0

diTIPU!

Oct 27, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
- Adik aku (boboy @ bob @ pakcu) bersama Abg Long -
Dia adik aku. Anak bongsu. Aku dan famili panggil dia Boboy. Manja? Ya, semestinya. Masa dia kecil apa ja yang dia mahu pasti dapat. Sehingga skrg dah boleh jadi 'bapak orang'..apa yang dia nak confirm dapat tapi hasil dari titik peluh sendiri. Betul. Kalau dia ada duit tak pernah kedekut. Tetap dihulur walaupun sikit.

Allah..sentiasa menguji hamba-hambaNya.

Dipendekkan ceritalah ya. Adik aku telah diTIPU oleh rakannya sendiri (Anip). Anip  ni adalah sharepartner dalam kerja kontrak mereka. Sebelum ni famili aku memang perasan Anip ni nampak macam lurus bendul ja. Banyak kerja kontrak yang mereka buat tak dapat payment. Puncanya kerana tiada hitam putih. Tapi sekarang ni tak sangka pula si Anip tu sanggup bawa lari semua wang hasil kerja mereka (ribuan ringgit). Siapa yang tak kecewa!

Kejadian berlaku dua minggu yang lalu. Di peringkat awal, adik aku nampak macam cool + bengang. Tapi dua tiga hari ini, aku nampak perubahan yg amat ketara pada adik aku. Dia lebih banyak diam. Disoal baru dijawab. Dengan anak-anak saudaranya pun dia kurang bergurau.

Aku faham..dia tengah kumpul duit untuk berkahwin. Sedangkan sebelum ni dia pernah yakinkan aku yang duit kerja yang bakal diperolehi nanti, cukup untuk kahwin. Tapi sekarang tetiba si Anip lari bersama-sama duit dan dia seolah-olah dah hilang akal sampaikan sanggup nak jumpa bomoh nak santau kawannya.  Aku larang. Sebabnya kesian pada isteri dan anak Anip (masih bayi).

"Ya Allah..kuatkanlah semangat Adikku dalam menghadapi semua dugaanMu..Ya Allah, tetapkan hati kami sekeluarga supaya sentiasa memberi sokongan padanya, supaya dia tidak rasa tersisih dan gundah gulana. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..hanya kepadaMu tempat kami mengadu dan kami redha dengan setiap ujian dariMu..Amin."

Kakak mana yang sanggup tengok adiknya macam tu :( Aku merindui perangai gila-gila n sikap loyar buruknya. Wassalam.
0

Tangan Cabokk..!

Oct 26, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
btw, ini bukan tangan aku
Ehm..tangan aku memang cabok! Haaahaha..mesti abah marah lagi kat aku. Ini bukan kali pertama tapi dah TIGA kali aku lingkupkan pili air dia..Abah..maafkan org ek..tak sengaja..

Macam biasa balik rehat tadi masing-masing semua bizi. Mak memasak, anak-anak yang baru bangun tido seronok bermain, abah mengantuk (katanya lah). So, sebagai seorang anak yang solehah aku offer abah masuk bilik n tidurkan dirinya sendiri. Apa lagi..abah terus g mandi n gedebummm tido!

Ok..kebetulan si Abg Long poo..pooo..nak tak nak (x sanggup aku mnghidu gas beracun) kena la basuh kan? Alang-alang mandilah terus..bukan Abg Long ja..tapi si Ecah pun sama numpang mandi. Kesian la tinggalkan kembor x siam tu melangut ja tgk Abg Long mandi..mereka kan selalu berdua..teman cari gaduh)..

Masa mandi tu..hehe..macam biasa aku buka la pili air hujan..diorang mmg suka mandi air hujan (dari kecik aku mmg panggil air ujan ek) Bila selesai semua..masa nak tutup tu..aku sudah pusing arah yg salah ma (arah yang sama untuk buka pili) makanya pili itu pun loose lah benda dalamnya..aku cepat-cepat pusing ke arah bertentangan tapi malangnya..air masih keluar..bukan sikit tapi banyak..kiranya aku tadah ngan baldi tadi pun x sampai 10 minit dah penuh...uwaaaaaaaaa! Takut le aku..aku ngadu kat mak ja la tadi..sebab abah tengah tido...huhuhu. Tak de niat pun..tapi nak wat cam mane..masuk yg tadi tu dah 3 kali le aku kasi lingkup itu balang...huhuhu. Ni skang ni...terus rasa cam x dak mood.. :(

On the way ke opis aku wat beberapa kesimpulan :-
1. Abah sepatutnya ganti ja pili baru sebab yg sedia ada tu mmg dah patut lupus..sebelum ni pun bila loose abah just buka n pasang semula jaa....
2. Kejadian berpunca kerana aku agak kelam kabut..menguruskan 2 org kanak-kanak rebina dan seorang bayi ekstrim.
3. Tangan aku dah terbiasa dengan pili kat umah sendiri..(pusingan buka pili kan x sama..betol tak?)
4. Gas beracun dr Abg Long sangat tepu..maybe aku dibawah paras normal ketika itu..(?)
5. Maybe lepas ni aku x akan sentuh lagi pili tersebut..

Kecik sampai besor..aku ni asik nyusahkan orang tua ja kan? I'm sorry dad....!
Wassalam.
0

Drama

Oct 25, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Sejak dua menjak nih, aku dah jarang menulis menaip blog. Idea nak bercerita memang banyak tapi tiada masa. Maklumlah, bizi ja memanjang..hehe :D Satu hari tak mereport di sini aku rasakan rugi..rugi kenapa? Ye lah..blog ni nak kasi anak-anak juga baca. Itupun, kalau mereka sudi..

Cuti minggu lepas..berehat ja di rumah. Sabtu, sekadar menghadiri kenduri kawin di rumah jiran (anak dia yg kawin tu rupaya kawan sekolah aku...hahaha!). Balik kenduri tido. Petang baru keluar pergi pasar malam tapi semacamnya menyesal ja pergi..biasalah aku kalau crowded sangat mulalah rimas. Nak pula jalan jammed (sebab dah ubah lokasi psr mlm..x best!). Ahadnya, Mr. M buat breakfast lempeng cecah coklat, aku pulak masak nasi goreng (terlebih rempah) utk lunch dan pastu apa lagi...tidolah. Petang keluar sekejap pergi cari biskut miskut utk bekal anak-anak..

Malamnya..kebetulan anak-anak dah tido. Aku menonton drama TV3 'Taubat Nasuha'. Mr. M pun tengok sama sambil-sambil siapkan keje sekolah kursus beliau. Korang ada tengok tak? Sedih endingnya..aku nangis wei..huhuhu. Nak pulak bila part anak keduanya kena tikam..n maknya dipukul di bhgn belakang..sebak rasa rasa hati..air mata dah bergenang..huhu! Ok..sinopsis Taubat Nasuha n pelakonnya ada kat sini ye..

''Kita akan lebih menghargai mereka...bila kita telah kehilangan mereka..."Wassalam.
0

Ulang Tahun Ke3 Muhammad Al-Amin

Oct 18, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Entri tertunda..hari lahir Abg Long 15 Oktober @ 3 Syawal...memang ada niat nak celebrate setiap 3 Syawal..tapi ntah macam mana boleh terlupa..so..Hepi Besday my son...
Selamat Ulang Tahun ke - 3 Abg Long..Mama doakan Abg Long semakin MATANG pada masa akan datang InsyaAllah..semoga Abg Long panjang umur dan menjadi anak yang SOLEH..menjadi CONTOH / PEMBIMBING kepada adik dan bakal adik-adik Abg Long yang lain..semoga Abg Long sihat sejahtera selalu dan senyum seperti selalu..tiada lain yang mama harapkan dari anak-anak mama melainkan KEJAYAAN HIDUP DUNIA dan AKHIRAT..amin
Mereka ini, selalu buat aku ketawa dengan tingkah laku masing-masing tapi cuti yang lepas ni Tuhan betul-betul menguji aku *nangis jap. Kedua-duanya meragam..ntah apa yang tak kena..aku yang masih pening sebab batuk-batuk yg menyiksakan..mmg hilang sabar..(Ya Allah..) Tak kiralah Abg Long ke Adik ke..dua-dua aku rasa macam nak campak keluar rumah *please..jgn jadi mcm aku..huhu...Sebab tu setiap malam masa anak-anak dah lena..aku akan kiss diorang..forgive me! :c
*mama..ketatlah.. :|
Abg Long, dari hari Jumaat (15/10/2010) dari rumah Opah ke rumah kami asik meragam. Ada ja tak kena..kenapa ntah. Semacam mencari pasal. Lepas tu, menangis..menangis dan menangis lagi sampai jam berapa pagi ntah..dah kena babab ngan babah baru dia diam..esoknya bangun lambat. Rosak program nak mandi laut kat teluk batik..huhu....sabtu tu plak ok la skit..ahad meragam balik..adik pun sama..huhu...
*mama..cedap kek ni..nyum..nyum....
Dah 3tahun Abg Long ni..tapi aku rasa macam kecik ja lagi..kecik la kan? Dah kurus..hehehe..X sabor-sabor dia nak potong kek..poyo ja. Tahun depan kami plan dan masukkan Abg Long ke sekolah menengah. Tapi x cari lagi nak antor kat area mana..sebelum tu aku ada masa lebih kurang 2 bulan ja untuk mengajar amin berdikari sendiri. Contohnya, sekarang Abg Long dah hampir pandai pakai baju sendiri (berkat tunjuk ajar daddy dia)..tapi nak bukak baju belum pas..lucutkan seluar n pampers success dah..Owh satu lagi yang aku tak gemarkan..nak mansuhkan penggunaan pampers..hihi..susah la nak ajar anak supaya x pakai pampers..sesiapa ada idea..help me pleasee... :( Utk makan sendiri, xde masalah..tp aku suka suap anak aku makan sendiri..haha. Amin pun suka aku suapkan..Adik ja yg over excited nak makan sendiri :p
and this little girl...ehmm comel mcm aku ni..hahaha mmg x sampai hati nak campak ke luar ngeeee~

Wajah kesayangan hamba...wassalam.
0

Alhamdulillah...selesai

Oct 8, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah..setelah sekian lama (lama ke?) berhajat nak update blog, malam ni baru dapat peluang dan mood yg bagus lagi ceria..tidak harus dipersia-siakan...

1stly, nak bagitau...anak-anak dah beransur sihat..masih berbaki skit ja lagi flu n batuk..tapi x lah seteruk yg sebelum ni sampai anak-anak muntah selepas batuk terutama Adik...huhu..sgt kesian. Korang bayangkan, hampir 2 minggu aku hadir lewat ke ofis. Terima kasih kepada semua member ofis yg memahami. Ada ja ragam anak-anak waktu pagi time musim demam ari tu..adik lah yg paling kuat merengek dlm kereta..yg plg x dpt dilupakan, aku terpaksa berhentikan kereta di hadapan pagar sekolah utk memujuk adik..huhu. Dua org pengawas sekolah yg sedang menutup pagar dok usha-usha gak..tapi aku senyum ja la kat diorang..x kan nak minta tolong kot..huhu..xper lah..sepanjang hampir 2 minggu jugak la anak-anak merengek, meragam, murung, letih, lemah semua bagai...alhamdulillah semua sudah berlalu dan menjadi kenanganku...

2ndnya, nak berterimakasihsyg..kepada semua warga JTM dan Pelajar Praktikalnya yang baru sahaja selesai menjayakan Jamuan Hari Raya 2010 /1431H petang tadi. Gambarnya akan diupload kemudian. InsyaAllah... Semua akan diupload di blog JTM...tunggu...!

Lastly, nak bagitau..aku pregnantt nak tido sbb ngantuk sgt nih. Ni pun just nak teman anak bujang aku ni menonton kartun..ntah bila nak tido ntah mamat nih..aku rasa letih semacam dan..dan...idung aku macam dah ada cecair yg kerap turun temurun dan aku bersin berkali kali...omg!

Ok..nak tido skrg. Penjaga anak bujangku sudah bangun nak take over teman nonton kartun :D Selamat malam kawan² n sweet dream... :)

p/s 1 : time kasih gak pada Mr. M n my parents melayan karenah anak-anak masa domam ri tu...ngeee~
p/s 2 : tina..sori x reply..kredit abis...lalalala~