Kandungan Luar Rahim

May 19, 2011

Apa itu Kandungan Luar Rahim?

Kandungan Luar Rahim atau "Ectopic Pregnancy". Ia membawa maksud, embrio yang telah dipersenyawakan membesar bukan pada tempatnya iaitu di luar daripada rahim. 98% daripada kandungan luar rahim ini ialah pada kawasan tiub fallopia dan ia dipanggil "Tubal Pregnancy". Yang lain-lain ialah di serviks, di dalam kawasan abdomen (omentum atau peritoneum) dan ovari.


Kenapa Mengandung di Luar Rahim?

Di dalam tiub fallopia mengandungi rerambut halus yang dipanggil CILIA. Ia bergerak seperti penyapu dan akan menolak perlahan-lahan embrio dari kawasan persenyawaan ke arah rahim. Apabila CILIA ini telah rosak maka pemindahan embrio ke dalam rahim secara normal akan terganggu.

Antara risiko dan penyebab mengandung luar rahim ialah :-
1. Jangkitan di sekitar pelvis oleh kuman-kuman seperti gonorrheoa atau Chlamydia. Kuman ini akan menyebabkan kerosakan pada dinding tiub fallopia yang menyebabkan parut. Ini juga menyebabkan dinding fallopia menghadapi kerosakan dan kehilangan CILIA.

2. Pembedahan sebelum ini pada kawasan tiub fallopia seperti pembedahan rekonstruktif tiub atau "ikat tiub" boleh merosakkan struktur tiub fallopia.

3. Pernah mengalami mengandung luar rahim sebelum ini. Terdapat kajian yang menyatakan risiko mengandung luar rahim semula adalah 15% sekiranya berulang kali pertama dan 30% untuk kali kedua.

4. Pemakaian Alat Dalam Rahim atau IUD mempunyai risiko untuk mengandung luar rahim. Walaupun begitu jumlah kes keseluruhannya adalah sangat rendah, kerana fungsi alat ini yang menghalang kehamilan.

5. Kecacatan tiub fallopia sejak lahir.

6. Kajian juga menunjukkan, MEROKOK ketika persenyawaan berlaku mempunyai kaitan utama untuk mengandung di luar rahim.

7. Ketumbuhan dan penyakit seperti tumor atau endometriosis boleh mengganggu pergerakan embrio dan menyebabkan masalah ini berlaku.


Gejala Mengandung Luar Rahim

Apabila seorang wanita di dalam jangka umur subur datang dengan sakit perut yang teruk, di sebelah kiri atau kanan bahagian bawah, maka mengandung luar rahim perlu diketepikan. Ini adalah kerana mengandung luar rahim boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut dan boleh menyebabkan kematian.

Selain daripada sakit perut, pendarahan pada vagina yang seolah-olah datang period boleh mengkaburi pesakit kononnya mana mungkin mengandung kalau datang period. Sedangkan ia bukan lah period tetapi pendarahan akibat mengandung luar rahim.

Beliau juga mungkin boleh mengalami tanda2 awal mengandung seperti terasa ngilu pada buah dada dan puting, pening dan loya atau muntah-muntah beberapa hari sebelum itu.

Sekiranya pendarahan terlalu banyak di dalam perut, pesakit akan mengalami pening-pening, rasa lemah badan, perut menjadi keras, sakit pinggang dan belakang dan boleh pengsan.

Bagaimana Diagnosis Dibuat?

1. Selain daripada sejarah pesakit, Pemeriksaan dengan memasukkan dua jari ke dalam vagina menunjukkan kesakitan pada serviks, dan bengkakan pada sekitar dinding vagina berhampiran serviks
2. Kehadiran hormon HCG pada air kencing ataupun darah boleh diperiksa.
3. Ultrasound abdomen menunjukkan tiada kantung kandungan di dalam rahim
4. Transvaginal Ultrasound adalah kaedah paling berguna - boleh menunjukkan pembengkakan di dalam tiub fallopia, kandungan rahim yang kosong dan pendarahan.

Apakah Perawatan Mengandung Luar Rahim
Buat masa ini dua cara utama perawatan di Malaysia ialah melalui pembedahan samada Laparoskopi atau Laparotomi. Laparoskopi lebih banyak digunakan sekarang kerana ia tidak memerlukan pembedahan besar. Ia cuma menebuk tiga lubang kecil di perut di mana 3 alat dimasukkan melalui lubang. Pakar boleh melihat masalah yang berlaku melalui alat ini dan pembedahan kecil boleh dilakukan tanpa membuka perut pesakit.

Walaupun begitu, had nampak laparoskopi adalah terbatas. Sekiranya pendarahan terlalu banyak sehingga menghalang penglihatan atau pendarahan tidak boleh dikawal, maka option untuk menukar ke pembedahan terbuka dilakukan. Pada kebiasaanya, tiub yang rosak akan diikat dan dibuang. Proses ini dipanggil salphingectomy.

Kenapa saya tiba-tiba post berkenaan perkara ini. Ehm..kawan (dah macam adik) saya tina, baru sahaja selesai menjalani pembedahan kes di atas semalam (18.05.2011). Story lanjut dari beliau masih belum diketahui. Sewaktu kunjungan saya dan kak liza semalam di Wad 1, beliau baru sahaja keluar dari bilik pembedahan dan masih lagi tidak sedar kerana kesan dibius. 

Walau bagaimanapun, beliau sempat juga celik mata..sekali, dua kali, tiga kali..melihat kehadiran kami. Menitis  air mata beliau..namun sempat juga beliau ukir senyuman buat kami...huhu..semoga beliau cepat sembuh dan tabah dalam menghadapi apa jua dugaan dariNya. Amin..

Sumber dipetik dari 

2 kOmEn:

Azlina Binti Mat Daud said...

Semoga Tina cepat sembuh. Setiap dugaan yang berlaku ada hikmahnya. Sabar dan tabah ye sayang.

Azlina Binti Mat Daud said...

Semoga Tina cepat sembuh. Setiap dugaan yang berlaku ada hikmahnya. Sabar dan tabah ye sayang.

Post a Comment