0

Today

Dec 31, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
~ Kuih Keria ~

Saya buat kuih keria pagi tadi untuk breakfast. Ini bukannya sebab terlebih rajin. Masuk hari ini, dah 3 hari bOs demam. Kesian. Kami anak-beranak lagi kesian..hehe (tak dapat nak ke mana). Itulah masak ja apa yang ada. 

Harap, janganlah Abg Long berjangkit demam. Abg Long nak ke sekolah Isnin depan. Dalam bOs demam-demam tu, sempat lagi beliau ganggu saya membentuk kuih keria ni. Kononnya, nak tunjuk skill beliau lah tu yang sudah ala-ala Top Chef! 

Kuih Keria ni dapatlah dalam 40 ketul. Separuh lagi saya goreng separuh masak dan masukkan dalam fridge. Saya buat stok di kala lapar kelak. Owh, lupa nak mention kat sini. Sebenarnya, ni lah 1st time saya buat kuih ni. Poyo kan?

Ok lah, betul-betul rasa ketandusan idea nak menulis. Tak dapat nak menyusun kata-kata. Ehm. Tak apa lah. Dikesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada anda semua (yang setia membaca nota saya). 

Wassalam.
0

Anniversary...

Dec 29, 2010

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt...
Ya Allah…
Hari ini ( tanggal 29 Disember 2010 ) adalah ulangtahun ke-4 perkahwinan kami.
Hamba-Mu yang dhaif ini, mematri janji di hadapan kebesaran-Mu.
Kami tahu tidak mudah untuk memelihara ikatan suci ini dalam naungan redha dan maghfirah-Mu.
Kami tahu, amat berat bagi kami untuk mengayuh perahu rumah tangga kami menghadapi taufan godaan di hadapan kami. 
Karena itulah, kami datang memohon rahman dan rahim-Mu...

Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. 

Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. 
Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai. 
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, 
dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. 
Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya..
Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi...
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, suami/isteri kami, 
keturunan kami dan ampunilah kami...
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...
Amin Ya Rabbal'alamin...

Wasalam...
0

Selamat Hari Tua Kanda!

Dec 28, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah. Semalam buat suprise party menyambut birthday beliau yang ke33 di rumah mak mertua beliau (mak sayalah tu). Gambar tak banyak sebab bateri cam habis. Jadilah 2 3 gambar kenangan untuk beliau. Hehehe...
Saya doakan semoga Allah merahmati sepanjang usia beliau..wish him a happy and successful life and the hereafter..InsyaAllah (kata-kata ini merangkumi semua doa-doa saya untuk beliau...). Tak lupa juga kepada seseorang..."mama...terima kasih kerana telah melahirkan n membesarkan anakmu ini...."
*  *  *  *  *  *  *  *  *
Nak dijadikan cerita, hari Sabtu dan Ahad saya dilanda penyakit malas. Ya Allah. Benar. Saya asyik nak tidur dan makan ja. Nasib baiklah, awal-awal lagi saya sudah sediakan hadiah kecil untuk beliau. (Kecil sangat..tak dapat nak dibandingkan dengan pengorbanan beliau sebagai seorang wira...hahaha)

Gelabahlah saya semalam. Mujur, keknya saya dah tempah..(memang dah tau birthday boy nak kek apa). Tinggal lagi tak tau nak celebrate macam mana. Takde idea langsung. Fikir punya fikir dan minta izin orang tua. So, buat di rumah mak. Jemput adik beradik :) Mak masakkan bihun goreng dan order pizza. Alhamdulillah. Terima kasih pada semua yang sudi meraikan. Syukran.

Saya teringat kata-kata kakak saya semasa nak menjemput beliau ke rumah untuk menyambut hari lahir suami saya. Katanya, (dalam nada ketawa dan suara sedikit menjerit) "Eeee...dah tua-tua pun nak sambut hari jadi lagiiiiii...."

* Pada sayalah..Semakin kita tua, semakin kita sensitif dan manja. Betulkan? ;)
0

Lets gO To Kindergarten!

Dec 22, 2010

Bismillahirrahmnirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Muhammad Al-Amin akan ke Tadika Anakku Ria next year. Kami dah pun daftarkan nama Abg Long petang Isnin yang lalu dan Abg Long sempat berjumpa dengan Madam Kanti (she's punjabi) merangkap Guru Tadika beliau.
Gambar lama Abg Long..Gambat kindergarten tak sempat nak snap..lain kali InsyaAllah...

Sedikit Latar Belakang Madam Kanti
Beliau berusia 50an and still in good health. Beliau mempunyai seorang suami dan dua orang anak perempuan (seorang lawyer n seorang lagi nurse). Meliau menetap di Fasa 1E (belakang MPM) dan sering berjoging di stadium MPM seawal jam 6.30 pagi. Beliau merupakan bekas guru besar di salah sebuah sekolah area Sitiawan (tapi lupa nama sekolahnya). Dulu, tadika yang diusahakan adalah di belakang The Store Sitiawan dan kemudian berpindah ke Fasa 3B Seri Manjung kerana di sana kerap berlaku masalah banjir.

Semalam aku ke tadika semula selesaikan beberapa dokumen. Sempat lagi berbual dengan Mdm Kanti. Di Tadika nanti semua kanak-kanak akan diasuh oleh guru masing-masing mengikut peringkat umur. Bagi kanak-kanak 3 dan 4 tahun akan berada di bawah jagaan Cikgu Ain (tak sempat kenal lagi..tunggu 3hb nanti). Seronok berbual dengan Madam Kanti dan rasanya tak puas bersembang dengan beliau.

Sebabnya...ntahlah. Maybe sebab 1st time Abg Long nak ke sekolah..so perasaan tu macam-macam. Excited ada, risau pun ada, macam mana nak cakap ntah. So, seboleh-bolehnya macam-macam nak tanya pada Mdm Kanti. Agaknya sebab itulah, beliau cerita panjang lebar. Mungkin beliau sendiri dah faham perasaan ibu bapa yang baru 1st time nak hantar anak ke tadika. Baru je niat dalam hati nak tanya itu ini...dah madam explain..hahaha (terror kan?)

Masa persekolahan : 8.00 pg - 12.00 t/hari.
Subjek : BI, BM, Mats, Sains, History, Fizik, Moral, Jawi dll..
Lokasi : Dekat dengan rumah Atok (supaya senang Atok nak jemput cucu..)

Next entri..tunggu sajalah 3hb nanti..(9 hari ja lagi)..I hope everything will go smoothly..InsyaAllah.

*Buat anak mama n babah Al-Amin..belajar elok-elok ya nak...
2

zOO Taiping..

Dec 17, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Kami bercadang membawa anak-anak ke Zoo Taiping (hadiah untuk Abg Long sebelum menjejakkan kaki ke alam tadika next year). Alhamdulillah, semalam sampai juga. Ini adalah kunjungan kami yang kedua. Hehe..bosan? Pada Abg Long tidak..Biasalah, anak-anak lebih seronok bila dapat ke zoo melihat pelbagai jenis binatang..ada 1300 jenis spesis haiwan di Zoo Taiping (kalau saya tak silap lah) sangat seronok!
Sehari sebelum ke zOO, kami tanya Abg Long binatang apa yang dia nak lihat di sana. Abg Long jawab..badak..ular...zirafah....gajah...gajahhh...gajjjahhh...
Ada gaya macam tak mau balikkan?
Kesian, sampai berpeluh-peluh. Bukan Abg Long ja Adik pun sama berkeringat. Ye lah..jauhnya tu kami berjalan..34 ekar you all...! Naik train x adventure..tapi kesian pula bila melihat riaksi Abg Long macam berminat tengok org lain naik train..tapi alang-alang dah berjalan tu maka teruskan aja lah...
Alah babah...ayam kat umah Tok Ngah pun banyak...huhu.
Beaver
Waahhhh....!
Masa ni Abg Long mengeras masa nak ambil gambar...katanya "mama..mama..amin takut. Nanti beruang ambik Amin..." Poyo ja...
Lupa pula nak suruh Abg Long kira berapa ekor flamingo yang ada...
Masa ni kami pun tak ingat ntah apa yang dia sembang ngan binatang tu..agaknya, dia ajak datang ke Sri Manjung tak...hehehe :D
Ok yang ni semasa hujan....payung tak bawa..baguslah sangat. Nasiblah ada pondok bertuduh. Mujur hujan tak lama...perjalanan diteruskan kerana Abg Long nak gajahhhh...
Ini buaya sakit gigi. Tu pasal la dia nganga ja..kami lihat gigi depannya dah patah. Kesian. Banyak lagi buaya tapi yang sekor ni ja kebetulan dok dekat ngan pagar..moody ngan kawan-kawan dia agaknya...
Sang kura-kura sedang berjemur...
Yang ini..1st time ke zOO. Kadang-kadang kita tunjuk binatang dia tengok ke arah lain. Kalau binatang tu bergerak baru dia perasan dan terpesona...takper..nanti Adik dah besar skit kita jalan-jalan lagi ye bucukkk...! (Nampak tak gigi adik?)
Cobaan menggoda...
Peace nO waR!!
Owh..yang ni lagi sekor beruang..kawannya dah bangun tapi dia masih tidur....
Marmoset Telinga Hitam
Oyang Utan
Mama n pooh
Babah bongek n Adik
Nasib baik kami sampai...kesian rusa ni semua tengah lapar. Tiga beranak ni kasi belanja semua rusa tu makan daun-daunan..rakyat prihatin...
Tata!
Ada banyak sangat gambar..banyakkk..sampai bateri cam habis. Last sekali snap gambar gajjahhhh dgn hp babah..jadilah kenangan untuk Abg Long. Tapi tak upload pun ke pc lagi. Masa kami balik..Abg Long n Adik pengsan dalam kereta..betul-betul pengsan..masuk ja dalam kereta terus booommm....! Wakaka...

Selamat malam. Wassalam.
0

I love my messenger...

Dec 13, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Kawan-kawan..ini hadiah untuk kalian semua. :)


We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu’allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu’allim…
He was Muhammad salla Allah alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind

He prayed while others slept
While other ate he'd fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
Oh Mu'allim...

He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled

I love my messenger...wassalam...
0

BlogLarian

Dec 10, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt....

Saya mula terbaca pasal BlogLarian ni dalam entri al-lavendari semalam. Terima kasih la yer...

Malam ni baru berpeluang nak jenguk BlogLarian. Dah ramai dah rupanya yang join..tapi sebelum tu saya jenguk dulu ke blog ini untuk mendapatkan maklumat lanjut...makanya, tanpa membuang masa saya join..hehehe
Jom join BlogLarian !!!
Saya suka blogwalking kerana saya ingin mencari kenalan seramai yang saya mampu. InsyaAllah. Sebagai seorang ibu yang bekerja banyak ilmu yg dapat saya perolehi dengan hanya berblogwalking...(termasuklah bershopping...) :D

Dikesempatan ini saya dengan bangganya nak TAG semua orang yang baca entri ini..(sharing is sexy caring....)

Sekian, harap maklum. Wassalam.
2

1st Giveaway(2)

Dec 9, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Ini adalah STICKY MODE
Seperti yang dijanjikan..alhamdulillah malam ni seperti dipermudahkan semua urusan saya untuk menunaikan janji dalam entri sebelum ini iaitu 1st Giveaway. Sebenarnya, tak sempat pun nak berbincang dengan Mr.M mengenai soalan-soalan untuk 1st GA saya ni. Soalan memang dah disediakan cuma saya nak beliau semak je dulu sebelum saya postkan. Makanya, saya rasa elok jika saya letakkan syarat-syaratnya terlebih dahulu. (Sila baca dan fahami dengan teliti kerana mungkin agak berbelit sebab saya sedang menahan sakit gigi yang agak ketara tika ini jadi tidak dapat menaip dan berfikir dengan tenang...)

1. Penyertaan dibuka kepada semua kecuali rakan-rakan di tempat saya cari makan (mpm lah tu) Sorry ye korang ;
2. Sila follow blog saya seikhlas hati anda. Tiada paksaan dalam bercinta... ;
3. Bagi penyertaan daripada Facebook boleh add saya itawalis1@yahoo.com.au dan ; 
4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31.12.2010 jam 10.00 malam.

Untuk makluman, hadiah bagi penyertaan daripada rakan blogger dan facebook akan diasingkan..insyaAllah.

Emm mudah ja kan nak sertai..dan saya akan bagi 1 hingga 10 soalan yang sangat simple untuk anda jawab. That's way why saya tak benarkan rakan sepejabat join sebab mereka tahu pasal saya...hehehe :D. TAPI, sebelum tu...saya nak anda buat entri pasal GA(1 & 2) saya bertajuk '1st Giveaway from Tulisankuchantique' dan mestilah ada link saya dalam entri tersebut. Sila maklumkan entri anda dalam shoutmix saya..Tarikh tutup untuk anda sediakan entri tersebut adalah pada 24.12.2010. Ok itu ja...

Bagi penyertaan di FB sila letakkan something mengenai GA ini di wall anda dan mestilah link dengan FB saya. Faham ke tak?? Takper kalau tak faham boleh pm yer...hehehe...

Soalan-soalan tersebut akan dikemukakan bila-bila masa sahaja. Jadi sebagai klunya, rajin-rajinlah baca semua entri saya dari dulu hingga sekarang kerana siapa cepat..dia yang dapat!!!

Hadiahnya...?? Tunggu entri Jumaat yang akan datang pula..saya rasa berbaloi dengan segala usaha anda dengan hanya menyertai GA saya. InsyaAllah...

Sekian...Wassalam.
0

Beloved Sweat Heart...

Dec 8, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
Lama sudah saya simpan dan pendam kisah mereka. Abg Long dan adiknya.
Pertamanya, alhamdulillah. Menganjak ke usia tiga tahun abg long berjaya juga tinggalkan pampers. Allah turunkan penyakit dan juga berikan hikmah. Betul. Selepas kena jangkitan kuman hari tu, senang sikit nak explain kat abg long dengan syarat kena kaitkan dengan 'doktor'. Kalau tidak sebelum ni, pandai ja menjawab. Opah dan atok pun sama-sama sepakat bantu anak sulung kami ni supaya lebih independent. 

Satu ja lagi yang belum success...poo..pooo.. :D (Kami akan ikhtiar lagi..)
Klik lah picture ni...
Nak tahu tak? Abg Long cuma akan memakai pampers waktu malam ja iaitu waktu dia nak tidur. Kami ni nak ajar dia poo poo di toilet. Tapi abg long tak poo poo sepanjang hari kecuali selepas dipakaikan pampers. So, purata abg long pakai pampers sehari adalah 2 kali. Selepas pakai pamper pertama dia poo poo. Selepas ditukar dan memakai pampers kali ke 2 baru abg long tidur. Bijak kan?
Kami sedang carikan abg long tadika bagi kemasukkan usia 4 tahun. Ntah la ada lagi atau tidak ruang kosong untuk abg long. Lokasi yang dicari sebolehnya yang berhampiran dengan rumah atuk. InsyaAllah...itupun  kalau ada rezeki abg long nak bertadika... :)

Baru-baru ni, abg long ada tabiat baru yang sangat-sangat dia suka buat dengan kerap...gigit kuku! Tak kira la kuku kaki ke kuku tangan ke...haishhh sampai tumpul dibuatnya.
Yang ini pula. Dah pandai berdiri sendiri. Kalau kerusi dirumah opahnya memang dah PAS adik panjat. Nak melangkah masih gayat. Menjerit itu biasa bagi adik selagi tidak digendung. Pernah babab muka mama dia jam 4.00 pagi ketika sedang menyusu tanpa rasa bersalah. Apa lagi ye..? Owh..sudah tumbuh giginya. Rambut pula macam itu ja. Pernah cuba nak tocang satu tapi x sempat sebab ekstrim sangat. Adik juga dah pandai nak bergaduh dengan abg long. Sekarang ni abg long cuma mengadu ja..akan datang ntah la..Banyak lagi gelagat adik ni cuma gambar ja tak ada. Kasihan.

Ok lah..sekian sahaja laporan saya mengenai mereka. Semoga mereka dapat membesar dengan sihat dan bersabar dengan kerenah mama mereka yang kadang kala emosinya tak berapa stabil. :D

Sudah 13 kali saya menguap. Wassalam.
1

Bersyukur kerna...

Dec 6, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Jujurnya, hari ini bermalas-malas mahu ke pejabat. Ya lah, memandangkan esok cuti umum (Maal Hijrah) dan terasa alang-alang mahu bekerja :D Hujan awal pagi. Sejuk dan dingin..ehmm nak tarik selimut lagi. Hahaha...tak pe lah..tunaikan juga ibadah utk hari ni..insyaAllah.

Bersyukur kepada suami yang memasak untukku malam ini
Kerana ertinya…suamiku di rumah malam ini, bersamaku dan anak-anak..tidak bersama orang lain

Bersyukur kepada suami yang sedang bermalas-malasan di atas sofa sambil melayan internet.
Kerana ertinya…dia tidak melepak di kedai kopi bersama kawan-kawan

Bersyukur untuk anak-anakku yang selalu bising di rumah
Kerana ertinya…dia tidak melepak di luar bersama kawan-kawannya yang ntah sapa-sapa.

Bersyukur untuk baju aku yang mula rasa sempit
Kerana ertinya…aku lebih dari cukup makan

Bersyukur kerana bayang-bayang yang mengikuti aku
Kerana ertinya… aku masih merasakan kehangatan mentari…

Bersyukur kerana rumahku yang berselerak dan ada yang perlu diperbetulkan
Kerana ertinya…aku mempunyai rumah!

Bersyukur kerana mendapat tempat parking kereta yang paling jauh
Kerana ertinya…aku masih boleh berjalan dan aku mempunyai kereta!

Bersyukur kerana budak lelaki yang memekak bermain gitar dan menyanyi dengan sumbang
Kerana ertinya…aku masih mampu mendengar!

Bersyukur kerana perlu membasuh baju
Kerana ertinya…kita mempunyai baju untuk dipakai

Bersyukur kerana kepenatan kerja setiap hari
Kerana ertinya…aku mampu bekerja keras setiap hari..

Bersyukur kerana mendengar bunyi jam yang menggangu tidurku setiap pagi
Kerana ertinya…aku masih hidup!

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam di bumi Allah..wassalam.

*banyak lagi perkara yang perlu aku bersyukur...bersyukurkah aku (?)
3

Chocolate Giveaway

Dec 2, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah...buat pertama kalinya, telah dibukakan pintu hati untuk join giveway. Mulanya, ternampak entri  Chocolate Giveway ni di blog jieda . Mula-mula tu tengok-tengok ja la..2 3 hari dok fikir-fikir melangut sesorang kat kaunter..why not kan? 1st time nih...mana tahu rezeki anak-anak???

Kawan-kawan yang berminat..marilah beramai-ramai kita memeriahkan giveaway daripada blog CT Jom klik (Naufal N Nureen). Tarikh tutup 25/12/2010..

Syarat-syarat untuk join Chocolate Giveaway ni sangat mudah ye tawan-tawan..this is my checklist...
1. Follow Blog beliau...(Done!)
2. Buat entri bertajuk Chocolate Giveaway...(Done!)
3. Ada link ke entry GA beliau...((Done!)
4. Letak banner pada entri dan sidebar...(Done!)
5. Tinggalkan link entry pasal GA ni di komen box beliau...(Done!)

Mungkin juga pantang dengar ja 'chocolate' terus teruja. Agaknya lah. Sudah la 2 hari berturut asik makan ais krim chocolate walls yang sangatlah sodaaaaapppppp...wassalam.

*Ya Allah...semoga penyertaan ini mendapat keredhaanmu....amin :)
0

Peringatan Untuk Diri Yang Lalai...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Artikel ni saya baca di sini. Banyak lagi artikel dakwah yang belum pun sempat saya baca kesemuanya. Alhamdulillah, blog ini sangat bermanfaat. Salah satu tajuk yang sempat dibaca dan dihayati....Peringatan Untuk Diri Yang Lalai (sayalah tu). Saya copy artikel tersebut di sini untuk manfaat kita bersama...insyaAllah.
Hai Diri semakin lupa dengan dengan kehidupan akhirat dan sentiasa terpedaya dengan kehidupan dunia yang semantara sedangkan hakikat kehidupan dunia adalah seperti apa yang digambarkan oleh Allah swt:

“ Dan kehidupan dunia adalah semata-mata keseronokan dan bermain-main. Dan sesungguhnya kehidupan yang sebenar adalah kehidupan akhirat. Ini sekiranya mereka benar-benar mengetahui”

Orang yang benar-benar mengetahui tentang kehidupan akhirat tidak tertipu kehidupan dunia yang melekakan. Orang yang jahil adalah yang tertipu dengan kehidupan dunia, ini menunjukkan diri ini amat jahil oh tuhan.

Saat-saat kematian semakin menghampiri tetapi diri ini sentiasa lalai untuk mendapat amal akhirat. Apabila mendapat nikmat dunia, rasa seronok sehingga terlanggar perintahnya dan meninggalkann ketaatan sedikit demi sedikit. Apabila Allah menguji dan menarik nikmat tersebut, amat sedih dengan kehilangan nikmat dunia tetapi sebenarnya Allah hendak mengembalikan diri ini kepadanya.

Bersedihlah dengan kehilangan amal akhirat bukannya kehilangan dunia. Ingatlah Allah ingin member I peluang untuk kembali kepadanya sebelum datangnya saat kematian. Rebutla peluang ini sebaik-baiknya sebelum terlambat. Nabi saw bersabda:

“Bersegeralah kamu beramal sebelum datangnya tujuh perkara:

1. Adakah kamu menanti sehingga kamu fakir yang menyebabkan kamu lupa.
2. Adakah kamu menanti sehingga kamu kaya sangat yang menyebabkan kamu melampaui batas.
3. Adakah kamu menanti sehingga kamu sakit yang merosakkan badan kamu.
4. Adakah kamu menanti sehingga kamu tua yang melemahkan kamu.
5. Adakah kamu menanti sehingga mati yang semakin menghampiri kamu.
6. Adakah kamu menanti sehingga tibanya dajal. Dajal adalah seburuk2 benda gaib yang dinanti.
7. Adakah kamu menanti sehingga datangnya kiamat. Kiamat adalah perkara yang menakutkan dan amat pahit.”

Hadis riwayat imam Tirmizi.

Ingatlah wahai diri bahawa setiap apa yang kamu buat akan dihisab oleh tuhan. Jangan seronok dan leka melakukan apa saja tanpa sedar Allah murka dengan dirimu. Firman Allah swt:

“Adakah manusia meyangka dia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa dihisab dan dibalas)?”

Ayat 36 surah al-Qiamah

Ingatlah kematian sentiasa mengekori mu. Setiap saat masa berlalu semakin hampir i dan akhirnya kamu pasti akan bertemu dengannya. Firman Allah swt:

“ Katakanlah hai Muhammad, sesungguhnya kematian yang mana kamu lari daripadanya , ia pasti akan menemuimu.”

Ayat 8 surah al-Jumaah

Walaupun diri sentiasa melihat kematian tetapi mengapa tidak menambahkan keimanan kamu dan mendekatkan diri dengan akhirat. Ini adalah hati yang keras dan hati yang lalai dalam ibadah. Firman Allah swt:

“ Maka celakalah bagi orang-orang yang keras hatinya daripada mengingati Allah. Mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata.”

Ayat 22 surah az-Zumar.

Hati yang keras ini adalah hanya layak untuk neraka sahaja. Allah sentiasa bertanya bilakah hati ini hendak khusyuk kepada tuhan dan patuh segala perintahnya. Firman Allah swt:

“ Bukankah sudah sampai masa bagi orang-orang beriman untuk tunduk khusyuk mereka kepada mengingati Allah dan patuh dengan kebenaran yang Allah telah turunkan…”

Ayat 16 surah al-Hadid

Adakah setelah malaikat mencabut nyawa baru hendak menyesali terhadap perbuatan-perbuatan yang melampau di dunia. Ketika itu tidak ada gunanya. Nasi sudah busuk (jadi bubur sedap lagi). Firman Allah swt:

“ Sehinggalah datang kematian kepada salah seorang mereka. Dia berkata : Hai tuhanku kembalikan aku ke dunia, supaya aku dapat beramal soleh yang mana telah aku tinggalkan. (jawapan tuhan) Tidak sama sekali, itu hanya ucapan yang diucapkan (tidak ada gunanya) dan mereka akan melalui alam barzakh sehinggalah hari mereka dibangkitkan.”

Ayat 99,100 surah al-Mukminun

Ingatlah wahai diri sehebat mana ilmu, sebesar mana mahligai mu, setingga mana pangkat mu, sebanyak mana pengawal mu; itu semua tidak menghalang malaikat maut untuk mencabutn nyawamu. Firman Allah swt:

“ Dimana sahaja kamu berada, pasti kematian akan menemuimu sekalipun kamu berada di dalam bangunan-bangunan yang kukuh dan terkawal.”

Ayat 78 surah an-Nisa

Bila mana kamu sudah ingat mati dan menyesal terhadap perbuatan-perbuatan yang lampau; Ingat penyesalan sahaja tidak berguna, diri ini kena bangun beramal dan tidak hanya berazam tanpa ada perlaksanaan. Nabi saw bersabda:

“Orang yang cerdik adalah orang yang sentiasa bermuhasabah dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Orang yang lemah adalah orang yang sentiasa mengikut hawa nafsunya dan hanya berangan-angan Allah akan membalasnya dengan syurga (sedangkan tidak beramal).”

Hadis riwayat Imam al-Hakim

Ya Allah banyaknya dosa hamba mu ini dan sedikit amalan akhirat.
Amalan yang sedikit entah mencakupi syarat ikhlas atau tidak,
Hati ini semakin jauh dari mu, oleh itu bersihkanlah hati ini dan isilah dengan cahaya-cahaya iman,
Aku tidak peduli samada manusia mengasihi atau membenci, asalkan engkau menerimaku kembali.
Ya Allah sekiranya mati ini lebih baik untuk mengelakkan fitnah dunia dan baik untuk agamaku cabutlah nyawa ini dalam keadaan engkau reda kepadanya.
Sekiranya hidup ini lebih baik untuk menyumbang terhadap agamamu dan menambahkan amal baikku panjangkanlah umurku dalam keredaanmu.

Rindu pula sesi Muhasabah Diri di JTM. Kawan-kawan, bila nak sambung majlis ilmu kita??
Wassalam.