Berapa HARGA Seorang ISTERI (?)

Jul 25, 2009

Mulianya seorang isteri disisi Allah
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga,suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka
kerana isteri inilah yang akan membantu mereka diakhirat kelak
Biarlah buruk mana isteri anda...
Sayangilah mereka...

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan tuhan....jadi "kilang manusia...
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya
Cuti bersalin juga sehinnga 60 hari
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut 'kendur' atau menggeleber pulak
Si suami pula,jgnlah berebut dgn anak untuk menyusu pulak
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dgn Allah
Tapi bila dah habis cuti tu...layanlah suami..."offer"lah pada suami..
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala...
Jgn buat alasan..jika nak pahala lebih..!

Satu lagi berita gembira untuk wanita
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis
Inilah nikmat tuhan beri kepada wanita
jadi kenapa perlu takut nak beranak???

Marilah kita pegang pada tali Allah
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin
itu dianggap mati syahid
Allah izinkan terus masuk syurga
Untuk orang bukan islam
dia tidak dpt masuk syurga, tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dpt pahala
tapi dosa-dosa suami dia tak tanggung

Diakhirat nnt seorang wanita solehah akan
terperanjat dgn pahala extra yang banyak dia terima
di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu,bersedekah..ganjaran Allah keatasnya jua

Bila dia lihat suaminya terhegeh hegeh di titian sirat,
dia tidak masuk syurga tanpa suaminya
jadi dia pun memberi pahala kepada suaminya untuk lepas masuk syurga
Didunia lagi,kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi diakhirat
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami, dia tidak akan dapat pahala extra ini
(Muncung bersebab..pd aku tak xpe lagik)

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam
dan diluar rumah,segala dosa-dosa anak isteri yg tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dgn dosa-dosa yg lain
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka kepadanya

Manusia Hawa diciptakan dari rusuk Adam.. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung.. Bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalasnya.. Tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya.. Dekat dengan lengannya untuk dilindungi.. Dan juga dekat dengan hatinya untuk dicintai dan dikasihi..

Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang...seucap janji membuat kita percaya..sekecil luka akan membuat kita kecewa...tetapi...sebuah ikatan suami isteri akan selamanya bermakna..."

Nota : aku amik dr blog eira malik..aku penah bace mase aku boring² kat konter..sekadar renungan n iktibar bersama². Dan spy lelaki² lbh mengHARGAI isteri anda. Aku teringat kata² bos aku mengenai 'panahan an-nur'..nates mmg jahat tp sume tu ujian..ade sape² tau pasal 'panahan an-nur'? panahan yg dibuat olh nates spy isteri org 'bkawan' dgn suami org dan juga sebaliknya..salah satu tanda ahkir zaman..waallahu'alam..

4 kOmEn:

Anonymous said...

Atie Luv Luv,
Masing2 perlu saling menghargaikan.. :)

Panahan an-nur tu ada ye?

INTAN said...

beruntung jd pempuan ni..

nuyuljana said...

terlalu tinggi harga seorang wanita.

:)

Abang said...

Rm 101? Tunai.

Post a Comment