0

Saya Tahulah....

Apr 15, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah..adiksmart sudah beradu di kamar. Lega sikit. Tinggal aminsmart ja sedang menonton channel disneynya. Silih berganti. Rasanya saya dah boleh hafal siaran cartoon yang ditayangkan. Layan ja la. Ini ja caranya nak bagi anak bujang saya berada dalam posisi yang terhad. Kalau tidak...ntah la. Mungkin lagi bersepah rumah ada la. Anak saya. Saya tahu lah. ^_^

Saya ambil gambar ni petang tadi. Macam-macam gaya muka..sudahnya adik lari ke lain. Malas agaknya nak layan mommy dia. Adik dah pandai buat apa ya? Owh..sudah mau berlari gayanya. Ikut saja abg n kak ecah berlari dan bermain. Lagaknya bagai anak berusia 2 3 tahun. Sudah pandai bersalam dan cium tangan (walaupun agak lambat berbanding abgnya dulu). Kebolehan dan pencapaian anak-anak berbeza bukan? Heee..

Kalau bercakap pula, adik boleh mengikut bunyi yang mudah contohnya, satu, bye bye, nak, miaw miaw..bolehlah seakan-akan ja bunyinya (yang ni lebih cepat berbanding abgnya). Adik paling suka mandi. Serius. Saya pun geram jadinya.. Pantang ja tengok orang mandi semuanya dia nak join. Kalau tak dapat..nangislah. tapi yang bagusnya adik ni bab nangis nangis sekejap ja. Tak lama. Gimik ja lebih. So tak hairan lah..Bukan macam abg long. Fuhh! Dia lah juara bab menangis ni. Ish..malaslah nak cakap. Sakit hati tau! Heee..anak saya. Saya tahulah..
Ni ha. Gambar pagi tadi. Setiap pagi, setiap hari..wajiblah darah saya naik ke kepala. Bukan apa, pagi-pagi memang liat. Liat dalam segala-galanya. Liat nak bangun. Liat nak mandi. Liat nak pakai spender..sampailah nak pakai kasut. Memang pagi-pagi lagi saya dah diuji dengan kesabaran. Rasa nak nangis pun ada. Hahaha. Betul tau. Memang ada masanya rasa nak nangis. Saya tahulah. Saya kan sensitip!

Tapi itu lah kan. Walau macam mana susah pun mereka..itulah anak-anak saya. Amanah dariNya. Fikir baliklah, macam tu lah susahnya mak abah besarkan saya. Bagi makan, bagi pakaian, bagi ilmu dll. Macam-macam kan. Sesungguhnya masa membuatkan saya lupa. Betapa besarnya pengorbanan mereka. Allah. Lalainya saya. Huhu...
Hoo..hoo..inilah dia manusia yang lalai itu! Ntahla apa nak jadi dengan dia. Sempat lagi nak tayang pic pakai shawl rania beli kat Ika. Huhu. Dah bersuami dah ada anak tapi tak sedar-sedar lagi nak bertaubat. Ingat dunia ja! Betulkan syg?? Am I right??? Saya tahulah.. DIA juga pastinya setuju dengan kata-kata saya ini...

Owh..Saya sayang awak. Hanya awak ja yang boleh ingatkan saya!

Oklah. Saya minta diri dulu. Nak selesaikan kerja-kerja mendobi. Thanks sudi singgah! Wassalam.

*Panas betul malam ni kan? (Opss! See...?)
0

sampai hati DIA menDUAkan saya!!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Saya ada masalah. Masalah peribadi. Tak tahu nak luah kat mana, pada siapa. Sedih. Hanya Allah yang tahu.....ehmm...anda nak tahu ke?? Dah 2 minggu saya pendam hal ni...

"Sampai hati dia buat saya macam ni. Apa kurangnya saya?? Saya betul-betul terkilan dan sangat-sangat sedih bila semua ni jadi pada saya. Sekarang...Biar la semua orang tau..saya tak kisah...saya tak kisahhh....!!!!! Huhuuhu... Menangis air mata darah sekalipun DIA tetap buat tak tahu.... apakah yg patut saya lakukan...?? Uwaaaaa!!"

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

sampai hati adik 'mengopek' dengan Opahnya!!! 

Opah kan dah monopous dik!! (ni atok yg cakap yer...bukan I). Sebenarnya tak kisah pun. Adik ngopek pun suka-suka ja. Tapi yang kelakar tu sampai tertidur pun ada. Dasat lar tu.. Tapi tak kisahlah, maybe kalau cerita pada MIL pun dia akan buat perkara yang sama. Kan mama kan? Hehehe...

Petang tadi sebelum saya ke pejabat semula Adik mengopek dengan Opah sambil menonton wOnderpets..kusyuk! Saya intai dia..dia ketawa..nampak sangatlah dia main-main ja..siap tepuk² dada Opahnya..adoyai!! Jangan nakal-nakal ya anak mama..

Alhamdulillah...Sekarang ni nak tinggal lama sikit pun senang mama..lalala~

Sekian gOsip dari saya hari ini..wassalam.
0

Message bOOk!

Apr 8, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Dah tiga hari buku ni teacher Ain letakkan dalam beg sekolah Amin. Maybe, supaya parents tak lupa akan "perkara" di bawah...(ehmm..padan muka Abg Long kena sekolah ari sabtu serius betul tadika ni bab pendidikan anak-anak...bagus²..mama LIKE!!)

Dah post kat sini..hopefully, saya dan suami tak lah tetiba hilang ingatan yer...hehe. Deepavali tahun ni, Abg Long kena beli baju raya banyaklah sebab nak rayer sakan..yer tak?

Adik...kita nak ke mana eh esok sementara Abg Long sekolah esok??  /(^_^)\

Wassalam
Full Stop!
0

Eksiden!

Apr 7, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Malam ni, saya ditinggalkan oleh suami bersama anak-anak. Suami pergi main badminton. Dah biasa dah ditinggalkan begini. Takper..bukan apa pun. 

Lepas makan malam dengan anak-anak, saya sempat mendobi baju untuk pusingan pertama. Sambil Abg Long menonton cartoon, Adik kelihatan mundar mandir dengan mata yang luyu macam mengantuk. Saya ajak Adik masuk tidur terus dia pegang tangan saya dan kami sama-sama masuk bilik..

~ Lebih kurang macam ni la mata ngantuk adik tadi ~

Yang bestnya, boleh pula Adik bangun dan bermain atas katil selepas menyusu. Melompat. Mengutip bantal. Buang bantal. Berpaut ke dinding. Saya masih berbaring dan layan ja lah sebab tau mesti dia tidur lepas main sekejap. Last-last adik macam nak jatuh ke arah saya dan saya nak sambut lah tapi malangnya ibu jari saya dengan tepatnya masuk ke mulut Adik dan terkena lelangitnya...wah..meraunglah Adik tidak terkata...

~ Gigi Gambar lama...sekarang 6 batang sudah giginya ~

Tiba-tiba masa nangis tu Adik terbatuk dan terus keluarkan darah yang banyak..kenalah pada baju saya dan dia. Ee..takutnya. Panic juga. Call suami tak berjawab (ishhh..tak kan tengah main dalam court nak bawa hp..ye tak?) Takpe..Pujuk punya pujuk nak tengok mulutnya tak dibagi. So, dah takde cara lain dah..terus saya kasi dia menyusu..lama sikit tu..Adik dah ok...boleh senyum senyum sudah...huhuhu...sori my dear...

Alhamdulillah...lepas 'eksiden' tadi Adik dah pun tidur sekarang..senang sikit saya nak ngadap lappy sambung mendobi...lalala~

Oklah..terima kasih sudi membaca aduan rakyat saya malam ni...wassalam.
0

Jahat

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Jahat. Siapa? Ntah..saya kot. Korang jahat tak?

Saya masih berusaha untuk menjadi penulis tegar..wassalam.
0

Ekspedisi Gunung Hijau - CuTe!

Apr 6, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...


Wah..wah...wahh...Bolehkah ni nak mendaki Gunung Hijau 10hb ni...erkk!!  

Stamina ok ke kO? Ntah la..yang pasti terpaksa juga tinggalkan anak-anak terutamanya Adik seharian bermula jam 4.30 pagi...uwaaa!! I'm sorry sayang..I have to do this..I can't say nO..cause ur mommy is going to be very very cute after this programmm....hahahaha!

Ok..ok..sekian dulu. Misi nak jadi penulis tegar boleh berjaya rasanya ni...ting tong...ting tong...! *Bengong jap!

Anda. Yang masih sudi membaca. Jangan lupa, mendoakan keselamatan saya dan rakan-rakan cute sepanjang pendakian. Terima kasih. Wasalam.
0

Manjung Fun Run 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Sebolehnya saya nak jadi penulis yang tegar..hehe...


Info untuk hari ini adalah berkaitan dengan Manjung Fun Run 2011 anjuran Pejabat Belia & Sukan Daerah Manjung. Larian ini akan diadakan pada 17hb. April 2011 (Ahad) bermula jam 7.30 pagi sejauh 2.5km..

Peserta larian adalah mengikut kategori iaitu Pemimpin (Ketua-ketua Jabatan), Remaja (7 - 14 tahun), Rakan Muda (15 - 25 tahun), Belia Lelaki (26 - 45 tahun) Belia Wanita (26- 45 tahun) dan juga Veteran (46 tahun ke atas).

Terdapat juga acara sampingan seperti Senam Cergas Komuniti dan Cabutan Bertuah. Ada hadiah (hamper) dan sijil bagi pemenang 1 - 10 mengikut kategori. Sesiapa yang berminat boleh buat pertanyaan atau dapatkan Borang Penyertaan di Pejabat Belia & Sukan Daerah Manjung, Tingkat 3, Bangunan Persekutuan Seri Manjung. No Tel : 05-6881699 (Cik Norazrin / Cik Ku Azreen / Pn. Ika)

Ehm..macam nak sertai..tapi tengoklah nanti yer..join ke tidak. Kadang-kadang saya ni semangat berkobar-kobar nak join tiba ja hari sebenar, sekelip mata keputusan boleh berubah...hahaha

Sekian dulu berita terkini dari saya. Wassalam.
0

Mak

Apr 4, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Saya cemburu bila melihat mak orang lain sihat. Huh! Mak saya bukan x sihat..tapi 'sihat dalam cara dia' (menanggung penyakit diabetes). Tahu kan maksudnya. Ke dua-dua belah kaki mak penuh dengan parut marut.

Sejak minggu lepas, asyik cakap nak pergi rendam air panas lah, air masin lah, minta carikan ubatlah. Gara-gara kakinya bertambah-tambah gatal. Huhuhu...saya faham tapi saya ntah tak tau nak cakap macam..yang menanggung ja tahu. Saya tak nak bebel kat mak..sebab nanti mak yang terasa.


Paras gula dibadannya pun sudah 13 hari ini. Tinggilah tu. Bila saya kata mak makan manis..sebab itu lah tinggi jadi gatallah kaki mak tu. Mak tak percaya dengan kata-kata saya. Mak kata, mak tak makan manis pun..mak tak makan nasi dah dua hari. Mak kata biarlah mak tak makan. Huhuhu...saya diam ja la. 

Fikiran saya melayang-layang ntah kemana..fikir kalau-kalau..ehmmm *isk..sik nangis jap eh (tak boleh nak tahan dah....

Kalaulah mak tahu betapa saya sayangkan mak..apa yang abah dan kami semua larang semua tu adalah untuk kebaikan mak..sebab kami semua masih perlukan mak..kalau mak tahu...huuhuhu Allah...

Selamat Hari Lahir Mak...sayang mak!! (walaupun anak mak ni sebenarnya tak pandai nak tunjukkan rasa sayangnya pada mak..uwaaaaa!!)

Wassalam.
0

Penang : Misi Jejak Kasih #3

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt...

Sambungan misi Jejak Kasih. Kami anak-beranak bersarapan di Hotel tapi x sarapan sama-sama SIL sebab kami terlajak tidur..anak beranak diulit mimpi indah *agaknyalah...

Saya sukakan decoration di hotel tu..rasa tak macam di hotel tapi seperti kami di rumah sendiri. Lupa nak ambil gambar di lobi sebelum masuk kafe..Adik dan Abg Long teruja bermain di situ.

Selesai bersarapan kami bersiap-siap terus check out. Tak berjalan ke mana pun, fligt SIL dalam jam 3.00 petang bermakna jam 1.00 petang sudah perlu ada di sana check in lugage. Maka, kami sekadar meronda-ronda di Komtar. Owh, sebelum itu kami membelah belah jeruk di pasar jeruk (saya tak taulah apa namanya tapi berdekatan dengan Komtar) untuk di bawa pulang ke Manjung. Semestinya!

Penat meronda-ronda di Komtar kami makan kfc di bawahnya. Yang paling boring (mujur tak hilang selera makan) Abg Long menangis-nangis minta dibawa ke tempat game berhampiran. Bilangnya, nak naik kudalah, nak naik kapal layarlah. Siap minta wang lagi sama mama! Aduh! Nasiblah ada SIL dan kawannya..kalau tidak ehmm faham-faham aja lah...



Selesai makan dan bermain kami bergerak ke Bayan Lepas Airport..mengisi detik-detik akhir bersama...




~ Selamat Jalan makcik Dayen...insyaAllah...kita berjumpa lagi! ~

Kami terus bertolak balik ke Sitiawan jam 2.10 petang dan tiba alhamdulillah selamat tiba di rumah jam 5.15 petang. Dalam perjalanan Abg Long pula tiba-tiba mabuk dan muntah di dalam kereta.  Nasib baik dah sampai Manjung masa tu. Berhenti tepi jalan cuci-cuci apa yang patut. Dah sampai rumah still lemah Abg Long..bagi mandi baru dia segar. Kasihan.

Sekian sajalah kisah kami sekeluarga. Tunggu raya nanti kot jalan-jalan jauh lagi. InsyaAllah. Tawau..nantikan ketibaan kami ya! Wassalam.

*Malam kami buat kenduri durian di rumah mak (3 biji ja). Uncle Black turut serta. Ngantoknya saya di office. Ngeh2~. Nantikan wajah Uncle Black (sepupu suami saya) nanti ya..
0

Penang : Misi Jejak Kasih #2

Apr 2, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

~ Adik dahagakan kasih sayang seorang makcik air ~

Jam 8.00 malam kami keluar makan ja..Tapi sementara menunggu SIL, kami bergambar di bilik hotel bersama anak beranak...(gambar akan diupload kemudian ya....)

~ Adik.Mommy.Abg Long ~

~ Adik.Daddy.Abg long ~

~ Aminsmart ~

Tadi kami makan di Pulau Jerejak..sampai ja, penuhnya tempat parking. Peniaga di gerai-gerai tersebut berebut promote supaya customer makan di kedai mereka..owh pelik juga saya rasa. Emm..lain tempat lain budayanya...

Adik dari dalam kereta tidur nyenyak..lebih setengah jam menunggu sajian adik terjaga dan meragam..last-last dah balik hotel baru saya teringat tiada langsung ambil gambar Jejak Kasihan Kasih...kesian betullah...hehehe...

Sampai di hotel hampir jam 11.00 malam..terus semua kedebommm..tidur..saya pun mohon diri dululah ya..wassalam.
0

Penang : Misi Jejak Kasih #1

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Saya, suami dan anak-anak di Penang. Bertolak jam 10.45 pg dan sampai ke Terminal Feri jam 12.15 t/hari. Lamanya kami menunggu dalam jam 3.00 baru sampai ke pulau..cari-cari hotel SIL  menginap x ketemu. Langsung kami bertemu di Pdg Kota..isi perut dahulu dan baru balik ke hotel..sekarang ni tengah berehat melayan anak-anak....
~ mommy ~

~ Sevaji the bOs ~

~ Heroin Jejak Kasih ~

~ Speacial Agent OsO ~

Belum sempat lagi bergambar sama SIL @ makcik mereka ni..owh ya, act SIL berkursus di Penang. Ya lah kan alang-alang jauh dari Labuan datangnya mestilah nak ketemu sama keluarga dan kawan-kawan di Semenanjung ni. Petang ni SIL ada misi Jejak Kasih bersama teman lamanya. Malam ni InsyaAllah kami berlima berjalan-jalan (tak tau lah nak tuju kat mana) menghabiskan masa bersama-sama. InsyaAllah. Esok petang SIL akan nak flight balik ke pangkal jalan Labuan... 

Kami mengenap di Hotel Regal....ok sangat dan selesa. Price berpatutan. Anak-anak suka..hepi..sampai tak reti nak duduk diam..View pun menarik. Boleh lihat lautan yang luas. Anak-anak saya fuhhh...tak tau lah nak cakap...hahaha
 ~ ok lah kan..kecik-kecik berdikari sudah ~

 ~ Call boyfriend jap, wifi excelentttt!! ~

~ Abg Long Kasi bontot ~

~ Main bawah meja ~

Oklah. Nak bersiap-siap. Malam nak togeder-geder. Wasalam.

*Maaf kepada rakan-rakan opis tak dapat menyokong SKT n membantu Urusetia Makan.. 
0

01.04.2011

Apr 1, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

~ Syaitan Dassim ~

~ wajah kesayangan hamba ~

Pernah tak rasa geram, tension, stress dan yang sewaktu dengannya. Saya kerap berubah mood. Kat Office bukan mainlah riang ria..tapi dah sampai rumah terus jadi isteri tiri mak tiri... (kejam bukan?) Saya percaya puncanya daripada "Syaitan Dassim." (Info daripada ceramah Ilmu Keluarga pada 22.03.2011)

Syaitan Dassim berada didalam rumah. Jika seseorang tidak mengucapkan salam sewaktu memasuki rumahnya dan tidak pernah menyebut nama Allah di dalamnya, maka syaitan tersebut akan menimbulkan perselisihan di dalam keluarga tersebut. Kesimpulannya, syaitan ini selalu ingin menciptakan ketidakharmonian dalam rumah tangga.

Jahat syaitan ni. So, kawan-kawan semua..apabila anda adalah orang pertama yang memasuki rumah mak sure langkah anda bermula dengan kaki kanan dan berilah salam..."Assalamualaina.. wa'alaibadillahhissolihin..." 

Semoga kita semua dilindungi ya...

*   *   *   *   *   *   *   *   *   *

~ Adik ~

~ my little angel ~

Usianya kini mencecah 1 tahun 2 bulan 3 hari..alhamdulillah. Kami dikurniakan sepasang cahaya mata yang nakal..hehehe. Ramai kawan-kawan yang kata.."seronoklah dah sepasang.." "senang lah dah sepasang anak ko..." "Owhh..sepasang ke...?boleh lah stop dah..." dan macam-macam lagilah. Pada saya dan suami...tak cukuplah dua orang... Maksud saya tak cukup nakal lagi ni..hehehe haruslah ditambah pada masa-masa akan datang..dan anak lelaki ke anak perempuan ke tak kisah lah kan. Tuhan dah bagi amik ja la. Semua manusia dah ditentukan bahagian masing-masing. InsyaAllah kalau ada rezekia dariNya...So...to my little angel "adik"..u bakal ada adik lagi pada masa akan datang..insyaAllah *wink wink (^_*) 

Banyak lagi menaip..tapi nanti-nantilah..
Terima kasih sudi membaca...wassalam.