Marah Tapi Sayang (?)

Feb 25, 2010

Salam...Aku nak meluah isi hatiku yang sedang amarah. Walaupun marah, tapi aku sayang kedua-duanya bukan memilih kasih. Semuanye perlu ketahanan emosi yang sangat-sangat kuat!

Hari ni tido bersama. Dapat la aku ngadap blog kejap. Tq anakanda...

Minggu ni laling dah mula bertugas, jadi amin dan adik di bawah jagaanku sepenuhnya. Adik xde masalah sangat cumanya, si abg long yang selalu melekat dengan aku walaupun adik tengah menyusu. Memang geram dibuatnya. Bayangkan sambil-sambil adik menyusu dia boleh baring dan halakan kaki ke arah kami sampai terkena kepala adiknya. Kemudian bila dilarang (cakap secara baik) lagi dibuat. Kalau aku gendong adik pulak, dia ambil kerusi supaya dia boleh capai kepala, kaki or badan si adik. Mmg gangguan 24 hours. Kalau adik dah tidur n aku nak masukkan ke katil adik, amin akan cepat-cepat masuk n baring kat atas katil tu. Bila disuruh bangun dia tak nak n buat tak reti ja..sakit hati kan? Banyak lagi..sampai ke satu tahap amin terima cubitan 2 kali bertalu-talu dari aku..sampai menangis sakan. Hehehe...kejam aku?

Memang MIL aku ada kat sini, masalahnya amin xmo ngan MIL aku. Setakat bergurau senda tu dia nak la tapi kalau bab nak mandi, makan, susu bagai semuanya nak mama...mama..mama....huhu. Sedang adik menyusu pun dia boleh suruh aku letak adik n buatkan susu untuk dia. Kesian sgt kat amin. Tapi itu la, nak tak nak memang kena marah jugak. Sebab banyak lagi perangai yang mengganggu si adik.

 
- Wajah Kesayangan Hamba -

- My Sleeping Beuty -

Kat atas ni pictue 2 3 ari lepas..Pape pun, korang doakan anak²ku dpt membesar dengan penuh kasih sayang aku n laling...amin! Wasalam..

p/s : type entry lelaju x sempat nak touch up lelawa..janji siap...

2 kOmEn:

pawaka19 said...

name anak kak wati 'MIL'? samalah..name penuh dia ape yea?

miss ahjumma said...

MIL tu 'mother in law' la syg...:l:

Post a Comment