Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
Hari ini, hati saya teruja untuk menaip khabar di blog. Ntahkan apa, sekadar menurut sahaja jari jemari mengetuk lembut keyboard.
(Benarnya, baru pulang dari kedai membeli kudapan office..hehe). Dan secara tiba-tiba hati ini
begitu rindu pada blog saya yang sudah lama suram...
Sejak bulan lepas (pertengahan Februari) suami, adik dan sahabat-sahabat mereka aktif bermain badminton. Secara tidak langsung, saya turut serta tetapi bergantung pada waktu dan masa. Kadang-kadang mereka bermain waktu malam (hari bekerja) so, saya tak joinlah sebab Abg Long harus tidur awal untuk ke sekolah.
Tapi kalau hari sabtu atau ahad..seronoklah dapat ikut sama bawa anak-anak. (Kalau tak nak ikut pun, terpaksa juga ikut sebab suami ajak dan ajak juga..paksalah tu). Untuk menyibuk semestinya..itu wajib! Aminlah. Saya penat bukan sebab bermain sama tapi, penat melayan dan mengejar anak-anak.
Dah lama dah..setiap malam saya kepenatan. Hahaha..mesti dan wajib tidur awal atau biasanya saya tertidur awal tanpa sedarkan diri. Mungkin sejak saya mula berjoging (*eceh..eceh!). Mungkin juga kepenatan kerana dah join program CUTE..(*eceh..eceh...ecehhhh!). Buat masa ni, keadaan di rumah semua terkawal kecuali bab melipat baju. Sebakul sedang menanti...wah...Tunggu ya...insyaAllah saya akan usahakan malam ini pula...
Itulah maksud saya. Motifnya, nak bagi tahu di sini saya dah tiada masa jarang-jarang berkesempatan nak menulis di blog. Dan ada masanya saya rasa blog saya ini membosankan. (*maaf ya tulisankuchantique) Kalau ada yang perasan saya juga cuba tukar template tapi sudahnya, semua kembali kepada asal sebab boring sangat! Hahaha...poyokan?
Isi dan kandungan sudah diluahkan. Saya mohon untuk mengundur diri. Jika ada kelapangan saya akan masukkan gambar anak-anak untuk menceriakan entri saya petang ini. Itu pun, kalau ada masa lah ya..(maksudnya jika saya tidak ketiduran...) Terima kasih kerana memahami.
Saya sayang awak. Wassalam.