FesBuk!

Jul 28, 2010

Salam..Sekarang ini cuaca agak tidak menentu..panas..hujan kemudian panas again, pastu datang hujan. Secara tidak langsung musim demam, selsema, batuk pun bertandang tanpa diundang. Selepas melahirkan anak ke-dua, badan aku ni mudah dijangkiti penyakit. Tapi takpe lah, sakit biasa-biasa saja, bukankah itu tandanya, Tuhan nak hapuskan dosa-dosa kecilku...alhamdulillah...

Owh, story di atas memang takde kena mengena dengan tajuk. Sebenarnya, hari ini time-time boring aku selongkar folder-folder gambar dalam pc baha (opismateku) atau nama sebenarnya Mohammad Sobbri B Zulkfely. Kebetulan. jumpa la gambar ni, time aku tengah jenguk fesbuk. Hampeh ja!

Itu dulu...sekarang kat opis dah tidak dibenarkan membuka fesbuk dengan kata lainnya, fesbuk telah diblok  atas arahan pihak atasan. Ramai yang tidak berpuas hati dan ada juga yang kata 'padan muka'. Ramai yang cakap-cakap belakang dan sebagainya. Tapi aku tak kisah pun, ada atau tiada sama saja..aku tetap 'free' memanjang. Sebab? Sebab Big Boss masih bercuti dan secara tidak langsungnya aku la Bos aku buat kerja sesuka hati. Pemangku Bos ada, tapi bak kata dia..dia tak suka nak marah orang. Hehehe..so, aku pun suka-suka buat kerja..

always happy..wasalam.

p/s : i'm sowi pn. azlina...ngeeee~

0 kOmEn:

Post a Comment