Rindu Dulu-dulu...

Aug 5, 2010

Salam. Waktu lunch tadi, macam biasa aku mesti balik ke rumah. Tapi, balik tadi semua cucu opah dan atuk sedang tidur dengan nyenyaknya. Aku just berbual dengan orang tuaku. Sebelum itu, abah suruh aku makan dulu..tapi aku tak mau sebab masih terasa kenyang (sebenarnya, seganlah tiap-tiap hari lunch kat rumah..huhu) Kami bertiga berbual kosong. Yang banyak buka cerita abahlah..isteri dia dengar saja sambil mengait projeknya yang ntah bila nak siap sejak menjaga tiga orang cucu.

Abah cerita pasal zaman bujang dia sebagai askar. Dia cerita pasal kawan dia yang mempunyai kelebihan berkawan dengan orang bunian. Dia cerita pasal kawannya, seorang mamak yang pandai membuat roti canai. Dia cerita pasal kawannya yang bermulut celupar masa masuk ke hutan. Macam-macamlah..seronok bila dengar. Sesekali abah ketawa...mungkin lucu dan rindu pada zaman itu. Dia ada terkenangkan kawan-kawannya yang ketika itu sering memanggilnya 'Abg Sahak'. Panggilan hormat. Teringat nama pada uniform abah yang kebanyakannya dieja I.S.H.A.K bukan S.A.H.A.K. Ntah kenapa dari dulu aku nak query tapi sampai sekarang tak teringat pun nak query. Maybe sebab aku seorang anak yang sopan lagi berbudi bahasa. Ngeee~

On d way balik office..sempat mengelamun. Kalau terkenangkan zaman abah jadi askar dulu mesti tak boleh lari ingatan aku masa kami menetap di Kem Lapangan Terbang, Sg. Petani, Kedah. Memori yang paling best! Rindu tengok wajah muda mak. Rindu pada 'adik Azri' yang mak asuh masa di Kedah. Rindu tengok abah segak dengan uniform askar. Rindu nak jual kerepek pedas pada abg-abg bujang. Rindu pada haiwan-haiwan di Tmn Jubli Perak, Sg. Petani (ada lagi ke ntah?) Semua-semuanya aku rindu...expecially pada Shida Mitsu..Rindu semua-semua!

Give me some sunshine, give me some rain, give me another chance, i wanna grow up once again...(sesiapa ingat lagu ini sila angkat kaki dan mari kita nyanyi sama-sama...lalalala~) sesiapa tak tau...rugi! Hehehehe...
wassalam.

p/s : mak....mana eh album gambar lama-lama? nak selongkar bleh?

0 kOmEn:

Post a Comment