Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah..adiksmart sudah beradu di kamar. Lega sikit. Tinggal aminsmart ja sedang menonton channel disneynya. Silih berganti. Rasanya saya dah boleh hafal siaran cartoon yang ditayangkan. Layan ja la. Ini ja caranya nak bagi anak bujang saya berada dalam posisi yang terhad. Kalau tidak...ntah la. Mungkin lagi bersepah rumah ada la. Anak saya. Saya tahu lah. ^_^
Saya ambil gambar ni petang tadi. Macam-macam gaya muka..sudahnya adik lari ke lain. Malas agaknya nak layan mommy dia. Adik dah pandai buat apa ya? Owh..sudah mau berlari gayanya. Ikut saja abg n kak ecah berlari dan bermain. Lagaknya bagai anak berusia 2 3 tahun. Sudah pandai bersalam dan cium tangan (walaupun agak lambat berbanding abgnya dulu). Kebolehan dan pencapaian anak-anak berbeza bukan? Heee..
Kalau bercakap pula, adik boleh mengikut bunyi yang mudah contohnya, satu, bye bye, nak, miaw miaw..bolehlah seakan-akan ja bunyinya (yang ni lebih cepat berbanding abgnya). Adik paling suka mandi. Serius. Saya pun geram jadinya.. Pantang ja tengok orang mandi semuanya dia nak join. Kalau tak dapat..nangislah. tapi yang bagusnya adik ni bab nangis nangis sekejap ja. Tak lama. Gimik ja lebih. So tak hairan lah..Bukan macam abg long. Fuhh! Dia lah juara bab menangis ni. Ish..malaslah nak cakap. Sakit hati tau! Heee..anak saya. Saya tahulah..
Ni ha. Gambar pagi tadi. Setiap pagi, setiap hari..wajiblah darah saya naik ke kepala. Bukan apa, pagi-pagi memang liat. Liat dalam segala-galanya. Liat nak bangun. Liat nak mandi. Liat nak pakai spender..sampailah nak pakai kasut. Memang pagi-pagi lagi saya dah diuji dengan kesabaran. Rasa nak nangis pun ada. Hahaha. Betul tau. Memang ada masanya rasa nak nangis. Saya tahulah. Saya kan sensitip!
Tapi itu lah kan. Walau macam mana susah pun mereka..itulah anak-anak saya. Amanah dariNya. Fikir baliklah, macam tu lah susahnya mak abah besarkan saya. Bagi makan, bagi pakaian, bagi ilmu dll. Macam-macam kan. Sesungguhnya masa membuatkan saya lupa. Betapa besarnya pengorbanan mereka. Allah. Lalainya saya. Huhu...
Hoo..hoo..inilah dia manusia yang lalai itu! Ntahla apa nak jadi dengan dia. Sempat lagi nak tayang pic pakai shawl rania beli kat Ika. Huhu. Dah bersuami dah ada anak tapi tak sedar-sedar lagi nak bertaubat. Ingat dunia ja! Betulkan syg?? Am I right??? Saya tahulah.. DIA juga pastinya setuju dengan kata-kata saya ini...
Owh..Saya sayang awak. Hanya awak ja yang boleh ingatkan saya!
Oklah. Saya minta diri dulu. Nak selesaikan kerja-kerja mendobi. Thanks sudi singgah! Wassalam.
*Panas betul malam ni kan? (Opss! See...?)