0

Entri Sepanjang Minggu

Apr 4, 2010

Salam siaran..Owh..sejak dah bekerja, aku tak sempat pun nak mengupdate blog ya. Haha...minggu pertama keja agak kelam kabut menguruskan umahtangga. Ye lah, banyak tu nak kena buat, iron uniform aku dan laling, bekalan susu utk Adik bawa ke umah Opah, memasak, basuh baju lagi dan macam-macam. Alah..keje org pompuan kan..rutin biasa mmg tak akan habis..hehehe

Minggu pertama kerja agak kelam kabut. Aku masih nak belajar menulis semula haha (dah lama tak pegang pen) Dalam masa yg sama, aku juga cuba untuk mengepam susu Adik. Pada hari pertama ke tiga, hasil mengepam sangatlah bagus 3 oz - 6 oz. Tapi, pada hari ke empat aku cuma dapat 2oz aje. Jenuh aku pam tapi susah sangat nak keluar susu. Mungkin sbb aku kelam kabut nak siapkan keje yang menanti. Aku siap bayangkan si adik tgh menyusu pun failed jugak..langsung tak membantu..hehehe. Ntah la, harap-harap next week aku boleh membiasakan diri dengan keadaan yang agak huru hara ini. 

Banyak sebenarnya nak cerita, tapi tak sempat la nak tulis semua..hehehe. Lagipun aku malas la nak menaip pepanjang..Jom tengok koleksi pic hero dan heroin aku..

Abg Long kalau dah mandi mmg susah nak sikat rambut...Yang cacak-cacak ni Laling punye keje la ni..overall ok la..hahaha..smart pe? 

Adik baru selesai mandi, berkemban atas katil hehehe..malu lak tu..Masa ni bersiap nak gi ronda-ronda naik basikal keta babahnya...gi pasar malam kalau tak silap..Nak amik kesempatan ni, nak ucapkan time kasih banyak-banyak pada kawan-kawan aku n laling dan juga mak sedara n pak sedara Adik yang memberi hadiah untuk adik yang kebanyakannya baju-baju pink...hehe..kebetulan aku cuma beli tujuh pasang je masa nak sambut kelahiran adik. So..banyak la sudah baju adik untuk hari ini dan masa depan!

Ini lah aktibiti Abg Long, kalau boleh dia nak ajak adik main sama..Adik lak tengok saja Abg dia. Dah la bunyi pistol tu bising..tapi sekarang aku dah sorok dah..Abg Long tak kan jumpa sampai bila-bila...

OMG! Abg Long dan anak patung Ecah!!! What ashamed!!!  Seperti tidak percaya...kata Opah, amin suruh Opah buka baju anak patung tu. Ehm..masa kat rumah aku pun dia ada cuba nak tidokan robot dalam buaian Adik. Agaknya, dia saja nak tiru gaya mamanya jaga Adik kot..hehehe

Ops..nak cerita juga. Kami dah dapat kunci rumah baru kami..Kalau lupa, sila baca kat entri aku yang lalu di sini. Dapatnya hari Rabu lepas dan kami terus buat pemeriksaan untuk melapor kerosakan...Kisah lanjut..lain kali aku story ek..Sekian dari saya..wasalam.
0

Masuk Bakul Angkat Sendiri

Mar 27, 2010

Sedang aku membasuh pinggan mangkuk plastik di dapur, tetiba aku terkenang perbualan aku bersama abah tempohari..Masa tu kami baru selesai bekpes dan kedengaran riuh rendah suara kanak-kanak rebina di ruang tamu...

Grandpa : Ish..amin ni x duduk diam..
Mama Gorgeous : Ehm..macam tu lah dia dad kalo di rumah..mcm mane ati x tension..
Grandpa : Alah..korang kecik² dulu, mcm tu la jugak..Biase la budak²...

Lalu Grandpa pun berlalu ke ruang tamu...dan aku cepat-cepat ckp...

Mama Gorgeous : Tapi kan bah...ati sorang je kan yang baik masa kecik (niat suci)
Grandpa : Ahh..masuk bakul angkat sendiri...! Hehe
Mama Gorgeous : Betul pe..dulu slalu kena buli ngan diorang..

Salahkah jika sekali sekala aku cuba memuji diri sendiri (?) Aku mmg slalu dibuli...dan sering dikatakan 'lembik'...Hahahaha.....
0

Mama Sayang Amin

Mar 26, 2010

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pambantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan disaat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang penggangguran,orang-orang yang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!!!

p/s : mama sayang amin...
3

Eee..Geli!!

Mar 23, 2010


Salam...sila ambil perhatian ya. Aku nak maklumkan yang aku memang GELI dengan minatang ni..ntah lah waktu aku edit pic tadi pun meremang tengkuk aku..haishhh...Opss lupa, entri ini dipublishkan sempena 3 (tiga) kali kunjungan ulat gonggok ke dalam rumah aku. Eeeee...GELI!!!!
2

Joli Sakan!

Mar 22, 2010

Salam uols..malam ini ada kesempatan untuk mengadap dan mencoret entri blog aku. Ok, untuk pengetahuan semua laling duty semalam so aku minta izin untuk membawa diri ke rumah mak dan abah. Yes! Laling just pesan supaya aku drive elok² memandangkan itulah 1st time nak drive lepas berpantang. Alhamdulillah..Perjalanan ke rumah mak dan abah selamat. Kami anak beranak, menyanyi riang ria suka hati atau senang kata kami joli sakan!

Yang paling teruja apabila diajak ke rumah Opah adalah Abg Long. Mana taknya, Abg Long memang boring kat rumah sebab main sorang², nyanyi sorang², melompat sorang²..semua sorang²...punya tak sabar nak ke rumah Opah, siap paksa aku lagi suruh mamanya pakai tudung..bijak kan? Anak sapa la ni..


Macam-macam ragam Abg Long dan Ecah. Part yang aku paling suka masa dengar diorang bercakap. Ye la, bahasa kanak-kanak ribena kan. Faham-faham aje lah. Sangatlah seronok. Siang tadi dah macam kembar, tak seiras, lain mak lain bapak...berak pun serentak plan baik punya!


Aku rasa la kan, Abg Long dan Ecah boleh jadi sangat 'close' bila dah besar nanti..Itu pun kalau diorang tak bercerai berpisah..Tapi kan, aku rasa tidak mungkin juga sebab hero aku tu kalau dah bujang nanti jadi teruna yang shy shy cat macam zali.


Nak story juga, start kerja nanti Adik akan diasuh oleh Opahnya. Samada sementara waktu aje atau untuk selamanya aku pun tak pasti. Biarlah masa dan keadaan itu menentukan. Aku juga akan meneruskan bf Adik..insyaAllah. Terima kasih pada laling dan semua keliling pinggang aku yang bagi semangat untuk aku terus berjuang membesarkan Adik...hehehe~

Kepada Abg Long dan Adik..mama dan babah perlu bekerja untuk mencari rezeki..Bertuahnya mama rasa kalau dapat menjaga kamu adik beradik 24 jam sehari..7 kali seminggu.. Tapi apalah daya mama..korang tunggu aje mama pencen ya..tapi waktu tu maybe mama yang akan pegang tangan korang..sebab mama dah tua dan nyanyuk..

Lastly, nak story pasal anak miow ni..yang telah dibuang oleh seseorang. Masih kecil dan masih menyusu. Mak aku tak sampai hati nak letak di luar malam-malam sebab takut dimakan anjing. Jadi mak buat keputusan sendiri untuk bela meow itu sementara (di kasi susu lagi) sampai boleh cari makan sendiri dan barulah dibuang. Aku pun kesian. Tapi aku bengang pada orang yang buang anak meow. ni Macam dah takde tempat lain nak buang..ingat rumah mak aku tu penternak kucing ke apa? Kalau aku jumpa la orang  tu, aku katuk-katuk tangan dia sampai dia terpaksa makan guna kaki!!! Stupid!!!!
0

BF - Panduan Untuk Bapa (Lalingku)

Mar 18, 2010

Salam siaran...Semalam aku mengisi masa lapang dengan membaca info-info mengenai breastfeeding (bf). Sambil menyelam minum air, aku sempat juga ber-ym sama member opis yang sangat-sangat dirindui itu. Salah satu laman web yang aku terjah semalam mengenai Susuan Ibu adalah melalui Persatuan Penasihat Dan Pakar Laktasi Malaysia (PPPLM). Boleh jenguk laman web di sini. Info yang sangat bermanfaat khusus untuk ibu dan bakal ibu di dunia. Di sini, aku nak tempek sikit Panduan Untuk Bapa mengenai bf ni...

Sebagai Ketua Keluarga, anda perlu pastikan ahli-ahli keluarga yang lain turut memberi dorongan dan sokongan kepada isteri anda yang baru bersalin. Nenek, datuk dan ahli keluarga yang lain juga dapat membantu dengan cara begini :
  • Belajar mengenai bf dengan cara berbincang dengan ibubapa yang pernah melaluinya.
  • peringatkan ibu bahawa bulan pertama selepas kelahiran adalah masa untuk belajar mengenai penyusuan.
  • Galakkan ibu untuk berehat. Ibu yang menyusu perlukan keseimbangan di antara aktiviti dan rehat.
  • Cuba berikan bantuan dalam kerja-kerja seharian di rumah dan juga dalam penjagaan bayi.
Lindungi ibu daripada mereka yang tidak bersetuju dengan bf. Perkara yang biasa didengar dan membuatkan para ibu rasa serba salah dalam usaha bf bayi mereka adalah seperti :
  • Adakah anda pasti susu anda mencukupi?
  • Kenapa bayi anda seringkali lapar
  • Mungkin anda perlu memberinya susu formula
Bapa perlu memberi perhatian kepada anak-anak yang lain agar mereka tidak merasa tersisih. Manakala, perubahan emosi yang dialami oleh wanita selepas kelahiran juga perlu diberi perhatian. Luahkan kata-kata perangsang untuk isteri seperti :
  • "Saya rasa lega awak dapat menyusukan anak kita"
  • "Hari ini biar saya saja yang masak"
  • "Tak sangka awak seorang ibu yang baik"
  • "Pergilah berehat. Biar saya saja yang mandikan Abg Long"
Bagi menjamin kejayaan menyusu, ibu bapa perlu mendapatkan seberapa maklumat mengenai bf sebelum kelahiran bayi anda. Selain itu, pasangan turut digalakkan supaya berbincang perkara-perkara yang membolehkan anda bekerjasama dalam menguruskan rumahtangga.
    Info Untuk Bapa / Suami
    Bayi yang menyusu susu ibu, biasanya kurang mengalami masalah seperti alahan, sakit telinga (otitis media), kerap sakit teruk dan dimasukkan ke hospital, cirit birit/sembelit dan kerosakan gigi. Ini bererti anda tidak perlu kerap berjumpa doktor, menjimatkan wang perbelanjaan keluarga, mempunyai masa yang terluang untuk diri sendiri dan keluarga, adalah lebih mudah dan tenang untuk menjaga bayi yang sihat. Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik untuk anak kerana : 
    • Susu ibu mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh bayi
    • Susu ibu berubah mengikut umur dan keperluan bayi.
    • Susu ibu lebih mudah dihadam.
    • Najis bayi menyusu susu ibu lebih lembut dan kurang berbau.
    • Susu ibu melindungi bayi daripada bakteria dan jangkitan lain.
    p/s : Aku belum buat keputusan lagi samada teruskan bf atau tidak selepas mula keje nnti..masih blur!
    0

    Cakap Tak Serupa Bikin

    Mar 15, 2010

    Salam Uolls...

    I memang macam ini. Suka cakap tak serupa bikin. Konon..tak mau tukar template..sekarang apa dah jadi? Tukar juga..!  Suka hati aku la kan? Aku punya blog merangkap aku punya rumah..semuanya ditangan aku. Lagipun, saje nak mengisi masa lapang yang ada ni..

    Owh..bercakap pasal rumah ni kan..teringat pula pada status fb aida..dia bagitau rumah kami dah siap..aku pun "yahuuuuuu" jugak la...
    Tapi, aku tak dapat surat lagi. So, wait and see aje dulu. Lagipun, laling kata nak touch up rumah tu dulu. Baru boleh pindah. Jangkaan laling mungkin bulan Jun kot. InsyaAllah..harap-harap semuanya berjalan lancar.

    Hari ni, aku tinggal berdua aje dengan Adik. Abg Long ikut Pakcu balik umah Opah. Tak sampai hati plak dibiarkan kalo dah beringus asik menangis aje. Makanya, rumah ini sunyi sepi tanpa suara Abg Long. Rasa rindu pula kat budak encem tu..Ok lah..nak tulis entri pendek aje sebenarnya..Wasalam.
    0

    25 Template Baru (?)

    Mar 13, 2010

    Salam..

    Owh..Nak story juga. Hajat dihati aku nak tukar template baru blog ini tapi apakan daya semuanya aku tak berkenan langsung! Dah try tempek rasa semacam aje. Template yang aku download adalah sebanyak 25 tau..banyakkan? 
    Pencarianku selama 1 hari 2 malam, adalah sia-sia belaka. Semua dah try..tapi eeee..menci tau!Semua sudah aku delete. Semua tak serasi denganku... Rasa sayang pula kat template yang sedia ada ni..putih lagi bersih. Suci sesuci hati tuan rumah  Ehm..ok lah..nak melayan AFlapan pas nih. Wasalam...
    3

    Buah Hatiku

    Mar 11, 2010

    Salam n good morning...

    Hari ni dah hari Khamis, cepat betul rasanya. 29hb ni aku akan start kerja, InsyaAllah. Hak penjagaan Pengasuh Ainul Mardhiah masa diperingkat pencarian. Buntu. Ehm, masih ada waktu kan? Susah-susah sangat aku  resign aje. Bolehkah?  Ok..soal itu letak tepi dulu. Jom layan picture  buah hatiku... 

    Picture semalam, kebetulan masa aku sibuk melayan Adik, Abg Long bermain dalam baby bed sesorang sehingga tertidur..Kasihan, cuaca panas sampai berkeringat Abg Long. Aku buka semua tongkap tingkap dalam bilik tapi tiada maknanya. Bila terjaga, Abg Long panggil aku macam ni "maa...maa...cucu..". Owh, kasihan sungguh. Selepas menikmati kelazatan susu yang aku bancuh, baru Abg Long bangun.

    Picture pagi tadi sebelum Adik mandi..Adik yang kehausan minta disusukan. Setelah itu, bila aku nak sedawa (betul ke tak ejaan tu) Adik mula melayukan biji matanya dan membuat memek muka sehingga aku ketawa. Kemudian berlakulah pembaziran susu ibu di situ..see?  Kadang-kadang senang nak bagi Adik sedawa tapi kadang-kadang susah sebab Adik akan terus tidur. Adik juga suka simpan lebihan susu dalam mulut..tu yang sampai meleleh dan membazir. Adik owh Adik...

    Ok..last sekali gambar selepas Adik mandi. Masa ni Adik dah merengek nak tidur. Cepat-cepat aku suruh Abg Long baring tepi Adik dan terus snap pic mereka..walaupun kedua-duanya tak mahu duduk diam...bersyukur sangat aku dapat jugak aksi mereka berdua..

    Sedang asyik menaip nih ada plak terima es em es. Opss..from my Bos! Apa katanya? "Salam. Kami nak dtg melawat ptg ni blh x? Dlm kul 3." Oklah...gtg now..! Wasalam....
    0

    Majlis Berendoi Dan Cukur Jambul

    Mar 9, 2010

    Salam 1Malaysia..Today, aku nk citer pasal Majlis Berendoi & Cukur Jambul anakandaku, Ainul Mardhiah..Majlis diadakan di rumah bonda pada 28.02.2010 yang lalu. Genap sebulan umur Adik..alhamdulillah

    Aku bermalam di rumah bonda pada hari Jumaat. Maksudnya di sini, Abg Long n Adik turut serta memeriahkan rumah Opah. Malam itu, tiada apa aktiviti yang boleh dibuat memandangkan cucu-cucu Opah enggan tidur dan asik sahaja bermain. Aku, Kak Nani, SIL n Bonda hanya mula membungkus gula-gula pada lewat malam untuk elakkan gangguan daripada kanak-kanak ribena. Oh, lupa nak maklumkan yang Kak Nani dan anaknya turut serta tidur dirumah Opah atas godaanku..haha!

    Esoknya, aku dan adikku (Bob) mula buat decoration pada buaian. Ketika ini, Lalingku tiada kerana beliau ditugaskan untuk merebus telur di rumah dan akan datang selepas semua tugasan beliau selesai. Turut bertungkus-lumus mengindahkan buaian anakandaku adalah SILku..Ya, thanks sayang! Yang turut mengacau pun ada jugak, tak lain tak bukan Abg Long dan Ecah. Hasilnya, sangat-sangat memuaskan hati ke semua pihak termasuklah, jiran sebelah rumahku yang bongok itu! Itulah buaian yang paling indah pernah aku tengok (aku yang riak seketika) 

    Sebelah malamnya pula tanpa kakakku, aku, Bonda dan SILku menyiapkan goodies untuk tetamu. Di dalam handbag paperbag ada bunga telur, cupcake dan gula-gula sahaja. Yang istimewa adalah cc dari ANR Delights. Sangat-sangat comel, siap ada nama Adik pula tu..confirm orang sebelah rumah jelous tahap gila babi.

    Owh, sebelum itu nak story juga. Dalam tengah buzy buat buaian si Adik, Pakcu yang ketandusan idea mula curi tulang. Untuk mencari semula ilham, beliau main kereta control yang bernama Champion (betul ke eja mcm ni?) di halaman rumah. Mungkin waktu ni (kalau tak silap) Abg Long dan Ecah mengikut Abangku dan SIL ronda-ronda naik kereta. Dengan rasa tidak malu, Pakcu suruh aku ambil gambar dia main kereta dan mencadangkan supaya aku sebarkan dalam blog aku. 

    Kasihan Pakcu, setelah bersuka ria di siang hari memang wajarlah kena mop lantai kan? Haha..tengah malam pula tu. Tanpa bantuan sesiapa, Pakcu bertungkus lumus mengemop lantai kerana yang lain sudah dibuai mimpi-mimpi indah...sabar ye Pakcu, nanti kenduri Pakcu kami akan kasi yang terbaik punya!

    Majlis esoknya bermula jam 9.25 pagi. Kumpulan marhaban seramai 29 orang mengelilingi buaian Adik yang dihias indah di halaman rumah. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa terlebih dahulu. Setelah marhaban dimulakan aku membawa pengantin keluar untuk dibuaikan. Aku duduk di tepi buaian sambil buai si Adik yang sangat lena tidur. Sangat-sangat syahdu mendengar setiap alunan lagu-lagu berendoi..lirik-lirik yang menyentuh perasaan memuji kebesaran Allah SWT dan junjungan Nabi Muhammad SAW. Juga menceritakan keperitan dan kepayahan si ibu mengandung dan melahirkan anak-anak. Kesemuanya membuatkan air mata aku bergenang..dan nasihat-nasihat yang diberikan sangatlah bermakna..

    Ok..di atas ini pula, aku membawa Adik mengelilingi makcik-makcik marhaban untuk digunting rambutnya sambil berselawat..Adik masih lagi tidur waktu ini walaupun ada sesetengah makcik kiss-kiss pipinya, adik tetap buat 'dek' aje. Alhamdulillah..majlis selesai jam 12 lebih kalau tak silap..selesai semua Makcik Jihan, merangkap Leader kumpulan tersebut bagi peluang kepada aku untuk berucap. Masa tu, aku memang tak standby dan agak terkejut beruk. Ntah apa yang aku cakap ntah la..tapi yang aku tau suara aku menggeletar sebab secara automatik nak menangis, terharu dan sebak bila mengenangkan susah payah mak abah besarkan aku dan sekarang aku pula kena pegang tanggungjawab itu...harapan aku supaya keluarga kami sentiasa di bawah bimbingan-Nya..Amin

    Tak lengkap majlis tanpa keletah mereka. Abg n SILku sponser burger dan hotdog pada malam sebelum kenduri. Abg Long dan Ecah yang macam beluncas belangkas..ke mana sahaja berdua..teman tapi mesra walaupun sekali sekala bergaduh..Pakcu kepenatan sempat melelapkan mata beberapa saat sahaja. Kerana kedua-dua anak sedara mahu menunggang kuda..hahaha

    Setiap seorang memang tiada kesempatan untuk mencuri tulang..selesai majlis Lalingku pula mencuci, menggulung, melipat dan yang sewaktu dengannya sambil dibantu oleh Ecah. Sesudah semuanya selesai pagar rumah ditutup dan dua orang kanak-kanak ini dipenjarakan selama-lamanya. Mereka akan dibebaskan mengikut budi bicara Atok dan Opah sahaja..

    Dalam banyak-banyak gambar, terlupa pula nak tempek gambar Syuhada anak kakakku. Ini gambar sewaktu mereka bermalam bersama kami. Aku seronok sangat sebab bukan senang nak jumpa ngan Syuhada. Mana tidak, cucu Opah ini dijaga oleh Mak Yang ku jadi secara automatik Syuhada kurang rapat dengan kami. Malam itu, seronok tengok keletah Syuhada bila diusik..ehmm cuma sorang aje lagi cucu Opah yang tiada iaitu anak Yob 'si Haziq'..Aku rindu kat dia dan juga anak BILku iaitu Rozi dan Ewan...bilakah masanya kita bisa ketemu semula...??? Wassalam....
    2

    Aku Yg Bersalah

    Mar 6, 2010

    Salam..Ehm, awalnye aku ngadap blog kan? Ekceli, Laling n MIL baru aje bertolak ke KLIA. MIL dah balik kg, flight jam 8.30pg ni..gudbye MIL..

    Kenape ye tetiba je bsemangat aku nak taip entri ni? Ehm, just nak luah perasaan yg tpendam..right now, rasa sedih sgt sbb walopun dah 3 thn bersama laling tp aku rasa gagal nak menambat hati MIL. Kedatangan MIL kali ni aku rasa mcm masih terasing berbanding thn lepas..Biase la kan, aku kan jenis pompuan sensitip x kira tmpt..nak plak tengah bpantang..terasa byk betul batasannya. Ok..ok...aku tak nak salahkn MIL or Laling tapi aku letak kesalahan ni pada aku. Aku rasa bersalah pd MIL terutama Laling..

    Nape ye..ade sesetengah org tu susah betul nak berterus terang n minta maaf..mcm aku ni? Ehm....keras kepala kot aku ni...patutkah aku es em es MIL..n luahkan ape yg terpendam...(?)
    2

    Marah Tapi Sayang (?)

    Feb 25, 2010

    Salam...Aku nak meluah isi hatiku yang sedang amarah. Walaupun marah, tapi aku sayang kedua-duanya bukan memilih kasih. Semuanye perlu ketahanan emosi yang sangat-sangat kuat!

    Hari ni tido bersama. Dapat la aku ngadap blog kejap. Tq anakanda...

    Minggu ni laling dah mula bertugas, jadi amin dan adik di bawah jagaanku sepenuhnya. Adik xde masalah sangat cumanya, si abg long yang selalu melekat dengan aku walaupun adik tengah menyusu. Memang geram dibuatnya. Bayangkan sambil-sambil adik menyusu dia boleh baring dan halakan kaki ke arah kami sampai terkena kepala adiknya. Kemudian bila dilarang (cakap secara baik) lagi dibuat. Kalau aku gendong adik pulak, dia ambil kerusi supaya dia boleh capai kepala, kaki or badan si adik. Mmg gangguan 24 hours. Kalau adik dah tidur n aku nak masukkan ke katil adik, amin akan cepat-cepat masuk n baring kat atas katil tu. Bila disuruh bangun dia tak nak n buat tak reti ja..sakit hati kan? Banyak lagi..sampai ke satu tahap amin terima cubitan 2 kali bertalu-talu dari aku..sampai menangis sakan. Hehehe...kejam aku?

    Memang MIL aku ada kat sini, masalahnya amin xmo ngan MIL aku. Setakat bergurau senda tu dia nak la tapi kalau bab nak mandi, makan, susu bagai semuanya nak mama...mama..mama....huhu. Sedang adik menyusu pun dia boleh suruh aku letak adik n buatkan susu untuk dia. Kesian sgt kat amin. Tapi itu la, nak tak nak memang kena marah jugak. Sebab banyak lagi perangai yang mengganggu si adik.

     
    - Wajah Kesayangan Hamba -

    - My Sleeping Beuty -

    Kat atas ni pictue 2 3 ari lepas..Pape pun, korang doakan anak²ku dpt membesar dengan penuh kasih sayang aku n laling...amin! Wasalam..

    p/s : type entry lelaju x sempat nak touch up lelawa..janji siap...
    0

    I Miss My Parents!!!

    Feb 17, 2010

    Salam rindu...

    Mlm nie I tepakse taip entri selaju yg mungkin kerana waktu sgt la singkat...Kalo ade salah eja ke apa..buat² paham je la ek..Bila² mase je adik akn tjaga dr tido n meminta susu smbil mulutnya memuncung sprt anak burung kelaparan...hahaha Pagi td Misi ade dtg melawat utk lihat perkembangan kami ank beranak...alhamdulillah berat adik dh mencecah 3.8kg..dh montel skit..Nak tgk aksi adik..ni tgk adik yg sdg mengalami ruam²...huhu..kesian anakku..tp bukan adik je, abg long pun kena ruam gak...

     

    Ekceli 2 3 menjak ni, aku agak moody skit n kurang bckp mase kat umah..bukan ape..aku rindukan parents aku Lama dh diorng x dtg..last dtg tgk kami 7hb lepas..smpai la ari sabtu lepas aku sms ayahanda..kasi ayat bebunga cinta skit..so..ari selasa ri tu abah dtg ngan ecah..mak x dpt dtg ade hal...hehe (sebenarnya mak pun moody..abah le cite). Sempat la amin n ecah main sesame..bergumbira..abah lak meluah rase kat aku pasal moody isterinya itu..hahaha...

    Kehadiran mereka benar² menceriakan aku....

    Petang tadi..abah n mak dtg lagi..sbb hantar amin balik sini (amin ikut pakcu balik naik moto tengahari td) Pandai tak taktik aku? Suh amin ikut pakcu naik moto..hahaha.. Abg aku n my SIL pun dtg..n tak ketinggalan si kecil ecah yg cute tu...yaa...aku hepi sgt...hahaha..mekasih kat sume..luv uollss...

    Papepun, mmg sonok sgt. Cuma nak minta maaf kat laling sbb I termoody...huhu..sbb x sape pun yg amik tau ape yg ade dlm hati I nih...U pun tau kan..I mmg cam ni suka berdiam n simpan n mental sesorng...hahaha..so..I'm sory dear...

    Ok lah..nak stop kat cni dulu..nk ngadap amin n adik lak...Wasalam..

    p/s : windu sgt² smpai asik jenguk ke luar kalo terdengar bunyi kereta...huhuhu
    0

    My Girl..My Boy..My Laling..My MIL..who else??

    Feb 7, 2010

    Salam..Izinkn aku nk ngadap blog kejap..huhu...meluah rasa n menutur bicara...

    Adik...like a sleeping beuty...

    Aku skang ni mmg bg bf kat adik sepenuhnya..walopun ada kala laling n MIL aku terbagi susu botol (terkilan rasenye) Amin dulu sempat la 1 ke 2 bln aje bf..Skang ni aku cume  konpius..samade nk teruskn atau mmg nak campur ngan susu formula..lg pun nnti dah keje n adik akn dihantar ke umah pengasuh (siapa pengasuhnye? x carik pun lagi...huhuhu) Sonok tgk adik menyusu dr susu mama dia..MIL aku kata "bergantung saja kamu ini..."
    Kesian abg long...masih memerlukan perhatian...

    Adik pun x byk ragam buat mase ni, cuma abg long aje yg suka buat hal..kaco itu ini..kdg² mental aku dibuatnya..tp mmg kena sabar byk² risau plak abg long berjauh hati nanti ...dh la slalu kena marahh n abg long jgk slalu jadi tmpt kami melepaskn rase marah (mcm mn tu?) Bunyi cam abg long jd mangse dera ja kan? Huhu...ntah la..serba salah dibuatnya...yer lah..dugaan aje kan..

    Berpantang skng n yg lepas byk bezanya..tp kali ni dugaannye lg banyak n sabarku haruslah lebih banyak..yg penting abg long n adik sihat n dpt membesar mcm kanak² lain...Aku plak? Aku x sabar nak habiskn tempoh berpantang...insyaAllah..Ya Allah, jadikan aku isteri, menantu n mama yg solehah..amin!

    Wasalam...
    8

    My Girl

    Feb 4, 2010

    Salam sume...Alhamdulillah, aku masih bernafas stlh bertarung nyawa lbh kurang 4 jam melahirkn my girl pd tanggal 28.01.2010 bersamaan 12 Safar 1431H...Kelahirannya di sambut oleh Dr Yeak n 2 org pembantunye. Tp kenangan plg istimewa bila laling turut bpeluang menemani aku di labour room..alhamdulillah..syukur pd Tuhan...

    Aku x dpt nak citer panjang..mgkin entri² yg akn dtg la ek insyaAllah..maklum le kena berpantang kan..kat sini meh la aku kenalkan buah hati mama n babah.. Ainul Mardhiah n  abg long nye Muhammad Al-Amin....

     
    Inilah dia anak dare aku..pggln mesra 'adik'

     Ini lak anak terune aku ngan lowi²nye.. pggln mesra 'abg long'

    p/s : Slmt Berpantang Pd Aku...Hahahahaha