1

Menuju Puncak!

Feb 28, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Bukan AF ya. Saya nak story pasal ekspedisi 'Program Cute' mendaki Bukit Ungku Busu pagi tadi. Sebelum tu, saya memang ada mendaftar untuk menyertai program ni, cuma masa taklimat yang pertama saya tidak hadir. Semua yang hadir waktu itu dapat menyertai program ini yang dijadualkan berlangsung selama 3 bulan. 

Kebetulan, salah seorang rakan pejabat menarik diri atas sebab-sebab tertentu dan telah 2 kali tidak hadir (masa tu dah 3 kali perjumpaan). Makanya, kawan saya yang seorang lagi call penganjur program ini dan saya telah dibenarkan menyertainya..seronok gila.

Bukan apa, kalau nak harapkan diri sendiri (orang yang macam saya) untuk bersukan..kirim salam lah. Alhamdulillah dapat menyertai program ni, saya cuma berdoa agar dipermudahkan segala urusan saya kelak..huhu...

Ok..penyertaan saya untuk pertama kalinya adalah mendaki Bukit Ungku Busu. Menuju Puncakkk!!!!!

~Kumpulan saya No. 4 (Riben Pink)..ada lagi 3 orang belum sampai~
~Dah pakai riben pink, kami sedang dengar taklimat~
~Tekun dengar taklimat...buat sedikit regangan. Pendakian bermula jam 8.50pg~
~Kami diminta mendaki dalam kumpulan, jika seorang berehat yang lain kena berhenti..semangat pasukan!~
 ~Group lain mendahului..cayok..cayok!~
~Kak Bib...semangat kental!~
~Eksyen ja lebih..hehehe~
~Macam tak penat ja kak liza..steady ek~
~Semakin tinggi..semakin curam...semakin getir~
~Kaki kena kuat ya kawan-kawan kalau nak mendaki~
~Yeahhh..kami sampai ke puncak jam 10.15pg (1 jam 25 minit) Kak Tun sedang mengarang....hahaha!~
~Nampak tak sungai dinding...~
~Kami dah sampai ke kaki bukit jam 11.30pg..(30 minit)~
~Menunggu peserta lain sampai...Then bersurai~
0

Bukit Ungku Busu

Feb 26, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...


Bukit Ungku Busu. Bukit ini setinggi 331.4 meter (1087 kaki) adalah sempena nama Raja Engku Busu dari Selangor yang telah dijemput olhe oleh Sultan Perak dalam tahun 1840 an untuk menghapuskan kumpulan pengacau yang dikatakan sebagai lanun yang suka bersembunyi di kawasan Selat Dindings dan Sungai Dindings. Lanun-lanun itu sentiasa meronda di kawasan pantai dari Johor hingga ke Kedah dan menggangu kapal-kapal dagang Belanda, Inggeris dan Acheh. Walau bagaimanaun, Raja Engku Busu telah terbunuh dan gagal dalam misi tersebut. (Maklumat ini saya perolehi dari website MPM)

~Pemandangan dari puncak Bukit Ungku Busu~

Saya pernah mendaki sampai ke puncak..tapi itu dulu sebelum saya mempunyai dua orang anak..hehehe...mampukah saya menawan puncak Bukit Ungku Busu esok ya...? Wallahu'alam...

Wassalam...
0

Cutest Thing Ever!!

Feb 21, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Kemaskini Entri --> 1514 pm (Font merah)
Owh. Saya di office. Ada ja kerja tapi masa saya check emel saya tadi ada satu emel bergambar yang sangat best!. Hehehe..saya terima emel berantai ni daripada Dayen (SIL). Thanks dear...makanya, saya tempek kat blog untuk tatapan semua...

Ini adalah petikan emel berantai tersebut....

CUTEST THING EVER!!!!   This little girl’s mother is a computer specialist from  Helsinki , Finland. While her daughter is soundly asleep, she creates a completely different world … from whatever she can find around her! That’s how both of them became really famous. What a truly fabulous imagination! 





















Owh..kenapalah ndak saya buat begini pada anak-anak saya...hehehe..

Ndak terfikir pula ya...wassalam.
0

From Manjung With Love

Feb 6, 2011

Bismilahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Ini cerita semalam. Kami semua (Abah, Mak, saya, suami saya dan anak-anak saya) pergi ke Kg. Paya Terendam, Sik, Kedah. Menziarahi keluarga bakal adik ipar saya (Fie) sekaligus menetapkan tarikh sebenar perkahwinan mereka ( Bob & Fie)...from manjung with Luv...
Berhenti untuk sarapan dan membuang apa yg patut sblm meneruskan perjalanan...
Di luar cermin kereta...ada cicak..kasihan...

Perjalanan ke sana sangat lancar cuma sewaktu balik ja lebuhraya sesak di Juru. Memang penat berlama-lama dalam kereta bersama karenah Abg Long yang tak reti nak dudk diam walau sesaat. Hahaha...Adik pula, tetiba demam. So, Adik banyak diam dan tidur. Kasihan Adik. Hari ini pun Adik demam lagi tapi masih aktif bermain walaupun badannya panas. Siap bergaduh-gaduh dengan Abg Long rebut mainan. Nampak jelas perangai Adik berubah bila dah masuk umur satu tahun..
Anak-anak saya memang pandai membawa diri bila di tempat orang. Huhu..selamba badak mereka berlari, memanjat, melompat macam-macamlah. Yang sempat ambil gambar sedikit ja, ada lagi masa Abg Long siap bergusti dengan anak sedara / sepupu Fie di sana. Alahai..nasib baik jenis tahan lasak. Kami saksikan aja lah. Nama pun budak-budak..

Kami tiba di rumah Fie dalam jam 12 lebih (tak ingat jam berapa sebenarnya)..bersembang-sembang, bincang, makan-makan, segarkan badan semua...then baru bertolak balik ke Manjung. Kami hanya bawak sate dari Lumut untuk orang sana. Orang sana pula siap bagi kek coklat untuk orang sini. Ada juga sedikit lauk pauk untuk (Bob) di bawa pulang...Kek ada lagi belum dirasmikan. Huhu..nyum..nyum...

Ok lah..nanti saya update lagi entri..Ainul nak memerap dengan saya lagi. Jumpa lagi ya. Wassalam.

**Lupa pula saya ambil gambar fie untuk tatapan bob..huhu. Kasihannya, lama sudah mereka tak berjumpa..huhu...
0

Jatuh!

Feb 4, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..
Bukan anak-anak saya yang jatuh. Tapi mak budak-budak ni yang jatuk gedebuk depan pintu bilik air. Owh..mestilah sakit. Kenanya petang tadi, sekarang ni masih rasa lagi sengal-sengal di tapak tangan kiri n punggung. Kasihan saya. Huhu..Suami saya tolong bangunkan saya. Bilangnya, kalaulah sekarang ni saya sedang pregnant pastinya sudah gugur (owh suamiku...masih lagi kau bercita-cita mahukan anak kecil..sedangkan yang dok ada ni belum lagi terjamin kasih sayang mereka...hahaha)

Itu sahaja mau saya ceritakan. Esok kami semua mahu ke rumah bakal adik ipar di Sik, Kedah. InsyaAllah. 

Wassalam.
0

Berita Terkini

Feb 3, 2011

Bismilahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Mengenai berita kebakaran di kg suami saya semalam, anda boleh lihat gambar kejadian di sini. Sebelum itu, dalam entri saya sebelum ini, ada saya khabarkan rumah nenek wariya turut terbakar. Alhamdulillah. Tersalah info semalam. Dengan kata lainnya, rumah nenek wariya selamat. Alhamdulillah. Saya nak ucapkan takziah kepada semua mangsa yang telah kehilangan rumah dan harta benda. Semoga mereka dapat bersabar dengan musibah ini. Allah. Dimana-mana saja Tuhan akan menguji hamba-Nya. Syabas juga kepada pasukan bomba. Kata mama awal pagi tadi masa suami saya call, dua orang bomba cedera kerana terjatuh. Kasihan.

Rupa-rupanya, hari sebelumnya juga ada kejadian kebakaran di Esbok, Tawau sehingga mengorbankan 50 buah rumah. Boleh tengok gambarnya di sini. Mungkin ahli bomba juga sudah kepenatan kan. Kasihan. Saya tarik balik kata-kata bengang saya kepada bomba semalam. Maaflah, kami sudah salah faham. 

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Selepas Zohor, seperti yang dijanjikan saya, suami dan anak-anak bersama-sama mak, SIL, ecah dan Mak Andaknya ke Sutera Perdana mencari kain. Kain ni untuk tema kami di hari perkahwinan Adik Bongsu kami BOB. Ok..InsyaAllah kami sekeluarga akan memakai tema Purple. semuanya Dark Purple. Hopefully, bila  dah siap baju melayu dan baju kurungnya...lebih lawo lah ya. 

Stop pasal baju tema. Nak cerita pula kejadian petang tadi. Petang tadi mak, abah, dan keluarga kakak datang ke rumah. (* semakin laju saya menaip, semakin laju pula cecair sebelah kanan hidung saya mengelir keluar..hehehe) Abah macam biasa busy melihat kawasan kebun sebelah rumah. Amin pun samalah dengan atuknya. Yang lain di dalam sedang disajikan oleh suami dengan menonton filem Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah. Memang lawak, gelak terbahak-bahak sampai tak sedar anak saya (Adik) dah merangkak ke luar pagar rumah. Hahahahaha....

Sejak saya berpindah ke rumah tetap saya ni, saya akan memakai tudung setiap kali melangkah kaki ke luar. Alhamdulillah saya berubah berbanding dulu sekadar berseluar pendek. Huhu...Ok ok..oleh kerana tiba-tiba tersedar Adik hilang saya dengan sepantas kilat berlari ke luar..huhu malunya!!! Adik digendong oleh jiran sebelah yang sedang bermain badminton. Suami saya yang ikut berlari yang ambilkan adik dari tangan jiran tadi. Wahhh...malunya aku!! Satunya, malu sebab anak tetiba hilang macam tak reti jaga anak..yang satunya lagi dah tentu lah tak pakai tudung serkup kepala...huhu!

Adik..can not..can not. Ingat pesan Abg Long mu ini..Malam ni, suami dan si Adik awal tidur. Letih agaknya, jadi Abg Long boring main sorang-sorang. Nampak ja kamera, Abg Long minta ambilkan gambarnya. Allah. Yang seorang ni pun, dah persis model tetap saya ni. Kalau la masih pakai kamera lama..agaknya jenuhlah saya nak beli kodak...hehe

Ok lah. Saya pun nak masuk tidur with Abg Long sayang. Selamat malam ya. Wassalam.
0

Berita Hari Ini dan Sebelumnya...

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt...

Lama saya tak jenguk blog. Lately, saya sering selalu tido awal bersama anak-anak menyebabkan saya jarang update blog. Kehendak untuk menulis, sentiasa ja ada. Anytime. Anywhere. Masa ja yang tidak mengizinkan.
Untuk pengetahuan semua, anak kecil saya 'Ainul Mardhiah' sudah pun masuk 1 tahun usianya pada 28hb. Januari yang lalu. Alhamdulillah. Dua hari sebelum itu, saya telah membawanya ke klinik dan telah menerima suntikan umur 1 tahun. Jururawat maklumkan pada saya, biasanya bayi akan demam selepas seminggu.

Tapi pada 28hb Januari (Jumaat) Abg Long pula yang kena demam. Melihat keadaannya yang dah macam tak berdaya, selepas ja solat Jumaat saya dan suami membawa Abg Long ke klinik. Panas sangat-sangat badannya sehingga Dr masukkan ubat melalui bontotnya. Hehe..alhamdulillah. Sekarang Abg Long sihat sudah!

Sebenarnya, nak belanja diorang makan kek tapi oleh kerana dah demam hari itu terus batal program. Sampai hari ini, tak celebrate pun Birthday Adik. Kasihan. Sabar ya Adik..

Di atas ni, gambar Abg Long sedang menyiapkan homework pertama beliau pada 24hb yang lalu. Nak tau tak apa perasaan saya bila cek beg sekolah Abg Long dan mendapati ada homework?? Owh...saya yang risau! Boleh ke anak saya buat ni..alhamdulillah yang pertama ni, memang rajin Abg Long buat. Esoknya, ada lagi homework tapi sangatlah liat beliau nak buat homework. Asyik nak main ja. Terpaksalah saya standby rotan di sebelah. Hahaha..

Yang paling lawaknya, macam-macam alasan yang beliau bagi untuk mengelak dari membuat homework. Katanya, tangan sakitlah, banyaklah, macam-macamlah. Tak padan dengan orangnya yang kecil tapi akalnya panjang. Cikgu Mala ada bagi tahu saya, Abg Long ni tak padan dengan kecil tapi suaranya boleh tahan di tadika. Cikgu Ganthi pula cakap...i likes him, very friendly. Ye lah tu, memang pun, masuk ja pagar tadika Abg Long bukan pandai nak babai mama dia, blah ja. Itu pun kalau tak diingatkan suruh salam dan cium tangan mama dulu, confirm tak buat..hahaha....

CNY ni Abg Long dan kami semua bercuti panjang termasuklah Opan dan Atuk. Alhamdulillah.

Ok, yang ini pula gambar mereka semalam. Sedang bermain bersama. Sebenarnya, saya nak fokuskan pada Adik. Kelakar sangat sedang berusaha menarik binatang biru tu bersama keretanya. Tak padan dengan kecil tp daya imaginasinya macam-macam. setiap kali nak fokus, Abg Long menyibuk. Asyik muka dia ja. Nak marah karang, susah pula sebab Abg Long ni dah pandai merajuk. Sampai tak mahu bercakap dengan saya. Hahaha...

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Hari ini juga, saya ada mendapat dua berita. Good n bad news.

Yang pertamanya, saya menerima panggilan daripada sahabat lama yang saya kenali sejak bekerja di mpm. Beliau adalah Nurul yang dahulunya adalah salah seorang pekerja di sebuah syarikat yang sering berurusan dengan pejabat saya. Sekarang beliau tinggal di Kuala Kangsar bersama suami. Adalah beberapa perkara dibualkan dan sempat juga tinggalkan no. hp masing-masing. Cumanya, saya mendoakan semoga beliau dan suami dikurniakan cahaya mata dan mudah-mudahan persahabat kerana Allah ini sentiasa kukuh selama-lamanya. Amin.

Yang keduanya, saya dan suami terima berita di mana beberapa buah rumah di kampung suami sedang terbakar. Allah. Pertama sekali mendengar suara Diana di talian tiba-tiba lain saja. Sedangkan, petang itu (waktu tu hampir jam 7 rasanya) kami call mama sebab nak tanya tarikh perkahwinan sepupu mereka di Balik  Papan, Indonesia. Sedang berbual, panggilan terputus. Suami saya contact semula tapi tidak berjawab. 

Rupa-rupanya, di sana keadaannya sudah kelam kabut kerana beberapa rumah sedang terbakar. Hati saya mula berdebar-debar tatkala menerima khabaran begitu. Apatah lagi hati suami saya. Sempatlah suami tanya pada adiknya rumah yang mana terbakar, api ke arah mana, dan macam-macam lagi. Kami di sini cuma berdoa semoga rumah mama terkecuali kerana jaraknya kata suami mustahil untuk terkena disebabkan arah angin menolak ke atas bukit. 

Bomba lambat sampai. Kami disini sampai bengang-bengang. Khabar terakhir kami terima, rumah nenek Waria juga terbakar. Allah. Terus saya terbayang wajah nenek Waria. Kasihannya nenek. Dia sangat baik. Saya ingat lagi masa pertama kali jumpa dia, terus dia peluk dan cium saya membuatkan saya rasa selesa ketika tinggal di sana. Huhu..Khabarnya banyak rumah yang terbakar. Bekalan elektrik juga terputus. Ehm..ntahla. Ini pun kami tunggu ja berita dari mama n diana di kampung.

Owh ya..hari ini juga adalah birthday si diana. Nampaknya, inilah kenangan hari lahir yang paling tidak dapat beliau lupakan. Mana taknya, sempat juga beliau mengangkat mesin basuh semasa kejadian...hehehe. Lega hati saya bila dengar dia ketawa...huhu

Ok lah, saya pun dan sangat-sangat mengantuk. Good night semua. Wassalam.