0

Keluarga Kecil Kita

Apr 15, 2017

Bismillahirrahmanirahim...

Tiba-tiba (selepas 4 tahun), tergerak hati nak tengok blog ni. Aduh! Lamanya ya. Ok, rasanya mama kena teruskan usaha mama menulis di blog supaya kelak anak-anak mama boleh menjenguk bila mama dah tiada...

Keluarga kecil kita sudah ada 6 orang ahli iaitu Babah, Mama, Abg Amin, Kak Ya, Kak Mimi dan Izzu. Ada lagikah tambahannya hanya Allah yang tahu..


Keluarga kita biasa-biasa saja. Usia keluarga kita akan mencecah 11 tahun hujung tahun nanti jika diizikan Allah. 

Ok. Stop sini dulu. Nanti mama update lagi. InsyaAllah.



0

al-hubb haqq al-hubb

Dec 11, 2012

Salam 27 Muharam 1434H

Sedar atau tidak, tak lama lagi tahun 2012 akan melabuhkan tirainya. Sekejap ja kan? Terasa macam ada banyak lagi perkara yang nak dibuat tapi tak kesampaian. Apa yang pasti, tahun ini (2012) adalah tahun yang banyak memberi kesan dalam hidup saya. Banyak perkara saya lalui dan yang paling pasti semuanya masih fresh dalam ingatan saya dan tidak mungkin boleh dilupakan dengan begitu mudah melainkan saya telah disahkan oleh doktor telah 'hilang ingatan!'.


Salah satunya, tahun 2012 saya hampir-hampir kehilangan orang yang saya sayang..mak! Beliau hampir mendapat serangan strok dan telah 5 kali di tahan wad. Sehingga ke hari ini, beliau masih memerlukan pemantauan dari Hosp. Seri Manjung.

Alhamdulillah hari ini beliau sihat dan masih membantu saya untuk mengasuh anak-anak. Kejamkan saya? Pernah saya suarakan hajat untuk mencari pengasuh anak-anak, alih-alihnya saya pula yang kena marah. Hehehe...Walau apa pun..saya sentiasa mendoakan semoga mak sihat sentiasa dan ceria disamping abah dan cucu-cucunya. Amin Ya Rabbal'alamin.

Alhamdulillah. Tak lama lagi pastinya sesi persekolahan bermula. Anak saya Al-Amin belum masuk darjah 1 pun. Mesti semua ibu-ibu excited kan yang mana ada anak-anak nak start sekolah rendah. Tahun ni InsyaAllah saya akan hantar beliau di tadika yang sama manakala, sebelah petang pula Al-Amin akan ke pra-agama di Sek. Agama Rakyat Abadiyah. InsyaAllah.

Ok. Sampai disini. Masa cemburu. Mohon undur diri dan bakal menulis kembali. InsyaAllah.

Wassalam.
0

9 Fakta Apabila LELAKI Mula MEMASAK

Sep 13, 2012


Memang kebanyakkan chef-chef terkenal di Malaysia mahupun di dunia terdiri dari kaum LELAKI. Tetapi hakikatnya, umumnya kebanyakkan lelaki jarang sekali memasak, kalau ada pun tentunya masakan tersebut lain rasanya. Jom baca Fakta yang terjadi apabila kaum bapa yang memasak di dapur:

1) Menurut kajian, 99.9% LELAKI di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la.

2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk.Dalam sinki tu sentiasa ada pinggan dan gelas.

3) Apabila LELAKI memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.

4) Adalah kebiasaan LELAKI memasak tanpa memakai baju.Yang lebih seksa hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak sambil menghisap rokok. Tapi yang paling kotor adalah masak sambil mengesat hingus yang meleleh. Tapi yang ni kes terpencil la.

5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.

6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.

7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.

8 ) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang LELAKI Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit.

9) Kalau LELAKI membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat orang tersayang..

p/s : sEKadAR gUrAuaN ;-)
0

Semakin Hari Semakin Sayang....

Sep 12, 2012


Sedar x sedar, saya dah ada tiga orang cahaya mata. Yang ketiga ni namanya Ainul Syamimi, lahir pada 16hb. Januari 2012.. (kiralah sendiri kalau nak tahu berapa umurnya sekarang)

Buat masa saya rasa anak saya ramai sangat..berderet-derer macam gerabak keretapi. Walau bagaimanapun...Alhamdulillah, syukur sangat-sangat dengan rezeki ni..



Ini pula Abang Amin dan Kakak Mardhiah..Alhamdulillah..yang sulung x lama lagi berusia 5 tahun dan Mardhiah si bijak ni berusia 2 tahun 7 bulan. Dua beradik ni selalu main bersama-sama, dan sah-sah lah kalau dah buat salah dua-dua mesti mau kena...hehehe...

Oklah...saya nak sambung kerja...ada masa nanti saya bercerita lagi....ada banyak nak diceritakan..suka dan duka...insyaAllah...

Semakin hari semakin sayang.. Wasalam
0

5 Tahun Sudah!

Nov 6, 2011

Salam Aidiladha semua...

Saya dan anak-anak beraya di rumah Opah dan Atok kerana suami bertugas di medan perang. Kebetulan adik beradik yang lain semuanya pulang beraya di rumah mertua masing-masing..jadi ada bilik kosong untuk kami anak beranak menemani Opah dan Atok...

Menu kami simple sahaja rendang daging, lemang, nasi impit dan lontong. Alhamdulillah..dapat juga makan lontong air tangan mak sebab memang teringin nak makan....

Dari malam raya lagi..saya teringat..tarikh perkahwinan saya hampir-hampir dengan hari raya qurban.. Jadi, tadi saya sms suami tanya tarikhnya...owh betullah...8 Zulhijjah 1427H..maknanya sudah 5 tahun usia perkahwinan kami..Alhamdulillah. Tak lama lagi bakal menambah seorang lagi zuriat..inshaAllah....

"Ya Allah..kami mohon kebahagiaan di dunia dan di akhirat..menjadi pasangan yang saling menyayangi antara satu sama lain..semoga kami dapat mendidik anak-anak kami ke jalan Mu...amin.."

Mereka berdua, yang asyik bergadung bergaduh...Ntahlah macam mana bila bby dah keluar nanti, mesti lagi riuh dan kecoh dibuatnya. Dan saya pula, akan lebih aktif membebel mewarisi Opah mereka...huhuhu...Ok lah...berhenti di sini dahulu. Ada peluang saya menaip lagi..inshaAllah...Wassalam...

p/s : teringat kata-kata mak mertua saya...anak-anak itulah harta sebenar!
0

Bibir Tersenyum, Hati Menangis...

Oct 28, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...


Sebagai tazkirah di hari Jumaat...sumber daripada blogger Ummu Ammar yang saya baca minggu lepas...


Menyuruh orang lain bersabar dengan musibah adalah mudah, namun apabila ujian  dan dugaan terpikul di bahu sendiri, hakikatnya ia sungguh payah.

Sebagai hamba Allah, kita tidak dapat lari dari ujian dan dugaan yang meremukredamkan hati kita dengan kekecewaan dan kesedihan. Sudah lumrah manusia untuk merasa sedih dan kecewa. Lain orang lain cara menanganinya. Ada yang menzahirkan kekecewaan dengan airmata yang mencurah, ada yang berlawan dengan keegoan dan ada juga yang menangis di dalam hati, meskipun bibirnya tersenyum lebar...

Menangis dan sedih bukanlah beerti kita hilang harapan. Jauh sekali untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat Tuhan.  Sesekali menangis, hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil. Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha...Sesekali menangis, percayalah..bukan Allah tidak tahu hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan sedih, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak dan lembut beribadat kepadaNya. Subhanallah!

Setelah kita jatuh dan terluka, bangkitlah semula melangkah. Namun, jika kita jatuh tersungkur dan sukar untuk bangun, percayalah sinar harapan tetap ada. KasihNya sentiasa dekat, cuma kita yang selalu alpa dan lalai. 

Yakinlah, Allah tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti terdapat hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.

~ Gambar Abang dan Adik sebagai penyeri blog hidup saya...minta maaflah malam tadi mama ternaik angin ye anak-anak...sampai menitis air mata mama ni..huhu so, please please please jgn nakal sangat ~

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – [Surah Al-Baqarah, 2: 216]

Perjuangan saya masih belum selesai...Wasssalam...
0

Nota Hari Ini...

Oct 27, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Tiba-tiba nak update blog. Tiba-tiba ja. Rupa-rupanya blogspot dah berwajah skit. Tak perasan pun. Hari ni baru nak try...kalau rasa tak best, nak switch back. Huhu....

~ mama kepada kanak-kanak rebina di bawah ~

~ buah hati saya ~

Malam tadi...sebelum tido ada seorang nenek datang menghampiri saya..dekat sangat dengan saya dan minta saya bacakan al-fatihah...huhu...3 kali terjaga...setiap kali nak tido..saya ulang semula al-fatihah....

Dah masuk trimester ke 3 ni..tido dah tak lena dan suka mimpi macam-macam...yang suka, yang sedih, yang takut...macam-macam..

Dan...setiap kali terjaga mesti baby turut bergerak-gerak...nasiblah ada yang sudi teman mama...terima kasih ya...semoga kamu sihat di dalam sana...inshaAllah....

Wassalam.
0

Selamat Hari Lahir Aminsmart....

Oct 15, 2011

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt....


Hari lahir anak sulung saya..Muhammad Al-Amin diraikan ala kadar sekadar nak hiburkan hati seorang kanak-kanak yang nakal sepertinya. Majlis diraikan di rumah Atuknya dengan hidangan yang simple ja. Terima kasih buat suami, mak, abah, kakak, abg ipar, kak ipar, adik, adik ipar, adik dan semua anak sedara Uda kerana sudi menyambut birthday Aminsmart....a.k.a Cucu Sulong Atok...


Ini adalah pesanan berguna daripada Luqmanul Hakim buat anak mama sebagai pedoman hidupmu kelak...inshaAllah..

Wahai Anakku yang ku sayangi....
Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.

Wahai anakku yang ku sayangi…
Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.

Wahai anakku yang ku sayangi…
Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.

Wahai anakku yang ku sayangi…
Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.

Wahai anakku yang ku sayangi…
Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT

Wahai anakku yang ku sayangi…
Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.


Wassalam...
0

Salam Ramadhan

Aug 8, 2011

Salam Ramadhan buat semua..

Lamanya saya tinggalkan dunia blog. Kenapa ye. Rakan-rakan keliling pinggang saya tentu dah memahami. Jadi sempena bulan yang mulia ini, kepada yang masih belum tahu...saya nak bagitau....saya sedang hamil anak yang ke tiga (maybe bukan bongsu! ecehh...!) Antara simptom-simptom yang saya alami ...

Lilypie Maternity tickers

Semasa trimester pertama...saya dilanda 'malas' yang amat sangat! Serius. Sekarang masih begitu. Kain yang diampaian kadang-kadang 3 hari tak diangkat. Kalau diangkat pun, paling tidak 2 - 3 minggu tak berlipat. Kesian pada ahli rumah yang lain...tetapi alhamdulillah mereka memahami. Hehehe....malas ni termasuklah malas nak mengadap blog. Tapi saya rajin berbaring dan tidur..ehmm suka sangat!

Alhamdulillah...kali ke tiga hamil saya tak alami muntah-muntah awal pagi seperti semasa hamilkan yang sulong. Semasa hamilkan Ainul Mardhiah pun tak muntah cuma saya alah pada minyak rambut suami sehingga beliau terpaksa memakainya ketika berada di luar rumah sebelum nak bertolak ke office. Kali ini pula, saya betul-betul alah pada bau minyak wangi..mungkin ade sesetengah tu saya boleh terima tetapi percayalah...banyak yang saya tak boleh bau. Akibatnya bukan saya muntah..tapi akan mengakibatkan pening yang amat sangat-sangat. * takpe baby..mama bersabar kerana adanya kamu...

Hari ini usia kandungan saya sudah 17 minggu..alhamdulillah. Saya hanya doakan yang terbaik buat kami. Anda pun tolonglah doakan sama ya untuk kami...owh lupa nak cerita, semasa usia kandungan 13 minggu HB saya rendah...dan perlu check up semula ke klinik selepas 2 minggu. Akibatnya, hari-hari saya masak bayam, kerang, ikan tongkol..itu sahaja saya ulang-ulang selama 2 minggu. Alhamdulillah HB pun dah ok dari 10.1 kepada 15! Excellent!

Di bulan puasa ni saya harap takde apa-apalah..walaupun pengambilan makan dah tak sebanyak seperti hari biasa. Air pun kurang minum. InshaAllah...saya akan cuba yang terbaik untuk diri sendiri dan juga zuriat ini...

Ok lah..semoga entri hari ini akan menjadi semangat untuk saya mengupdate entri-entri seterusnya...inshaAllah. Kepada sesiapa yang mahu mendekati saya..silalah jangan wangi-wangi sangat yer...Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum & selamat berpuasa...
1

Aiskrim

May 22, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

~ Abg Long suapkan Adik makan ice cream ~

Hari ini ada orang mengidam makan askrim. Tu la dibelikan. Kalau tak dapat karang menangis tak ingat dunia. Nasib baik jadi orang baik hari ini. Alhamdulillah. Dua-dua ikut perintah ja hari ini. Makan sama-sama. Bermain sama-sama. Senang kerja saya hari ini.  Time mereka makan aiskrim tadi, terfikir pula dah lama tak snap gambar mereka. Itulah saya ambil tu. Jadilah kenangan buat hari tua mereka kelak. InshaAllah.

Story pasal Abg Long pula ya. Tak banyak nak story. Nak bagi tau.Esok Amin ada exam. Tiga hari ja. Mulai esok alphabet. Lusa Numbers. Tulat Colouring. Memang dalam minggu ni pun Amin banyak study (Cewah!) Semoga Amin tenang semasa exam esok. Hehehe..fikir dulu sebelum jawab soalan ye nak. Fikir dengan baik. Hehehe...Anda pula, doa-doakan anak saya lulus dengan cemerlang ya... (^-^)

Ok. Adik pula. Macam-macam sudah perangainya. Apa yang orang buat semua dia tiru. Tengah explore la katakan. Biarkan ja la..aksinya kadang-kadang menggelikan hati. Tapi kan adik ni, garang lah. Mengalahkan saya. Cengih orangnya. Hahaha. Kadang-kadang tu, suka hati dia ja babab Abg Long. Eeee...geram jugak dibuatnya. Tapi ada masanya disayang-sayang Abg Long dia... Budak-budak kan. Memang macam tu. Macam manalah bila mereka dah besar nanti..rindulah nanti zaman-zaman kecil mereka...

Sekian dahulu perkembangan anak-anak saya. Ketemu di lain hari dan waktu. InshaAllah. Wassalam.