Sambal Kicap Ayam

Jul 11, 2010

Salam..fuhh..hari ni byk sangat karenah anak-anak..yg si abng susahnya nak ajak mandi..main saja. Yg si adik, tido x sampai 1 jam..bila dah bangun..dok diam² tapi tak lama..ada saja tak kena..so..hari ni sangat lewat baru dpt memasakk..perut pun dah lapar..huhu. Menu lunch hari ni sprt tajuk kat atas ya...ihsan dari kak hanieliza yg pemes itu...

ehmm..gambarnya x lah secantik dlm blog kak hanieliza...


Ok..mula-mula sediakan bahan utk memasak ya anak-anak....

  • 500 gm ayam (aku masak 6 ketul saja)
  • 1 batang serai [ketuk]
  • 5 helai daun limau purut [koyakkan]
  • 3 s/b sos tamato
  • 5 s/b kicap
  • minyak
  • garam [jika perlu]

Bahan Mesin

  • 20 tangkai cili kering (aku pakai cili giling segera..hehe)
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1/2 cawan air

Dah siap sume bahan..leh la masak ya....

  • Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dengan serai sehingga wangi dan garing.
  • Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam lembut dan naik minyak.
  • Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap.
  • Masakkan sehingga naik minyak..kemudian boleh la dihidang....

1 kOmEn:

Mr.Z said...

wah2..sedap dan lazat betul tengok juadah tu...
nak masak tak reti lak.. hehe

Post a Comment