BF - Panduan Untuk Bapa (Lalingku)

Mar 18, 2010

Salam siaran...Semalam aku mengisi masa lapang dengan membaca info-info mengenai breastfeeding (bf). Sambil menyelam minum air, aku sempat juga ber-ym sama member opis yang sangat-sangat dirindui itu. Salah satu laman web yang aku terjah semalam mengenai Susuan Ibu adalah melalui Persatuan Penasihat Dan Pakar Laktasi Malaysia (PPPLM). Boleh jenguk laman web di sini. Info yang sangat bermanfaat khusus untuk ibu dan bakal ibu di dunia. Di sini, aku nak tempek sikit Panduan Untuk Bapa mengenai bf ni...

Sebagai Ketua Keluarga, anda perlu pastikan ahli-ahli keluarga yang lain turut memberi dorongan dan sokongan kepada isteri anda yang baru bersalin. Nenek, datuk dan ahli keluarga yang lain juga dapat membantu dengan cara begini :
  • Belajar mengenai bf dengan cara berbincang dengan ibubapa yang pernah melaluinya.
  • peringatkan ibu bahawa bulan pertama selepas kelahiran adalah masa untuk belajar mengenai penyusuan.
  • Galakkan ibu untuk berehat. Ibu yang menyusu perlukan keseimbangan di antara aktiviti dan rehat.
  • Cuba berikan bantuan dalam kerja-kerja seharian di rumah dan juga dalam penjagaan bayi.
Lindungi ibu daripada mereka yang tidak bersetuju dengan bf. Perkara yang biasa didengar dan membuatkan para ibu rasa serba salah dalam usaha bf bayi mereka adalah seperti :
  • Adakah anda pasti susu anda mencukupi?
  • Kenapa bayi anda seringkali lapar
  • Mungkin anda perlu memberinya susu formula
Bapa perlu memberi perhatian kepada anak-anak yang lain agar mereka tidak merasa tersisih. Manakala, perubahan emosi yang dialami oleh wanita selepas kelahiran juga perlu diberi perhatian. Luahkan kata-kata perangsang untuk isteri seperti :
  • "Saya rasa lega awak dapat menyusukan anak kita"
  • "Hari ini biar saya saja yang masak"
  • "Tak sangka awak seorang ibu yang baik"
  • "Pergilah berehat. Biar saya saja yang mandikan Abg Long"
Bagi menjamin kejayaan menyusu, ibu bapa perlu mendapatkan seberapa maklumat mengenai bf sebelum kelahiran bayi anda. Selain itu, pasangan turut digalakkan supaya berbincang perkara-perkara yang membolehkan anda bekerjasama dalam menguruskan rumahtangga.
    Info Untuk Bapa / Suami
    Bayi yang menyusu susu ibu, biasanya kurang mengalami masalah seperti alahan, sakit telinga (otitis media), kerap sakit teruk dan dimasukkan ke hospital, cirit birit/sembelit dan kerosakan gigi. Ini bererti anda tidak perlu kerap berjumpa doktor, menjimatkan wang perbelanjaan keluarga, mempunyai masa yang terluang untuk diri sendiri dan keluarga, adalah lebih mudah dan tenang untuk menjaga bayi yang sihat. Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik untuk anak kerana : 
    • Susu ibu mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh bayi
    • Susu ibu berubah mengikut umur dan keperluan bayi.
    • Susu ibu lebih mudah dihadam.
    • Najis bayi menyusu susu ibu lebih lembut dan kurang berbau.
    • Susu ibu melindungi bayi daripada bakteria dan jangkitan lain.
    p/s : Aku belum buat keputusan lagi samada teruskan bf atau tidak selepas mula keje nnti..masih blur!

    0 kOmEn:

    Post a Comment