Laksa Goreng

Aug 7, 2010


Salam. Menu laksa goreng ini telah di request oleh Mr. M pada petang Jumaat yang lalu. Mr. M siap cari sendiri menu di internet dan print kasi aku. Itu maknanya, kena buat jugaklah. Alhamdulillah, inilah hidangan dinner tadi. Sedap katanya. Aku rasa..bolehlah..rasa laksa goreng! Ok..not bad!

Bahan-bahannya :-
1 Bungkus Laksa (aku guna 3 keping ja)
Beberapa ekor udang dan fishcake
Sedikit Taugeh dan daun bawang
Cili kering, 2 biji bawang besar, 5 biji bawang putih, 2cm halia dan belacan (dikisar)
2 sudu sos tomato dan 1 sudu sos tiram
Garam , bawang goreng dan minyak masak 

Cara-caranya :-
Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau. Kemudian, masukkan sos tomato, sos tiram dan garam secukup rasa. Kacau sehingga rata dan tambahlah air jika perlu. Kemudian masukkan udang dan fishcake (kalau masukkan isi ayam, lagi sedap!) Bila semua bahan tadi dah rata bolehlah masukkan laksa dan gaul sekali lagi. Then, masukkan taugeh dan daun bawang. Kacau rata sehingga masak. Dah siap bolehlah dihidang dan dihias dengan bawang goreng.

p/s : laksa tu rendam dan rebus kasi lembut eh..

2 kOmEn:

MR.Z said...

nice info resepi ni..
tak reti sangat nak masak..
makan tau la..haha :D

miss ahjumma said...

ye ke x reti masak? slalunye org lelaki kalo memasak..mmg sedap..seyes!

Post a Comment