Ragam Anak-Anakku

Jan 8, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
~ Abg Long kusyuk siapkan tugasan yang diarahkan oleh Babahnya ~

Anak sulung saya yang baru 5 hari ke tadika ini, rasanya banyak betul perangai beliau yang berubah. Benar. Agaknya, bila kanak-kanak sudah mula bersosial macam ini lah ya. Dua tiga hari ni, suka melawan cakap saya. Nak pula kalau depan orang lain. Eee..lagi mengada-ngada. Geram saya dibuatnya.

Sebelum dinner tadi, Abg Long ulang semula kejadian di rumah Opah hari Jumaat yang lalu. Katanya, ''mama cubit Amin..Amin amik buku, amin kijak-kijak (pijak-pijak) buku''. Bila ditanya nak buat lagi ke tidak. Boleh pula beliau tukar topik. Kadang-kadang sakit jiwa dibuatnya. 

Kesimpulannya, saya perlu banyak bersabar. Nasib baiklah suami tak cepat naik angin macam saya. Kalaulah suami saya pun macam saya, alamatnya... (Abg Long fikir la sendiri...)
~ Adik yang demam, ini selepas jelum dengan air asam jawa ~

Adiknya pula demam sejal sejak malam Jumaat yang lalu. Saya tak kerja dan ambil EL untuk menjaga Adik. Alhamdulillah, petang tadi sembuh sudah. Adik dah bermain semula dengan Abg Longnya sampai berpeluh-peluh. Panjat sana panjat sini. Merangkak ke sana merangkak ke sini. Macam-macamlah ragamnya.

Allah. DIA sajalah yang tahu risaunya saya bila Adik demam. Mana taknya, sebelah malam panasnya badan Adik. Merengek-rengek nak tidur. Bila dah lega sikit sampai keletihan dan terlena sendiri. Inilah situasi demam Adik yang paling teruk bagi saya.   Ndak pula bila Adik memerap dengan saya. Tak mahu langsung pada orang lain. 

Owh. Baru dua orang anak saya kan? Tapi keluhannya bermacam-macam. Allah. Semoga hambaMu kuatkan semangat dan lebih banyak bersabar dalam menjaga dan mendidik anak-anak..amin. 

Anak yang semakin membesar ini, mengingatkan yang saya semakin tua. Allah. 

Selamat malam.Wassalam.

0 kOmEn:

Post a Comment