepas minum keluar keringat tapi malam rasa nak demam juga. Pening tak berkurang. Malam, aku beradu awal bersama anakandaku.
Hari Ahad 01/08/10 - Masih lagi pening terutama setiap kali aku batuk. Terasa bergegar kepala otak. Ya Allah..azabnya. Untuk kali kedua, aku diberi minum air serbuk kaki tiga dan air badak..still the same. Huhuhu..aku gagahkan diri untuk masak sup ayam. Kesian kat laling dan anak-anak. Susu badan ada lah sedikit. Sebelah malam tidur awal kesan dari ubat yang diambil. Ntah terjaga jam berapa, sayup² kedengaran suara Amin bermain di dapur. Bunyi mesin basuh sedang menjalankan kewajipannya. Owh..laling basuh kain yang berlonggok selama 3 hari. Hati nak bangun tapi ntah gelap semacam rupanya aku tidur semula. So...cakap dalam hati sajalah. Terima kasih laling. Susah-susah saja.
Hari Isnin 02/08/10 - Pening masih terasa. Berdenyut-denyut. Aku tak pergi kerja. Aku ambil cuti. Pagi baru aku perasan bateri hp habis. Pergi cas. Terima 3 sms. Rupanya, Fiza, Baha dan Fizal juga tidak hadir. Semua tidak sihat. Terus call Tinasyahirah maklumkan aku pun cuti..cuti bukan mc. Tak mengapalah, cuti pun banyak. Breakfast teringin nak makan lempeng. Aku dapat buat 2 keping saja yang lain tak jadi asik hangus. Terkejar-kejar nak menjenguk si Mardhiah. Makan dengan Amin. Lapar, tak kenyang pun. Tiba-tiba Pakcu datang hantar kuih, pulut manis dan bihun goreng. Alhamdulillah. Tuhan itu Maha Mendengar bisikian kecil hati hambaNya ini. Rezeki dah sampai. Pakcu jagakan anak-anak saudaranya sekejap. Sempatlah mandi dan buatkan Mardhiah bubur nasi. Owh..segar rasanya..tinggal lagi nak mengemas rumah sahaja. InsyaAllah. Cayok..cayok! Ya Allah, berikanlah kesihatan tubuh badan kepada Hamba Mu ini..Amin!
I'm not very well...wassalam
0 kOmEn:
Post a Comment