Episod 1 : Langkah Bistari Isteri Mithali

Jul 23, 2010


Salam. Untuk makluman teman-teman yang bukan sepejabat, aku bertuah kerana berpeluang mendengar ceramah LPPKN bertajuk Ibubapa Mithali yang disampaikan oleh Tn. Hj. Johar n En. Jamaluddin. Terima kasih banyak-banyak kerana ceramah selama 2 hari (19-20hb Julai) tersebut sangat-sangat bermanfaat buat aku dan kawan-kawan. 

Baru-baru ini, aku saja-saja tanya pokcik google bab-bab yang lebih kurang macam ceramah tersebut. Antara yang menarik perhatian aku adalah Langkah Bistari Isteri Mithali. Baca punya baca, terdapat 50 langkah semuanya. Sangat banyak, maka aku pun copy dan teh paste sebab tak sempat nak baca sampai habis dalam masa yang sama, bila ada kelapangan boleh aku baca lain kali. Ok, sebelum nak jadi ibu mithali haruslah juga menuntut ilmu untuk menjadi isteri mithali. Betul kan? Iye kan aje..bak kata Tn. Hj. Johar. Aku kongsi sikit untuk pedoman kita bersama..Langkah Bistari Isteri Mithali, ikhsan daripada Dato' Dr Fazilah Kamsah...(kita share 10 dulu ok..)

Isteri perlu mainkan peranannya dengan seimbang..bukan sahaja sebagai isteri malah sebagai kekasih, kawan, penyokong, perangsang, penasihat, pendengar, pendidik dan juga pendoa.

Isteri perlu taat kepada suami dalam semua hal yang dibenarkan oleh syarak tetapi isteri tidak perlu taat dalam hal yang melibatkan kemungkaran.

Isteri perlu layan setiap keperluan suami dengan saksama terutama keperluan seksual kerana bagi suami, hubungan seks adalah bukti dan kaedah bagi mengeratkan kasih sayang.

Isteri perlu faham kerenah suami dan perlu banyak bersabar. Isteri perlu menggunakan gerak hati yang sedia ada dalam diri wanita bagi memahami kehendak dan harapan suami tanpa perlu disebut.

Isteri juga perlu didik suami berkenaan apa yang anda harapkan secara hikmah. Adakalanya anda kena berpesan kepada suami sehingga 200 kali untuk dia faham dengan jelas. Oleh itu, sabarlah apabila memberi pesanan kepada suami.

Isteri perlu berhias dan sentiasa kemas / menawan untuk suami. Bincang dengan suami cara penampilan yang dia gemari dan lakukan mengikut kehendaknya.

Isteri perlu maafkan suami dan orang lain setiap malam sebelum tidur dan minta maaf daripada suami. Kemaafannya mencuci hati, menyembuhkan sakit, mencantikkan wajah, menarik sayang dan memakbulkan doa.

Isteri perlu doakan suami setiap masa kerana doa dapat mengeratkan roh anda dan roh suami. Secara tidak langsung dapat membentuk kasih sayang yang mendalam dan berkekalan.

Isteri perlu pastikan yang anda melebihkan / mengutamakan suami daripada ibubapa / orang lain. Dalam masa yang sama, isteri perlu bersopan santun terhadap ibu bapa supaya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

Isteri perlulah berbahagia apabila melahirkan anak seramai yang munasabah. Asuh dan didik sebaik mungkin dan jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk mendidik anak anda.

Ok..cukup sepuluh saja dulu. Kalau banyak-banyak nanti serabut. So, aku nak mengundur diri terlebih dahulu. Wassalam.

accept OR change...

0 kOmEn:

Post a Comment