1

Durian

Jul 30, 2010

Salam. Kisah ini berlaku semalam. Salah seorang praktikal student di office membawa durian. Oleh kerana pelawaan kawan-kawan aku dengan tidak sengaja turut menjamah 2 ulas durian. Sedap sehingga menjilat jari. 

Dalam masa yang sama, aku ni masih lagi sakit tekak dan batuk-batuk. Oleh kerana tidak berfikir tindakan yang diambil sebelum makan maka, malam tadi aku telah menerima akibatnya. Apa yang terjadi? Waktu Maghrib, lepas bf dan tidurkan Mardhiah aku terus berselubung dalam selimut. Tekakku amatlah perit tidak terkata-kata. Tak sedar pun masa Laling dan Amin balik dari kenduri rumah jiran. Laling bagi makan ubat..one hour after that, barulah terasa keluar peluh. 

Pagi ini suara aku memang rock..takpe lah sekali-sekala. Belajar dari kesilapan. Wassalam.
0

FesBuk!

Jul 28, 2010

Salam..Sekarang ini cuaca agak tidak menentu..panas..hujan kemudian panas again, pastu datang hujan. Secara tidak langsung musim demam, selsema, batuk pun bertandang tanpa diundang. Selepas melahirkan anak ke-dua, badan aku ni mudah dijangkiti penyakit. Tapi takpe lah, sakit biasa-biasa saja, bukankah itu tandanya, Tuhan nak hapuskan dosa-dosa kecilku...alhamdulillah...

Owh, story di atas memang takde kena mengena dengan tajuk. Sebenarnya, hari ini time-time boring aku selongkar folder-folder gambar dalam pc baha (opismateku) atau nama sebenarnya Mohammad Sobbri B Zulkfely. Kebetulan. jumpa la gambar ni, time aku tengah jenguk fesbuk. Hampeh ja!

Itu dulu...sekarang kat opis dah tidak dibenarkan membuka fesbuk dengan kata lainnya, fesbuk telah diblok  atas arahan pihak atasan. Ramai yang tidak berpuas hati dan ada juga yang kata 'padan muka'. Ramai yang cakap-cakap belakang dan sebagainya. Tapi aku tak kisah pun, ada atau tiada sama saja..aku tetap 'free' memanjang. Sebab? Sebab Big Boss masih bercuti dan secara tidak langsungnya aku la Bos aku buat kerja sesuka hati. Pemangku Bos ada, tapi bak kata dia..dia tak suka nak marah orang. Hehehe..so, aku pun suka-suka buat kerja..

always happy..wasalam.

p/s : i'm sowi pn. azlina...ngeeee~
0

Episod 1 : Langkah Bistari Isteri Mithali

Jul 23, 2010


Salam. Untuk makluman teman-teman yang bukan sepejabat, aku bertuah kerana berpeluang mendengar ceramah LPPKN bertajuk Ibubapa Mithali yang disampaikan oleh Tn. Hj. Johar n En. Jamaluddin. Terima kasih banyak-banyak kerana ceramah selama 2 hari (19-20hb Julai) tersebut sangat-sangat bermanfaat buat aku dan kawan-kawan. 

Baru-baru ini, aku saja-saja tanya pokcik google bab-bab yang lebih kurang macam ceramah tersebut. Antara yang menarik perhatian aku adalah Langkah Bistari Isteri Mithali. Baca punya baca, terdapat 50 langkah semuanya. Sangat banyak, maka aku pun copy dan teh paste sebab tak sempat nak baca sampai habis dalam masa yang sama, bila ada kelapangan boleh aku baca lain kali. Ok, sebelum nak jadi ibu mithali haruslah juga menuntut ilmu untuk menjadi isteri mithali. Betul kan? Iye kan aje..bak kata Tn. Hj. Johar. Aku kongsi sikit untuk pedoman kita bersama..Langkah Bistari Isteri Mithali, ikhsan daripada Dato' Dr Fazilah Kamsah...(kita share 10 dulu ok..)

Isteri perlu mainkan peranannya dengan seimbang..bukan sahaja sebagai isteri malah sebagai kekasih, kawan, penyokong, perangsang, penasihat, pendengar, pendidik dan juga pendoa.

Isteri perlu taat kepada suami dalam semua hal yang dibenarkan oleh syarak tetapi isteri tidak perlu taat dalam hal yang melibatkan kemungkaran.

Isteri perlu layan setiap keperluan suami dengan saksama terutama keperluan seksual kerana bagi suami, hubungan seks adalah bukti dan kaedah bagi mengeratkan kasih sayang.

Isteri perlu faham kerenah suami dan perlu banyak bersabar. Isteri perlu menggunakan gerak hati yang sedia ada dalam diri wanita bagi memahami kehendak dan harapan suami tanpa perlu disebut.

Isteri juga perlu didik suami berkenaan apa yang anda harapkan secara hikmah. Adakalanya anda kena berpesan kepada suami sehingga 200 kali untuk dia faham dengan jelas. Oleh itu, sabarlah apabila memberi pesanan kepada suami.

Isteri perlu berhias dan sentiasa kemas / menawan untuk suami. Bincang dengan suami cara penampilan yang dia gemari dan lakukan mengikut kehendaknya.

Isteri perlu maafkan suami dan orang lain setiap malam sebelum tidur dan minta maaf daripada suami. Kemaafannya mencuci hati, menyembuhkan sakit, mencantikkan wajah, menarik sayang dan memakbulkan doa.

Isteri perlu doakan suami setiap masa kerana doa dapat mengeratkan roh anda dan roh suami. Secara tidak langsung dapat membentuk kasih sayang yang mendalam dan berkekalan.

Isteri perlu pastikan yang anda melebihkan / mengutamakan suami daripada ibubapa / orang lain. Dalam masa yang sama, isteri perlu bersopan santun terhadap ibu bapa supaya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

Isteri perlulah berbahagia apabila melahirkan anak seramai yang munasabah. Asuh dan didik sebaik mungkin dan jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk mendidik anak anda.

Ok..cukup sepuluh saja dulu. Kalau banyak-banyak nanti serabut. So, aku nak mengundur diri terlebih dahulu. Wassalam.

accept OR change...
2

Ainul Mardhiah

Jul 16, 2010

Salam tawan-tawan...hopefully, semua tawan-tawan sihat la ye. Hari ni nak tempek pic Ainul Mardhiah yang demam..start hari Isnin sampai la semalam..ekceli, malam tadi dah kebah, tapi pagi tadi tetiba ja panas balik badannya..huhu..

Buat puteriku Ainul Mardhiah..semoga cepat sembuh ya...risaunya hati opah, atuk, mama n babah bila demam adik tak reda²..huhu...nti dah sembuh kita gi jalan-jalan ya....huhu..love u so much!!!! muahhh! Jap lagi mama sampai...hehe....

Wassalam
0

Sotong Lada Hitam

Jul 11, 2010

Salam..sebelum tu nak ckp jgk..'giler rajin aku memasak...!!' hahaha..suka! Utk dinner malam ni aku sempat masak sotong lada hitam..tu pun sbb ade permintaan..hehe. Ok..resepi amik kat majalah aku beli kelmarin...


Ok..mari kita sediakn bahan-bahannya

  • 500gm sotong (aku beli sotong kecik..elok pakai sotong yg besar ek)
  • 2 labu bawang besar
  • 2 tangkai cili merah (aku x guna pun)
  • 2 sudu lada hitam (tumbuk)
  • 1/2 biji lada benggala
  • 1 sudu kicap cair
  • 1/2 sudu kicap pekat
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu gula
  • Serbuk perasa (jika perlu) 


Udah ready semua..bleh la memasak....

  • Cam biasa, potong sotong, cuci dan rebus sampai masak..pastu toskan dulu
  • Pastu, masukkan lada hitam, sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan sedikit air..biarkan mendidih
  • Masukkn sotong, bawang, cili merah dan cili benggala..gaul rata...sesuaikan rasa...then bolehlah dihidang


Utk pengetahuan anda semua..masa memasak tadi, aku ditemani oleh Amin..huhu..tukang ganggu n memeriahkan suasana. Takper la janji dia hepi....amin belum ada kawan nak bermain..so amin sila sabar ye..tunggu adik ainul besar skit...k. Ok lah ..larut malam sudah ni..mata dah pedih mohon rehat...wasalam.
1

Sambal Kicap Ayam

Salam..fuhh..hari ni byk sangat karenah anak-anak..yg si abng susahnya nak ajak mandi..main saja. Yg si adik, tido x sampai 1 jam..bila dah bangun..dok diam² tapi tak lama..ada saja tak kena..so..hari ni sangat lewat baru dpt memasakk..perut pun dah lapar..huhu. Menu lunch hari ni sprt tajuk kat atas ya...ihsan dari kak hanieliza yg pemes itu...

ehmm..gambarnya x lah secantik dlm blog kak hanieliza...


Ok..mula-mula sediakan bahan utk memasak ya anak-anak....

  • 500 gm ayam (aku masak 6 ketul saja)
  • 1 batang serai [ketuk]
  • 5 helai daun limau purut [koyakkan]
  • 3 s/b sos tamato
  • 5 s/b kicap
  • minyak
  • garam [jika perlu]

Bahan Mesin

  • 20 tangkai cili kering (aku pakai cili giling segera..hehe)
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1/2 cawan air

Dah siap sume bahan..leh la masak ya....

  • Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dengan serai sehingga wangi dan garing.
  • Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam lembut dan naik minyak.
  • Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap.
  • Masakkan sehingga naik minyak..kemudian boleh la dihidang....
0

Al-amin : Ainul

Jul 10, 2010


Salam tawan-tawan...hari ni kedua-dua budak comey ni masing-masing buat perangai..sorang ikut karenah dia je..sorang lagi x padan dgn kecik...asik nak main je...tapi kan..marah la cam mane pun..kalo diorang ni takde..pastinya sepi je aku n laling...huhuhu sowi la mama marah-marah tadi ye anak-anak...hehehe


~~wajah kesayangan hamba~~


al-amin
Hari ni betul² buat lawak..amin nyanyi..."pish, pish, pish..kamu angan nakal...pis, pis, pis...kamu angan nakal". Dari pagi bawa ke petang itu je la dia nyanyi..ntah la mana dia dapat..haha yang paling best..petang td amin dah tambah liriknya jadi "pish, pish, pish..kamu angan nakal..nanti kamuuu...tinggal dlm umah.." ntah apa-apa ntah...poyo ja...

ainul
Susah betul nak tido..tak sampai sejam dah bangun..(gangguan jgk dr abg long yg asik ''pish..oish..pish..." je) Hahaha..Adik ni asik meniarap je..pastu bila penat mula la jerit suh angkat..huhu.. dah meniarap siap angkat buntut tinggi-tinggi..terror la konon..sib baik waktu malam dia lena tido..hehee sonang sikit mama nk ngapdet blog...poyo ja mama...
0

Ayam Gulai Padang


Ok..ayam plak..ekceli, pagi tadi keluar anak-beranak. Laling bawa p kedai buku..cewah! Beli buku LAMAN tu..pastu alang-alang kan aku pun nak gak buku..amin pun dpt gak buku..adik ja xdpt pape..hehehe. Ok masa dlm kete sempat la aku n adik tgk resepi kan..so pilih punya pilih..adik cadangkan aku masak masak ayam gulai padang..Ok ini bahan-bahan utk masak agp :-

  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 cm kengkuas
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 10 biji buah keras
  • 20 tangkai cili kering

(semua bahan-bahan kat atas ni perlu dikisar)

  • 2 cawan santan pekat
  • 3 sudu minyak masak
  • 2 sudu asam jawa
  • Garam secukup rasa

Ok..lengkap semua bahan leh la masak ye. Ok potong ayam n cuci bersih (aku perapkan ayam ngan tepung seketika supaya mudah nak hilangkan darah pada ayam) Pastukan panaskan minyak n boleh la ditumis bahan-bahan yang dikisar sampai garing. Pastu, masukkan ayam dan gaul sebati. Pastu masukkan santan dan perlahankan api..biarkan selama 15 minit. Setelah ayam masak, boleh la masukkan perasa dan asam jawa...mcm biasa sebelum hidang make sure rasanya sodap..!

p/s : aku tak sempat tunggu bahan kisar sampai garing..hehehe poyo ja..tp rasa still ok..
0

Daging Masak Merah

Jul 9, 2010

Hidangan simple malam ni..daging masak merah ja..cadangnya daging ni nak buat rendang tp dah x sempat. Daging dlm peti ais pun ciput ja..perut pun dah lapor..huhu..bedal ja la..bahan-bahannya utk hidangan 2 - 3 org ja ya...
  • Daging (potong la comey²)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • 1cm halia
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 biji tomata n cili masak 

Siap bahan bleh la masak...gaulkan daging bersama garam n kunyit. Kemudian goreng daging sampai empuk. Pastu bleh la masukkan bawang, bawang putih, halia..kacau-kacau..masukkan lak sos cili, sos tomato n sos tiram secukup rasa ya...lastly masukkan tomato n cili masak..sebelum nak hidang...rasa la dulu ok ke tak...hehehe..lain nafsu lain citarasanya...
3

Ayor Barli

Jul 4, 2010


- Gambar di atas adalah ikhsan dari pokcik google -

Salam..jemput le minum air barli eh..sedap oi..sedap sangat. 1st time buat sendiri. Biasanya beli ja. Dah lama teringin nak buat ja sendiri kasi puas minum..ari ni baru dapat..Ari ni masak ini ja..pagi sampai petang makan barli. Hahaha..(mo mengamuk laling aku eh..)

Owh ya hari ni masak kari daging lak..Maleh nak amik gambor sebab asik kari ja kan kalo time coti. Itu la peberet laling. Kalo tak kompem aku masak rendang daging ari ni..bleh plak dia suh aku tunda ke mggu dpn lak..suka suki dia ja. 

Ok..barli tu aku rebus sama gula batu ya. Seperti yang disarankan oleh tawan-tawan. Ok itu ja nak bagi tau. Sekian. Wasalam.
5

Tetamu

Jul 3, 2010

Salam. Hari ni pagi-pagi lagi laling dah bersiap untuk bertugas. Segak dengan seragam No.1 nya. Tinggal bertiga ni anak-anak baik sikit. Rutin macam biasa, sapu sampah, sidai kain yang dah dibasuh malam tadi. Itu ja, laling tak la lama keja dalam jam 10 lebih dah pulang ke rumah..

Laling bagitau..tengahari g umah belakang (kawannya) ade wat kenduri. Owh..ndak perlulah aku masak untuk lunch...besh! Laling tertidur di sofa, Abg Long buzy ngan lego, aku layan adik atas katil yang baru terjaga dari tidur..Tetiba ''assalamualaikum..kum apa..kombat..bat apa..bat man..." (hp aku berbunyi) Rupa-rupanya Atok call memaklumkan nak datang ke rumah bersama Pak Hassan. Siapakah Pak Hassan..ntah ingat-ingat lupa aku. Rupanya dady kpd SIL aku. Hahaha... Kelam kelibut kami mengamas umah!!

Mereka inilah (mak ayah SIL) tetamu paling jauh (area perak ja)..hehe tepeng mari. Terima kasih datang, kalau bagitau awal boleh juga masak-masak sesedap yg mungkin..Amin seronok main sama Ecah..Adik plak asik nak nangis ja tak kenal orang..adoii sedih sangat mukanya..Owh..Yang mana Pak Hassan Yang paling comel itu la Pak Hassan...hehehe pendiam orangnye tak macam anaknya pun..Isteri Pak Hassan mengajak kami ke tepeng..ehm..insyaAllah..ada rezeki nanti sampai ye makcik..

Lepas semua tetamu pulang kami bersiap-siap nak p lunch kat umah kawan laling..sedap owh..nasi minyak. Sembang-sembang..salam-salam..kami pun balik ikut jalan belakang ja. Petang tu anak beranak tido..aku n laling dapat la tido jap sebab adik sekarang tido sekejap-sekejap ja..huhuhu

Tengok la rambut adik dah banyak kan..ada la dari takde langsung. Kesian adik, kemana ja kami pegi kalau ada orang tegur mesti kata adik ni lelaki..so tindakan yang aku ambil setiap kali nak keluar kemana-mana aku akan pakaikan adik baju kaler pink..hehehe...nak pakai headband, headband pun mama tak beli-beli lagi..hehehe...

Malam ni, ade lagi tetamu datang..kira dia ni tetamu tetap kat umah ni...sape ke lagi kalau bukan satu-satunya adik aku kat dunia ni. Saja datang lepak dengan laling aku nak nengok bola..huhuhu. Aku pun tengok sama la sambil-sambil menaip blog nih..hehe..Argentina vs German..boring ja...ok lah..sekian dulu nota untuk hari ini. Wasalam.

Sekian untuk info hari ini...wassalam.
3

Our New Home

Jul 2, 2010


Salam. Hari ini dengan suka sukinya, nak cerita pasal rumah baru. Tidak sepatutnya cerita kat blog ini sebab aku dah buat blog khas untuk rumah kami kat sini. Tak perlu klik sebab masih belum dibuka sepenuhnya untuk orang ramai. Nanti riak pula kan. Ok kat sini aku cerita serba sedikit lah ye..

Kami selamat berpindah ke rumah baru pada 28hb Mei yang lalu. Harta benda kami sepanjang di rumah sewa memang tak banyak iaitu set bilik tidur, peti ais, mesin basuh, tv, rak tv, meja makan jepun (murah je) ehm rak baju dan itu ja rasanya. Yang lain-lain itu, biasa lah lori² amin, kasut-masut, tikar dan yang sewaktu dengannya. Tengok ja picture kat bawah ni...

Masa pindah hari itu, aku guna perkhidmatan lori MPM ja..terima kasih daun keladi. Sekali angkut ja..beres semua. Terima kasih kawan² laling tolong angkat harta benda yang tak berapa nak banyak itu. Barang-barang dalam gambar kat atas tu diangkut dengan kereta..ulang-alik tmn sri mawar ke tmn sejati..huhu

So, sebulan sudah kami dirumah baru dan banyak juga perubahannya. Harta benda pun dah banyak. Kalau dulu duduk bersila atau baring sambil menonton. Now, laling dah sediakan sofa untuk kami anak beranak. Dulu astro biase sekarang astro B.yond, dulu pinjam langsir mak now, langsir sendiri sudah, part yg plg aku suka adalah dapur..baik punya dan lain-lain lagi la termasuk pokok-pokok yang kat luar tu...senyum ja sekarang. Apa-apa pun, terima kasih pada laling..sediakan yang terbaik untuk kami anak-beranak. Pada tawan-tawan..jemputlah datang ke rumah kami. Jgn malu jgn segan sebab tuan rumah lagi segan. Wasalam.

Nota : masih hutang kenduri...