Dot...dot...dot...

Nov 23, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Apa ye nak stori? Biasa-biasa ja minggu ni..cumanya Mak aku yang masih x sihat. Masih dalam mood meng'order' itu dan ini. Tapi nak tak nak..kami ni anak-anak turutkan aja...Sehingga jam 1.00 petang tadi, Mak dah menunjukkan perkembangan yang sangat-sangat positif. Agak-agak korang apa? :D

Semenjak Mak x sihat ni (dari hari Jumaat lepas) macam-macam Mak 'minta'. Masakkan bihun sup, belikan asam, laksam, kuah ini, kuah itu dan lain-lain yg sewaktu dengannya.

(Pernah terdetik dihati..penat dan malas! Sebab aku pun baru sembuh...rumah tak terusus. Rasa macam nak rileks ja. Jahat bukan???)

Masa kami kecil dulu, semua Mak yang sediakan. Siap buat kuih lagi petang-petang. Yang paling aku minati kuih donut dan karipap. Tunggu Mak uli tepung sampai lah Mak siap menggoreng. Tak sabar nak makan walaupun masih panas. Jadi, apa yang Mak buat. Mak koyakkan sedikit akhbar dan lapikkan pada kuih untuk aku pegang..huhu..suka pula macam tu...pastu nak makan tiup-tiup dulu...

Masa kami tinggal di kuarters tentera di Ipoh, depan rumah kami ada orang berniaga keropok, gula-gula atau lebih senang orang sebut jajan. Pernah la menangis gila-gila minta mak duit nak beli jajan. Mak cakap tak de tapi aku nak juga...huhu :|

Boleh plak sekarang ni..merungut macam-macam. Astagfirullahh..minta dijauhkan dari segala hasutan syaitan.

Alhamdulillah, sejak dua menjak ni dapat berfikir dengan lebih mendalam dan matang. Allah. Syukur. Dan semalam tanggal 22hb merupakan peristiwa yang penting buat kami. Alhamdulillah.

*to my beloved Abah...orang doakan supaya niat abah dimakbulkan..amin.

0 kOmEn:

Post a Comment