Bukit Ungku Busu

Feb 26, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...


Bukit Ungku Busu. Bukit ini setinggi 331.4 meter (1087 kaki) adalah sempena nama Raja Engku Busu dari Selangor yang telah dijemput olhe oleh Sultan Perak dalam tahun 1840 an untuk menghapuskan kumpulan pengacau yang dikatakan sebagai lanun yang suka bersembunyi di kawasan Selat Dindings dan Sungai Dindings. Lanun-lanun itu sentiasa meronda di kawasan pantai dari Johor hingga ke Kedah dan menggangu kapal-kapal dagang Belanda, Inggeris dan Acheh. Walau bagaimanaun, Raja Engku Busu telah terbunuh dan gagal dalam misi tersebut. (Maklumat ini saya perolehi dari website MPM)

~Pemandangan dari puncak Bukit Ungku Busu~

Saya pernah mendaki sampai ke puncak..tapi itu dulu sebelum saya mempunyai dua orang anak..hehehe...mampukah saya menawan puncak Bukit Ungku Busu esok ya...? Wallahu'alam...

Wassalam...

0 kOmEn:

Post a Comment