Manjung Fun Run 2011

Apr 6, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Sebolehnya saya nak jadi penulis yang tegar..hehe...


Info untuk hari ini adalah berkaitan dengan Manjung Fun Run 2011 anjuran Pejabat Belia & Sukan Daerah Manjung. Larian ini akan diadakan pada 17hb. April 2011 (Ahad) bermula jam 7.30 pagi sejauh 2.5km..

Peserta larian adalah mengikut kategori iaitu Pemimpin (Ketua-ketua Jabatan), Remaja (7 - 14 tahun), Rakan Muda (15 - 25 tahun), Belia Lelaki (26 - 45 tahun) Belia Wanita (26- 45 tahun) dan juga Veteran (46 tahun ke atas).

Terdapat juga acara sampingan seperti Senam Cergas Komuniti dan Cabutan Bertuah. Ada hadiah (hamper) dan sijil bagi pemenang 1 - 10 mengikut kategori. Sesiapa yang berminat boleh buat pertanyaan atau dapatkan Borang Penyertaan di Pejabat Belia & Sukan Daerah Manjung, Tingkat 3, Bangunan Persekutuan Seri Manjung. No Tel : 05-6881699 (Cik Norazrin / Cik Ku Azreen / Pn. Ika)

Ehm..macam nak sertai..tapi tengoklah nanti yer..join ke tidak. Kadang-kadang saya ni semangat berkobar-kobar nak join tiba ja hari sebenar, sekelip mata keputusan boleh berubah...hahaha

Sekian dulu berita terkini dari saya. Wassalam.

0 kOmEn:

Post a Comment